CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(PANAS) Perwakilan Pemuda Pas KELUAR DEWAN Ketika MAT SABU BERUCAP

Posted: 16 Sep 2014 03:16 AM PDT


Kira-kira 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar dewan tersebut ketika Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyampaikan ucapannya.

Mereka memakai jaket  bertulis 'kami bersama Presiden dan Majlis Syura.'

Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak sehaluan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama PAS berhubung isu menteri besar Selangor.

(MUKTAMAR PAS) MELAYU TERPINGGIR DIBAWAH PR, Kerajaan PR P.Pinang &Selangor PERLU BELA MELAYU & Bumiputera - Pemuda PAS

Posted: 16 Sep 2014 03:10 AM PDT


Pemuda PAS mahu kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor menunjukkan contoh terbaik untuk membela dan memartabatkan Melayu, bumiputera dan kaum lain yang terpinggir di bawah dasar afirmatif yang dilaksanakan dalam dua kerajaan Pakatan itu.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata perkara itu antara aspek "yang masih kurang menonjol" dan usaha mapan perlu digiatkan khususnya bawah portfolio pembangunan luar bandar dan portfolio belia dan sukan.

"Pemuda PAS berpandangan bahawa dasar afirmatif tetap relevan untuk membantu Melayu, Bumiputera dan bangsa lain yang hidup melarat.

"Kami menyeru supaya Kerajaan Pakatan Rakyat meneruskan perlaksanaan dasar afirmatif secara mapan dan berkesan yang benar-benar mampu membela nasib Melayu dan bangsa lain yang terpinggir daripada limpahan kekayaan ekonomi.

"Kita tidak mahu ada di kalangan warganegara yang tercicir daripada menikmati limpahan kekayaan negara. Sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan, secara sendiri terkuburlah khurafat yang mengatakan bahawa orang Melayu hanya bermartabat sekiranya berada di bawah Umno," katanya.

Beliau berkata demikian dalam usaha untuk menggerakkan agenda bersepadu untuk menguasai sokongan pengundi muda Melayu ketika menyampaikan ucapan dasarnya bertajuk "Memperkukuh Muafakat" dalam Muktamar Pemuda PAS di Dewan Chon Moi, di Kota Tinggi Johor petang ini.

- Malaysiakini

Pengerusi DAP Perak, Kor Ming MENGESAHKAN RUMAH itu Kepunyaannya, "Tak Sampai RM10 Juta pun""Kenapa mahu jadi isu. Saya tak boleh beli rumah ke? "

Posted: 16 Sep 2014 12:23 AM PDT


IPOH -  Beberapa laman blog sejak kelmarin mendedahkan beberapa gambar melibatkan sebuah rumah dan beberapa kereta dipercayai milik Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Berdasarkan maklumat di dalam blog berkenaan mendakwa ia merupakan antara harta dikumpulkan Ahli Parlimen Taiping itu sejak menjadi wakil rakyat.

Malah blog berkenaan turut mendakwa kekayaan Kor Ming itu diperoleh selepas mendapat habuan daripada Kerajaan Negeri Kelantan apabila bersetuju menyokong Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Menjawab persoalan itu, Kor Ming yang dihubungi Sinar Harian mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar itu untuk menyerang peribadinya.

Menurutnya, pada Sabtu lalu, terdapat individu yang mengambil gambar rumahnya di Bandar Baru Tambun, di sini, untuk tujuan itu.

"Saya tahu individu berkenaan dan hantar gambar kepada pihak-pihak tertentu untuk cemar nama baik saya.

"Tindakan ini sudah melanggar undang-undang dan ganggu privasi saya. Malah gambar ahli keluarga saya turut didedahkan. Perbuatan ini meletakkan keluarga saya dalam bahaya," katanya.

Menurut Kor Ming, tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap individu dan pihak-pihak yang melakukan perbuatan sedemikian.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengakui rumah berkenaan baharu saja diduduk dua minggu lalu.

"Kenapa mahu jadi isu. Saya tak boleh beli rumah ke? Bukannya saya beli cash (tunai). Saya pinjam bank dengan bayaran bulanan untuk tempoh selama 20 tahun.

"Sebagai bekas peguam senior dan wakil rakyat, takkan saya tak mampu nak beli rumah. Lagipun bukan harganya sehingga RM10 juta," katanya.

Kor Ming berkata, isu berkenaan tidak melibatkan kepentingan awam malah beliau mendakwa rumah pemimpin-pemimpin BN lagi besar dan mewah.

DAP = LEE KUAN YEW = PAP

Posted: 15 Sep 2014 11:49 PM PDT


(UPSR BOCOR) Seorang jurutera DITAHAN Polis di Kemaman Menjadikan Jumlah 7 Orang ditahan Setakat ini

Posted: 15 Sep 2014 04:24 PM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang jurutera ditahan di Kemaman hari ini berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), menjadikan mereka yang ditahan kini berjumlah tujuh orang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata lelaki tersebut berumur 34 tahun ditahan jam 1 tengah hari.

"Lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Putrajaya dan akan direman esok pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebelum ini, enam yang ditahan terdiri lima orang guru dan seorang ejen insurans.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lalu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut.

DAP lebih baik bersama PAS berbanding PKR, kata penulis veteran

Posted: 15 Sep 2014 07:53 AM PDT



Penulis veteran Subky Latif mengatakan keadaan DAP lebih baik bersama PAS berbanding PKR, memandangkan parti Islam itu mampu membawa parti majoriti Cina itu ke Putrajaya.
Dalam kolumnya di lidah rasmi PAS Harakahdaily, Subky berkata meskipun Sultan menerima PAS menjadi menteri besar, parti Islam itu tidak akan dapat bertahan sekiranya DAP tidak bersedia.
"Jika DAP merasa perlu keluar daripada cap derhaka istana, ia mesti membuat keputusan menenangkan PKR supaya berlunak dengan PAS.
"Kerana suasana politik yang demikian, masa depan DAP lebih selesa bersama PAS. Tidak mengapa DAP tidak perlukan PAS, tetapi PAS tetap merasa perlu berkawan dengan DAP. DAP jangan buang PKR, tetapi PAS boleh lebih penting," katanya.
Subky berkata hanya PAS yang dapat membersihkan imej DAP, lebih-lebih lagi selepas parti itu dan PKR kini dianggap menderhaka kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila hanya menghantar satu nama calon untuk dipilih sebagai menteri besar Selangor.
"Sultan mengkehendaki setiap parti dalam Pakatan Rakyat (PR) menghantar lebih dari dua nama menteri besar.
"Sekarang Sultan Selangor sudah kata DAP derhaka. Sama ada titah Sultan tepat atau sebaliknya, ia amat disenangi Umno dan sekalian rakyat yang tidak sukakan DAP.
"PAS tidak dapat mencairkan pandangan negatif umum terhadap DAP seperti sebelum ini. Sebelum ini apa yang Melayu kata tentang DAP, PASlah yang mencairkannya," katanya.
Subky berkata DAP masih relevan buat PAS dan masih dapat bertahan lama sekalipun dengan ketiadaan Lim Kit Siang dan selepas Lim Guan Eng menjadi warga emas, katanya merujuk kepada dua beranak yang kini berada dalam kepimpinan tertinggi DAP.
"Ia akan lebih terserlah jika ia dapat sekutu Melayu yang boleh bersamanya bagi mencabar kekuasaan BN dan Putrajaya. Sekutu yang ada akar umbi ialah PAS. PAS akan ada lama.
    
"Tetapi PKR tidak boleh jadi sekutu yang penting, kerana pertama tidak jelas siapa yang boleh menjaganya selepas tiada Anwar?" soalnya.
Beliau berkata sokongan orang Melayu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR banyak daripada PAS.
"Apabila Anwar tidak ada, tidak dapat dipastikan sokongan itu. Orang bukan Melayu pula bergantung kepada sokongan yang DAP boleh bantu. Sokongan DAP kepada PKR juga adalah kerana Anwar.
"Kalau Anwar sendiri hilang sokongan orang Melayu, apa lagi yang DAP harap untuk membantunya lebih dekat ke Putrajaya?," soalnya.
    
"Jawapannya ialah DAP bukan sahaja diperlukan oleh PAS, tetapi DAP juga memerlukan PAS. Jika tidak DAP akan balik ke tempat lama bersendirian."
Beliau turut membangkitkan persoalan siapa yang akan bertanggungjawab menjaga PKR, salah satu parti komponen dalam PR selepas ketiadaan  Anwar.
Dalam tulisan bertajuk "‎Masa depan Pakatan, PAS dan DAP", Subky berkata masa depan pembangkang di Malaysia adalah antara PAS dan DAP.
"Tetapi saya tidak menyebutnya kerana saya menjaga hati rakan-rakan dalam PKR, terutamanya Brother Anwar Ibrahim yang saya tidak mahu bermasalah lagi dengannya," kata Subky, dalam tulisannya.
   
"Cukuplah kami sudah tidak berdua selama dia dalam Umno. Sesudah berdua semula selepas itu, janganlah tidak berdua lagi."
   
Subky berkata daripada pandangan akar umbi DAP yang diterimanya, parti majoriti Cina itu boleh menerima PAS sebagai menteri besar Selangor sekiranya parti Islam itu meletakkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Rani Othman sebagai calon mereka.
Kerusi menteri besar Selangor sekarang ini milik PKR yang memecat keahlian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bulan lalu.
Khalid kini mentadbir Selangor atas kapasiti Adun Bebas, bersama empat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS selepas beliau memecat enam exco dari PKR dan DAP.
"Imej PKR tidak akan serosak sekarang dalam kalangan rakyat terbanyak jika DAP dapat memberi nasihat yang baik kepada Anwar dan PKR.
"PAS sekarang hodoh pada orang PKR saja, tidak pada orang ramai. DAP tidak sekadar tidak membantu PKR dan Pakatan, ia tidak membantu dirinya sendiri," kata Subky. – 15 September, 2014.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...