CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Dr. Ridhuan Tee: Adakah benar Melayu itu malas? (Melayu Kejar Glamour hingga lupa Asal Usul)

Posted: 28 Sep 2014 06:45 PM PDT


SETIAP manusia (bangsa) yang dicipta dan dilahirkan adalah juara. Tidak timbul soal mereka rajin atau malas. Sikap individu (fikrah) yang menentukan kejayaan seseorang. 

Inilah kehebatan ALLAH SWT menjadikan manusia berbanding haiwan. 

ALLAH tidak akan mengubah nasib seseorang, sehingga dialah yang berusaha mengubahnya. Jika nak sesuatu itu berubah, kita kena berubah terlebih dahulu. Bak kata MuftiMenk, "we want to make the world a better place but we are not prepared to improve ourselves."

Saya tidak pernah percaya stereotaip Melayu itu malas, manakala bangsa lain rajin atau pandai berniaga. Terpulang kepada kita untuk menentukannya.

Ramai juga saya jumpa bangsa lain yang malas. Datuk-nenek saya datang dari China, sehelai sepinggang. Tinggal di kampung Melayu, di Kota Stia, Kampung Gajah, Perak. Tidak berapa lama, kehidupan kami berubah.

Berbekalkan sedikit modal yang dikumpulkan, akhirnya bapa saya berjaya membuka satu-satunya kedai runcit di kampung itu dan menjadi kaya-raya hasil perniagaan tersebut.

Kekayaan menjadi semakin bertambah, apabila orang Melayu suka berhutang. Apabila hutang tidak dibayar, maka gadaiannya adalah hasil bantuan kerajaan yang diberikan kepada Melayu seperti baja, anak benih, peti ikan dan sebagainya yang dibeli dengan harga murah. Tidak kurang juga yang menggadaikan tanah kepada bapa saya. Akhirnya, bapa saya kaya-raya. Manakala, Melayu hanya kaya sementara.


Sama juga seperti rasuah, bangsa lain merasuah Melayu dengan wang sedepok depan mata. Melayu menjadi kelabu mata. Bila dibuktikan rasuah itu, Melayu tertangkap dan masuk penjara, manakala pemberi rasuah bebas kaya-raya dengan rasuah yang diberi tidak seberapa.

Saya bukanlah hendak mengiakan akan kenyataan Melayu itu malas. Tetapi pengalaman membuktikannya. Nak kaya tetapi malas kerja. Melayu mesti tampil untuk berubah. Jika tidak, Melayu tidak akan ke mana-mana. Melayu akan merana di bumi sendiri.

Melayu bukan hanya malas, mudah lupa diri, lupa jati diri. Maka, tidak hairan banyak syarikat Melayu telah berubah nama kepada nama bukan Melayu. Dahulu ada kedai Telekom, kini TM Point. Dulu Bank Bumiputera, kini CIMB dan banyak lagi. 

Bahasa Melayu langsung tidak didaulatkan di GLC ini. Kalau tidak percaya, pergilah masuk ke tempat tersebut. Berapa patah bahasa Melayu yang digunakan.

Seolah-olah bila letak nama Melayu, tidak komersial dan tidak glamor.


Pergilah melawat ke seluruh dunia. Tidak perlu pergi jauh, lihat masyarakat Siam di Thailand, bagaimana bangsa mereka menggunakan nama-nama Siam.

Saya baru pulang dari Wellington, Auckland, Sydney dan Adelaide. Bandar mereka amat bercirikan adat Melayu (Islam). Bila menjelang senja, kebanyakan sudah berada di rumah.

Bandar mereka mati. Pusat membeli dan kedai sudah tutup jam 5, kecuali beberapa kedai makan dan pusat beli-belah. Di manakah budaya balik senja atau Maghrib orang Melayu? Kenapa bandar raya kita hidup 24 jam?

Sikap Melayu mesti berubah. Melayu terlalu mengejar glamor. Kerja-kerja bawahan pencuci, buruh langsung tidak dipandang. Berlagak tidak tentu pasal, memperlekeh orang lain, dengan kata-kata 'pak guard bodoh', itu dan ini.

Bila saya bertanya kenapa merempit? Adakah hobi kamu? Dia jawab, merempit kerana dicabar. Kita menyahut cabaran tidak kena pada caranya. Sepatutnya kita menyahut cabaran untuk bersaing dengan orang lain agar kita lebih berjaya.

Benarkah Melayu malas? Saya kira tidak? ALLAH tidak berlaku adil jika hanya menjadikan sesuatu bangsa rajin, sedangkan yang lain tidak? Proses kejadian manusia semua sama.

Apa yang perlu diubah adalah sikap atau fikrah, atau cara berfikir. Ada kajian dibuat, kalangan pelajar Cina dan Melayu yang mendapat 'straight' A dalam peperiksaan bermula peringkat sekolah hingga pengajian tinggi (kelas 1). Namun, bila bukan Melayu ditemu duga, semuanya hancur, kerana kurang EQ (kemahiran insaniah).

Manakah yang lebih penting antara IQ dan EQ? kedua-duanya penting. Tetapi bukti-bukti menunjukkan bahawa mereka yang EQ tinggi, lebih berjaya. Siapa Mark Zukerberg (pengasas FB) dan Bill Gates (Microsoft)? EQ mereka sangat hebat berbanding IQ.

Jadi, adakah Melayu itu malas, sedangkan EQnya Melayu hebat? Semua terpulang pada kita. Bak kata Pendeta Zaaba, rupa tidak boleh berubah, tetapi perangai boleh!


RIDHUAN TEE ABDULLAH
September 29, 2014

(ATM DIROMPAK) Lagi kes godam ATM, RM303,000 lesap di PJ pula

Posted: 28 Sep 2014 05:18 PM PDT


Dua lelaki dipercayai warga asing disyaki melesapkan RM303,000 daripada dua mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Petaling Jaya kelmarin.
    
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim berkata perkara itu terbongkar selepas seorang pegawai bank berkenaan membuat semakan susulan kejadian serupa yang menimpa cawangan bank berkenaan di selatan tanah air kelmarin.
    
Menurutnya, pada kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, setelah selesai membuat 'balancing' bersama pengurus cawangan bank berkenaan, pegawai bank itu mendapati sejumlah RM33,500 telah dikeluarkan melalui penggunaan kad ATM manakala RM303,000 lagi lesap dipercayai akibat mesin ATM digodam.
    
"Baki yang tinggal dalam mesin ATM itu hanya RM3,500," katanya ketika dihubungi Bernama.
    
Bernama semalam melaporkan sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah ATM sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila digodam semalam dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih.
    
Azmi berkata mengikut pemeriksaan terhadap rakaman kamera litar tertutup, pegawai bank itu mendapati dua suspek itu telah membuka bahagian atas dua mesin ATM dan memasukkan sesuatu ke dalamnya kira-kira 12.30 tengah malam kelmarin.

- Bernama

Menteri Perumahan, Datuk Rahman Dahlan HENTAM DAP, Kamu PALING RASIST di negara ini, Kenapa Risau Pemaju Cina Disiasat?

Posted: 28 Sep 2014 05:39 PM PDT




SHAH ALAM -  Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas DAP yang dikatakan meminta beliau supaya tidak bersifat perkauman dalam mengendalikan isu pembeli rumah Bumiputera.

Isu itu timbul selepas mesej seorang pembeli Bumiputera mengenai dakwaan manipulasi harga oleh pemaju perumahan bukan Bumiputera mula tersebar di internet sejak beberapa hari lalu.

Pembeli Bumiputera didakwa perlu membayar jauh lebih tinggi pada peringkat awal untuk membeli rumah daripada syarikat perumahan bukan Bumiputera, menyebabkan kaum itu sukar untuk memiliki rumah sendiri.

Abdul Rahman kelmarin memberi jaminan kementeriannya akan menyiasat dakwaan itu.

"Mengapa DAP bimbang kementerian saya menyiasat kekhuatiran pembeli rumah Bumiputera? Tidakkah mereka (pembeli Bumiputera) juga ada hak untuk dilindungi?," soalnya melalui laman Twitter beliau, semalam.

Beliau turut mempersoal sama ada 'DAP sudah besar kepala' apabila enggan mengiktiraf bahawa hak pembeli rumah Bumiputera turut perlu dibela.

"(Apabila) saya membantu pemaju perumahan yang kebanyakannya bukan Bumiputera, kenapa pula DAP tidak pernah kata saya rasis?

"Kalau begitu saya juga boleh kata DAP rasis (apabila) perumahan yang diluluskan untuk dibina di Pulau Pinang tidak termampu dibeli oleh orang Bumiputera. Apakah DAP tidak rasis (apabila) projek perumahan kos rendah atau mampu milik di (Pulau Pinang) oleh agensi kerajaan Pusat tidak diberi kelulusan?" katanya yang turut menggelar DAP parti paling rasis dan cauvinis dalam negara ini.

Abdul Rahman turut menegaskan beliau tidak menerima nasihat daripada parti rasis seperti DAP.

Beliau kelmarin berkata menerima banyak pesanan mengenai tuduhan pembeli rumah Bumiputera yang 'dianaktirikan' oleh pemaju perumahan bukan Bumiputera.

"Saya telah arahkan Ketua Setiausaha Kementerian saya untuk menyiasat perkara ini dengan segera," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau.

Menurutnya, kementerian itu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemaju perumahan yang didapati melanggar peraturan sedia ada.

(ANWAR MULA ARAH MB BONEKA) Anwar kata Azmin Akan Dedah Nama Syarikat Dapat Manfaat Perjanjian Air Selangor

Posted: 28 Sep 2014 08:11 AM PDT


BUTTERWORTH: Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali dijangka mendedahkan nama syarikat yang akan mendapat manfaat daripada perjanjian air yang diluluskan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberitahu Azmin untuk membuat pendedahan itu berkata, beliau akan menyenaraikan mereka yang mendapat keuntungan jutaan ringgit daripada perjanjian air tersebut berdasarkan beberapa 'penyelidikan' yang dilakukannya.
sumber: mstar online

PasMa dilancarkan di Terengganu esok ketika PAS melarang penyertaan

Posted: 28 Sep 2014 06:10 AM PDT

Logo PasMa
Logo HAMIM

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan tetap dilancarkan di Terengganu walaupun mendapat tentangan sengit dari PAS negeri itu yang memberikan amaran agar ahlinya jangan menyertai NGO pelobi Pakatan Rakyat itu.
"Rasanya sebagai NGO berdaftar kami tidak salah. Yang salahnya pemimpin PAS di Terengganu yang menyerang rakan dalam Pakatan sehingga melemahkannya.
"Padahal PAS membuat keputusan memperkukuhkan kerjasama dalam Pakatan," kata Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad.
Mulai hari ini PasMa memulakan programnya di negeri pantai timur bermula di Pahang petang ini (Ahad) di Raub.
Taib mendakwa 300,000 pendengar radio Internet mendengar sesi forum itu melalui melalui DPedas.fm.
Esok PasMa akan dilancarkan di Terengganu dengan Besut sebagai tapak pelancarannya.
Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi, timbalannya Mohamad Husin, Penasihat Undang-undang Zulhazmi Sharif dan bekas setiausaha akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Bakar akan menjadi panel dialog perdana anjurannya di Kampung Raja, Besut.
Sebelum ini Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid mengeluarkan kenyataan agar semua ahli PAS di negeri itu jangan menyertai sebarang program anjuran PasMa.
Pada 19 Oktober ini, ahli Majlis Syura PAS yang juga menantu Presiden PAS, Zaharudin Mohamad akan berdialog secara langsung dengan Phahrolrazi di Johor Baru.
"Kita mengesahkan kedatangan beliau," kata Taib kepada The Malaysian Insider.
Zaharudin antara tokoh yang penting dalam PAS yang menjadi tunggak kumpulan ulama.
PasMa ditubuhkan secara rasmi di Kota Baru pada 31 Ogos lepas apabila kira-kira 100 perwakilan dari seluruh negara menyertai perhimpunan buat pertama kali itu.
Ia ditubuhkan sebagai sebuah NGO untuk melobi agar PAS memperkukuhkan kedudukannya bersama Pakatan Rakyat. – 28 September, 2014.

(ROMPAKAN ALAF BARU) Godam guna kad sim rompak ATM setengah juta di Johor dan Selangor

Posted: 28 Sep 2014 05:55 AM PDT


KUALA LUMPUR: Sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila mesin ATM itu digodam semalam yang dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih.

Kejadian penggodaman mesin ATM itu merupakan jenayah pertama berlaku di negara ini selepas jenayah mencuri wang melalui pengklonan kad ATM berlaku sejak 1997 sehingga 2002.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahya Ramli ketika dihubungi Bernama berkata kejadian itu dipercayai dilakukan sindiket antarabangsa dari Amerika Latin yang melakukan pengeluaran beratus kali di kedua-dua mesin milik bank terbabit dalam tempoh sehari.

Beliau berkata kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997.

"Ini modus operandi pertama dilakukan seumpama ini. Suspek godam sistem tanpa perlu pecah mesin ATM untuk larikan wang," katanya.

Dalam kejadian pertama pada 9.48 pagi, seorang pengurus bank terbabit di cawangan Batu Pahat, Johor, mendapati mesin ATM bank itu tidak berfungsi dan mendapati wang di dalam mesin itu hilang.

Menurut polis Johor, berdasarkan sistem maklumat pengeluaran wang tunai RM50 sepatutnya berjumlah 5,103 keping tetapi baki sebenar di dalam mesin itu adalah sebanyak 27 keping.

"Mengesyaki sesuatu yang pelik pihak pengurus telah menghubungi polis dan hasil siasatan mendapati tiada kesan mesin tersebut diumpil," menurut sumber polis itu.

Katanya rakaman kamera litar tertutup di ATM itu mendapati terdapat tiga suspek berbangsa Amerika Latin, berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun, membuat pengeluaran berkenaan. Jumlah wang dikeluarkan mereka ialah RM265,000.

Beberapa jam kemudian pada hari yang sama, Yahya berkata modus operandi yang sama dilakukan di bank berkenaan di USJ Subang Jaya oleh dua suspek lelaki berbangsa Amerika Latin dengan membuat pengeluaran 137 kali secara bergilir-gilir pada 5.30 petang semalam.

Katanya pihak pengurusan bank mengesyaki kehilangan wang itu ketika memeriksa wang ATM tersebut dan polis percaya sindiket berkenaan menggunakan kad sim telefon dan sistem teknologi tinggi untuk menggodam mesin ATM itu bagi mengeluarkan wang.

Polis kini sedang berusaha mengesan suspek terbabit menerusi rakaman kamera litar tertutup bank terbabit.

Jenayah pengklonan kad ATM di negara ini berlaku ketika kad ATM dan kad kredit hanya menggunakan sistem pita magnetik di belakang kad.

Jenayah itu berjaya dihapuskan setelah Bank Negara menguatkuasakan penggunaan sistem cip dan pita magnetik pada setiap kad ATM dan kad kredit  kepada setiap bank pada 2003.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...