CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Ketegasan Haji Hadi beri nafas baru untuk PAS

Posted: 21 Sep 2014 08:54 PM PDT


BANGI, 22 Sept – Ketegasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyelar tindakan pihak yang 'membeli' dua Adun Pasnya untuk menyokong Dr Wan Azizah Wan Ismail seolah-olah memberikan semula nafas kesegaran bagi Pas untuk bangkit melepaskan diri daripada berterusan dicucuk hidung.
Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, ketegasan Haji Hadi itu ibarat halilintar yang menyambar golongan Anwarinas.
"Ia seolah-olah memberikan nafas kesegaran semula kepada Pas untuk bangkit melepaskan diri daripada berterusan dicucuk hidung.
"Sudah sampai masanya untuk Pas menerajui Pakatan Rakyat.
"Jadi ketegasan Haji Hadi mesti disokong untuk tidak tunduk kepada politik sempit demi kepentingan peribadi, sebaliknya mengutamakan neraca syarak dan kemaslahatan ummah," katanya kepada ISMAweb.
Haji Hadi sebelum ini menyelar tindakan pihak yang didakwa cuba mencuri dua Adun Pas kerana disifatkannya sebagai tidak beretika dalam bertahaluf ekoran menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Kemudiaan kenyataan itu disambut Anggota Dewan Undangan Negeri PAS,Saari Sungib apabila menafikan perkara itu dan dilapor mencabar Haji Hadi untuk mengemukakan bukti beliau 'dibeli' oleh PKR.
Oleh sebab itu ulas Ustaz Hazizi, situasi tersebut sudah disedari sejak awal lagi.
Kita tahu bahawa 'Langkah Kajang' ini dilihat sebagai suatu yang tidak rasional dan membelakangkan kepentingan awam demi mengejar ketamakan individu tertentu.
Ia hanya untuk mengejar ketamakan Anwar Ibrahim dan Anwarinas dalam melaksanakan strategi politik sempit mereka.
"Ia juga simbol kediktatoran Anwar yang membelakangkan Pas selaku rakan kongsi," tegasnya.

Tun M: Anwar, dia masuk Umno dia bawa masalah, dia buat Pakatan dia buat masalah

Posted: 21 Sep 2014 07:09 AM PDT


Kemelut antara golongan ulama dan profesional yang melanda PAS harus diambil pengajaran oleh parti itu kerana ia hasil kerjasama mereka dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ini (masalah) adalah hasil kerjasama dengan Datuk Seri Anwar, sesiapa yang bekerjasama dengan dia akan hadapi masalah kerana dia suka memecahbelahkan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas pergolakan yang berlaku dalam parti kedua terbesar orang Melayu itu yang jelas kelihatan pada Muktamar PAS ke-60 di Johor baru-baru ini.

"Penyokong-penyokong dia pun dia pecah belah...dia punya sejarah memang seperti itu. Dia masuk Umno dia bawa masalah, dia buat Pakatan dia buat masalah," katanya.

Katanya perkara itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada PAS.

Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kejohanan Rowing dan Perahu Panjang 'Head of Putrajaya 2014' di Kompleks Sukan Air di Putrajaya.

Acara yang diadakan selama dua hari itu yang bermula semalam menarik lebih 400 peserta daripada 24 kumpulan termasuk tiga kumpulan dari luar negara iaitu Thailand, Singapura dan Indonesia.

- Bernama

(BIADAP) Adun Anwarinas Pas, Saari Sungib CABAR Presiden Pas Haji Hadi

Posted: 21 Sep 2014 04:34 AM PDT


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anwarinas PAS Saari Sungib dilapor mencabar presiden partinya sendiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar mengemukakan bukti beliau "dibeli" oleh PKR. 

Perkara itu dilontarkan ekoran tindakannya menandatangani akuan berkanun (SD) yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai pengganti Menteri Bersar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saari, wakil rakyat Hulu Selangor itu telah menandatangani SD menyokong Wan Azizah sebelum ini walaupun Jawatankuasa PAS Pusat belum lagi bermesyuarat bagi memutuskan calon MB Selangor. 

Tindakan Adun Anwarinas ini dilihat telah membelakangi parti sendiri dan mengutamakan PKR.


Saari bersama Adun PKR dan DAP menandatangani SD sokong Azizah

Hadi semalam berkata, PKR tidak patut "mencuri" dua wakil rakyatnya, Saari dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk menyokong Azizah sebagai calon menteri besar.

"Takut majoriti tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika bertahaluf?

"Kita tidak memandang ringan, dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua, semua ada," katanya.

Kata-kata Haji Hadi itu langsung tidak menyebut yang dua Adun Anwarinas Pas itu telah dibeli tetapi menyebut mereka telah menjadi barua.



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...