CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Haji Hadi "BELASAH" Anwarinas Yang RASA CUKUP KUAT dan BIJAK, Mereka sebenarnya HIPOKRIK dan LEMAH IMAN

Posted: 17 Sep 2014 11:07 PM PDT


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegur pimpinan dan anggota PAS yang merasakan cukup kuat dan bijak tetapi tidak sabar dalam perjuangan.

Katanya golongan itu sanggup bertindak dengan sewenang-wenang menyanggah dasar dan matlamat perjuangan parti.

"PAS pernah bersendirian dan bertahaluf dengan pihak lain dalam kerajaan dan tanpa kerajaan. Dalam semua keadaan ini PAS tidak pernah rugi, kerana kita sentiasa beristiqamah di atas dasarnya yang kukuh dan matlamatnya yang nyata.

"Hanya mereka yang beristiqamah bersama PAS sahaja yang selamat, mereka yang tidak istiqamah jatuh berguguran di sepanjang perjalanan kita.

"Maka jangan ada orang yang merasakan dirinya cukup kuat, tidak sabar dalam perjuangan, merasa sangat bijak dan boleh sewenang-wenang menyanggah dasar dan matlamat perjuangan kita," katanya.

Katanya, sejak PAS ditubuhkan parti itu berdepan pelbagai ujian dan menempa pengalaman menjadi parti yang pernah bersendirian dan pernah menjadi kuat sehingga pernah menyertai kerajaan pusat dan memerintah kerajaan negeri.

Beliau yang juga MP Marang berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar bertajuk "Terus Beristiqamah" dalam Muktamar PAS di Batu Pahat hari ini.

Menurutnya lagi selain menghadapi kesulitan menuntut demokrasi yang dianggapnya tempang dan tidak adil, PAS juga perlu membersihan diri daripada "anasir hipokrit" daripada individu yang tidak sabar dan tidak istiqamah itu.

"Cabaran ini semua wajib dihadapi dengan istiqamah dan bersabar dengan penuh kebijaksanaan.

"Perjalanan yang sangat mencabar ini, sebenarnya membersihkan Jamaah Islam seperti PAS daripada anasir hipokrit dan yang lemah imannya, dari individu yang tidak sabar dalam tindakan sehingga tidak istiqamah dalam perjuangan ini," katanya.

Dalam ucapannya juga, Abdul Hadi berkata parti itu tidak menjadikan rakyat yang lemah sebagai mangsa untuk mendapat kuasa atau sama ada kerana ingin menang dengan gopoh.

"Sehingga sanggup melakukan apa sahaja, walau pun rakyat yang lemah menjadi mangsa ditipu, dibeli dan dikacau atau tanah air ini menjadi bahtera yang ditenggelamkan," katanya.

(PETANDA PAS KEMBALI KEPADA ISLAM) Tiada pemimpin tertinggi DAP, PKR hadir muktamar PAS di Johor

Posted: 17 Sep 2014 10:02 PM PDT


Pemimpin tertinggi rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) dari DAP dan PKR tidak kelihatan ketika berlangsungnya perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor pagi ini.
Tinjauan mendapati PKR menghantar wakil Naib Presiden mereka Chua Tian Chang dan Shamsul Iskandar Mat Akin, manakala DAP diwakili Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
Kelibat Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun tidak kelihatan.
Tindakan itu dipercayai berpunca daripada kemelut krisis menteri besar Selangor yang melanda kerajaan PR Selangor sehingga menyebabkan rakan komponen pembangkang itu bertelagah.
Awal tahun ini, PKR memulakan Langkah Kajang tanpa pengetahuan Pas untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Anwar yang dikatakan akan menguasai dana Kerajaan Selangor yang banyak. Tan Sri Khalid terkenal sebagai seorang yang jujur dan amanah dalam menjaga wang rakyat. Keadaan ini menyukarkan Anwar dan PKR menyalahgunakan dana awam itu.
Anwar sepatutnya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, tetapi rancangan itu tergendala selepas Mahkamah Rayuan mendapati beliau bersalah dalam kes Liwat II melibatkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. 
Krisis bermula apabila Anwar seperti orang mabuk kuasa telah memaksa Khalid melepaskan jawatan sehingga sanggup memecat Khalid yang tiada melakukan apa-apa kesalahan pada Ogos lalu.
PR juga berpecah dan berbeza pendapat dalam isu itu apabila PAS, terutamanya Hadi, secara terbuka menolak calon MB pilihan PKR iaitu presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sebelum itu Majlis Syura Ulama berkeras menyokong Tan Sri Khalid kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tindakan memaksa beliau meletak jawatan ada tindakan yang zalim. 
Hadi juga mempertikai kelayakan dan kebolehan Dr Wan Azizah sebagai calon MB.
Istana Selangor sehingga kini masih belum memuktamadkan untuk melantik siapa yang layak  sebagai pengganti Khalid. – 18 September, 2014.
Sumber: The Malaysian Insider (CG telah meminda tulisan TMI yang tidak tepat dan memesong fakta)

Penderma Tak Dikenali Tawar AS$30 Juta Kepada Sesiapa Dedahkan Dalang Tragedi MH17

Posted: 17 Sep 2014 07:07 PM PDT


LONDON: Seorang penderma yang tidak dikenali telah mendepositkan AS$30 juta (RM96.53 juta) ke akaun sebuah firma penyiasatan persendirian Jerman untuk ditawarkan kepada mana-mana pihak yang dapat mengemukakan bukti siapakah yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada 17 Julai lalu di ruang udara Timur Ukraine.

Ia adalah wang tawaran paling besar dalam sejarah dunia - mengatasi jumlah yang ditawarkan untuk menangkap Osama bin Laden.
Tanggungjawab untuk memulakan penyiasatan persendirian itu diserahkan kepada Wifka, sebuah firma yang berpusat di Schleswig-Holstein di Utara Jerman.
Wifka dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh sebuah media berbahasa Inggeris Jerman, The Local, menegaskan sejak kejadian pembunuhan itu yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, semua orang menyebut bahawa mangsa-mangsa itu memerlukan pembelaan dan sanak keluarga mereka serta masyarakat antarabangsa juga memerlukan jawapan siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan.
Malangnya, kata Wifta, belum ada satu pun daripada persoalan ini dijawab walaupun siasatan ke atasnya sedang dijalankan oleh sebuah jawatankuasa antarabangsa. 
Kini, tanggungjawab untuk mencari jawapan tersebut telah diserahkan kepada seorang pakar penyiasat persendirian yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang ini iaitu Josef Resch.
"Setiap orang ada harganya. Ia hanyalah persoalan berapa banyak," kata Resch yang yakin tawaran AS$30 juta itu akan membuka mata mereka yang ada harga.
Resch juga mengesahkan yang dia telah pun menerima upah sebanyak Euro 40,000 untuk memulakan penyiasatannya dan dia tidak ragu-ragu akan menemui orang yang bersedia menerima wang sebanyak itu (AS$30 juta)  untuk mendedahkan kebenaran di sebalik insiden itu. 
Wifka menegaskan, sesiapa sahaja yang dapat mendedahkan - siapakah yang bertanggungjawab dan terlibat dalam menembak pesawat MH17 itu, siapa yang menyembunyikan kebenaran di sebalik kejadian itu dan apa yang telah terjadi kepada senjata yang digunakan untuk menembak jatuh MH17  - akan menerima hadiah wang tunai AS$30 juta yang ditawarkan itu.
Malah Wifta juga memberi jaminan bahawa orang yang mendedahkan semua kebenaran ini akan diberikan identiti baru sebagai langkah perlindungan.
Wang hadiah tersebut kini tersimpan di Zurich, tetapi Wifka sekali lagi menegaskan yang mereka tidak tahu siapakah penderma nya. Identitinya menjadi rahsia.
Satu-satunya maklumat yang mereka ada ialah, pihak yang menjadi orang tengah dalam rundingan ini bertutur dalam loghat Switzerland.
Jumlah tawaran AS$30 juta itu melebihi jumlah wang yang ditawarkan kepada sesiapa yang dapat mendedahkan maklumat sehingga tertangkapnya Osama bin Laden iaitu sebanyak AS$25 juta (RM80.45 juta).
.

(ANWARINAS TERUS SERANG HAJI HADI) PAS dalam bahaya bila Hadi dolak-dalik dalam krisis MB Selangor, kata Mujahid

Posted: 17 Sep 2014 06:23 PM PDT


PAS memulakan muktamar tahunannya hari ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi amaran kegagalan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan tahaluf siyasi PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), dengan mengiktiraf Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor, mungkin akan menikam dirinya sendiri.
Mujahid berkata, tidak seperti mantan presiden terdahulu, Yusof Rawa dan Datuk Fadzil Mohd Noor, Hadi dilihat seolah-olah tidak berupaya mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam menangani kemelut di Selangor.
"Apakah sebabnya? Adakah kerana tekanan untuk keluar PR terlalu kuat? Ataukah presiden PAS terlalu lemah," soalnya dalam tulisannya bertajuk Masa Depan PAS di Tangan Ahli PAS.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, jawapan itu penting bagi menentukan kayu piawaian masa depan PAS dan kriteria kepimpinan dalam menghadapi lanskap baru politik.
Katanya, ujian kepimpinan akan berakhir apabila mereka mendapat jawapan sama ada mereka masih relevan atau tidak untuk mengemudi lanskap baru itu.
"Sehingga ahli membuat penilaian yang matang dan luas perkiraannya, mereka akan sentiasa diperhatikan," katanya.
Katanya, laluan politik yang diberikan masyarakat bukan Islam, khususnya pengundi Tiong Hua, seharusnya mendorong pimpinan PAS mengukuhkan PR, bukannya mengecewakan masyarakat dengan berdolak-dalik dalam komitmennya terhadap slogan 'PAS untuk semua'.
Katanya, ahli PAS harus sedar dan akur kejayaannya tidak akan ke mana hari ini jika orang bukan Melayu tidak mengundi calon PAS, khususnya di Selangor.
"PAS harus berhati-hati agar tidak mengecewakan kepercayaan umum terhadapnya.
"Pengundi hari ini mengundi atas dasar keyakinannya kepada PAS dan manifesto yang kita janjikan. Lebih-lebih lagi pengundi di Pantai Barat yang tertarik dengan tawaran PR dan mengundi atas semangat PR.
"Baru setahun berlalu, dan keghairahan PR bertelagah di Selangor pastinya mengurangkan kepercayaan umum, dan PAS terpalit sebagai satu daripada pihak terlibat," katanya.
Beliau berkata, PAS tidak harus berpatah balik ke belakang seolah-olah ia terpengaruh dengan dakyah Umno yang memainkan sentimen Melayu-Islam, yang pada hakikatnya ialah perkauman sempit, yang ditentang PAS sejak berdekad lamanya.
"Sememangnya permainan sentimen Melayu-Islam Umno boleh melemahkan langkah tegas yang diambil PAS demi kebaikan politik baru yang makin kuat sekarang.
"Oleh itu, PAS dan ahlinya harus mengelakkan diri sejauh-jauhnya daripada terheret dalam krisis Selangor, yang merupakan perangkap politik Umno," katanya.
Katanya, PAS bersama dengan rakannya dalam PR cuma perlu bersabar dan istiqamah dengan meminimakan langkah yang boleh menggagalkan matlamat mereka.
Parti dalam PR juga perlu menahan diri daripada terlibat dalam perkara remeh-temeh dan menyerang sesama sendiri.
Katanya, PAS tidak boleh berfikir hanya untuk dirinya saja tetapi perlu memikirkan tentang kepentingan yang strategik dan harapan rakyat terhadap kepimpinan dalam mencapai agenda perubahan.
"Menghadiri muktamar kali ini bukan sekadar untuk mengikuti ucapan retorik dan bersemangat dalam mempertahankan kepimpinan ulama atau presiden parti.
"Ia juga tentang bagaimana perwakilan boleh mempertahankan prinsip parti, prinsip organisasi, prinsip strategi dan lebih penting, bagaimana PAS harus berperanan dalam kerangka membina masa depan negara," katanya. – 18 September, 2014.

JAWAPAN kepada Datuk Saifuddin LIBERAL, Kenyataan Saifudin membahayakan

Posted: 17 Sep 2014 09:36 AM PDT


Kenyataan Dato Saifudin bahawa 'seorang Melayu yang Liberal tidak akan menjadikan beliau seorang yang kurang Islamnya atau kurang Melayunya' adalah mengelirukan bahaya terhadap kewujudan bangsa Melayu. Beliau merujuk kepada apa yang terkandung dalam muqadimah Rukunegara yang mengatakan bahawa :-
"Menjamin satu cara LIBERAL terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak…"
"Atas dasar itu maka tidak jadi masalah jika orang Melayu menjadi Liberal." Begitulah katanya.
Nah, saya ingin mengatakan bahawa terdapat kesalahan besar dalam pemahaman Dato Saifudin terhadap Rukunegara ini dan konsep Liberalisme.
  1. Dokumen yang supreme adalah Perlembagaan Persekutuan. Apa-apa dokumen selain daripada itu adalah ditolak jika bertentangan dengan Perlembagaan. Rukunegara adalah merupakan sub-set kepada Perlembagaan. Ia adalah huraian kepada Perlembagaan bagi memudahkan rakyat untuk memahami bukan sesuatu yang berlainan dan lebih tinggi daripada Perlembagaan.
  2. Liberal yang dimaksudkan dalam Rukunegara adalah merujuk kepada penerimaan pelbagai kaum, agama dan adat resam BUKAN bermakna mencairkan sesuatu bangsa sama ada Melayu, Cina ataupun India. Konsep ini semuanya sudah termaktub dalam Perlembagaan di bawah Fasa 3(1), Fasa 11 (1) & (3) dan beberapa Fasa lain.Begitu juga dengan kedudukan Melayu termaktub dalam Fasa 153. Jadi mempertahan agama dan bangsa bukan sesuatu yang ekstrem atau rasis atau boleh memecahbelahkan rakyat. Pemahaman ini (yang menuduh mempertahankan agama dan bangsa adalah rasis dan ekstrem) adalah dangkal dan mengelirukan.
    Ia juga bukan bermakna memperkecilkan bangsa lain tetapi ada sejarah di sebalik kenapa Fasa-fasa dalam perlembagaan ini dirangka.
  1. Liberalisme yang dibawa oleh segelintir golongan hari ini jauh terpesong daripada apa yang dimaksudkan oleh Rukunegara. Mereka menolak semua peruntukan yang disebutkan di atas termasuk berkenaan agama Islam dan Melayu. Mereka mahu melahirkan Bangsa Malaysia dan Pluralisme agama (agama semua sama). Ini yang kita tentang kerana jelas ia mencabar Perlembagaan.
  2. Liberalisme yang dibawa oleh barat ini menolak asas agama dan bangsa. Dalam erti kata lain ia ingin melahirkan manusia yang bebas sebebasnya. Ini jelas bertentangan dengan mana-mana agama apatah lagi agama Islam. Akhirnya bangsa Melayu yang sudah wujud ribuan tahun akan hilang identiti dan jati diri. Dengan itu barat akan lebih mudah menguasai minda dan jiwa bangsa Melayu dan kita akan kekal dijajah untuk selama-lamanya.
Ini yang Saifudin tidak faham.
Aminuddin Yahaya
Timbalan Presiden ISMA

Haron Din: Kaji semula kerjasama dalam Pakatan

Posted: 17 Sep 2014 07:50 AM PDT


Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din menyeru agar sayap Ulama PAS meneliti sama ada kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat perlu diteruskan demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti Islam itu.

Berucap dalam Muktamar Dewan Ulama PAS hari ini, Haron berkata "setiap hari ada fitnah" yang dilemparkan kepada Majlis Syura Ulama, presiden PAS dan semua anggota PAS.

"Tahaluf (kerjasama) dibina atas nasihat ulama yang mempunyai syarat dan rukun yang perlu dipenuhi. Sekiranya semuanya dipenuhi, ulama mempertahan tahaluf demi kepentingan Islam dan jamaah, bukan untuk kepentingan individu.

"Sekiranya syarat dilanggar, rukun dirobohkan, ulama wajar memikirkan balik kalau ia boleh diteruskan (atau tidak).

"Syarat-syarat dirobohkan ulama perlu memperbaiki balik, memperbaiki balik, memperbaiki balik. Kalau tak boleh juga, ambillah konsep talak dalam perkahwinan, walaupun ia dibenci," katanya.

"Saya meminta tahaluf diperhalusi semula, dalam suasana politik hari ini, tiap-tiap hari ada fitnah kepada Majlis Syura, presiden dan semua kena fitnah," katanya.

Menurutnya lagi, bagi anggota PAS yang memperjuangkan reda Allah, maka sepatutnya mereka tidak bersengketa sesama sendiri bagi mengelakkan kekuatan mereka hilang dalam "suasana politik yang gawat" ketika ini.

"Kalau kita tidak kuat, kita akan hilang segala-galanya. Sebab itu kita perlu berada dalam jemaah,"katanya.

Wakil T'ganu kecewa dengan ucapan Suhaizan

Posted: 17 Sep 2014 07:17 AM PDT


Beberapa orang perwakilan Pemuda PAS mengambil peluang untuk dalam perbahasan hari ini untuk mengemukakan kritikan ke atas ketua pegerakan itu, Suhaizan Kaiat atas ucapan dasar yang disampaikan semalam.

Walau kebanyakannya berbuat demikian dengan lemah lembut dan berkias, ada juga yang mengkritik secara terbuka, seperti wakil Terengganu, Hishammuddin Abdul Karim.

Hishamuddin ketika membahaskan ucapan dasar itu berkata beliau kecewa dengan kandungan ucapan Suhaizan, terutama atas peringatan ketua Pemuda itu bahawa PAS tewas di Terengganu dan Kedah.

"Kenapa kita anggap proses pilihan raya telus sehingga kita terpaksa menyalahkan presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan (bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri) Azizan (Abdul Razak). Apa salah mereka?"

Dalam ucapannya di Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi, Johor itu, Hishamuddin berkata tanggungjawab itu sepatutnya dipikul oleh pengarah pilihan raya PAS.

Hadi menjadi menteri besar Terengganu antara 1999 hingga 2004 manakala Azizan menjadi menteri besar Kedah antara 2008 hingga 2013.

Hishamuddin turut mempersoalkan bahawa Suhaizan tidak membangkitkan mengenai Perak, yang gagal dimenangi semula oleh Pakatan selepas mentadbir negeri itu selama setahun selepas pilihan raya umum 2008.

Beliau turut mempersoalkan seruan Suhaizan agar PAS mengamalkan "politik budiman" demi kerjasama dalam Pakatan, termasuk mengatur pertemuan antara para ketua Pemuda Pakatan dengan Hadi.

"Kita bercakap tentang budiman, tetapi tiba-tiba anggota tidak budiman dengan presiden sendiri," katanya.

Hishamuddin juga kecewa dengan ketua AMK PKR yang mendedahkan butiran pertemuan dengan Hadi – bahawa presiden PAS itu menyatakan sokongan pada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau seterusnya mempersoalkan komitmen Suhaizan pada Hadi.

"Saya mengikuti perbahasan sejak awal dan saya masih menunggu kenyataan rasmi dari ketua Pemuda PAS mengenai sokongan jelas pada presiden PAS," katanya.

Kritikan yang timbul dalam sesi ini membangkitkan spekulasi bahawa para perwakilan mungkin mengemukakan usul untuk tidak menyokong ucapan dasar Suhaizan, yang menjadi seumpama satu usul tidak percaya ke atas ketua mereka.

Spekulasi tersebut bagaimanapun kembali reda apabila persidangan Pemuda PAS meluluskan usul ucapan dasar Suhaizan tanpa sebarang bantahan.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...