CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Pas BIDAS Kerajaan P.Pinang Guan Eng ABAIKAN MELAYU, Akui MELAYU BERPINDAH

Posted: 19 Sep 2014 01:31 AM PDT


BATU PAHAT: Kerajaan Pulau Pinang dibidas kerana terlalu 'mesra' dengan syarikat pemaju hartanah sehingga mengabaikan kebajikan rakyat terutamanya masyarakat Melayu di negeri itu.
Perwakilan Pas daripada Pulau Pinang, Izuri Ibrahim berkata sikap kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng itu telah mengakibatkan harga tanah dan rumah melambung melangkaui kemampuan rakyat untuk memilikinya.
"Disebabkan dasar-dasar yang mesra dengan syarikat-syarikat pemaju perumahan, banyak kawasan penempatan Melayu menjadi mangsa kepada kerakusan menyebabkan pemindahan penduduk."
"PAS Pulau Pinang tidak menentang pembangunan. Apa yang membimbangkan kini adalah kerajaan negeri terlalu propemaju sehingga mengabaikan kebajikan rakyat," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar PAS ke-60 di Parit Raja, di sini, Jumaat.
Ketika ini, disebabkan dasar yang terlalu 'mesra' terhadap pemaju, harga rumah di Pulau Pinang melambung tinggi sehingga mencecah antara RM500 hingga RM600 satu kaki persegi, menyebabkan ramai kalangan masyarakat sukar membeli rumah.
Jika kerajaan Kelantan mampu menjaga kepentingan penduduk Cina yang merupakan golongan minoriti, beliau juga mengharapkan Pulau Pinang membuat perkara yang sama dengan memelihara kebajikan penduduk Melayu yang merupakan golongan minoriti di negeri itu.
PAS Pulau Pinang mahukan kerajaan negeri melibatkan parti (PAS) dalam penggubalan dasar-dasar yang mesra rakyat dan lestari di dalam isu perumahan serta pemindahan penduduk yang terjejas.
Bagi penduduk yang terlibat dengan pemindahan, Izuri meminta mereka diberikan rumah percuma bernilai RM75,000 di lokasi sama, rumah transit manakala keluarga mereka diberikan peluang membeli rumah di lokasi sama.

(KECOH) Perwakilan baca doa KUTUK Mat Sabu, dua ADUN Hinggakan Perwakilan Anwarinas MELURU Ke Pentas MEMBANTAH

Posted: 18 Sep 2014 11:43 PM PDT

wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin


Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.

Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Dua ADUN tersebut sebelum ini menyokong presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor yang baru dalam pengakuan berkanun mereka.

Dalam doanya sepanjang 25 minit itu, Azhari memanjatkan doa agar Mohamad Sabu tidak akan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juga berkata Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik perumpamaan "nila setitik yang merosakkan susu sebelanga".

"Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat beracun," katanya dalam doa itu sambil menadah tangan.

Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.

Ia turut menimbulkan kemarahan wakil Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar, yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.

Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.

"Adakah ini sifat seorang Muslim?," soalnya sebelum diiring keluar oleh seorang anggota Unit Amal yang turut mematikan mikrofon tersebut.

Iskandar Teruja Dilantik MB Selangor

Posted: 18 Sep 2014 09:52 PM PDT


PETALING JAYA: Dengan nada ceria, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka, Ir Iskandar Samad mengakui beliau pastinya teruja sekiranya dipilih sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
Bagaimanapun, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri itu mengakui tidak mengetahui siapakah calon 'bertuah' yang akan mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada Selasa ini.
"Saya hanya baca mengenai spekulasi nama saya dipilih sebagai calon menteri besar Selangor dalam surat khabar sahaja. Setakat ini semuanya masih spekulasi semata-mata.
"Saya pun nak tengok siapa yang akan angkat sumpah sebagai menteri besar, Selasa depan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.
Beliau turut mengakui masih belum menerima jemputan rasmi majlis ke angkat sumpah menteri besar Selangor yang baharu setakat ini.
"Saya baru sahaja semak dengan pejabat saya, setakat ini saya masih belum terima jemputan rasmi.
"Isnin dan Selasa depan saya juga ada mesyuarat yang perlu dihadiri. Namun jika ada jemputan rasmi daripada pihak istana sudah pasti saya akan hadir," katanya.
Ketika ditanya adakah PAS Selangor sedia menerima jawatan tersebut, Iskandar berkata: "Saya tidak dapat memberikan jawapan. Sekarang ini pun saya di Muktamar PAS di Batu Pahat.
"Apa pun kita tunggu keputusan penggulungan daripada presiden esok."
Krisis jawatan menteri besar Selangor akan berakhir tidak lama lagi apabila Istana Selangor dijangka mengumumkan nama calon terbabit selewat-lewatnya pada Selasa.
Akhbar The Star pada Jumaat melaporkan Iskandar dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali antara dua calon paling hampir untuk dilantik  bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Berdasarkan kad jemputan yang telah diedarkan dan disahkan kebenarannya oleh para pegawai Istana, majlis mengangkat sumpah jawatan itu akan diadakan Istana Alam Shah, Klang pada  pukul 10 pagi Selasa.
Azmin merupakan Adun Bukit Antarabangsa. Persamaan antara beliau dan Iskandar adalah kedua-dua, mereka merupakan pengerusi parti masing-masing di peringkat negeri.
Difahamkan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dipilih sebagai Adun Kajang pada Mac lalu mungkin tidak akan mendapat jawatan itu.
Perletakan jawatan Abdul Khalid akan berkuat kuasa sebaik sahaja menteri besar baharu mengangkat.

(KEADILAN TIDAK KENAL SIAPA) Adam Adli didapati bersalah MENGHASUT

Posted: 18 Sep 2014 08:22 PM PDT


PETALING JAYA - Aktivis pro pembangkang, Adam Adli Abd Halim didapati bersalah mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan oleh Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam satu paparan status yang dimuatnaik melalui laman mikro Twitternya hari ini, Adam Adli menulis 'bersalah' tanpa sebarang penjelasan lanjut.

Berdasarkan pertuduhan Adam Adli, 24, yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) didakwa menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan membangkitkan rakyat negara ini supaya diubah kerajaan yang memerintah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu ketika berceramah di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di No. 1, Jalan Maharajalela, di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei tahun lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.


MB SELANGOR: Azmin ( PKR) atau Iskandar (PAS)?

Posted: 18 Sep 2014 07:05 PM PDT


PETALING JAYA: Krisis jawatan Menteri Besar Selangor akan berakhir tidak lama lagi apabila Istana Selangor dijangka mengumumkan nama menteri besar yang baharu awal minggu depan.
Berdasarkan kad jemputan yang telah diedarkan, yang disahkan kebenarannya oleh para pegawai Istana, memaklumkan tentang majlis mengangkat sumpah jawatan itu pada pukul 10 pagi Selasa.
Istana enggan mengulas mengenai siapa yang akan menjadi menteri besar tetapi pilihan yang disenarai pendek adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Exco negeri dari PAS, Iskandar Samad.
Azmin merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa manakala Iskandar adalah Adun Chempaka.
Kedua-dua mereka merupakan pengerusi parti masing-masing di peringkat negeri.
Difahamkan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dipilih sebagai Adun Kajang pada Mac lalu mungkin tidak akan mendapat jawatan itu.
Perletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar akan berkuat kuasa sebaik sahaja angkat sumpah menteri besar yang baharu.
Dengan majlis angkat sumpah pada Selasa depan, ini bermakna Sultan tidak akan lagi menunggu nama-nama yang akan diserahkan oleh PKR dan DAP yang mengambil masa panjang oleh para pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor.
Kedua-dua parti hanya mencalonkan Dr Wan Azizah walaupun terdapat arahan yang jelas daripada Istana supaya mencadangkan lebih dua nama.
Istana turut memaklumkan bahawa Sultan mungkin akan memilih menteri besar yang baharu berdasarkan senarai tiga nama yang diserahkan oleh PAS atau satu nama tiada dalam senarai.
Timbul kontroversi menerusi dua kenyataan tegas daripada Istana. Pertama, Sultan menitahkan bahawa DAP dan PKR adalah tidak setia atau derhaka kerana keengganan mereka untuk mengemukakan nama-nama lain, dan baginda menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang biadap.
Kenyataan kedua pula dikeluarkan pada Khamis apabila Istana menegur Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyebabkan kekeliruan dengan maklumat yang salah mengenai amalan yang dilakukan Istana dalam mengesahkan jawatan menteri besar.
Anwar mendakwa bahawa amalan mencalonkan hanya satu nama untuk jawatan menteri besar telah dilakukan sejak kemerdekaan negara.
Difahamkan juga terdapat banyak pengumuman palsu mengenai majlis angkat sumpah apabila pegawai Istana menerima banyak panggilan telefon yang bertanyakan mengenai jemputan yang diterima mereka adalah benar.
Sementara itu, di Muktamar PAS di Batu Pahat, Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali berkata, jawatan menteri besar itu adalah milik PKR. Tetapi beliau menambah sekiranya Sultan menawarkannya kepada PAS, semua parti harus menerima keputusan tersebut.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan menolak jawatan itu kerana ia menjadi satu perlantikan tersebut tidak akan bertahan lama tanpa persetujuan DAP dan PKR.

Semua petanda menunjukkan Azmin mungkin MB baru

Posted: 18 Sep 2014 06:58 AM PDT


23 September 2014, Selasa depan, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mungkin mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor, menggantikan musuh politiknya, Tan Sri Abdul  Khalid Ibrahim.

Apabila PAS mula-mula mencadangkan namanya, di tengah-tengah spekulasi yang bertiup kencang bahawa istana tidak bersetuju dengan pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ada yang meramalkan yang tuah itu akan memihak kepada Azmin.

Malah Bernama, dalam laporannya mengenai majlis angkat sumpah jawatan menteri besar baru Selasa depan, juga menyebut Azmin mungkin pilihan istana tetapi setiausaha sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani enggan mengesahkan perkara itu.

Walaupun tidak mahu membuat spekulasi mengenai siapa yang akan bakal dilantik menerajui negeri ini, seorang pemerhati politik veteran yang dilihat mempunyai hubungan rapat dengan pihak istana, bersetuju bahawa Azmin mungkin calon terbaik untuk tugas tersebut.

"Satu perkara yang pasti, Wan Azizah tidak akan menjadi menteri Besar itu," katanya kepadaMalaysiakini.

Pendirian PKR dan Anwar Ibrahim yang tetap bertegas untuk mengemukakan hanya nama Wan Azizah, dengan memetik konvensyen, telah dua kali tidak disenangi pihak istana.

Dalam teguran pertama, pihak istana menyifatkan PKR dan DAP sebagai engkar dan "merupakan perbuatan derhaka" kepada baginda. Parti-parti tersebut kemudiannya telah memohon maaf.

Hari ini, istana sekali lagi menegur Anwar, dan mengingatkannya supaya tidak mencemarkan imej sultan dan mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai isu yang menteri Besar.

Hari ini, istana Selangor sekali lagi mengingatkan Anwar agar tidak membuat kenyataan yang mengelirukan masyarakat atau menjejaskan imej Sultan Selangor dalam isu calon menteri besar baru negeri itu.

Dan hari ini Anwar sekali ini memohon ampun daripada Sultan Selangor sekiranya ada kekhilafan yang berlaku.

Dua teguran yang diikuti dengan pemohonan maaf kemudianya, ia dilihat 'berbahaya' untuk Anwar menolak pilihan istana sekiranya sultan melantik Azmin.

Kebuntuan berhubung isu jawatan menteri Besar itu turut menegangkan hubungan dan menyebabkan berlaku perpecahan dalaman PAS.

(PUNCA INTERNET PERLAHAN SEJAK SEMALAM) Kabel dasar laut sedang dibaiki

Posted: 18 Sep 2014 05:46 AM PDT


SHAH ALAM – Pengguna perkhidmatan jalur lebar Telekom Malaysia (TM) yang mengalami gangguan semasa melayari internet sejak semalam mungkin terpaksa menunggu seketika sementara sistem teknikal pihaknya dibaik pulih.

Laman mikro Twitter Telekom Malaysia (TM) @TMConnect yang turut mengesahkan kenyataan tersebut berkata, masalah itu oleh kerosakan pada kabel dasar laut AAG (Asia America Gateway).

"Kami mengalami sedikit kesulitan melibatkan penghantaran dan penerimaan trafik data daripada dan kepada  Amerika Syarikat (AS) yang disebabkan oleh kerosakan pada kabel dasar laut AAG.

"Masalah berkenaan sedang diatasi, dan kerja membaik pulih kabel AAG tersebut sedang  dilakukan.Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan daripada pihak kami," katanya seperti yang dipetik melalui laman rasmi Twitter TM.

Kabel dasar laut AAG menghubungkan pengguna Asia kepada ke pelayar (server) yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

Perkhidmatan pesanan seperti Whatsapp juga dijangka terganggu.

Menurut beberapa kemaskini (update) oleh @TMConnects pihaknya juga berusaha untuk mempercepatkan proses baik pulih yang kini sedang giat dijalankan.


MB Selangor: (BERTELAGAH) Mat Sabu TOLAK, Mustafa Ali TERIMA Jika PAS Dilantik

Posted: 18 Sep 2014 05:21 AM PDT


BATU PAHAT: PAS tetap dengan pendirian parti itu untuk menolak sekiranya Istana Selangor memperkenan melantik wakil rakyatnya sebagai menteri besar baharu.
Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, PAS konsisten dengan pendirian yang dibuat pada mesyuarat 7 September lalu berhubung jawatan kerusi panas itu.
"Kita tetap dengan keputusan bahawa kerusi itu milik PKR (Parti Keadilan Rakyat). Kita akan tolak," katanya ketika ditemui pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai perkembangan terbaharu apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk melantik menteri besar yang baharu pada Selasa ini.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan majlis mengangkat sumpah menteri besar baharu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang.
Mengulas lanjut Mohamad berkata, sekiranya istana tetap memilih wakil rakyat PAS, beliau menjangkakan kerajaan pimpinan PAS di Selangor tidak akan bertahan lama.
Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun memberi reaksi berbeza berhubung perkembangan terbaharu itu.
Katanya semua pihak perlu menerima keputusan Istana Selangor dengan terbuka.
"Dalam konteks ini (jika sultan pilih wakil rakyat PAS), jika sultan sudah buat keputusan...kita terima. Bukan sahaja PAS tapi semua (termasuk PKR dan DAP)," katanya.

Pada 23 Sept 2014, Jemputan ke Istiadat Angkat Sumpah Jawatan YAB Dato' Menteri Besar Selangor

Posted: 18 Sep 2014 04:39 AM PDT


Menteri besar baru Selangor akan mengangkat sumpah pada jam 10 pagi Selasa depan di Istana Alam Shah, Klang.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Difahamkan, kad undangan untuk upacara itu dilapor sudah dihantar kepada pemimpin-pemimpin negeri, wakil rakyat dan orang-orang kenamaan.

Menurut Mohamad Munir lagi, pilihan menteri besar baru itu akan didedahkan kemudian dan keputusan akhir telah dibuat.

Beliau ketika dihubungi bagaimanapun enggan mendedahkan menteri besar baru itu daripada parti mana.

Istiadat itu difahamkan akan diadakan di Balairong Seri istana dan tetamu undangan dikehendaki memakai pakaian kebangsaan dan bersongkok hitam.

Bernama melaporkan, mereka difahamkan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Azmin Ali calon yang bakal mengangkat sumpah jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor itu.

Namun, lapor agensi berita nasional, ketika diminta mengulas perkara itu,  Munir enggan mengesahkannya.

Sementara itu, PKR dan DAP Selangor ketika dihubungi Malaysiakini berkata mereka masih tidak tahu menahu berhubung siapakah calon pilihan sultan itu.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan timbalannya Azmin Ali juga ketika dihubungi berkata mereka masih belum menerima undangan ke istiadat itu daripada pihak istana.

Ditemui di Muktamar PAS di Johor hari ini, exco Selangor daripada PAS Sallehen Mukhyi enggan mengulas berhubung spekulasi sekitar calon berpotensi.

Nama-nama dilihat berpotensi setakat ini termasuk Azmin, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok daripada PKR Ijok rep Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad dan ADUN PAS Sijangkang Yunus Hairi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan seorang lagi exco PAS Iskandar Samad berkata mereka tidak menerima apa-apa jemputan berhubung majlis pelantikan itu.

Mustafa berkata PAS pusat memutuskan bahawa jawatan tersebut adalah kerusi yang di berikan kepada rakan sekutunya, PKR.

"Saya tidak dengar apa-apa, saya tak tahu apa-apa. Saya tidak boleh komen perkara yang saya tidak tahu," katanya sambil tidak mahu membuat andaian jika calon PAS dilantik ke jawatan itu.

"Terserah kepada sultan. Memang kita tidak boleh (masuk campur), sebab dia (Sultan) kuasa prerogatif dia. Dan biasanya kita sudah mengalami banyak negeri macam tu. Suka tak suka, tak tahulah.

"Semua kena terima bukan sahaja PAS," katanya bagi menjawab soalan sama ada PAS bersetuju dengan keputuan sultan selepas ini.

Mengulas perkara yang sama, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata: "Kita tetap dengan keputusan 7 September."
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...