CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


MB SELANGOR: Azmin Selesai Angkat Sumpah, Istana Jelaskan Kenapa Pilih Azmin

Posted: 22 Sep 2014 08:21 PM PDT


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri, termasuk pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baharu.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata Sultan Selangor hanya bertindak menurut budi bicara baginda sebagaimana diperuntukkan di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali bersama isteri, Shamsida Taharin hadir pada Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu di Istana Alam Shah, Klang, pagi ini. - Foto Osman Adnan
"Azmin Ali dilantik adalah berdasarkan beberapa faktor penting yang menjadi pertimbangan Sultan Selangor. Baginda mengambil maklum bahawa kerajaan Selangor dibentuk melalui kesepakatan tiga komponen parti dari PAS, PKR dan DAP.
"Baginda juga mengambil maklum bahawa Menteri Besar Selangor perlu dilantik di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR untuk mendapat kepercayaan majoriti dan sokongan parti pakatan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Sehubungan itu, Mohamad Munir berkata, Sultan Selangor mempunyai keyakinan bahawa Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR pastinya mempunyai sokongan padu bukan saja dari PKR malah PAS dan DAP yang membentuk kerajaan gabungan di Selangor.

Azmin MB, Adakah Langkah Kajang Anwar GAGAL?? JANGAN TERTIPU, Anwar Sedang MENUJU PUTRAJAYA

Posted: 22 Sep 2014 07:51 PM PDT


Langkah Kajang gagal???

Anwar tidak sebodoh itu..
Wan Azizah hanyalah 'wayang'.
Benar, Wan Azizah adalah isteri dia namun Azmin Ali adalah penyokong Anwar yang paling setia! 
Kita semua mengetahui keretakan perhubungan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sebelum ini tetapi kita terus hanyut dengan 'permainan' Anwar yang kononnya beria-ia mahukan isterinya menjadi MB.
Kini, tiada siapa yang peduli punca dan mengapa Khalid Ibrahim bersengketa dengan Azmin sebelum ini.
Itulah kelebihan Anwar..
'divert' perhatian!

Bukannya memuji dia..
Aku ini membesar dengan melihat helah licik jahat Anwar Ibrahim.
Aku yakin agenda Anwar dan DAP ke Putrajaya tidak pernah terhakis dan perlantikan Azmin Ali adalah satu lagi langkah ke depan mereka ke arah itu.

Pakatan Rakyat lemah sebab PAS berpecah belah kerana isu ini?
Sedangkan sebelum ini Anwar boleh menyatukan PAS dan DAP di 'satu meja PR' inikan pula hendak merapatkan kembali hubungan antara pemimpin-pemimpin PAS.
Perkara ini hanyalah 'dicelah gigi' Anwar.Dan percayalah, PAS akan kembali menjadi kuda tunggangan Anwar dan DAP.

Rakan-rakan seperjuangan..
Perjuangan menentang kejahatan Anwar Ibrahim dan DAP akan bertambah sengit..
Rapatkan saf..
Kumpulkan kekuatan..
Semarakkan perjuangan..
Jangan sesekali leka ketawa hingga akhirnya kita berputih mata melihat manusia durjana bernama Anwar bin Ibrahim menjejak kaki ke Perdana Putra, Putrajaya!

Allahuakhbar!

Mubin Salleh


Jangan kita lupa kisah terdahulu:


June 27, 2010


PKR S'gor dirombak, Azmin ganti Khalid sebagai Pengerusi, Anwar nafi mahu guling Khalid


Naib Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuatkuasa serta merta.


Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini.


Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri.


Selain itu, Anwar turut menafikan bahawa terdapat pakatan ahli parlimennya yang merancang mahu menggulingkan Khalid sebagai menteri besar.


"Perkara itu tak berbangkit sama sekali. Kita sebulat suara dokong penuh. (Beri) Pandangan itu biasalah.

"Kita tengok Tan Sri Khalid pun tak sensitif sangat. Yang sensitif akhbar Umno," katanya. 

- Malaysiakini

Anwar sokong Azmin dalam jawatan MB Selangor, kata perlukan 
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pencalonan menteri besar Selangor baru perlu dibuat berlandaskan proses perundingan. - Gambar failDatuk Seri Anwar Ibrahim berkata pencalonan menteri besar Selangor baru perlu dibuat berlandaskan proses perundingan. - Gambar failKUALA LUMPUR, 11 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menyokong gesaan Azmin Ali supaya menjalankan proses perundingan sebelum melantik menteri besar selepas dakwaan sebelum ini mengatakan pencalonan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibuat tanpa melalui proses demokratik.
Penasihat PKR tersebut juga tampil mencadangkan parti menimbang untuk menyingkirkan Abdul Khalid semasa ditemubual Sinar Harian, sambil menegaskan rundingan juga perlu membincangkan tentang calon yang mungkin dilantik.
Anwar walau bagaimanapun menambah mereka akan menyelesaikan pertikaian tersebut dalam tempoh beberapa hari lagi.
Pergelutan jawatan menteri besar tersebut mengheret PKR ke arah krisis kepimpinan dengan timbalan presidennya secara terbuka menuduh parti mengamalkan "nepotisma" apabila Azmin mendakwa proses memilih Abdul Khalid dilakukan tanpa melalui proses rundingan. Pertikaian jawatan menteri besar menjadi perkara yang dibangkitkan selepas Azmin yang dikatakan juga bersaing untuk jawatan tersebut berkemungkinan akan meninggalkan PKR ekoran sokongan parti tersebut ke atas pentadbiran Abdul Khalid.
- The Malaysian Insider

Maka bermula KEKECOHAN LANGKAH KAJANG..........NAMUN AKHIRNYA. ..

PKR SELESAI MESYUARAT ANWAR AKHIRNYA RESTU AZMIN JADI MB SELANGOR


PKR telah selesai mesyuarat tergempar pada jam 07.30 tadi menyaksikan ketua Umum PKR Anwar Ibrahim akhirnya merestui Timbalan presiden PKR Azmin Ali sebagai menteri besar yang baru yang akan berkuatkuasa esok.

PKR menyokong majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang jam 10.30 pagi esok.

Azmin memberitahu pelantikannya sebagai menteri besar Selangor mendapat restu sebulat suara daripada semua kepimpinan PKR termasuk Ketua Umum 

Khalid TAMAT Dengan BERGAYA: Mesyuarat MMKN tadi PUTUSKAN Anwar DIPECAT, Pejabat Penasihat Kewangan Selangor Ditutup

Posted: 22 Sep 2014 08:33 AM PDT


PETALING JAYA: Khidmat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ditamatkan susulan keputusan untuk menutup pejabat berkenaan di Plaza Perangsang, berkuatkuasa serta merta bagi menjimatkan kos pentadbiran.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Faekah Husin berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Isnin.

Beliau berkata, langkah itu dibuat kerana  berpendapat hal ehwal ekonomi boleh dilakukan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) yang juga pusat sehenti dan memiliki  pegawai terlatih serta berpengalaman terutama melibatkan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

"Semenjak penubuhannya, pelbagai fitnah dan kontroversi telah timbul antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim serta peranan dan sumbangannya kepada kerajaan Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.
Ternyata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan peluang untuk mempengerusikan mesyuarat MMKN terakhirnya sebaik mungkin dengan membuat keputusan itu.

Sehubungan itu, Faekah berkata, adalah wajar pejabat berkenaan ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Negeri Selangor.

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan di bawah MBI serta bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Istana SAHKAN Azmin MB baru, dapat restu PKR

Posted: 22 Sep 2014 05:54 AM PDT


Sultan Selangor telah berkenan melantik Timbalan presiden PKR Azmin Ali sebagai menteri besar yang baru berkuatkuasa esok.

Majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang jam 10.30 pagi esok.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan surat pelantikan itu telah dihantar kepada Azmin hari ini.

Sementara itu, Munir dipetik oleh Bernama sebagai berkata pihak Istana Selangor akan keluarkan kenyataan akhbar esok bagi memberi penjelasan mengapa Azmin dipilih sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Ketika ditanya mengenai surat pelantikan itu yang tersebar di media
sosial, Mohamad Munir berkata perkara itu berada di luar kawalan pihaknya.

Azmin akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tamat perkhidmatan sebagai menteri besar hari ini.

Petang tadi, Khalid diraikan dalam majlis perpisahan yang dihadiri lebih 200 kakitangan.

Azmin telah selesai mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kira-kira jam 7.30 malam ini di ibu pejabat PKR.

Anwar dan Wan Azizah beredar meninggalkan ibu pejabat PKR tetapi Azmin masih berada di situ dan dijangka mengeluarkan kenyataan penuh pada jam 8 malam.

Ketiga-tiga mereka tersenyum ketika mereka keluar dari bilik mesyuarat.

Azmin kemudiannya pemberita bahawa pelantikannya sebagai menteri besar Selangor mendapat restu sebulat suara parti.

Ini sekaligus melabuhkan tabir krisis pelantikan menteri besar Selangor.

Sementara itu, PAS mengucapkan tahniah kepada Azmin Ali ekoran pelantikannya sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Menulis dalam twitter, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata semoga Pakatan Rakyat terus utuh.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...