CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(LIM GUAN ENG ANGKUH, BESAR KEPALA & TIDAK BOLEH DITEGUR) Pas Nyatakan Kebenaran DAP TINDAS MELAYU, DAP berpihak Kepada PEMAJU CINA

Posted: 27 Sep 2014 01:58 AM PDT


GEORGETOWN - Pemimpin sepatutnya menerima dan mendengar setiap teguran yang dibuat bagi memperbaiki kelemahan yang ada dan bukannya melenting.

Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim berkata, setiap pemimpin yang baik juga perlu bersedia mendengar teguran dan menerima cadangan yang dibuat orang bawahannya demi kepentingan rakyat.

"Kita menegur dan memberi cadangan, bukannya untuk keburukkan, tetapi untuk kepentingan rakyat. Jika itu tidak boleh diterima, susahlah.

"Bagi saya, pemimpin yang baik boleh menerima kritikan dan cadangan, bukannya bersikap bongkak dan angkuh seperti ini. Saya kesal kerana saya diambil tindakan kerana menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Iszuree berkata demikian ketika mengulas tindakan yang dikenakan ke atasnya selepas berucap di Muktamar Pas di Johor baru-baru ini.

Beliau dikeluarkan dari semua Jawatankuasa Tetap MPPP kerana didakwa menegur kepimpinan kerajaan negeri berhubung polisi perumahan di negeri ini dan membekukan semua peruntukan.

Menurutnya, apa yang diucapkannya dalam Muktamar Pas itu hanya cadangan bagi mengelakkan penduduk kampung di negeri ini ditindas oleh pemaju.

"Sebenarnya saya ulang semula apa yang terkandung dalam memorandum Pas negeri yang diserahkan sendiri Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohamad Sabu kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada majlis berbuka puasa anjuran Pas negeri Julai lalu.

"Melihat tiada tindakan yang diambil, maka saya mengulanginya semula dalam ucapan saya. Itu menunjukkan, kenyataan itu bukannya datang dari saya, malah dari parti. Tujuan saya mengulanginya semula adalah kerana ingin membela nasib penduduk kampung yang masih belum selesainya antaranya Kampung Selut, Kampung Ceti dan Kampung Mutiara," katanya.

Mengimbas kembali ucapannya, Iszuree berkata, apa yang diucapnya itu hanyalah cadangan berhubung polisi perumahan yang digunakan kerajaan negeri ini yang tidak memihak kepada penduduk.

"Saya hanya ulang cadangan yang terkandung dalam memorandum, iaitu menukar polisi perumahan yang digunapakai kerajaan terdahulu kepada polisi baru yang lebih berpihak kepada penduduk. Jika lihat kini, semua urusan penjualan tanah kampung diarahkan kerajaan negeri supaya ianya dibuat diantara pemaju dan penduduk.

"Jika kes dibawa ke mahkamah, ia akan membuatkan penduduk tertindas dengan tawaran pampasan yang tidak setimpal. Cadangan itu adalah menukarkan polisi dari diberi wang pampasan kepada rumah digantikan dengan rumah. Itu sahaja. Saya tidak kritik dasar perumahan seperti yang dilaporkan," katanya.

Menurutnya, cadangan itu juga meminta agar kerajaan negeri bertegas dalam meminta pemaju mengikut polisi perumahan baru bukannya menggunapakai polisi BN.

(PAS DICELAKAKAN DAP KETAHAP MAKSIMUM) Dewan Pemuda PAS kecam tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang

Posted: 26 Sep 2014 11:54 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Pulau Pinang mengecam tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang menggantung tugas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim pada Jumaat meskipun beliau mempunyai 'track record' cemerlang sebagai Ahli Majlis.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah, dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu susulan ucapan bernada teguran membina dan memberi pandangan untuk menambah baik polisi pembangunan rakyat Pulau Pinang ketika Muktamar PAS yang berlangsung di Johor minggu lepas.

Iszuree ialah Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang.

"Hukuman 'gantung tugas' yang dikenakan terhadap beliau berdasarkan laporan media tanpa perbincangan secara bersemuka itu disifatkan sebagai keputusan yang tidak mencerminkan sikap demokratik, berat sebelah dan tergesa-gesa.

"Perlu diingatkan, pelantikan jawatan beliau bukanlah atas kapasiti individu, sebaliknya ia adalah atas kapasiti parti politik mewakili PAS," kata beliau.

Tambah Mohd Yusni, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) perlu mengambil kira pandangan dan  keputusan daripada PAS Pulau Pinang sebelum membuat apa-apa keputusan, jika kerjasama Pakatan Rakyat dihormati.

"Bagi terus memelihara hubungan kerjasama Pakatan Rakyat, DPPN Pulau Pinang menggesa agar tindakan ini ditarik semula seberapa segera, sebelum timbul persepsi awam bahawa pemerintahan Kerajaan PR Pulau Pinang dilihat sama dengan Barisan Nasional dari sudut kebebasan bersuara.

"Sepertimana kami boleh bersabar dengan perbezaan pandangan dan terbuka menerima kritikan, kecaman, cemuhan, sehingga dituduh "pengkhianat di Selangor" dari rakan kami, maka kami juga meminta supaya rakan kami juga dapat berjiwa besar berbuat begitu," katanya.

AJK Pas Pusat, Ustaz Nasrudin : DAP Jangan "tiru style" PAP, Pecat Bendahari Pas P.Pinang dari Jawatankuasa Tetap MPPP

Posted: 26 Sep 2014 08:35 PM PDT



DAP jangan "tiru style" PAP
Oleh : Nasrudin bin Hassan
AJK PAS Pusat.

1. Tindakan Kerajaan Pulau Pinang mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang Saudara Iszuree Ibrahim ( PAS ) dari semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan membekukan semua peruntukkannya menambah lagi jerebu iklim politik tanahair. Iszuree Ibrahim adalah Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang.

2. Saya percaya tindakan itu adalah ekoran ucapan Sdr Iszuree yang menegur dan mengkritik kesan langsung dari pesatnya pembangunan di Pulau Pinang yang menyebabkan pemaju "bermaharajalela". Bukan sahaja timbul isu pampasan setimpal, isu penempatan ummat Islam dan nama kampung mereka juga berbangkit. 

3. Sdr Iszuree memohon campurtangan Kerajaan Negeri sambil mendesak supaya PAS Pusat memberi perhatian terhadap isu berbangkit berhubung kedudukan ummat Islam di bumi Pulau Mutiara itu. Penegasan ini dibuat oleh Sdr Iszuree dalam perbahasan ucapan dasar di Muktamar Tahunan PAS ke 60 yang berlangsung di Batu Pahat tempohari .

4. Mengamati ucapan Sdr Iszuree dalam perbahasan Muktamar Tahunan PAS tersebut, jelas menunjukkan ia adalah satu teguran dan kritikan membina supaya PAS Pusat memberi perhatian mengenai isu yang melibatkan kedudukan dan kepentingan ummat Islam di Pulau Pinang yang kian terhimpit dalam arus pembangunan.

5. Malangnya tindak balas dari Kerajaan Pulau Pinang sangat drastik. Sdr Iszuree "dipancung" gara - gara kritikan yang membina itu. Seperti tersimpan satu dendam yang hanya menanti detik untuk dilunaskan. Akhirnya Iszuree terpaksa membayar "harga yang tidak sedikit". 

6. Kritikan membina dibalas racun tuba sekaligus merosakkan tauladan Khalifah Umar Abdul Aziz yang sering dijolok pada pemerintahan Ketua Menterinya. Lebih tragis, tindakan ke atas Sdr Iszuree diambil tanpa sebarang surat tunjuk sebab apatah lagi dipanggil untuk memberi penjelasan.

7. Kelihatan tindakan DAP mutaakhir ini seperti meniru gaya dan pendekatan PAP di Singapura iaitu mengambil "tindak balas" segera terhadap pengkritik mereka dengan menggunakan kuasa yang mereka miliki antaranya memberi tekanan dan menyaman pengkritik mereka. Saya kira ia sebagai satu langkah untuk menakut dan menggerunkan pihak yang mahu menegur dan mengkritik.

(http://therealsingapore.com/content/history-defamation-suits-and-other-similar-actions-singapore )

8. Jika benar telahan saya, maka ia adalah suatu yang sangat malang bagi Pakatan Rakyat yang selama ini memperjuangkan demokrasi dan hak bersuara. Sdr Iszuree bukanlah memfitnah apatah lagi mengkhianati kerajaan sebaliknya beliau menggunakan forum muktamar tahunan PAS bagi membangkit isu ini agar ia menjadi perhatian PAS Pusat, di mana secara kebetulannya Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ialah Timbalan Presiden PAS. Malangnya belum sempat PAS Pusat mengambil apa - apa langkah wajar, Sdr Iszuree telah dimangsakan.

9. Apakah kerajaan DAP di Pulau Pinang mahu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan umum ? Saya yakin isu yang dibangkitkan oleh Sdr Iszuree berkait isu penempatan, kampung dan tanah ummat Islam Pulau Pinang ada asas dan faktanya yang sangat jelas. Sewaktu saya menjawat amanah sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia seketika dulu, isu serupa telah dibangkitkan dan saya turun meninjau ke Negeri Pulau Pinang. Malah Lajnah Tanah PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Sdr Mazlan Aliman juga sangat maklum betapa berbangkitnya isu kepentingan ummat Islam di Pulau Pinang.

10. Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohd Sabu pastinya boleh berperanan untuk menangani isu berbangkit dan berkait kepentingan ummat Islam khasnya tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke atas Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Sdr Iszuree. Kebetulan pula Ybhg Tuan Hj Mohd Sabu juga adalah Pesuruhjaya PAS Negeri. Sementelah ucapan beliau bukan di atas kapasiti peribadi tetapi mewakili Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang. Saya difahamkan teks ucapan berkaitan isu tersebut telah disemak sendiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Dato Dr Mujahid. Sewajarnya Pas Pulau Pinang mengambil tindakan yang bertanggungjawab bagi membela saudara Iszuree yang telah dizalimi oleh DAP. 

Sumber: FB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Amaran Pada MB Selangor Boneka, Encik Azmin Ali

Posted: 26 Sep 2014 08:41 PM PDT



AMARAN PADA AZMIN

Seluruh rakyat yang tidak buta politik tahu anda anak mas Anwar, homosek super tegar. 

Untuk Anwar anda sanggup berkorban apa saja. Begitu juga Anwar terhadap kamu. 

Kesetiaan kamu terhadap Anwar seperti Siti Dewi terhadapRama dalam hikayat Sri Rama. Itu hak kamu. 

Tapi ingat sekarang kamu menjadi MB Selangor. 

Kamu mesti memperlihatkan kebijaksanaan kamu sebagai pemimpin sebuah kerajaan. 

Kamu perlu mendapat sokongan majoriti rakyat kerana kamu memegang amanah rakyat. 

Kalau kamu menari menurut rentak Anwar anda akan menghadapi kesukaran untuk mendapat sokongan rakyat. Anwar alat US dan Zionis. 

Sejak dipecat dari UMNO dan kabinet dia dianggap sebagai pemimpin yang sanggup melakukan apa saja, hatta memecah-belahkan rakyat berbagai kaum, demi agenda politik pribadinya. 

Hubungan kamu yg intim dengan Anwar, sanggup berkorban apa saja, akan menjadi sorotan rakyat. 

Apakah kamu hanya menjadi boneka Anwar atau sebaliknya akan menjadi perhatian rakyat nanti.

Tapi awas jangan kamu menghina dan mencabar bangsa kamu dan ugama kamu. Hati-hati dalam kata-kata dan juga tindakan kamu. 

Kalau kamu mengkhianati kuasa politik Melayu dan menghina institusi Raja Melayu maka jangan salah ibu mengandung kalau orang Melayu akan menentang kepimpinan kamu kelak.

Ingat kuasa yang kamu miliki bukan hak mutlak kamu. Itu hak Allah. Allah hanya meminjamkan kuasaNya buat sementara waktu kepada kamu. 

Belajarlah dari sejarah. Kamu boleh menabur janji tapi rakyat hendak melihat bukti. 

Kamu dan Shamsidar, isteri kamu, akan menjadi sorotan sebagai MB dan istri MB. 

Barangkali Anwar tidak dapat makan cucur kodok hidangan Shamsidar bila mennjadi banduan VIP nanti. 

Tapi mungkin dia masih boleh menyampai arahan kepada suami Shamsidar untuk melaksanakan agenda pribadinya.

Yahya Ismail

(AZMIN PEMBOHONG)PAS tidak pernah setuju bilangan exco dikurangkan - PAS Selangor

Posted: 26 Sep 2014 08:08 AM PDT


KUALA LUMPUR: PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan bahawa parti itu bersetuju agar bilangan Exco PAS di dalam barisan Exco baharu negeri itu dikurangkan daripada empat kepada tiga.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, PAS negeri Selangor juga telah juga dimaklumkan oleh PAS Pusat yang turut tidak bersetuju dengan pengurangan itu.

"Kami juga berpandangan pengguguran Dr Halimah Ali dan Sallehin Mukhyi yang telah berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas.

"Kami merasakan bahawa tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khairuddin mengulas pengumuman exco negeri yang baharu diumumMenteri Besar Selangor, Azmin Ali yang menyaksikan kerusi exco yang disandang wakil daripada parti PASberkurangandaripada empat kepada tiga.

Dalam pada itu kata Mohd Khairuddin, PAS tetap mahu melihat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan agenda-agenda rakyat.

"Sebelum ini Exco-Exco PAS telah kekal di dalam kerajaan demi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak tumbang.

"Oleh yang demikian, PAS akan tetap kekal mempertahankan kerajaan tersebut," jelasnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS dari Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang dilantik menjadi Exco berkata, dia menerima baik dan berpuas hati dengan pelantikan tiga Exco biarpun barisan kerusi yang disandang PAS berkurangan daripada empat ke tiga dalam barisan yang baharu.



Azmin Ali sebelum itu telah menafikan tindakan beliau mengurangkan kerusi exco PAS daripada empat kepada tiga bukan satu bentuk 'hukuman. 

Diasak wartawan, sama ada PAS bersetuju dengan keputusannya itu, beliau berkata "setuju" tetapi tidak mengulas lanjut.


Anwar Perancang Politik Malaysia "TERHEBAT" bagi Katogeri Politik JAHAT

Posted: 26 Sep 2014 06:15 AM PDT



Ini kerja Anwar. Bininya, ratu kipas, hanya menjadi alat politiknya, digamit datang disuruh pergi. 

Bila dia merengkok dalam penjara dia mengarahkan bini dan anak nya mengemis sokongan para pemimpin negara2 jiran, US dan lain-lain untuk menekan kerajaan Msia membebaskannya. 

Bila dia keluar dari penjara bininya diarah kosongkan Permatang Pauh untuknya. Dia menang. Bini mengalah. 

Bila sekali lagi dia dijatuhi hukuman penjara kerana kes meliwat Saiful sekali lagi dia peralatkan bininya. Dia main wayang. Dia suruh adun PKR letak jawatan di Kajang. Dia jadi calon. Rakyat terkejut. Kononnya Anwar nak jadi MB Sgor pula. 

Bila dijatuhi hukuman penjara 5 tahun dia terpaksa digugurkan sebagai calon. Dia pilih bininya. Main wayang lagi. Kononnya bininya bakal jadi MB Sgor. 

Khalid Ibrahim sudah dapat membaca kilat dlm kilau mainan kotor Anwar untuk menyingkirkannya. Dia sudah bersedia menghadapi apa saja kemungknan hatta dipecat dari PKR. 

Hadi Awang. bapak pemecah umah (Amanat Hadi) ingat inilah peluang keemasan calon Pas jadi bakal MB Sgor. Para penyokongnya mungkin sudah meratip terbayang RM3 bilion simpanan wang kerasjaan Sgor yang disimpan Khalid.Mungkin Pas anggap sultan akan pilih calon Pas untuk mengatasi kemelut politik. 

Anwar dan DAP sudah berpakat hanya calonkan Wan Azizah sebagai bakal MB. Anwar dan DAP main wayang lagi. Anwar sengaja mendedahkan dirinya sebagai politikus super rakus, pengamal nepotisme of the highest order, kerana menonjolkan bininya sebagai calon MB. 

Melalui parasit2nya dalam Pas Anwar tahu golongan ular dalam semak tak bersetuju dengan Wan Azizah. Kononnya itu nepotisme. Dia mengarahkan parasit2nya menggugat ular dalam semak pula. Hadi pening kepala, terlondeh serban. Dia terpaksa merayu kepada Dewan Ulama Pemuda dan makhluk-makhluk yang super taksub menyokongnya kerana takut hilang jawatan kepada parasit2 Anwarinas. 

Anwar ketawa besar melihat kedangkalan politik ular dlm semak Pas. Anwar tahu sultan tak boleh memilih calon-calon lain kecuali apa yang disodorkan PKR. 

Walaupun Pas ada 15 adun ( dua melompat sudah) namun Hadi hanya boleh berkokok tapi tak punya kekuatan politik untuk menentang Anwar.

Dalam diam-diam Anwar mengemukakan nama Azmin Ali! Orang ramai terkejut bila nama Azmin timbul. Mungkin ada pihak menganggap itu adalah pilihan terbaik. Rakyat biasa yang tak faham mainan politik Anwar menganggap Anwar sanggup korbankan bininya demi kepentingan Pakatan Rakyat! 

Sebenarnya Azmin Ali pilihan lahir batin Anwar, bukan bininya. Semua orang tertipu dengan mainan politik Anwar yang bakal menjadi banduan VIP tak lama lagi.

Yahya Ismail

Ada ahli politik tidak faham institusi raja - Sultan Selangor

Posted: 26 Sep 2014 05:57 AM PDT


Klang: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa institusi raja kerana mempunyai agenda yang lain.

Titah baginda, negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah dimeteraikan pada tahun 1959.

"Oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan institusi raja itu adalah sebagai lambang sahaja tanpa mempunyai apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan dibawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

"Beta dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa Institusi Raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana Beta yakin mereka mempunyai agenda yang lain.

"Rakyat Negeri Selangor yang berbilang kaum dan berbilang agama serta mempunyai pelbagai adat resam mahukan Negeri Selangor ini aman dan makmur, bebas mengamalkan agama masing-masing serta dapat hidup dalam tenteram dan harmoni," titah baginda semasaIstiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Excodi Istana Alam Shah, Klang, hari ini.

Titah baginda, punca kekalutan politik negeri itu adalah disebabkanLangkah Kajangyang diilhamkan PKR.

Titah baginda, ia sekali gus menimbulkan pelbagai hasutan dan tohmahan yang memburukkan Menteri Besar Selangor pada masa itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya diturunkan jawatan.

Titah baginda lagi, perkara negatif itu tetap berterusan walaupun pada bulan Ramadan di mana umat Islam seharusnya membuat ibadah pada masa berkenaan.

"Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali, rakyat Melayu beragama Islam di Negeri Selangor ini supaya di bulan Ramadhan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah dan melakukan amal jariah kita supaya diterima Allah.

"Tetapi PKR tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan suci Ramadhan dengan terus menghina.

"Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tohmahan untuk memburukkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor," titah baginda.

Titah baginda lagi, pelantikan Exco baru adalah disebabkan PKR serta DAP yang tidak mempunyai kepercayaan lagi kepada Abdul Khalid selain menyifatkan pelantikan menteri besar yang baharu beserta barisan exco perlu dilantik untuk mentadbir negeri.

"Krisis yang berlaku berkenaan dengan Menteri Besar Selangor ini telah membuka mata dan hati serta pandangan Beta terhadap politik di Negeri Selangor ini.

"Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama lima tahun dan mungkin akan diganti pada pilihanraya yang akan datang," titah baginda.

Baginda turut bertitah, kedudukan baginda sebagai Sultan yang memerintah Negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat Beta.

Tegas baginda, sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas baginda amatlah berat untuk memastikan rakyat Selangor dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan yang sempurna.

"Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran Negeri yang dijalankan oleh Menteri Besar.

"Beta hanya menasihatkan Menteri Besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat," titah baginda.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...