CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Hasnul, Adun Pas Morib BARUA Anwarinas sedia TANDING atas tiket DAP

Posted: 28 Sep 2014 12:47 AM PDT


PETALING JAYA - Adun Morib, Hasnul Baharuddin menyatakan kesediaannya untuk bertanding pada PRU akan datang atas tiket DAP.

Berucap dalam sebuah majlis semalam, Hasnul menegaskan bahawa beliau sudah bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan dan tindakan tatatertib yang bakal dikenakan oleh pimpinan Pas Pusat.

"Segala kemungkinan yang saya kira akan saya hadapi, saya bersedia...

"... tak kisah, saya tak jadi calon Pas pun tak apa, saya boleh jadi calon DAP," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam anjuran DAP di sini, semalam.




Pada 14 Ogos lalu, seluruh pimpinan Pas digemparkan dengan penglibatan dua ahli Pas, Hasnul dan Saari Sungib yang menyatakan sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Tindakan dua Adun tersebut sekali gus menjadikan ia sebagai majoriti undi menentang kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kedua Adun, Hasnul dan Saari kini berdepan dengan tindakan tatatertib yang bakal dikenakan terhadap mereka kerana didakwa membuat keputusan dengan membelakangkan parti Pas.




Jelas Hasnul, tindakan yang diambilnya itu membuktikan bahawa beliau tidak mengejar jawatan dalam parti semata-mata namun ia jelas dilakukan demi kepentingan bersama antara parti dalam PR.

Beliau dalam pada itu menyeru kesemua pimpinan PKR, DAP dan Pas meneruskan kepimpinan PR dalam usaha memelihara keamanan di negara ini.

"Kita (Pas, PKR, dan DAP) mesti teruskan (hubungan) bersama Pakatan Rakyat kerana kita tidak mempunyai pilihan lain untuk menumbangkan Umno dan BN. Formula sokongan ketiga parti ini amat penting, kerana  ia dapat mewujudkan suasana harmoni dan penuh keadilan antara kaum di negara ini," tegasnya.

Mengulas mengenai perkembangan siasatan berhubung salah lakunya, Hasnul menjelaskan, beliau dan Saari akan dipanggil oleh pimpinan Pas Pusat untuk tindakan lanjut menjelang minggu hadapan.

(6 GAMBAR) Ceramah Anwar Pelancaran Mansuh Akta Hasutan TIADA SAMBUTAN, Hanya 300 orang Hadir

Posted: 27 Sep 2014 09:53 PM PDT


Tamparan hebat kepada Anwar dan PKR! 

Ceramah Pelancaran Mahsuh Akta Hasutan di Tapak Pesta Seberang Jaya yang sepatutnya dihadiri ribuan penyokong mereka tetapi hanya dianggarkan 300 orang sahaja yang hadir. 

Adakah ini petanda kebencian rakyat terhadap Anwar, Anwarinas, DAP dan PKR semakin memuncak.

Ceramah yang tidak mendapat sambutan itu turut menampilkan nama besar PKR dan Bapak Anwarinas seperti Mat Sabu dan Tian Chua, serta lain-lain seperti Dr. AFif Bahardin, Rayer dan Adam Adli. 









Nik Abduh: PAS, seperti orang miskin hidupnya, sentiasa menjadi mangsa buli

Posted: 27 Sep 2014 11:53 PM PDT



PAS Dan Kisah Buli

PAS ini, daripada awal penubuhannya lagi adalah parti yang sering dibuli musuhnya. Dulu teruk dibuli. Kini pun teruknya PAS dibuli oleh musuhnya tak habis-habis lagi. 

Pembulinya kadang-kadang rakan-rakan mereka juga. Waktu susah PAS diminta tolong. Waktu senang, PAS ditinggalkan, disalahkan dan dibuli.

Sebelum PAS ditubuhkan dulu, yang teruk dibuli adalah para ulama dan pejuang kemerdekaan. Pembuli mereka adalah penjajah dan talibarut penjajah. Kelihatannya, hal PAS dibuli ini ada kaitannya dengan sejarah lama kerana apa yang dituntut oleh para pejuang kemerdekaan dulu, itulah yang dituntut oleh PAS hari ini. Mereka daripada mata rantai yang sama.

Umno paling lama membuli PAS. Sejarah umno buli PAS ini masih bersambungan dan masih belum ada tanda mahu berakhir. Kerana itu, bila nampak umno macam nak berkawan dengan PAS, orang PAS memang susah nak percaya.



Hari ini, selain umno, PKR dan DAP mula nak buli PAS. Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang mana satu. Semua macam tak menjadi.

Masih dalam PR pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong PR agar membenci PAS. PAS ni tak berapa 'ganas' mana agaknya. Dibuli pun dia buat muka selamba je. Melawan pun macam tak melawan mana..

Itulah PAS, seperti orang miskin hidupnya, sentiasa menjadi mangsa buli.

Tetapi walaupun PAS dibuli sentiasa, PAS tetap hidup dan berjaya dalam hidupnya. PAS memenangi banyak pilihanraya dan memerintah beberapa negeri. PAS juga terus melebarkan pengaruhnya di mana-mana. 

Daripada gelaran-gelaran yang bersifat jumud dan sempit, PAS kini sudah maju dan lebih terbuka. Sukar PAS kini untuk dikatakan jumud dan sempit. Dalam keadaan dibuli, PAS hidup, membesar dan maju. PAS tak berubah apa pun. PAS hari ini adalah PAS yang dulu juga. Istiqamahnya berjuang untuk agama Islam tak pernah dipertikaikan. Terlalu jelas perjuangan Islamnya sehingga jika dilihat seperti melonggarkan pengaruh ugamanya, PAS akan diherdik dan dihina-hina pula.




Ada pemimpin DAP yang kata PAS akan dihukum rakyat akibat isu Selangor yang kelihatannya sedang menuju titik koma, bukan noktah lagi. PAS akan tamat riwayatnya di Selangor dan Malaysia. Di Sarawak, bukan main lagi DAP isytihar tak nak berkawan lagi dengan PAS. 

Macam umno jugak DAP ni. Gembira dan megah sangat bila dah ada kuasa. Maklumlah, lama jadi pembangkang bersama PAS, baru penggal lepas DAP mula dapat kuasa memerintah, sedangkan PAS yang hidupnya sering dibuli dah lama berkuasa di Kelantan dan Terengganu.

Diungkit-ungkit kisah kegagalan PAS sampai lupa pula kisah kejayaan dan kebaikan PAS di samping kegagalan mereka sendiri.

PKR pun nak buli PAS macam DAP juga. Sambil mencuri sambil membuli. Nasib baik dalaman PKR tak berapa kuat macam DAP. Ada masam muka di antara sesama mereka. Maka bulian mereka, walaupun pedih juga, tapi paling tak menjadi. Tak macam DAP, apatah umno. Syukurlah..



Saya hanya nak nasihatkan DAP agar janganlah suka membuli. Nanti jadi bongkak. Bila dah bongkak, rakyat akan marahlah.. 

DAP kena tahu PAS takkan mati. Nyawanya masih panjang. Kalau umno pun tak mati lagi, macamana PAS nak mati? Kalau PAS mati, siapa nak berjuang Islam? Umno? PKR? DAP? 

PAS takkan mati sebab nyawanya Islam. Islam bukan bermula 1951. Ia bermula lebih 1400 tahun lepas. Masa tu ideologi yang diperjuang DAP masih berada dilapis bumi yang ke 5, kalau pun tidak yang ke 7. Takde orang lagi masa tu yang nak gali dan berjuang untuk ideologi itu.

PAS hanya akan mati atau terpinggir bila ada yang lebih baik daripada PAS memperjuangkan Islam. Setakat ni kelihatannya tiada lagi. Kalau setakat PasMa yang nampak ada hati nak ganti PAS jika PAS keluar PR, rasanya tak tergamak nak kata mampu ganti PAS. Tapi biarlah orang nak berangan-angan, janganlah dibuli-buli pula..




Rugi DAP sokong PKR dengan buli PAS. Macam perangai lelaki buli bini tua bila dah ada bini muda. Cukup tak manis. Lama-lama menyesal nanti.

Mungkin susah DAP nak terima. Tapi pada saya, bila tiba-tiba PAS tukar angin, tiba-tiba PAS marah pada DAP, saat itu DAP akan rugi. DAP akan rugi lama. Mungkin undi Cina dan India akan bertukar. Mereka jadi cuak dengan DAP. Mereka rakyat yang mahukan keamanan, kebenaran dan setiakawan dalam kehidupan. 

Itu pandangan saya. DAP akan rugi lama jika PAS marahkan DAP. Tapi mungkin saya silap. Sebab, jika tiba-tiba DAP jadi kawan umno, sahlah tekaan saya bahawa DAP rugi jadi silap dan tak betul lagi.

DAP nak hanya bersama PKR? Saya hairan..

DAP nak berkawan dengan umno? Saya ternganga..

DAP nak berangan sorang-sorang? Saya nak tidur dulu..

Oleh: Nik Muhamad Abduh




(1MALAYSIA KENA TIPU) Pelantikan Azmin Kemuncak Perancangan Lengkap Langkah Kajang, kata Lee Chin Cheh, Bekas Adun Kajang

Posted: 27 Sep 2014 06:28 PM PDT


Lee Chin Cheh, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang meletakkan jawatannya untuk mencetuskan Langkah Kajang sehingga membawa kepada kebuntuan isu menteri besar Selangor berpendapat pelantikan Mohamed Azmin Ali adalah kemuncak kepada perancangan yang lengkap.
Bekas Adun Kajang itu percaya Langkah Kajang bukan satu kegagalan kerana PKR Selangor sejak mula lagi mahu Azmin menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Apa yang berlaku sekarang adalah apa yang kita mahukan selama ini, walaupun ia berlaku secara tidak sengaja berpusing-pusing," katanya.
Lee berkata, pemimpin PKR negeri bertemu kepimpinan tertinggi parti dua hari selepas pilihan raya umum 5 Mei tahun lepas, mencadangkan agar Azmin mengambil alih jawatan menteri besar, kerana mereka ragu-ragu dengan kesesuaian Khalid untuk terus menerajui Selangor.
Tetapi cadangan itu ditolak.
"Saya diberitahu kita tidak mempunyai kata sepakat daripada rakan-rakan Pakatan," katanya, merujuk kepada DAP dan PAS yang mahu Khalid untuk terus kekal menerajui negeri terkaya di Malaysia itu untuk penggal kedua.
"Mereka tidak memahami pertembungan kami dengan Khalid dalam PKR dan kita tidak boleh memaksa mereka untuk mempercayainya," katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemubual di firma guamannya di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Lee yang juga seorang peguam berkata, beliau tidak tahu mengapa kedua-dua pihak dalam pakatan itu memilih Khalid tetapi mengakui Azmin sering "disalah faham" ramai orang.
"Orang yang tidak mengenal dia selalu melabel beliau sebagai tamak, rasuah dan gila kuasa tetapi itu tidak benar.
"Beliau menunjukkan kebolehan kepimpinan yang besar, berkarisma sebagai pemimpin dan mempunyai kualiti untuk menggerakkan kami," kata Lee, yang pernah bekerja rapat dengan Azmin selaku ketua PKR negeri ini.
Beliau berkata, Langkah Kajang juga berjaya menggantikan Khalid, walaupun ia mengambil masa 8 bulan dalam huru-hara yang mendedahkan keretakan dalam Pakatan Rakyat (PR) dan mungkin memberi kesan kepada sokongan terhadap pakatan pembangkang daripada pengundi.
PKR mendakwa Langkah Kajang dan keputusan untuk meletakkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu adalah untuk mengukuhkan keupayaan pakatan pembangkang.
Pada masa itu, Lee, 43, berharap Anwar akan menarik Azmin menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran negeri.
"Jadi bagi saya, Azmin berkaitan dengan langkah itu," katanya.
Bagaimanapun, keputusan itu gagal ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya, yang menyebabkan PKR meletakkan isteri Anwar, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kerusi itu.
Dr Wan Azizah memenangi pilihan raya kecil Kajang dan pilihan tunggal PKR dan DAP untuk jawatan MB itu, satu langkah yang ditentang pemimpin sekutu mereka iaitu PAS, yang merasakan beliau tidak layak.
Ini mencetuskan ketegangan dalam parti Islam itu dan juga dengan PKR dan DAP.
Awal minggu ini, Sultan Selangor melantik Azmin yang juga timbalan presiden PKR sebagai MB, mengakhiri kekalutan negeri untuk beberapa bulan.
Lee berkata, beliau lega krisis berakhir dan tumpuan untuk Azmin sekarang adalah pengurusan negeri yang berkesan dan membawa ketiga-tiga pihak untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang menjelang 2018.
"Terdapat lebih banyak kerja yang perlu dilakukan pada masa akan datang tetapi saya percaya ada peluang baik sekarang untuk dasar parti dilaksanakan dengan lebih berkesan dalam pentadbiran," katanya.

(KRISTIAN vs ISLAM?)Pemuda DAP Sarawak isytihar TAMAT kerjasama dengan PAS

Posted: 27 Sep 2014 05:34 AM PDT


KUALA LUMPUR: Kemelut dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak nampak kesudahan apabila Pemuda DAP Sarawak mengisytiharkan berakhirnya kerjasama dengan PAS di negeri itu.

Ia disifatkan ekoran kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS, Mohd Khairil Nizam Khiruddin bahawa PAS tidak menolak kemungkinan keluar dari PR bila tiba masanya.

Ia akibat Mohd Khairil yang tidak menolak idea PAS untuk keluar dari PR baru-baru ini ekoran pengurangan kuota kerusi Exco Kerajaan Negeri Selangor dari empat kepada tiga kerusi sahaja.

Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei berkata, tiada lagi ruang untuk parti itu bekerjasama dengan PAS.

Julai lalu, Ketua DAP Sarawak, Chong Chein Jen mengugut memutuskan semua ikatan dengan PAS di dalam PR jika PAS kekal dengan pendirian melaksanakan hukum Hudud yang dianggap Chong sebagai bertentangan dengan manifesto pilihanraya PR.

Sedih melihat pengikut Pas diperbodohkan, kesiannya umat Islam

King Wei menerusi kenyataan yang mengulas kenyataan Mohd Khairil berkata, tindakan PAS itu menyukarkan parti itu untuk kekal di dalam PR.

"Jika PAS terus bertindak melawan arus polisi dan platform PR dan terus mempertahankan polisi satu agama dan satu etnik, maka PAS tidak sahaja tidak boleh berada di dalam PR malah akan diketepikan masyarakat," katanya ketika dipetik portal BNBBC.my.

Wakil rakyat kawasan Padungan itu berkata, isunya bukan samada PAS keluar pakatan tetapi pengkhianatan PAS terhadap rakan pakatan dalam kemelut politik Selangor.

Tindakan empat exco PAS meneruskan sokongan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim apabila PKR dan DAP mahu menggantikannya kata Wong adalah bukti jelas sikap perbuatan khianat.

"Sentiasa mendampingi UMNO juga," katanya adalah satu lagi pengkhianatan.

Menurut King Wei, keadaan kelam kabut dalam PR kini adalah kerana pengkhianatan berterusan dan keingkaran mematuhi agenda PR oleh satu (PAS) parti komponennya dan keadaan itu tegasnya tidak membolehkan mereka untuk kekal di dalam PR.

"DAP tidak boleh bekerjasama dengan parti yang mengkhianati rakyat, apalagi berjuang bersama sebagai pakatan," katanya.

Nota:

Kenapa agaknya DAP Sarawak yang selama ini sangat menentang kerjasama dengan PAS? 

Jawapan: Negeri manakah di Malaysia yang mempunyai penganut Kristian paling ramai dan mengatasi bilangan penganut Islam?





-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...