CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(TERKINI) ISKANDAR: 'Bukan saya yang jadi MB Selangor', Yang saya tahu nama orang lain sudah naik. Sudah jadi 'open secret'

Posted: 21 Sep 2014 03:00 AM PDT


KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan (ADUN) Cempaka, Iskandar Abdul Samad menafikan namanya 'naik' untuk menjadi Menteri Besar Selangor baharu yang akan diumum Selasa ini.

Katanya, dia difahamkan nama calon lain sudah diperkenan Istana Alam Shah untuk jawatan tersebut.

"Saya difahamkan bukan saya.

"Yang saya tahu nama orang lain sudah naik. Sudah jadi 'open secret'," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Iskandar mengulas kemungkinan bakal menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu selain dua calon lain yang disebut-sebut iaitu ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali dan ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Astro AWANI sebelum inimenerima salinan kad jemputanistiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor Selasa ini jam 10 pagi di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Teka-teki siapa akan menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan terjawab pada Selasa.

LaporanBernamasebelum ini yang memetik sumber memberitahu, Istana Selangor mengesahkan PAS menghantar tiga nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun nama calon-calon berkenaan tidak didedahkan.

Astro AWANI sebelum ini memetik sumber yang memberitahu,99 peratus kemungkinan Azminakan menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung KEADILAN,Datuk Saifuddin Nasution Ismail mahu pihak Istana Alam Shah mempertimbangkannama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah untuk jawatan berkenaan.

Tambah Saifuddin, sebarang berita kononnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju secara lisan untuk menerima Azmin adalah tidak tepat, selain tetap dengan keputusan mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Astro AWANI masih berusaha untuk mendapatkan kenyataan mengenai isu pencalonan menteri besar daripada Dr Ahmad Yunus.

MB Selangor: 99% kemungkinan MB Selangor milik Azmin -Sumber Dalaman PR

Posted: 20 Sep 2014 10:36 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kurang 48 jam sebelum Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor pada Selasa ini di Istana Alam Shah, sudah pasti pelbagai spekulasi dan jangkaan siapa bakal menjadi Menteri Selangor yang baharu bertiup kencang di sana sini.

Perdebatan di kedai kopi dan perbincangan sahabat-sahabat juga tertumpu kepada isu berkenaan namun hanya satu daripada tiga nama calon yang hangat diperkatakan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad dan ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi bakal menaiki takhta itu.

Menurut sumber dalaman Pakatan Rakyat (PR), ketiga-tiga calon itu sudah dipanggil ke Istana Alam Shah minggu lalu untuk 'ditemuduga' pihak istana namun difahamkan calon terakhir yang masuk, Azmin merupakan calon yang mendapat perkenan untuk menjadi menteri besar.

"Azmin yang terakhir masuk dan diterima kerana dia bertemu beberapa lagi 'orang atasan' istana untuk membincangkan isu berkenaan majlis Selasa ini.

"Semuanya sudah dipersetujui dan hanya menunggu masa untuk majlis itu. Kini kita boleh kata 99 peratus kemungkinan Menteri Besar Selangor milik Azmin," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini.

Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, nama Azmin dikatakan akan 'naik' menjadi Menteri Besar Selangor tetapi tidak kesampaian apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah jawatan untuk penggal kedua selepas PR memenangi majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya 2013.

Krisis Menteri Besar Selangor menjadi perbualan rakyat akhir-akhir ini selain Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail disebut-sebut untuk menggantikan tempat Abdul Khalid.

9 Ogos lepas, PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu dan merancang untuk mengangkat Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor adalah atas kapasiti isterinya itu sebagai Presiden PKR.

Anwar yang juga Ketua Umum parti itu menegaskan bahawa keputusan pencalonan Dr Wan Azizah adalah keputusan PKR dan ia harus dihormati parti lain dalam konteks semangat PR kerana kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik parti itu.

Anwar juga melahirkan keyakinan itu kepada Astro AWANI sebelum ini yang menyatakan mempunyai sokongan 30 ADUN termasuk dua ADUN PAS.

Ketika ini, PKR mempunyai 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), DAP 15 kerusi, PAS 15 kerusi, Bebas (Abdul Khalid) 1 kerusi sementara bakinya milik Barisan Nasional (BN).

Jelas sumber itu lagi, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang baharu bakal diumum dalam satu majlis angkat sumpah yang akan diadakan pada Jumaat depan.

"Ia akan menggabungkan nama-nama calon dari semua parti di bawah PR sendiri," ujarnya.

Bagaimanapun sumber mengakui tidak mendapat sebarang maklumat mengenai pembahagian slot-slot untuk jawatan exco berkenaan.

Sementara itu, seorang ADUN Selangor dari PKR yang dihubungi turut mengesahkan kemungkinan besar Azmin akan menjadi Menteri Besar Selangor Selasa ini.

Abdul Khalid padaSabtu juga dilaporkan engganmengulas mengenai bakal penggantinya.

Sebuah portal sebelum ini turut memetik sumber yang memberitahu Azmin dipercayai akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu selepas kata sepakat dicapai dengan Anwar.

Sumber itu memberitahu, Anwar menelefon Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail agar memasukkan nama Azmin dalam calon menteri besar yang dikemukakan PKR.

Pada Jumaat,Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani memberitahu, Istana Selangor akan mengumumkan nama Menteri Besar Selangor yang baharu selewat-lewatnya pada Isnin.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS,Mohamad Sabu tetap dengan keputusan parti itumenolak jawatan Menteri Besar Selangor dengan alasan mempertahankan keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

Perkara tersebut turut dibangkitkanperwakilan Pemuda PAS, Mohd Sany Hamzahyang mendesak pucuk pimpinan parti membuat keputusan tegas menolak jawatan Menteri Besar Selangor ketika membahaskan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-60.

Keseluruhan pasukan bola sepak Cameroon peluk Islam beramai-ramai

Posted: 20 Sep 2014 08:08 PM PDT


Kesemua anggota pasukan bola sepak kebangsaan Cameroon termasuk jurulatih dan paderi mereka telah memeluk agama Islam, lapor Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai (IACAD), Emiriyah Arab Bersatu.

Anggota pasukan Cameroon mengucap dua kalimah syahadah beramai-ramai setelah menghadiri satu kem latihan yang dianjurkan jabatan tersebut di Dubai.

Menurut IACAD, keputusan itu diambil kerana mereka tertarik dengan layanan baik dari warga tempatan serta keamanan dan ketenangan yang dapat dirasakan di dalam Islam.

Pasukan Cameroon berasal dari akademi bolasepak yang ditubuh khas untuk anak-anak yatim, orang geladangan dan orang miskin.

Ketua Pengarah IACAD, Dr. Hamad Al Shaibani berkata, jabatan tersebut telah menyaksikan ramai penduduk dan pelancong dari pelbagai kewarganegaraan memeluk Islam.

"Kebanyakan mereka memeluk agama Islam kerana tertarik dengan nilai-nilai tolerans,i berperikemanusiaan dan prinsip Islam serta kebajikan yang ditunjukkan oleh orang Islam itu sendiri," kata Dr Hamad.

IACAD banyak menganjurkan program untuk golongan mualaf dan orang bukan Islam dalam memperkenalkan mesej wasatiah yang sebenar Islam sebagai agama untuk semua.

Jabatan yang diasaskan oleh Almarhum Sheikh Rashid Saeed Al Maktoum pada tahun 1969 ini bertindak sebagai  badan yang  bertanggungjawab menguruskan pusat menghafal Al-Quran, menyelia dan menjaga masjid, menguruskan perlesenan persatuan kebajikan dan institusi Islam dan menyelia hal ehwal pentadbiran, kewangan serta hal ehwal Fatwa.

Setakat ini IACAD mempunyai 17 pusat Islam dan 38 pusat hafalan suci Al-Quran di Dubai.

Gambar Mat Sabu DISIMBAH CAT, Tak Seronok nanti Muslimat Marah kata Mat Sabu

Posted: 20 Sep 2014 08:10 AM PDT

Gambar Hiasan
BATU PAHAT - ''Saya rasa tak seronok gambar saya dibubuh cat," demikian reaksi Timbalan Presiden, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu terhadap insiden gambarnya yang diconteng.

Mat Sabu sempat berseloroh kejadian itu menyebabkan Muslimat Pas 'marah'.

"Muktamar ini, entah macam mana tiba-tiba saya menjadi sasaran. Tapi saya rasa seronok bila mendengar mereka cakap terus terang dalam muktamar.

"Yang tak seronok apabila gambar saya dibubuh cat. Ini tak seronoklah. Janganlah buat begitu. Muslimat marah. Ada yang berhenti nak pergi basuh gambar itu," katanya ketika memberi ucapan penggulungan pada Muktamar Pas kali ke-60, di sini, hari ini.

Beliau juga menyentuh soal beberapa perwakilan yang mengkritiknya ketika menyampaikan perbahasan semalam termasuk dari Wilayah Persekutuan yang menggunakan doa ketika berbahas.

"Saya duduk lama dalam parti ini, baru pertama kali saya tengok ucapan dalam bentuk doa.

"Kita dulu, guna juga doa ini. Apabila berceramah tak boleh, disuruh bersurai, kita baca doa. Tak boleh nak dilarang doa," katanya.

Mat Sabu sempat bergurau untuk membaca talkin pada sesi perbahasan akan datang.

"(Semalam) Pengerusi tetap nak sekat (tak boleh), dia baca doa. Rupanya taktik baru ini. Lain kali kita baca talkin pula. Nak tegur macam mana (dia baca doa)?.

"Bagaimana pun keberanian bercakap itu baik. Cuma kadangkala, berani-berani pun, nama sebenar tak berani beritahu," katanya.

Jangan ulang kesilapan mansuh ISA dengan Akta Hasutan, kata bekas hakim

Posted: 20 Sep 2014 06:23 AM PDT


Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Md Nor Abdullah mengingatkan Putrajaya agar tidak melakukan kesilapan kedua dengan melaksanakan pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang digunakan sejak zaman penjajah British.
Beliau berkata, kesilapan pertama yang dilakukan Putrajaya adalah ketika meluluskan pembubaran undang- undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2009.
"Keputusan tersebut dengan membubarkan Akta ISA jelas amat merugikan kerajaan dan masyarakat.
U‎ntuk kali ini, kita harus mengekalkan Akta Hasutan. Kerajaan tidak harus melakukan kesilapan kedua dengan memansuhkan Akta Hasutan," katanya pada forum Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Hasutan di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau juga turut menyelar penguatkuasaan undang-undang yang lemah termasuk proses pendakwaan Pejabat Peguam Negara.
"Di bawah Akta Pencegahan Jenayah, adakah anda tahu berapa ramai penjenayah yang dikawal dengan peralatan pantauan gelang itu?
"Sebenarnya langsung tidak ada. Kita ada undang- undang tapi tidak digunakan dan penguatkuasaan pula lemah. Ini termasuk kuasa mendakwa Peguam Negara  yang memerlukan masa sehingga lima tahun tapi tidak selesai," katanya.
Sementara itu, Presiden Perkasa Ibrahim Ali menyifatkan pemansuhan ISA hanya dilakukan pihak berkepentingan seperti ahli politik semata-mata dan bukannya atas kehendak pihak keselamatan.
"Sewaktu ISA dimansuhkan dahulu ia bukan satu keputusan yang dibuat oleh pihak keselamatan sebaliknya hanya keputusan yang dibuat oleh orang politik sahaja.
"Keputusan itu dibuat kerajaan bagi mengembalikan dua per tiga undi rakyat terhadap Barisan Nasional (BN). Mereka berjanji untuk memansuhkan tersebut kerana pada waktu itu, keputusan berkenanan merupakan keputusan popular dan dituntut" katanya.
Selain itu, beliau  juga menafikan dakwaan sesetengah pihak ISA adalah akta yang kejam. Menurutnya, sewaktu beliau ditahan selama dua tahun dua bulan pada tahun 1974 beliau menerima layanan yang cukup baik sepanjang tempoh tersebut.
"Sewaktu di sana pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti bercucuk tanam dan bermain badminton.
"Bayangkan saya tukar berus gigi hampir setiap hari ketika ditahan dan saya juga boleh katakan menukar mentega roti setiap hari," katanya.
Beliau berkata, kempen yang dilaksanakan bagi mempertahankan Akta Hasutan 1948 semakin mendapat sokongan dan sambutan dari orang ramai sejak ia dilaksanakan baru-baru ini.
Forum yang dihadiri kira 300 peserta itu menampilkan  Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Md Nor Abdullah sebagai panel. – 20 September, 2014.

Dewan Ulama - Terima jawatan MB Selangor sekiranya calon PAS dipilih

Posted: 20 Sep 2014 05:46 AM PDT


BATU PAHAT: Dewan Ulama PAS mencadangkan supaya parti itu menerima keputusan istana sekiranya calon daripada parti itu dipilih menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Cadangan Dewan Ulama itu disuarakan oleh Naib Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamad pada sesi penggulungan di Muktamar Pas ke-60 di Parit Raja, hari ini.
"Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghantar surat kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah calon Menteri Besar yang mengandungi nama Ahli Dewan Undangan Negeri daripada PAS, katanya.
"Jikalau diberi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kita terima, jika diberi pada PAS, kita terima. Kenapa hendak bermusuh dengan istana pulak. Ini adalah pandangan saya yang cetek," katanya, di sini.
Menteri Besar Selangor baharu dijangka bakal dilantik pada Selasa ini.
Mengenai persoalan sama ada Presiden PAS perlu mematuhi keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Pusat parti mengenai isu Menteri Besar Selangor, wakil Dewan Ulama itu berkata, Abdul Hadi tidak perlu mematuhi keputusan jawatankuasa mengenai isu terbabit.
"Saya telah mengkaji peruntukan dan mendapati presiden tidak wajib mematuhi keputusan mesyuarat. Ketua atau khalifah mempunyai kuasa pemutus di dalam isu ini," katanya.
Mahfodz juga berkata, usaha pembangkang untuk ke Putrajaya perlu dilakukan secara halal dan tidak boleh menggunakan kaedah yang haram di sisi Islam seperti menggunakan rasuah, memberi habuan dan lain-lain lagi.
"Mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan, orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana pelaksanaan tidak membabitkan mereka," katanya. - BERNAMA

Mustafa Ali akui PAS di ambang perpecahan

Posted: 20 Sep 2014 04:58 AM PDT


BATU PAHAT: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengakui parti itu di ambang perpecahan berikutan terdapat dakwaan parti itu berpecah kepada dua kumpulan iaitu golongan ulama dan profesional.
"Suasana pada hari ini berbeza dengan perjuangan PAS pada waktu dulu. Kini, wujudnya kumpulan ulama dan profesional dan kerana adanya kumpulan ini, sukar bagi PAS untuk disatukan.
"Psikologi itu sudah ditanam tetapi saya yakin ia boleh disatukan," katanya pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, sebentar tadi.
Beliau berkata, perpecahan yang berlaku kini tidak pernah berlaku di dalam parti itu sebelum ini.
"Berpuluh tahun tidak timbul pun seperti mana yang timbul sekarang. Haji Hadi (Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang) berbisik pada saya, pemimpin dr era 70-an kini hanya tinggal empat orang saja antaranya beliau, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din.
"Kumpulan yang dinamakan ulama dan profesional bukan perkara baru dalam PAS. Kenapa perkara itu wujud ketika ini?
"Jangan sampai isu kumpulan ulama dan profesional ini dibangkitkan hendak memimpin PAS. Kita memang sedang memimpin PAS bersama-sama.
"Siapa kata profesional tidak diperlukan dalam PAS, dia sebenarnya tidak memahami dinamik perjuangan PAS. Kalau kata ulama pun sama tidak faham... dua-dua kumpulan ini sebenarnya saling melengkapi satu sama lain," katanya.
Beliau turut mengingatkan kepada ahli parti yang sentiasa bercanggah pendapat dengan pemimpin tertinggi supaya tidak menjatuhkan mana-mana pemimpin pada sesi pemilihan tahun depan.
"Jangan kita lihat pada sesi pemilihan muktamar tahun depan, ada yang mahu melihat orang-orang ini dijatuhkan.
"Pimpinan siapa yang tidak lakukan kesilapan? Jangan tidak puas hati dengan orang ini... datang sembelih... datang lagi orang lain tak puas hati, sembelih. Jika perkara ini berterusan, habislah," katanya.


Hadi: Kami tak pelahap jawatan MB, Tiada Perjanjian Bertulis Mengenai MB SELANGOR

Posted: 20 Sep 2014 03:26 AM PDT


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak ingin merebut jawatan menteri besar Selangor tetapi tidak senang dengan layanan PKR kepada parti tersebut.

Katanya, PKR tidak patut "mencuri" dua wakil rakyatnya untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

Usaha PKR untuk menukar Tan Sri Khalid Ibrahim melalui operasi 'Langkah Kajang' itu juga tidak disenangi PAS, katanya.

"Curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika bertahaluf. kita tidak memandang ringan, dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua, semua ada.

"Tidakkah setiap wakil rakyat kita berbaiah, macam jadi calon (sebut) wallahi, wabillahi, watallahi, berbai'ah, mana besar dengan baiah dengan aku janji?," katanya Abdul Hadi katanya ketika menyampaikan ucapan pengulungan.  

"Langkah Kajang yang tidak menyenang kita. Saya menegaskan PAS tidak berebut jawatan menteri besar. PAS tidak pelahap jawatan menteri besar.

"Walaupun tidak ada persefahaman untuk menentukan menteri besar, tak ada perjanjian bertulis," katanya.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...