CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


CELAKA Malaysian Insider FITNAH kata Al-Syahid Lotfi BERJUANG dengan ISIS

Posted: 14 Sep 2014 09:16 PM PDT



Kami bukan Pengganas kata pejuang jihad dari Malaysia di Syria..


Sebelum ini mereka pernah menjelaskan tentang perjuangan mereka tidak bersama dengan ISIS.

Apakah The Malaysian Insider ada agenda tersembunyi?

"Kami bergerak sendirian. Kami hidup sendirian. Kami memperoleh senjata sendiri. Kami tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan," kata Ahmad Salman Abdul Rahim, 38, yang sebelum ini terlibat dalam perniagaan pembuatan filem dan pernah melanjutkan pelajaran di London dari 1997-2008 sebelum menjadi seorang pejuang jihad.

Walaupun terdapat laporan yang mengaitkan militan warga Malaysia mempunyai kaitan dengan kumpulan tertentu seperti al-Qaeda dan kumpulan Militan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil), dia menegaskan bahawa mereka berjuang secara bebas.

Ahmad Salman menganggap dirinya sebagai seorang 'pejuang jihad bebas, dan mendakwa dia tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana jaringan pengganas di Malaysia atau di luar negara.

"Saya tidak begitu kenal dengan Isil atau kumpulan mujahiddeen lain. Saya tidak ingin terlibat dalam perjuangan mereka. Saya tahu kaedah perjuangan mereka adakalanya agak melampau dan saya tidak bersetuju dengan mereka," katanya ketika ditemubual melalui Facebook.



Ahmad Salman, bersama dengan Mohammad Fadhlan Shahidi, 21, dan bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin, 45, adalah sebahagian daripada pejuang jihad dari Malaysia yang berjuang di luar negara.

Sebelum ini Lotfi memberitahu bahawa dia bukanlah sebahagian daripada rangkaian Isil namun berkata berada di Syria semata-mata untuk berjuang "di jalan Allah" dan bukan untuk kepentingan mana-mana pihak.  

Kedua-dua mereka merupakan pengguna aktif Facebook dan sentiasa mengemaskini aktiviti-aktiviti mereka di laman sosial sebelum ini.

16 September DICEMARI dengan SAMBUTAN Ulangtahun Hari PEMBOHONGAN Anwar

Posted: 14 Sep 2014 08:19 PM PDT



Mungkin ramai antara kita teringin sangat untuk mengadakan sambutan Hari Pembohongan Anwar,
Namun disebabkan tidak mahu mencemarkan tarikh 16 September yang merupakan Hari Malaysia, maka hasrat itu terpaksa dipendamkan.

Pembohongan itu merupakan pembohongan terbesar abab ini. Anwar dengan sombong menyatakan akan menjadi Perdana Menteri dan Pakatan Rakyat akan memerintah Putrajaya. 

Berikut adalah petikan Keadilan Daily yang mencatatkan pembohongan Anwar agar menjadi tatapan generasi muda:

Anwar Ibrahim yakin tubuh kerajaan 16 September.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pakatan pembangkang akan dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang baru sebelum sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Menurutnya, pakatan tersebut tidak perlu tergesa-gesa untuk memikirkan mengenai perkara itu kerana keutamaan kini ialah terhadap program penjelasan agenda dan hala tuju mereka.

''Sekarang kita biarkan Parlimen bersidang seperti biasa, kita tidak perlu tergesa-gesa kerana tidak ada sebab untuk kita tergesa-gesa kerana saya yakin dengan izin Allah, kami akan berada di sana (sebagai kerajaan).

''Kalau tidak bulan depan, mungkin bulan seterusnya, mungkin Mei, Jun, Julai, sambutan merdeka atau sambutan Hari Malaysia. Saya jangka kita tidak akan melepasi tarikh itu," katanya.

''Saya amat yakin Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah akan menerima penjelasan mengenai agenda kami," katanya sambil menolak desas-desus bahawa beliau akan mengadakan perbincangan bagi menarik Ahli Parlimen Sabah menyertai pembangkang semasa lawatannya.

Beliau sebaliknya secara sinis berkata, perbincangan dengan Ahli Parlimen tersebut boleh diadakan pada bila-bila masa sama ada di Hong Kong, Abu Dhabi atau Singapura.

Anwar turut mendakwa beberapa Ahli Parlimen telah membuat keputusan untuk menyertai pakatan pembangkang cuma tidak menyatakannya secara terbuka kepada umum.

- Keadilan Daily 23 April 2008
(6 tahun lepas)

Mahfuz kata Ketua AMK kurang cerdik

Posted: 14 Sep 2014 06:29 PM PDT


15 SEPT: Tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan isi perbincangan pertemuan beliau dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan 'kurang cerdik'.
Malah Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar berpendapat, Nik Nazmi seharusnya lebih cermat dan bijak sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada umum.
niknazmi
Nik Nazmi dedah hasil perbincangan dengan Hadi kepada media
"Tindakan beliau itu kurang cerdik," itu tegas Mahfuz ketika diminta komen beliau berhubung kenyataan Nik Nazmi yang mendedahkan pendirian Hadi supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar jika mahu kemelut di Selangor ketika ini  berakhir.
"Saya tidak pasti apa isi perbincangan itu, tetapi kalau itu dakwaan Nik Nazmi, itu satu perjumpaan tertutup dan tidak wajar untuk beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan perbincangan itu.
mahfuzomar
Mahfuz…Nik Nazmi seharusnya cermat dan bijak
"Jadi lepas ini, kalau beginilah keadaannya, tiada siapa yang nak berbincang. Bincang di kedai kopi pun boleh jadi kenyataan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat PAS, Ahad.
Pada Sabtu, Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia mengeluarkan kenyataan  berhubung pandangan Hadi itu yang dinyatakan ketika ketua-ketua Pemuda Pakatan Rakyat (PR) bertemu Presiden PAS itu.
Menurut Nik Nazmi, jawapan Hadi kepada penyelesaian atau jalan keluar kemelut MB di Selangor adalah dengan mengekalkan  Khalid.
Katanya, pandangan Hadi itu mencetuskan kebimbangan pada PKR dan PR.
Walau bagaimanapun, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menjelaskan kenyataan Nik Nazmi itu telah dinafikan oleh Hadi.
"Tuan Guru sudah menafikan berkenaan perkara tersebut, malah segala keputusan pada akhirnya diserahkan kepada kuasa Sultan Selangor," tegas beliau

Bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah terbunuh di Syria

Posted: 14 Sep 2014 08:02 AM PDT




KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah yang berjuang di Syria, Mohd Lotfi Ariffin dilaporkan terbunuh selepas diserang hendap oleh tentera rejim Bashar Assad di Syria.

Menurut laman Facebook salah seorang pejuang rakyat Malaysia yang berhijrah ke Syria, Abu Talhah II, selepas bertahun di penjara, Mohd Lotfi akhirnya syahid di Syria.

Namun demikian, pengkebumian jenazah Allahyarham terpaksa ditunda hari ini dan dilaporkan masih berada di Hospital Antarkia, Turki.

Ini berikutan beberapa proses dokumentasi perlu diselesaikan sebelum dibawa masuk ke Syria.

Dijangkakan jenazah akan tiba selewat-lewatnya esok (Isnin).



Kematian Mohd Lotfi dimaklumkan melalui laman Facebook Abu Talhah II - Gambar Facebook


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini memberitahu, parti itu memecat Mohd Lotfi daripada menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkannya ke Syria untuk menyertai peperangan di sana melalui satu kumpulan yang dikatakan berjihad.

Dalam pada itu, seorang lagi pejuang di Syria, Akel Zainal II turut memuat naik status yang memberitahu kematian Mohd Lotfi

"Alhamdulillah, berita yang terbaharu tentang Ustaz Lotfi Ariffin (Abu Musab), telah berjaya syahid dalam mempertahankan agama Allah.

"Ustaz Lotfi telah syahid pada waktu Maghrib semalam. Semoga Allah menerima jual belimu Guruku, bergembiralah kamu mengecap nikmat Allah yg menjadi idaman seluruh makhluk," ujarnya dalam laman Facebooknya.




Kematian Mohd Lotfi dimaklumkan melalui laman Facebook Akel Zainal II - Gambar Facebook

Sebuah portal turut memetik kata-kata Mohammad Fadhlan Shahidi atau diberi gelaran Abu Muhajir iaitu salah seorang pejuang yang terbunuh selain Mohd Lotfi.

Allahyarham Mohammad Fadhlan menegaskan untuk tidak akan balik ke Malaysia setelah menjejakkan kaki ke Syria untuk bersama sebahagian rakyat Malaysia yang menyertai perjuangan Ajnad As Syam.

Mohammad Fadhlan dilihat mengemas kini aktivitinya di Syria melalui laman Facebook dan kali terakhir Allahyarham berbuat demikian pada 23 Ogos lalu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz turut berkongsi status Facebook mengenai kenangan bersama Mohd Lotfi.




Berita kematian Mohd Lotfi turut dikongsi melalui laman Facebook Nik Mohamad Abduh - Gambar Facebook

Pada 2006, Mohd Lotfi adalah antara enam tahanan ISA yang terbabit dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang dibebaskan serentak selepas lima tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Lima lagi anggota KMM yang dibebaskan ialah Nik Adli Nik Abdul Aziz, Mohd. Rafi Udin, Zid Shaharani Mohd. Isa, Ahmad Pozi Darman dan Zainon Ismail

Keenam-enam anggota KMM itu ditahan di bawah Seksyen 73(1) Akta ISA 1960 berkuat kuasa 24 September 2001 kerana mengancam keselamatan negara.


-Astro AWANI

UPSR bocor: Empat GURU DITAHAN POLIS di Pulau Pinang dan Perak

Posted: 14 Sep 2014 04:01 AM PDT


KUALA LUMPUR:  Empat orang guru, tiga daripadanya lelaki ditahan di Pulau Pinang dan Perak kerana disyakki terlibat dalam isu kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berlaku baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, suspek yang ditahan berusia di antara 30 sehingga 54 tahun.

"Penahanan dibuat pada pukul 3.30 petang di Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak.

"Semua gajet komunikasi mereka turut dirampas," katanya.

Pada Jumaat, polis telah mengambil keterangan enam pegawai Lembaga Peperiksaan dan seorang wartawan bagi membantu siasatan kebocoran kertas Sains dan Bahasa Inggeris UPSR.

Kong Meng turut menjelaskan, pihaknya sedang mengumpul keterangan bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian itu.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis manakala  kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada Khamis juga.

LPM menetapkan 30 Sept ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh sebelum ini turut meminta semua pihak memberi masa kepada pasukan petugas menjalankan siasatan berhubung kes kertas soalan UPSR.

Pada Jumaat, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai. 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...