CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(PR TERUS HINA PAS)(TERKINI) SENARAI PENUH EXCO: Kuota Exco Pas DIKURANGKAN - MB Boneka, Azmin

Posted: 25 Sep 2014 07:49 PM PDT


SHAH ALAM - Komposisi barisan Exco Selangor akhirnya terjawab pagi ini apabila Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengumumkan senarai yang baharu dengan mengurangkan kuota Exco Pas.

Azmin mengumumkan demikian pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.


Komposisi terbaru yang diumumkan Azmin menyaksikan jumlah kerusi PKR menjadi empat, diikuti DAP tiga dan Pas tiga.

"Kerusi Pas dikurangkan selepas mengambil kira semua pandangan PR semalam," ujar Azmin pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Senarai terbaru yang diumumkan Azmin sebentar tadi ialah Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR), Amirudin Shari (PKR), Dr Dorayah Alwi (PKR) juga Elizabeth Wong (PKR).

Sementara barisan Exco Pas, Azmin mengekalkan nama Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi dengan satu muka baharu, Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib.

Bagi DAP pula, Azmin mengekalkan nama Exco terdahulu iaitu Ean Yong Hian Wah, V. Ganabatirau dengan Datuk Teng Chang Kim.


Gelaran USTAZ Calon BN di Kertas Undi PUNCA Pas KALAH

Posted: 25 Sep 2014 10:21 AM PDT


Gelaran USTAZ mengelirukan pengundi Pengkalan Kubor.

Ada pihak mempertikaikan penggunaan kata nama Ustaz pada kertas undi dan menyifatkan sebagai mengelirukan pengundi.

Hakikatnya, pegawai SPR pada hari penamaan calon telah membenarkan penggunaan nama gelaran tersebut untuk dicetak pada kertas undi. Selain itu, realitinya memang Ustaz Mat Razi adalah seorang guru agama berbanding calon dari PAS tersebut.

Untuk pengetahuan, kebiasaannya pengundi berpandu pada logo parti.

Dah kalah tu kalah lah!

10 Gambar Anwar BERKEMPEN di PRK Pengkalan Kubor TANPA Pengetahuan Pemimpin PAS

Posted: 25 Sep 2014 07:57 AM PDT











(PAS KALAH) DAP dan PKR Tidak Bantu Bukan Punca Kalah - Tuan Ibrahim Tuan Man

Posted: 25 Sep 2014 07:46 AM PDT


Pengarah Jentera PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, faktor ketidakhadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan masalah dalaman parti bukan punca kekalahan PAS.

"Secara keseluruhan, ketidakhadiran pemimpin Pakatan terutama DAP tak jadi masalah besar. Bukan faktor. Cuma ia hanya polemik dalaman tentang apa yang berlaku.

"Kalau kita tengok, semua orang pun turun (berkempen). Tak timbul soal ada masalah (dalaman). Saya reda dengan apa yang berlaku. Soal sedih memanglah, cuma hak kita ialah usaha, ikhtiar dan tawakal," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon BN di markas besar PAS Kampung Geting, Tumpat.



BN mendapat 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi. Calon bebas pula mendapat 38 undi.

Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi, lebih rendah daripada kadar 80 peratus pada pilihan raya umum lepas.

Dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, bekas ADUN BN Datuk Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pengundi luar tak balik

Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata, faktor bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat miskin di kawasan itu juga menjadi salah satu punca kekalahan mereka.

Malah, beliau juga berkata, kekalahan pilihan raya kecil kali ini juga mungkin disebabkan faktor pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi.

"Faktor pengundi luar yang menyokong PAS tak boleh balik juga antara punca kekalahan kerana pengundi luar ini cenderung pada PAS. Dan pengundi muda di kawasan ini juga di luar jangkaan kerana prestasi pengundi muda di kawasan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena. Kita akan tengok balik.

"Dalam masyarakat miskin, bantuan yang terlalu besar mungkin menjadi elemen. Selain itu sogokan yang tidak dapat dinafikan juga akan pengaruhi golongan miskin dan kita harap akan buat post-mortem mengenai perkara ini," katanya lagi.

Calon: Saya reda

Sementara itu, Wan Rosdi pula berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera dan turut reda dengan kekalahan tersebut.

"Saya reda dan sebagai calon parti saya ucapkan terima kasih pada seluruh jentera parti dari seluruh kawasan dan negeri," katanya ringkas.

BN Menang, KEPUTUSAN AWAL PRK Pengkalan Kubor

Posted: 25 Sep 2014 05:20 AM PDT


KEPUTUSAN AWAL PRK
N.01 PENGKALAN KUBOR

PENGKALAN KUBOR :
BN: 1,033 (67.03%)
PAS: 476 (30.89%)
BEBAS : 5 (0.32%)
MAJ : 557

KG KETIL :
BN: 1,015 (49.25%)
PAS: 1,012 (49.10%)
BEBAS: 4 (0.19%)
MAJ : 3

KG TEBING :
BN: 502 (44.11%)
PAS: 609 (53.51%)
BEBAS: 2 (0.18%)
MAJ : -107

KG GETING :
BN: 1,019 (40.66%)
PAS: 1,327 (52.95%)
BEBAS : 3 (0.12%)
MAJ : -308

SIMPANGAN :
BN: 878 (76.48%)
PAS: 263 (22.91%)
BEBAS : 6 (0.52%)
MAJ : 615

TUJOH :
BN: 1,081 (51.57%)
PAS: 971 (46.33%)
BEBAS : 6 (0.29%)
MAJ : 110

KG TELAGA BATA:
BN: 722 (53.92%)
PAS: 607 (45.33%)
BEBAS: 0
MAJ : 115

KG BUNOHAN :
BN : 783 (70.35%)
PAS: 315 (28.30%)
BEBAS: 3 (0.27%)
MAJ : 468

JUBAKAR DARAT :
BN : 754 (89.87%)
PAS: 77 (9.18%)
BEBAS: 1 (0.12%)
MAJ : 677

BENDANG PAK YONG :
BN : 1,108 (54.93%)
PAS: 878 (43.49%)
BEBAS: 5 (0.25%)
MAJ : 231

TELUK JERING :
BN : 424 (79.55%)
PAS : 107 (20.26%)
BEBAS : 1 (0.19%)
MAJ : 316

KEDAI GETING :
BN : 532 (43.01%)
PAS: 671 (54.24%)
BEBAS: 2 (0.16%)
MAJ: -139

UNDI AWAL/POS
BN: 96 (91.43%)
PAS: 8 (7.62%)
BEBAS: 0
UNDI ROSAK: 1
MAJ: 88

Jumlah pengundi : 24,039
Turn out : 17,674 (73.52%)
Undi BN :  9,948 (56.28%)
Undi PAS:  7,322 (41.43%)
Undi BEBAS:  38 (0.21%)
MAJORITI : 2,626 (14.86%)

(PAS PENGKHIANAT) DAP Semakin Angkuh dan BiadapTerhadap PAS

Posted: 25 Sep 2014 04:53 AM PDT


SETIAUSAHA Agung DAP Lim Guan Eng telah memberikan signal jelas seolah-olah Pas bukan lagi rakannya.

Tanpa berselindung, Guan Eng bertegas dengan kenyataan DAP bahawa empat exco Pas yang kekal untuk mengelak Dun Selangor daripada dibubarkan itu khianat.

Malah di dalam kenyataannya yang dipetik Bernama, Guan Eng berkata, beliau mengharapkan Menteri Besar Selangor akan melaksanakan tugas mengikut prinsip Pakatan Rakyat yang dicapai bersama PKR dan DAP, dengan sengaja tidak menyebut nama Pas.

Dalam krisis Menteri Besar Selangor,  boleh dilihat DAP sedikit pun tidak menyalahkan PKR – malah kini, orang memerhatikan parti ini mencurahkan segala kemarahannya pada Pas – seolah-olah segalanya berpunca daripada Pas.

Adilkah itu? Demokratikkah itu? Pas tak boleh berlainan pandangan ke di dalam Pakatan Rakyat? Tak boleh ke setuju untuk tidak setuju?

Barangkali DAP harus merenung bagaimana ia gagal memainkan peranan sebagai pendamai antara PKR dan Pas.

Satu hari nanti, mungkin DAP akan memahami apa yang perlu dilalui Pas sebagai parti apabila ada dua wakil rakyat Melayunya yang menyokong perlaksanaan hudud atas nama Islam.

Dan dua wakil rakyat DAP ini memberikan hujah bahawa mereka terpaksa membuat demikian demi kebaikan agama Islam, yang melebihi kepentingan parti, dan menegaskan mereka tidak berbuat salah.

Kemungkinan pada masa itu, DAP baru akan tersedar bahawa apa yang DAP dan PKR lakukan terhadap Pas - itulah yang seharusnya dilabel sebagai khianat – dan bukannya pada empat orang exco Pas yang merelakan diri ditohmah dan dicaci oleh para penyokong DAP dan PKR semata-mata untuk memastikan kerajaan Pakatan Rakyat terus hidup, Dun Selangor tidak dibubarkan dan melumpuhkan segala perancangan Umno untuk mengambil kesempatan pada perpecahan Pakatan Rakyat akibat Langkah Kajang PKR.

Wahai DAP, janganlah terlalu angkuh dan berlagak macam kamu sahaja yang betul dan berprinsip dalam krisis MB Selangor ini.

Seteruk-teruk kamu menghentam Pas atas isu hudud, Pas bersama Presiden dan jenteranya turun membantu kempen PRK Teluk Intan dan mengambil sikap tidak berdendam dengan kamu, dan tetap menganggap kamu sebagai rakan. Bagaimana pula kamu melayan mereka di PRK Pengkalan Kubor?

Ingatlah, bumi ini bulat. Satu hari nanti, giliran kamu pula yang berdepan dengan kegelapan dan kesejukan.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...