CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Petanda Pas KALAH PRK Pengkalan Kubor: PAS Dakwa Kesan Seorang Pengundi Hantu

Posted: 25 Sep 2014 01:28 AM PDT


PENGKALAN KUBOR: Petugas pilihan raya PAS mendakwa telah mengesan kehadiran seorang 'pengundi hantu' yang hadir untuk membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada Khamis.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) PAS, Noorazmir Zakaria berkata, pihaknya mengesan kehadiran pengundi yang didakwa itu di Unit Peti Undi Bendang Pa' Yong, di sini.

"Juham menerima aduan daripada petugas pilihan raya PAS di UPU Bendang Pa'Yong tentang seorang pengundi yang disyaki bukan warganegara Malaysia, namun mempunyai kad pengenalan dan pasport Malaysia.

"Peguam-peguam Juham yang bertugas di situ dengan serta-merta menahan untuk menyoal pengundi terbabit serta menyemak kad pengenalan serta pasportnya," katanya dalam satu kenyataan di Facebook Juham, Khamis.

Noorazmir mendakwa, pengundi terbabit pada mulanya dikesan diiringi oleh Penghulu Kampung Bendang Pa' Yong.

"Namun setelah menyedari kehadiran peguam Juham, penghulu tersebut terus melarikan diri dan meninggalkan pengundi berkenaan," ujarnya.


Noorazmir memberitahu, timbul keraguan apabila pengundi tersebut tidak mengetahui nombor kad pengenalan, umur dan alamatnya di Pengkalan Kubor apabila disoal siasat.

"Lebih aneh adalah pengundi tersebut juga tidak tahu apakah nama DUN tempat dia mengundi ini dan apakah nama tempat UPU dia mengundi.

"Berdasarkan rekod dalam pasport lelaki berkenaan, dia kerap berulang-alik ke Thailand.

"Apabila ditanya, dia mengesahkan keluarganya menetap di Thailand dan kali pertama mengundi adalah ketika Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini," katanya.

(VIRAL DI MEDIA SOSIAL) Kenaikan gaji penjawat awam tak benar kata JPA

Posted: 24 Sep 2014 10:46 PM PDT



PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan penyebaran berita mengenai kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam yang tersebar luas melalui media sosial.

JPA dalam kenyataan di sini memohon kerjasama semua pihak untuk tidak menyebarkan berita berkenaan sekiranya ada menerimanya.

Berita yang mendakwa kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji baharu mulai 1 Januari 2015 didapati tersebar secara meluas di laman sosial dan ruang maya. - Bernama

Antara mesej yang tersebar di media sosial.

PM Dato Sri Najib baru sahaja mengumumkan bahawa Kakitangan Kerajaan akan menerima kenaikan gaji yg akan dilaksanakan pd 1/1/15 dgn kadar kenaikan sebanyak 500 ringgit untuk semua kakitangan awam dan pegawai serta penambahan elaun risiko sebanyak 300 dan akan mewujudkan sistem band ke band 7 jika keadaan diangarkan mendesak apabila perlaksanaan GST dijalankan pd tahun2015, pengumuman ini telah disahkn KSU dlm mesyuarat Kabinet.

Menurut katanya lg kenaikan ini berkaitan dengan  hal2 kebajikan kakitangan awam akan dinaik taraf dan mengikut pandangan dari kesatuan sekerja ceupec serta dari JPA sebulat suara menyatakan supaya kebajikan terhadap kakitangan awam akan dinaik taraf sama seperti kelebihan yang ada pada perungkat Jusa. 

Usul ini telah diluluskan dlm pembentangan kertas kerja bersama JPA dn CUEPACS bertarikh 21/09/2014 dan perlaksanaan akan berkuatkuasa seperti tarikh yg dinyatakan diatas.. 

Sumber ini telah disahkan sendiri oleh Presiden CUEPACS. Menurutnya, itulah yang telah beliau mimpikan mlm tadi...

HARGA RUMAH: TERBONGKAR Strategi Jahat Licik Pemaju Cina dalam Harga Bumi dan Non-Bumi

Posted: 24 Sep 2014 08:37 PM PDT


Circulated in social media on the so-called 'Bumi Discount' on housing. Is this sharing of a racist act? Hopefully someone can help translate. 
----------
Teknik syarikat developer cina manipulasi harga rumah diskaun unit Melayu Bumiputera.

1.Went to i Property Fair @ Subang Parade today. Interested with with one development overseeing the sea @ Tanjung Puteri developed by one chinese owned developer. They offer Bumi discount for bumi unit @ 15% and for non bumi discount @ 6%. Bunyi interesting tapi see the catch. Utk bumi discount, bumi buyer kena bayar 10% deposit upon signing SPA and bayr sendiri all cost (SPA legal fee, MOT stamp duty, Loan legal fee, Loan stamp duty etc) which sy calculate total to about $42k. Utk non bumi, buyer cuma perlu bayar 4% upon signing SPA and all cost absorb by the developer (i.e. the $42k cost will be absorbed by the developer). The unit is priced slightly above $1m for a unit sized approx. 700 sq ft.

2.They don't expect I do my own calculation... i.e. utk bumi to buy bumi unit, the entry cost would be 10% of the Bumi price (after discounted 15%) i.e. dalam $90k. Campur dgn kos2 yg developer tak cover dlm $42k, total entry cost for bumi to buy this development is about $135k.

3.Banding dgn non bumi, tjeir entry cost is just 4% of purchase price, i.e. approximate dlm $45k sahaja. All other cost absorbed by the developer.

4.Kalau dikira beza discount antara bumi price (15% discount) dgn non bumi price (6% discount) is around $104k. Tapi kalau bumi has to pay own cost & non bumicost absorbed, tu bermakna non bumi will enjoy additional benefit of $42k. Bermakna walau harga bumi murah by $104k, the real diffrence is only about $60k je. Utk discount sebanyak $60k, bumi buyer will have to pay about $135k sedangkan non bumi only have to pay dlm $45k sahaja.

5.Then this developer will apply to uplift bumi quota... alasan bumi unit takde buyer. Mcmana nak ada buyer kalau entry cost 3 kali lebih tinggi dari non bumi. 

6.They look like they offer benefit to bumi, follow NEP, but in reality, they bypass it and make it less competitive for bumi to buy. Also bear in mind bumi unit usually less appreciate compared to non bumi unit. 

7.Free2 jer dorang kene free lecture dari saya pasal entry cost, how to calculate costing, NEP, economy, current social and political scenario in Malaysia, etc. Told them to bring the matter up to their higher management before I bring it up to higher attention.

8.You know what they replied "Every chinese developer companies are doing this just to make sure every Melayu Bumiputera wont have any new property so your child will stick to the old house or staying back to kampung"

9.Please please please share and kongsi this article so it will spread among the Malays for the sake of our future.

Matlamat Menghalalkan Cara: Dosa Hanya Untuk UMNO😮

Posted: 24 Sep 2014 07:22 PM PDT


PAS AKAN KELUAR PAKATAN RAKYAT- Naib Ketua Pemuda Pas, Mohd Khairil Nizam Khiruddin

Posted: 24 Sep 2014 07:02 AM PDT


24 SEPT, SHAH ALAM – Jika sudah tiba masanya, Pas akan keluar daripada PR. Demikian reaksi Naib Ketua Pemuda Pas, Mohd Khairil Nizam Khiruddin ketika diminta mengulas kewajaran parti itu untuk terus berada dalam pakatan itu selepas pemimpinnya seolah-olah tidak lagi dihormati rakan komponennya.

Namun Khairil berpendapat, keputusan itu tidak mustahil tetapi bukan pada waktu sekarang.

"Biasalah bergabung ini ada orang degil dan tidak. Sejauh mana kesabaran kita dan saya yakin dan percaya, telah tiba masanya untuk kami keluar dari PR, kami akan keluar.

"Sejarah membuktikan, biasanya yang keluar dari PR ini bukan Pas, tetapi rakan sekutu. Kami tetap setia dan apa tindakan Pas sekalipun, memang semuanya berlandaskan perjanjian dalam PR atau mana-mana pertubuhan dalam gabungan yang kami laksanakan," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, baru-baru ini.

Mengambil sikap positif, Khairil berkata, Pas sepatutnya bersabar dengan 'kedegilan' rakan-rakan sekutunya dalam PR.

"Biasanya yang buat...yang kita katakan, yang 'degil' ini pada pendapat saya adalah daripada rakan-rakan kita. Tapi itulah kesabaran. Pas sebagai parti yang lama sepatutnya sabarlah.

"Ketegasan kami ialah kalau perlu rasanya untuk kami keluar, kami akan keluar. Tapi sekarang ini bukan masanya. Kami tetap setia dengan PR dan Umno berhati-hati, kami berada di Putrajaya, insya-ALLAH," katanya.

PKR vs PAS

Sebelum ini, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad menuntut agar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataannya yang mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkebolehan menjadi Menteri Besar Selangor.

Abdul Hadi turut digesa menghormati keputusan pimpinan Pas Pusat dan Majlis Pimpinan PR.

Abdul Hadi ketika berucap pada majlis dialog di Rusila, Terengganu dilaporkan berkata, keengganan Pas menuruti kehendak PKR dan DAP mencalonkan Wan Azizah kerana Presiden PKR itu tidak layak memikul tugas sebagai menteri besar.

Abdul Hadi turut menegaskan, penolakan Pas terhadap Wan Azizah bukan disebabkan faktor gender tetapi isu kredibiliti yang ada pada beliau.


MAK LAMPIR (KETUA WANITA PKR) vs PAS
PAS TAK LAYAK DAPAT KERUSI EXCO SELANGOR kata Mak Lampir

ZURAIDA Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita PKR membuat kenyataan panas hari ini apabila mendesak Menteri Besar yang baru, Azmin Ali supaya tidak memberi sebarang jawatan exco kepada Adun Pas Selangor kerana tidak pernah menyokong cadangan PKR dalam perlantikan Wan Azizah atau Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Katanya ketika ditemui oleh wartawan, Zuraida berkata Pas belot dan khianat terhadap PKR dan sudah semestinya tidak layak langsung berada dalam barisan kepimpinan MB yang baru yang juga dari PKR.

Walaupun Pas mempunyai 15 kerusi Dun lebih banyak daripada PKR, ini tidak menjanjikan jawatan exco kepada mana-mana Adun mereka kerana sikap tikam belakang terhadap kepimpinan PKR di Selangor yang sedia maklum PKR adalah parti yang memerintah negeri Selangor.

"PKR melalui MB baru Azmin Ali hanya akan mempertimbangkan exco saguhati sama ada satu atau dua sahaja exco daripada Pas," katanya.

"PKR juga mungkin akan melantik Adun Pas yang menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai MB iaitu Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin sebagai exco bagi menggantikan 4 exco Pas sebelum ini yang menyokong Khalid supaya kekal MB."

DAP vs PAS

Manakala, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dilaporkan menyelar kenyataan Abdul Hadi ketika ucapan penggulungan yang tetap mempertahankan tindakan parti itu yang mencampuri urusan pelantikan calon menteri besar demi mematuhi titah Sultan yang merupakan penaung kepada agama Islam dan orang Melayu di negeri ini.

Pas menghantar tiga nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor seperti yang dititahkan Baginda.


LIM GUAN ENG KATA 4 ADUN PAS PENGKHIANAT


DAP menyifatkan empat Ahli Maljis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) PAS di Selangor sebagai pengkhianat dalam Pakatan Rakyat kerana menyebabkan enam orang EXCO dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah dipecat serta merta oleh bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Setiausaha DAP, Lim Guan Eng berkata, tindakan empat EXCO PAS yang berpaling tadah menyokong kepimpinan Abdul Khalid sebelum ini telah mendatang kesan buruk kepada enam orang pemimpin DAP dan PKR yang dilucutkan jawatan mereka kerana menentang pentadbiran bekas Menteri Besar Selangor itu.

"DAP berasa kesal dengan pengkhianatan empat orang ahli exco Selangor PAS terhadap prinsip solidariti dan demokrasi serta kegagalan untuk setia bersama enam lagi exco DAP dan PKR yang dipecat secara tidak adil oleh bekas MB yang kehilangan sokongan majoriti DUN Selangor." Kata Guan Eng dipetik Malaysia Insider.


MAHFUZ vs DAP



Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menyerang empat exco Selangor yang tidak meletakkan jawatan semasa pentadbiran Tan Sti Abdul Khalid Ibrahim adalah tidak wajar. 
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan sikap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang masih menyerang PAS dan menuduh empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mereka sebagai pengkhianat kerana kekal mentadbir Selangor bersama bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Mahfuz berkata, Lim perlu faham tindakan PAS Pusat mengarahkan exconya tidak meletakkan jawatan kerana mahu menyelamatkan Selangor daripada risiko pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) akibat ketiadaan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk menjalankan fungsi eksekutif negeri.
"Menuduh exco PAS sebagai pengkhianat dalam keadaan mereka berusaha untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor adalah suatu tindakan yang amat tidak wajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KEMELUT EXCO PULA: (PAS mahu KEKALKAN 4 Bekas Exco Pas), (Zuraida Kata Adun Pas Tak Layak Jadi Exco), (Adakah 2 Adun Pengkhianat Pas dapat Exco?)

Posted: 24 Sep 2014 05:24 AM PDT

Dari kiri: Sallehen, Dr Halimah, Dr Ahmad Yunus dan Ir Iskandar tiba di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, semalam. -Foto Bernama

PAS: KEKALKAN 4 EXCO PAS TERDAHULU
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dipercayai akan mengekalkan semua 4 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PAS sedia ada dalam barisan exco barunya, kata seorang pemimpin kanan parti itu.
Mereka ialah Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak Sallehen Mukhyi, Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Selat Klang Dr Halimah Ali.
"Tidak ada sebab untuk MB baru menukar keempat-empat mereka selepas memberikan khidmat cemerlang sebelum ini," kata pemimpin itu kepada The Malaysian Insider.
Sebelum ini DAP menyifatkan keempat-empat mereka sebagai pengkhianat kepada PR kerana terus bersama Khalid walaupun semua rakan exco daripada PKR dan DAP dipecat oleh beliau.
Namun, PAS mempertahankan 4 exco ini kerana mereka berada di situ atas keputusan parti  untuk mempertahankan kerajaan negeri daripada mengadakan pilihan raya semula.


Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin : Pas Tak Layak Dilantik Exco Kerana Mengkhianati PR

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mencadangkan kepada Menteri Besar Selangor Azmin Ali supaya tidak memberikan sebarang jumlah empat kerusi exco kerajaan negeri yang sebelum ini diperuntukkan kepada PAS atau hanya memberi hanya kerusi saguhati sahaja.

Katanya, memandangkan PAS tidak pernah menyokong kedua-dua calon PKR iaitu Azmin dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, maka wajar, PAS hanya diberikan kerusi 'sagu hati'.

Sebagai rakan karib dalam pakatan Pas telah belot dan mengkhianati PR ketika pergolakan dalaman berlaku eloklah Pas diberi sedikit hukuman, kata Zuraida

Dua Adun PAS Selangor 'Lebih Baik Tak Terima' Jawatan Exco - Khalid Samad

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor perlu membuat pertimbangan sewajarnya jika ditawarkan menjadi Exco negeri berkenaan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata, pertimbangan itu perlu supaya tidak berlaku salah faham di kalangan ahli parti dan masyarakat serta menimbulkan keadaan tidak baik kerana mereka terlebih dahulu membuat pengakuan menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), bukan menteri besar sekarang.

"Kalau mereka dicadangkan sekali pun dan mereka terima, kita khuatir timbul salah faham dan salah tafsiran bahawa seolah-olah jawatan itu diberi bukan atas dasar kemampuan dan kebolehan tetapi atas dasar mereka menyokong (Dr Wan Azizah).

"Saya rasa mereka tak akan dilantik kerana itu tak akan timbulkan keadaan yang baik," katanya yang ditemui pemberita di Markas Besar PAS di sini, Rabu.

Bagaimanapun katanya, secara peribadi beliau berpandangan dua Adun tersebut, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) tidak patut menerima jawatan itu jika dilantik mengisi kekosongan kerusi Exco di negeri itu.

"Secara peribadi saya rasa lebih baik tak terima kerana ia akan menimbulkan macam-macam salah faham," katanya.

KEMELUT DALAM PKR

Seorang pemimpin PKR memberitahu Malaysiakiniterdapat pelbagai "pendapat dan cadangan" dilontarkan kepada Azmin dalam mesyuarat biro politik parti itu semalam.

Antaranya Azmin "dicadangkan" mengambil ADUN yang tidak dilihat pro beliau menjadi exco Selangor untuk mengimbangi pentadbiran beliau.

Nama yang dilontarkan adalah Ketua Pemuda PKR (AMK) yang baru Nik Nazmi Nik Ahmad yang merupakan ADUN Seri Setia dan Gan Pei Nei (Rawang)

"Pasukan sama turut meminta agar exco yang dilantik dua kali iaitu Elizabeth Wong dan Rodziah Ismail memberi laluan kepada nama baru," kata beliau yang enggan dinamakan.

Malaysiakini difahamkan sekutu rapat Azmin seperti Amiruddin Shari (Batu Caves) dan Shuhaime Shafiei (Sri Muda) turut dilobi oleh sebuah kem lain.

Bekas exco Dr Xavier Jeyakumar (Seri Andalas) dan Yaacob Sapari (Kota Anggerik) turut dilaporkan berminat dengan jawatan tersebut.

PERSATUAN INDIA JUGA MAHU EXCO


Gabungan Persatuan-persatuan Masyarakat India (Gamia) hari ini secara terbuka membuat kenyataan mahukan exco India dari PKR.

Hanya Xavier merupakan pemimpin berketurunan India dari PKR manakala DAP mempunyai V Ganabatirau (Kota Alam Shah) dan R Rajiv (Bukit Gasing).




DAP MAHU KEKALKAN EXCO TERDAHULU

DAP nampaknya lebih suka jika tiga exconya dikekalkan ketika Menteri Besar Mohamed Azmin Ali memberikan sentuhan terakhir dalam senarai barisan Kabinet dalam pentadbiran baharunya. 

Pemimpin DAP Selangor berkata tidak ada sebab untuk membuat perubahan terhadap exco yang mewakili partinya dalam kerajaan negeri kerana ketiga-tiga exco itu menjalankan tugas dengan baik.

"Saya tidak nampak sebab untuk berbuat demikian, nampaknya parti akan menghantar nama yang sama," kata pemimpin negeri parti itu.
Ketua DAP Selangor Tony Pua ketika dihubungi hanya berkata senarai nama berkenaan masih belum dimuktamadkan.
Tiga exco DAP dalam pentadbiran Khalid ialah Teng Chang Kim, Ean Yong Hian Wah dan V Ganabatirau

Pas SAHKAN DAP dan PKR Tidak akan Bantu Pas di PRK Pengkalan Kubor

Posted: 24 Sep 2014 04:12 AM PDT



PAS terpaksa redha dengan tindakan rakannya dari PKR dan DAP yang tidak turut sama membantu kempen calonnnya dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

Pengarah jentera PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata para pemimpin PKR dan DAP tidak turut serta dalam hari-hari terakhir kempennya kerana tumpuan pada isu pelantikan menteri besar Selangor.

"Dalam masa dua hari ini PKR dan DAP terpaksa uruskan perkara yang melibatkan pimpinan induk yang dipanggil bermesyuarat.

"Kita faham situasi ini dan kita boleh tangani (ketiadaan pemimpin Pakatan)," katanya yang merujuk kepada mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat berhubung pelantikan Azmin Ali.

Hanya pemimpin tertinggi PAS muncul dalam ceramah perdana PAS dalam kempen pilihan raya kecil di DUN Pengkalan Kubor pada malam tadi, tanpa kehadiran pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti yang dijanjikan.

Perkembangan ini mungkin menjejaskan lagi peluang calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim untuk merampas kerusi yang diwakili BN sejak dua penggal ini.

Tambahan pula, BN giat membangkitkan krisis dalaman PAS dan juga masalah hubungan antara parti Pakatan Rakyat sebagai modal untuk mempengaruhi kira-kira 24,000 pengundi dalam kempen ini.

Ini dapat dilihat melalui poster dan kain rentang pro-BN yang dipasang di kawasan strategik di Pengkalan Kubor sejak Sabtu lalu.

Poster itu membangkitkan kandungan ucapan timbalan mursyidul am, Datuk Haron Din, bekas exco kanan Kelantan Datuk Husam Musa dan juga presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang turut menonjolkan masalah pentadbiran negeri Kelantan.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...