CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Anwarinas Liberal Hanipa Maidin pula di BOO oleh Perwakilan Pas kerana Gesa Pas ENGKAR dan TOLAK Jawatan MB Selangor Jika dipilih Sultan

Posted: 19 Sep 2014 11:28 PM PDT


Seorang lagi pemimpin Anwarinas Liberal PAS disorak ketika persidangan Muktamar PAS ke-60, kali ini kerana mempersoalkan kewajaran mengemukakan nama calon dari parti berkenaan untuk jawatan menteri besar Selangor dan memberi amaran ditentang oleh DAP dan PKR jika terima jawatan MB Selangor. 

Pengerusi lajnah undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin di "BOO" oleh sekumpulan pemerhati ketika beliau menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat, pagi ini.

"Adakah kita terfikir bahawa jika kita terima jawatan MB, kita tidak akan boleh lari daripada tohmahan bahawa PAS telah memungkiri janji. Sebab kita kata sudah berjanji. Kalau boleh jamin (tak ditohmah), tiada masalah, silakan ambil,

"Kedua, sekiranya kita ambil, adakah kita terfikir kerajaan itu kuat atau lemah. Kalau kita terima, rakan-rakan Pakatan tidak akan menyokong kita.

"Kerusi ini untuk PKR, kita tidak akan disokong oleh PR dan DAP. Bagaimana kita nak jadi MB yang kuat," katanya.

Kumpulan pemerhati parti Islam itu yang tidak bersetuju dengan ucapan berkenaan seterusnya mengebu Mohamed Hanipa. Ucapan beliau dilihat seperti sebagai wakil kepada Anwar dan PKR. 

"Kamu boleh 'boo' dan teriak sekuat-kuatnya," kata Hanipa kepada sebahagian pemerhati yang memaksa timbalan pengerusi tetap Hussein Ismail menenangkan keadaan.

"Ketiga, kerajaan ini (bawah PAS) akan tercabar apabila kepimpinan PAS akan menghadapi masalah dan memecah belahkan Pakatan Rakyat. Ini pandangan saya.

"Sekarang kamu jerit sekuat-kuatnya," katanya yang mengakhiri ucapannya.

Tindakan pemerhati dalam persidangan tersebut menunjukkan penentangan yang jelas dari kumpulan dalam PAS ke atas kelompok Anwarinas Liberal yang tidak bersetuju dengan usaha melantik ADUN dari parti tersebut ke jawatan MB Selangor.

Majlis angkat sumpah MB Selangor bakal diadakan Selasa ini.

PAS sebelum ini mengemukakan tiga nama calon kepada sultan Selangor untuk pertimbangan baginda – dua calon PKR dan seorang dari PAS.

Sultan Selangor sudah temuduga 3 calon MB (Azmin, Iskandar & Ahmad Yunus) lapor akhbar The Star

Posted: 19 Sep 2014 07:30 PM PDT


Calon yang berpotensi dilantik sebagai menteri besar Selangor pada Selasa sudah menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah awal minggu ini, lapor akhbar bahasa Inggeris The Star.
Akhbar itu memetik sumber mengatakan tiga calon berkenaan adalah dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Iskandar Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi, selain Adun PKR Mohamed Azmin Ali.
Sumber berkata kepada akhbar berkenaan, tiga Adun berkenaan menghadap Sultan Selangor secara berasingan di Istana Bukit Kayangan Shah Alam bagi membolehkan baginda membuat penilaian Adun yang layak menjawat jawatan nombor satu kerajaan negeri itu.
Akhbar itu difahamkan tiga Adun berkenaan dipanggil menghadap sebagai langkah akhir sebelum keputusan dibuat siapa yang paling layak menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Difahamkan turut sama dalam "temuduga" itu adalah setiausaha kerajaan negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi, penasihat undang-undang negeri Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman dan dua ahli Majlis Diraja Selangor, menurut laporan itu.
"Setiap Adun yang dipanggil menghadap lebih dari satu jam dan 'panel penemuduga' sangat sopan dan mesra," kata sumber itu kepada The Star.
Adun juga dinasihatkan bersedia dan akan dimaklumkan kemudian, menurut akhbar itu.
"Azmin bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis bagi memberitahu ketua umum PKR itu beliau sudah menghadap Sultan dan tidak mahu Anwar tersalah anggap," kata sumber itu kepada The Star.
Akhbar itu difahamkan Anwar mengambil positif perkhabaran itu dan bersetuju ini masanya untuk "bergerak ke hadapan" berbeza seperti laporan yang mengatakan PKR dan DAP akan mendesak pilihan raya negeri jika Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak terpilih.
Bernama melaporkan menteri besar yang baru mungkin akan diumumkan pada Isnin dan tertakluk kepada perkenan Sultan Selangor.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata, pengumuman itu akan dibuat sama ada melalui kenyataan media atau sidang media.
Katanya, setakat ini pihak istana masih belum mengedar surat pelantikan menteri besar baru yang akan mengangkat sumpah pada Selasa. – 20 September, 2014.

PKR MULA BERCAKARAN kerana khabar angin Azmin bakal jadi MB Selangor, ELOK PAS saja Jadi MB, itupun jika ada Keberanian

Posted: 19 Sep 2014 07:20 PM PDT


Perdebatan hangat kini berlaku dalam PKR berikutan khabar angin Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali bakal dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baru pada Selasa.
Sumber dalam parti itu memberitahu terdapat cubaan menyekatnya ketika penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu menyusun pasukan kerjanya di pejabat menteri besar.
"Ada yang cadangkan supaya Azmin didesak menolak jika dilantik untuk memastikan istana hanya melantik Kak Wan," kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sumber berkata, cadangan desakan itu bertujuan menguji kesetiaan Azmin kepada parti, yang hanya menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon jawatan tertinggi di Selangor itu.
Terdapat juga pandangan ekstrem mencadangkan agar Azmin dipecat jika beliau menerima jawatan menteri besar.

Sikap PKR seperti lagak gangster dan samseng kampung Dusun yang menunggu hukuman buang daerah, meracau dan mabuk Ketum.
"Kalau Tan Sri Khalid boleh dipecat kerana tidak memberikan laluan kepada Kak Wan, kenapa Azmin tidak boleh dipecat kerana menyekat Kak Wan daripada dilantik?" kata sumber itu, merujuk kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Istana Selangor sudah menetapkan hari Selasa untuk upacara mengangkat sumpah menteri besar baru di Istana Alam Shah, Klang. Bagaimanapun mereka tidak memberitahu siapakah yang akan dilantik.
Sehingga kini, semua pihak masih berteka-teki siapakah menteri besar Selangor yang terpilih.
Sumber pejabat menteri besar Selangor juga tidak mengetahui siapa yang bakal dilantik menggantikan Khalid.
"Nampaknya orang yang paling sibuk melobi para penasihat Sultan adalah Azmin. Boleh jadi dia, mungkin," kata sumber itu.
Kebanyakan media arus perdana meletakkan nama Azmin atau Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sebagai calon popular.
Dewan Diraja Selangor dikatakan akan bermesyuarat pada Ahad, 21 September ini untuk membuat keputusan akhir berkenaan calon menteri besar. Mereka merupakan badan yang menasihatkan Sultan Selangor.
Khamis lepas, selepas berita keluar tentang majlis mengangkat sumpah pada Selasa tersebar, PKR mengatakan "janggal" jika Azmin dilantik sebagai menteri besar kerana namanya tidak dicalonkan.
PKR dan DAP tetap teguh dengan Dr Wan Azizah untuk jawatan itu disokong 30 Adun yang menandatangani akuan bersumpah menyokongnya.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menghantar tiga nama untuk dipilih Istana Selangor, iaitu dua Adun PKR dan satu Adun PAS.
Ketiga-tiga mereka enggan didedahkan oleh Haji Hadi, namun media pro Anwarinas menyatakan mereka adalah Dr Idris Ahmad (PKR - Ijok), Yaakob Sapari (PKR - Kota Anggerik) dan Iskandar (PAS - Chempaka).
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 7 September lalu memutuskan akan menolak kerusi itu jika ia diberikan kepada Adun mereka.
Namun, Muktamar Tahunan PAS ke-60 yang berlangsung di Batu Pahat, Johor panas dengan perbahasan mengenainya.
Sebahagian besar perwakilan tidak mahu menolak jika Sultan memilih Pas sebagai MB Selangor,  manakala golongan Anwarinas yang setia dengan semangat liberal Pakatan Rakyat (PR) mahu ia ditolak. – 20 September, 2014.

Istana akan UMUMKAN MB Selangor baharu selewat-lewatnya Isnin ini

Posted: 19 Sep 2014 08:18 AM PDT


SHAH ALAM - Istana Selangor akan mengumumkan nama Menteri Besar Selangor yang baharu selewat-lewatnya Isnin ini.
 
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

"Istana (Selangor) akan umumkan siapa MB (menteri besar) baharu selewat-lewatnya Isnin ini. Bagaimanapun, ia (pengumuman itu) terpulang kepada perkenan Sultan Selangor," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata pengumuman itu akan dibuat sama ada menerusi kenyataan akhbar atau sidang media.

Mohamad Munir juga berkata setakat ini, pihak istana tidak mengutus sebarang surat kepada bakal menteri besar Selangor berhubung perkara itu.

Semalam, Istana Selangor mengesahkan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang dekat sini.

Sebelum ini, beliau menyatakan nama menteri besar yang baharu akan hanya diketahui pada hari majlis angkat sumpah itu. - Bernama

Perwakilan Anwarinas Gesa PAS Ingkar Sultan Selangor telah 'Dibooo'

Posted: 19 Sep 2014 05:10 AM PDT


BATU PAHAT: Pemuda PAS Pusat menggesa supaya parti itu menolak titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah jika wakil rakyat mereka dipilih menjadi menteri besar yang baharu.
Wakilnya, Mohd Sani Hamzan berkata, pendirian menolak titah Sultan Selangor itu selaras dengan janji politik PAS dalam Pakatan Rakyat bahawa kerusi panas itu milik sekutunya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bagaimanapun cadangan Mohd Sani itu menerima reaksi negatif daripada perwakilan Muktamar Tahunan PAS ke-60 yang bertindak menyorak 'booo' sebagai tanda tidak setuju  dengan saranan berkenaan yang dilihat seolah-olah mahu mengingkari titah Sultan Selangor.
"Pemuda ingin sarankan supaya kita menolak jawatan menteri besar sebab itu janji kita. Tolak sebab setia kita dalam Pakatan Rakyat.
"Setuju atau tidak? Setuju tak?" soalnya sambil dibalas dengan sorakan 'boo' oleh perwakilan hingga mengganggu sesi perbahasan.
Bagaimanapun Pengerusi Tetap, Datuk Abu Kassim Abdullah segera menenteramkan keadaan.
"Minta bertenang kerana kita nak mesyuarat cara Islam. Nak takbir tak apa, sokong pun tak apa," katanya.
Saranan Mohd Sani dilihat bertentangan dengan pendirian sebilangan besar perwakilan yang mengambil pendekatan lebih terbuka apabila menggesa Pakatan Rakyat menerima sebarang keputusan yang akan dibuat Sultan Selangor.
Walaupun mengakui kerusi menteri besar Selangor dipersetujui menjadi milik PKR, namun rata-rata perwakilan mahu PAS supaya tidak mengingkari titah istana.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...