KOTA TINGGI – Sebahagian perwakilan Pemuda Pas yang menghadiri Majlis Perasmian Muktamar Pemuda Pas kali ke-55 di Dewan Choon Moi, Kota Tinggi dilihat meninggalkan tempat selepas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu memulakan ucapan perasmian, di sini, hari ini.

Hasil tinjauan Sinar Harian Online mendapati, perwakilan tersebut keluar dari dewan secara beramai-ramai sebaik Mohamad memberi salam kepada seluruh perwakilan yang hadir.

Menurut seorang perwakilan yang enggan dikenali, tindakan tersebut ekoran rasa kurang senang dengan kenyataan-kenyataan orang nombor dua dalam Pas itu yang dilihat sering mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kita datang dari kawasan presiden dan tak sukalah apabila orang buat presiden kita begitu.

"Dulu dia (Mat Sabu) bertanding kata nak bantu presiden...," katanya ketikda ditemui di luar dewan.

Ketika ditanya sama ada tindakan itu ekoran kecewa dengan Mat Sabu, perwakilan itu menjawab, "adalah kurang senang sedikit, tapi biasalah."

Menurutnya, Mat Sabu tidak perlu ikut segala arahan Hadi namun tidak sepatutnya berlaku pertikaian antara Presiden dan timbalan.

"Kita tak kata beliau perlu ikut (arahan presiden). Tapi bantulah.

"Kita boleh bincang baik-baik, tak patut nampak ada pertikaian antara presiden dan timbalan. tak cantiklah," katanya.

Sementara itu, rata-rata perwakilan lain yang ditemui enggan memberi sebarang komen ekoran tindakan tersebut.

Meskipun ramai perwakilan yang meninggalkan dewan, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tetap meneruskan ucapan sehingga selesai.

LAPORAN THE MALAYSIAN INSIDER


Tiada protes semasa ucapan, perwakilan solat Asar, kata Mat Sabu





Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ketika berucap di Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor, hari ini. Beliau menafikan berlakunya sebarang insiden perwakilan meninggalkan muktamat hari ini sebagaimana didakwa sebuah portal berita. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 September, 2014.Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ketika berucap di Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor, hari ini. Beliau menafikan berlakunya sebarang insiden perwakilan meninggalkan muktamat hari ini sebagaimana didakwa sebuah portal berita. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 September, 2014.Tiada insiden perwakilan Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor yang meninggalkan dewan ketika ucapan perasmian dimulakan, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Mohamad yang merasmikan muktamar di Dewan Chon Moi berkata, waktu itu adalah waktu solat Asar dan tidak timbul isu "penyokong Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan muktamar."
"Saya tidak nampak... memang waktu itu mereka keluar pergi sembahyang. Biasalah keluar masuk. Itu masuk waktu Asar," katanya kepada pemberita selepas selesai muktamar berkenaan hari ini.