CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Adakah Najib dan Menteri Liberal UMNO TERLIBAT Dalam GERAKAN MANSUHKAN Akta Hasutan Yang Makin MENGILA Akhir-Akhir ini?

Posted: 03 Sep 2014 03:00 AM PDT


"Semasa pembentangan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 yang lalu, saya telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula secara komprehensif Akta Hasutan 1948 tanpa mengetepikan apa-apa opsyen, yakni sama ada untuk meminda peruntukan-peruntukan yang sedia ada atau memansuhkan Akta yang sudah berusia lebih 64 tahun tersebut sama sekali.

Kerajaan telah membuat keputusan agar Akta Hasutan 1948 dimansuhkan dan digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Keputusan menggantikan Akta Hasutan dibuat kerana kita mahu mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik di antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara sesuai dan selaras dengan peruntukan dan jaminan yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan keperluan untuk menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini. With this new act we would be better equipped to manage our national fault lines. It will also help to strengthen national cohesion by protecting national unity and nurturing religious harmony." begitulah kata-kata Najib sebelum ini.  (Sila klik)

Sebenarnya ramai pemimpin Islam dan Melayu tidak bersetuju dengan Najib termasuk Tun M, Zahid Hamidi,  Shahidan Kasim dan lebih 100 NGO.

Situasi ini sedikit menggusarkan Najib yang amat memerlukan sokongan dalaman UMNO selepas prestasi buruk semasa PRU13 dan selepas mendapat tentang banyak pihak  termasuk Pihak Polis atas tindakan beliau memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ). 

SEJAK AKHIR-AKHIR INI BANYAK PENDAKWAAN DI BAWAH AKTA HASUTAN


Kenapa tiba-tiba sahaja pada tahun 2014 bilangan kes yang didakwa di bawah Akta Hasutan telah meningkatkan dengan mendadak.

Adakah ini merupakan strategi Najib bagi memastikan tekanan daripada pihak Melayu Islam dan UMNO supaya tidak mansuhkan Akta Hasutan, dapat ditangkis dengan cermat.

Situasi pendakwaan mendadak ini diikuti dengan satu gerakan besar-besaran oleh puak Melayu Liberal, Majlis Peguam dan parti pembangkang seolah-olah telah dirancang bersama-sama dengan pihak yang ada kuasa dalam Kerajaan. 

Kempen #MansuhAktaHasutan yang akan dilancarkan Khamis ini merupakan 'promosi' berpanjangan selama satu tahun untuk memberi penerangan mengenai pemansuhan Akta Hasutan 1948.

Pengerusi Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan, Syahredzan Johan yang merupakan balaci kepada Majlis Peguam berkata, ini merupakan kali pertama diadakan bagi menuntut Kerajaan mengotakan janji untuk memansuhkan Akta Hasutan.



Kesangsian semakin bertambah dengan adanya beberapa perkara yang sangat menghairankan  mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mengenai usaha menggubal RUU Harmoni untuk menggantikan Akta Hasutan itu. 

Pertama, Akta Hasutan terletak di bawah portfolio Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang Menterinya ialah Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Sepatutnya, semua perkara yang berkenaan dengan akta itu, sama ada hendak memindanya atau memansuhkannya, hendaklah datangnya daripada kementerian itu. Ini penting bukan sahaja kerana akta itu terletak di bawah kementerian itu, tetapi kerana kementerian itu mempunyai maklumat-maklumat, termasuk maklumat rahsia, mengenai ketenteraman negara yang akan menentukan dasar mengenainya.


Soalan saya: Mengapa dalam hal ini tugas itu diambil alih oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang hanya 12 ahli Melayu (6 daripada nya Melayu Liberal) dari 30 dan menterinya Tan Sri Joseph Kurup yang nampaknya bekerjasama dengan Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri? Adakah satu "rampasan" (highjacking) berlaku di sini?

Mengikut prosedur biasa, penetapan dasar dilakukan oleh kementerian berkenaan sebelum ia diputuskan oleh Kabinet. Dalam hal ini, penentuan dasar, sekurang- kurangnya di peringkat permulaan, diserahkan kepada JUU&D yang ditubuhkan oleh MKPN yang di tubuh pula oleh JPNIN. Pengerusi JUU&D adalah YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya adalah Lim Chee Wee, mantan Presiden Majlis Peguam. Kita semua tahu bahawa Majlis Peguam adalah penyokong kuat parti-parti pembangkang terutama sekali DAP dan PKR. Adakah ini "rampasan" (highjaking) yang kedua?

Mengikut prosedur biasa juga, setelah dasar ditentukan oleh kementerian berkenaan, penggubalan dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara. Dalam hal ini, penggubalan dilakukan oleh Majlis Peguam. Adakah ini "rampasan" (highjaking) yang ketiga?




Dr M: Jangan mansuh Akta Hasutan semata-mata desakan lawan

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata undang-undang termasuk Akta Hasutan 1948 tidak boleh dimansuhkan semata-mata kerana desakan parti lawan.

"Jadi undang-undang tidak boleh digubal kerana parti lawan mendesak. Kalau ikut parti lawan negara kita tidak akan ada undang-undang.

"Pada masa yang sama, mereka tuntut rule of law (kedaulatan undang-undang). Kalau tak ada undang-undang, mana ada rule of law," katanya.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media sebelum itu, Dr Mahathir berkata beliau nampak hasutan semakin banyak sejak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, sehingga wujud pihak yang menghina agama dan Nabi Muhammad SAW.

"Kalau dahulu tidak tidak ada orang cerca agama, nabi dan sebagainya. Sekarang sudah ada. Kalau tiada ada undang-undang, kita hidup tanpa undang-undang bolehlah, tetapi ada masalah.

"Masing-masing akan cerca sesiapa sahaja. Saya nak undang-undang. Saya hidup dalam undang-undang. The rule of law (kedaulatan undang-undang)," katanya.

Diminta menegaskan sama ada beliau bersetuju dengan meminda dan diganti dengan akta baru, beliau berkata tidak mengetahui mengenai peruntukan baru sama ada ia "lebih baik, ketat atau tidak ada kesan langsung".


Petikan ucapan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad pada Majlis Wacana Islam dan Cabaran Semasa sempena Majlis Berbuka Puasa NGO-NGO Islam.

RUU HARMONI HANYA HELAH MANSUHKAN AKTA HASUTAN

Bagaimana dengan RUU Harmoni yang JPNIN sedang buat itu?

Mereka mengaitkan Akta Hasutan dengan RUU Harmoni. RUU Harmoni akan menggantikan Akta Hasutan seperti mana SOSMA menggantikan ISA. Ertinya, mengikut mereka, untuk mencapai perpaduan dan harmoni ("perpaduan") Akta Hasutan perlulah dimansuhkan kerana ia menjadi penghalang perpaduan. 

Dalam kata-kata lain, berikan kebebasan kepada sesiapa sahaja untuk menghasut orang ramai supaya membenci Raja, menghapuskan sistem beraja, mempersoalkan kedudukan Bahasa Melayu sebagi Bahasa Kebangsaan, mempersoalkan hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan kerakyatan, perpaduan akan tercapai. 


Lojik apa ini? Ia samalah dengan lojik seorang yang berkata "Kalau mahu tebuan berada di dalam sarangnya, jolokkan sarangnya." Cubalah!


Maka kita perlu faham bahawa alasan bahawa Akta Hasutan perlu dimansuhkan demi untuk mencapai perpaduan itu tidak berasas langsung. Ia hanyalah helah untuk memansuhkan Akta Hasutan oleh orang-orang yang tidak sukakannya. Apatah lagi yang menggubalnya adalah Majlis Peguam. Itulah yang mereka mahu. Diberi peluang, terus mereka memanfaatkannya. Kita jangan terperangkap dengan helah seperti itu.

Apa untungnya orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak jika larangan- larangan mempersoalkan hak-hak yang diberi kepada mereka oleh Perkara 153 itu dihapuskan? Apakah untungnya orang Melayu jika hasutan mengenai kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dibenarkan? Yang untung hanyalah orang-orang yang tidak suka peruntukan-peruntukan itu. Tanpa Akta Hasutan mereka bebas menghasut orang ramai untuk menghapuskan pemerintahan Raja Berperlembagaan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, hak-hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Itu kita mesti faham.

PERKARA PELIK TENTANG RUU HARMONI, APA NAJIB SEDANG BUAT

Selain dari itu, ada beberapa perkara yang sangat menghairankan saya mengenai usaha menggubal RUU Harmoni untuk menggantikan Akta Hasutan itu. 

Pertama, Akta Hasutan terletak di bawah portfolio Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang Menterinya ialah Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Sepatutnya, semua perkara yang berkenaan dengan akta itu, sama ada hendak memindanya atau memansuhkannya, hendaklah datangnya daripada kementerian itu. Ini penting bukan sahaja kerana akta itu terletak di bawah kementerian itu, tetapi kerana kementerian itu mempunyai maklumat-maklumat, termasuk maklumat rahsia, mengenai ketenteraman negara yang akan menentukan dasar mengenainya.


Soalan saya: Mengapa dalam hal ini tugas itu diambil alih oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang menterinya Tan Sri Joseph Kurup yang nampaknya bekerjasama dengan Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri? Adakah satu "rampasan" (highjacking) berlaku di sini?

Mengikut prosedur biasa, penetapan dasar dilakukan oleh kementerian berkenaan sebelum ia diputuskan oleh Kabinet. Dalam hal ini, penentuan dasar, sekurang- kurangnya di peringkat permulaan, diserahkan kepada JUU&D yang ditubuhkan oleh MKPN yang di tubuh pula oleh JPNIN. Pengerusi JUU&D adalah YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya adalah Lim Chee Wee, mantan Presiden Majlis Peguam. Kita semua tahu bahawa Majlis Peguam adalah penyokong kuat parti-parti pembangkang terutama sekali DAP dan PKR. Adakah ini "rampasan" (highjaking) yang kedua?

Mengikut prosedur biasa juga, setelah dasar ditentukan oleh kementerian berkenaan, penggubalan dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara. Dalam hal ini, penggubalan dilakukan oleh Majlis Peguam. Adakah ini "rampasan" (highjaking) yang ketiga?

Disebabkan oleh kesuntukan masa, untuk tujuan wacana ini, memadailah jika saya memberi dua misalan mengenai isi kandungan RUU Harmoni.

Pertama, rang undang-undang itu menekankan peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 2(i) National Harmony and Reconciliation Bill mengatakan bahawa tujuan rang undang-undang itu adalah:
"2(i) To give effect to the letter and spirit of the Federal Constitution, in particular Article 8."

"Untuk memberi kesan kepada apa yang tertulis dan semangat Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara 8." – (Terjemahan saya.) Apa kata Perkara 8? Perkara 8(1) memperuntukkan:

"8. (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang- undang."

Itulah yang mereka mahu mahkamah memberi keutamaan dalam mentafsir atau memakai (interpretation or application) undang-undang itu jika ada kes.

Sepanjang ingatan saya, saya belum penah temui satu akta yang memperuntukkan bahawa sesuatu perkara dalam Perlembagaan itu kena diberi perhatian yang lebih daripada yang lain-lain. Dari situ kita dapat lihat tujuan mereka yang tersirat.

Kedua, nampaknya matlamat utama penggubal RUU Harmoni adalah untuk memansuhkan Akta Hasutan.Seksyen 8(1), Draft Racial and Religious Hate Crimes Bill memperuntukkan:

"8(1) The Sedition Act 1948 [Act No. 15] is repealed."

Siapakah yang membuat tuntutan supaya Akta Hasutan dimansuhkan? Tidakkah apa yang hendak dilakukan itu untuk memenuhi kehendak mereka?

Patutkah Akta Hasutan dimansuhkan? Jawapan saya: tidak. Patutkah ia dipinda? Jawapan saya: Ya. Apakah pindaan yang perlu dibuat? Jawapan saya: Masukkan Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Malaysia (agama Islam) ke dalam seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan. Sekarang menghasut terhadap kedudukan agama Islam bukanlah satu kesalahan di bawah Akta Hasutan. Mungkin kerana itu, mereka sangat berani. Semua orang Islam, sama ada dalam UMNO, PAS, PKR, NGO dan individu hendaklah bersatu dalam hal ini.

Kedua, pada pandangan saya, adalah lebih baik bagi kerajaan kiranya kesalahan menghasut terhadap kerajaan dimansuhkan. Maksud saya hanya mengenai kerajaan tetapi terhadap Raja mestilah dikekalkan. Ini lebih demokratik, lebih telus dan lebih terbuka. Hari ini pun, walaupun larangan itu ada, setakat yang saya tahu, kerajaan tidak pernah mengambil tindakan terhadap orang yang mengkritiknya kerana itu sebahagian daripada proses demokrasi. Untuk apa dikekalkan peruntukan itu?

Pada pandangan saya, itulah pendirian yang semua orang Islam, parti politik Islam dan NGO Islam, patut ambil.

MELAYU BUKAN MAHUKAN HAK ORANG LAIN

Kita bukan mahukan hak orang lain. Kita bukan menuntut supaya Perlembagaan dirombak kerana kita mahu lebih. Kita cuma mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Kita cuma mahu apa yang telah dipersetujui dikekalkan untuk mengekalkan perpaduan dan harmoni. Rasiskah kita?

Pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam, tidak kira dalam parti mana hendaklah bersatu dalam mempertahankan kepentingan bangsa, agama dan negara, dengan mempertahankan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Malaysia yang sedia ada. Caranya ialah dengan menguatkan Kerajaan Persekutuan. PAS patutlah bekerjasama dengan UMNO dan BN di peringkat pusat. Di peringkat negeri ia boleh kekal seperti sekarang. Saya membuat seruan ini kerana saya percaya bahawa, dalam keadaan sekarang, mengikut hemat saya, itu sahaja cara yang boleh kita mempertahankan Perlembagaan dan kepentingan bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia.

Anak-anak Negeri Sabah dan Sarawak patut ingat bahawa apa yang menjamin nasib mereka ialah Perlembagaan Persekutuan dan mereka juga sepatutnya bersama mempertahankannya.

Sebenarnya semua pemimpin negara, tidak kira apa parti politiknya, apa bangsa dan agamanya, sama-sama mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia untuk kepentingan bersama.

Kesimpulannya:

1. Janganlah mansuh Akta Hasutan 1948.


2. Segala urusan mengenai Akta Hasutan hendaklah dilakukan oleh kementerian yang bertanggungjawab mengenainya ia itu KDN.


3. JPNIN tidak sepatutnya mengambil alih perkara yang terletak dalam bidang kuasa KDN dan Peguam Negara.


4. Prosedur biasa di mana Kementerian berkenaan menentukan dasar dan pengpenggubalan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara manakala keputusan muktamad dibuat oleh Kabinet hendaklah diikuti.


5. Akta Hasutan hendaklah dipinda untuk memasukkan Perkara 3 dan 11 (agama Islam) ke dalam seksyen 3(1)(f).


6. Eloklah kerajaan memikirkan untuk meminda Akta Hasutan untuk mengeluarkan kesalahan menghasut terhadap kerajaan supaya kerajaan nampak lebih telus, terbuka dan demokratik.


7. Ketepikan draf RUU yang dibuat oleh Majlis Peguam itu.


8. Jika JPNIN berfikir bahawa perpaduan boleh dicapai melalui undang-undang, sila sediakan drafnya. Ikutlah peraturan biasa.


9. Semua orang Melayu, Islam dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan semua parti politik, NGO dan pertubuhan Melayu, Islam dan anak negeri Sabah dan Sarawak, hendaklah bersatu dalam hal ini.


10. Kita bukan hendak meminggir mana-mana kaum. Kita hanya hendak mempertahankan Perlembagaan supaya perpaduan akan berkekalan. Malah, kaum-kaum lain juga sepatutnya bersama-sama mempertahankan Perlembagaan kerana hanya dengan cara itu perpaduan dan harmoni dapat dikekalkan.


Sekian. terima kasih.


Tun Abdul Hamid Mohamad 

tunabdulhamid@gmail.com

Rakyat Selangor mahu DUN BUBAR Setelah PR BIADAP DERHAKA Titah Tuanku

Posted: 03 Sep 2014 01:06 AM PDT


PERKASA mengadakan tinjauan pendapat pengundi di Selangor dan mendakwa majoriti rakyat di negeri itu mahu DUN negeri itu dibubarkan.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata ia membolehkan pilihan raya negeri diadakan selepas parti dalam Pakatan didakwanya engkar titah Sultan Selangor supaya menghantar dua nama atau lebih calon menteri besar untuk pertimbangan baginda.

Dalam kenyataannya, Ibrahim berkata beliau sendiri turut membuat tinjauan rambang sekumpulan 20 pengundi yang mendapati 17 daripadanya menyatakan Sultan Selangor patut membubarkan DUN sementara bakinya berkecuali.

"Bukan setakat satu kumpulan 20 orang, saya bertanya tetapi lima kumpulan. Malah ahli-ahli PERKASA Selangor turut mengumpul pendapat dan majoriti rakyat Selangor mahu DUN dibubar.

"Politik Selangor sudah berkecamuk akibat permainan individu dan parti politik tertentu. PERKASA sokong jika MB Selangor menasihati DUN Selangor dibubarkan dan pilihan raya ngeri diadakan," katanya.

Ibrahim berkata krisis jawatan itu dijangka berlarutan selepas PKR dan DAP memutuskan hanya mahu menghantar nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB, manakala PAS pula akan menghantar dua nama tetapi bukan dari kalangan wakil rakyat mereka.

Ibrahim berkata PAS sepatutnya mengemukakan dua calon atau lebih dari kalangan 15 ADUN merekadan bukan mencalonkan nama daripada parti lain.

"Saya tidak buta huruf atau tidak boleh membaca. (Tentang) maksud dua nama atau lebih dari parti masing-masing.

"PAS tidak hormati dan menyakini ahli-ahli YB-nya sendiri dan mengingkari titah Tuanku. Jelas mereka ini tidak mahu Tuanku mempunyai pilihan memilih yang terbaik selain menekan Tuanku untuk pilih kehendak mereka," katanya.


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan memberi maklum balas berkenaan cadangan nama Menteri Besar Selangor yang baharu dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau telah dimaklumkan melalui pihak Istana bahawa ketiga-tiga parti PKR, PAS dan DAP telah menghantar nama-nama calon kepada DYMM Sultan Selangor.

Tambah Khalid, pentadbiran kerajaan negeri akan berjalan seperti biasa di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan sedia ada.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, pada Rabu.

SAMM Sangkal Pengerusi MyWarch Sanjeevan PERSOAL Askar Timbalan Setia Johor ( JMF) sepatutnya Dilayan Sama PPS Ciptaan Guan Eng

Posted: 02 Sep 2014 11:53 PM PDT


NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak kenyataan yang membandingkan layanan pada Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) dengan pasukan Askar Timbalan Setia Johor (JMF).

Penyelaras bersama SAMM, Ahmad Anwar Asyraf merujuk kepada kenyataan pengerusi NGO pemantau jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan yang turut menuntut agar kewujudan pasukan keselaman Johor itu turut dipersoalkan.

Menurut Ahmad Anwar, tindakan membandingkan JMF dan PPS itu adalah dangkal dan tidak tepat kerana penubuhan pasukan keselamatan tersebut dilindungi oleh undang-undang negeri.

Penubuhannya juga merupakan hak dan keistimewaan istana dan negeri Johor, kata Ahmad Anwar lagi dalam kenyataannya.

"Untuk membandingkan JMF dan PPS adalah tidak tepat. Tidak sewajarnya JMF yang mempunyai kesahan undang-undang dan sejarah ini dimanipulasi dalam sengketa politik domestik.

"Sehubungan itu, SAMM Johor memperingatkan semua pemain politik tempatan, dalam kita berpolitik, kita juga harus mempunyai etika dan moral.

"Fakta yang dibentangkan perlu mempunyai asas," katanya lagi.

Jelasnya, pasukan Askar Timbalan Setia ditubuhkan sejak 1886 sebagai memenuhi syarat Perjanjian Setia 1885 antara Kerajaan Johor dan Kerajaan Great Britain.

"JMF ini juga terlindung di bawah Enakmen No 13 Negeri Johor – Johore Military Forces Enactment 1915," katanya.

Tambahnya, usaha untuk membubarkan pasukan tersebut melalui Rang Undang-Undang Johore Military Forces (Disbandment and Repeal) 1994 tidak diluluskan.

"Tun Salleh Abbas, Ketua Hakim Negara ketika itu telah menasihatkan pihak Istana Bukit Serene bahawa JMF ini telah diwujudkan lebih dahulu daripada Rejimen Askar Melayu DiRaja dan penubuhan serta pengekalan JMF ini adalah sebahagian hak dan keistimewaan Istana dan Negeri Johor.

"Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai legitimasi dan hak untuk membatalkan keistimewaan hak tersebut tanpa persetujuan Sultan Johor.

"Pandangan Tun Salleh telah disokong oleh Neil Lawson yang menjadi Penasihat Perundangan semasa perbincangan menuntut kemerdekaan," katanya lagi.

Sanjeevan dilaporkan membangkitkan perkara itu seperti dilaporkan portal The Rakyat Post semalam

Pau Ahmad : Bukan Kepunyaan Orang Islam, Jangan Keliru

Posted: 02 Sep 2014 10:26 PM PDT


Pendedahan ESKLUSIF!

Hari tu ada dokumentari kat NTV7 dlm bhs cina.. ttg bagaimana usahawan cina nak berjaya kat M'sia ni...
Rancangan tu interview taukeh PAU AHMAD.. mmg terkejut la tgk dari boss sampai pekerja yg buat pau tu semua bangsa cina..

Mainpoint yg rancangan tu nak highlight dari taukeh PAU AHMAD ni.. dia kata nak berjaya kat M'sia ni simple ja.. kena produce produk yg dapat status Halal.

Kalau tak rugila, coz penduduk sini ramai Islam & sentiasa cari produk Halal..

Satu lagi kenapa guna nama Ahmad.. dia kata senang nak ingat & nama tu nama Islam...

Ntah la.. rasa nak marah pun ada... rasa tertipu pun ada... tapi kebanyakan produk yg dpt status halal kat M'sia ni mmg pengasasnya Cina.
So.. kita kena lahirkan ramai lagi usahawan Islam.. Bumiputera yg boleh hasilkan produk berkualiti...

Cerita dari Saudara Mohd Hisham.... :

Salam Dato' dan semua sahabat,

Ini berkenaan semalam, saya bersama Dato' minum pagi di sebuah gerai, semasa hendak membayar minuman tersebut saya terlihat ada dua gerai yang menjual pau, jika tidak silap satu pau tersebut di tulis Pau Al-Ain dan satu lagi Pau Ahmad.

Secara spontan saya teringat, sewaktu pejabat saya di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih. Semasa itu saya dengan seorang lagi rakan perniagaan Ustaz Ridzuan cuba mencari rakan-rakan bagi membangunkan pasar malam IKS di sekitar bandar kajang, bangi dan semenyih.

Semasa sedang mencari-cari rakan-rakan untuk membekalkan produk-produk halal kepada usahawan pasar malam tersebut terlihat dek kami kilang membuat pau iaitu PAU AHMAD. Dengan selambalah saya dan Ustaz Ridzuan masuk kekilang untuk berkenalan dengan Ahmad tuan punya kilang.

Bila masuk je yang menyambut kami adalah seorang perempuan Melayu yang bertudung labuh, alhamdulillah dapat lagi seorang usahawan melayu yang agak
famous juga sebab dah beberapa kali bila berhenti di R&R saya makan pau AHMAD nih.

Perempuan Melayu nih bertanya kepada kami nak jumpa siapa? Dan kami maklumkan kepada beliau yang kami nak jumpa Boss, dia agak hairan maklumlah Ustaz Ridzuan nih pakai serban dan saya pula bertali leher.

Perempuan Melayu nih jawab, Boss tak ada di pejabat dia dah keluar dan kami minta kebenaran masuk ke kilang nak tengok, tetiba keluar seorang perempuan cina yang kemudiannya kami tahu rupanya dia adalah pengurus kilang.

Kami jadi was-was kenapa pula kilang macam nih ada pengurus cina dan kami di bawa masuk ke pejabat yang mana pandangan saya dan ustaz Ridzuan terpandang kepada Tok Kong yang ada dalam pejabat tersebut dan semua pekerjanya (ofis) adalah cina.

Kami kembali bertanya kepada pengurus cina tersebut, En. Ahmad pergi kemana? Dengan selamba dia maklumkan kepada kami bahawa En. Ahmad bawa Boss keluar.

Kami lagi bertambah konfius, wah kalau Ahmad bawa Boss siapa pulak si Boss nih? Kami bertanya lagi
itu Boss sapa nama? Alamak.... Boss Ah Chong rupanya... Istifar panjang Ustaz Ridzuan. Rupa-rupanya Pau Ahmad diambil sempena nama Driver dia. Aduh terkena lagi sebiji...

Sumber: Sokong Produk Melayu Islam

(UNIT AMAL) Ketua UMNO Bhg Bandar Tun Razak BIDAS Zahid Hamidi tentang Isu UNIT AMAL

Posted: 02 Sep 2014 08:25 PM PDT


ANTARA PASUKAN PERONDA SUKARELA (PPS) DAN UNIT AMAL PAS

Saya terpanggil untuk menulis apabila membaca kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang memantau dan mungkin akan mengambil tindakan yang sama terhadap Unit Amal PAS sekiranya mereka didapati melanggar peraturan. Suka saya tegaskan di sini agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempusatkan dahulu perkara pokok iaitu isu PPS dan banyak lagi Pertubuhan tidak berdaftar dalam usaha menegakkan undang-undang tanpa mengira batasan.

Melibatkan dan mengaitkan Unit Amal PAS dalam isu ini, saya berpendapat ianya satu kenyataan yang bersifat populis di mata ahli UMNO dan dalam masa yang  sama dilihat beremosi politik.

Saya memang tidak pernah menyokong Unit Amal PAS kerana berlainan fahaman politik tetapi mengaitkan mereka dalam isu PPS ini amatlah tidak wajar. Mengambil tindakan terhadap anggota Unit Amal PAS sekiranya mereka melakukan kesalahan secara individu sangat digalakkan tetapi bukan menghukum Unit Amal PAS secara keseluruhan.

Jabatan Unit Amal PAS pada anggapan saya samalah seperti Bridged Kesatria Muda atau Putra UMNO yang diwujudkan atas peranan tersendiri bagi membawa imej Parti untuk mendekati rakyat.

Kepada KDN dan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), tindakan yang dibuat sekarang sudah memadai dan bertepatan cuma jangan terlalu ghairah melampau disebabkan tindakan ini mendapat sokongan politik pihak tertentu. Yang penting bagi saya ialah KDN dan PDRM perlu bertindak secara professional dan berdedikasi tinggi agar tiada isu lain bakal timbul di kemudian hari.

Penulis : Datuk Rizalman Bin Dato' Mokhtar - Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak

Sumber : The Kuala Lumpur Chronicle

(FITNAH POLIS) PERKASA, NGO buat 10 laporan polis terhadap Malaysiakini

Posted: 02 Sep 2014 07:04 PM PDT


Sepuluh laporan polis telah dibuat terhadap portal berita Malaysiakini dan penolong editornya yang berpejabat di Pulau Pinang, Susan Loone, berhubung sebuah laporan berita yang didakwa memfitnah polis. 
 
Laporan itu dibuat oleh PERKASA dan 13 NGO lain di Balai Polis Jalan Pantai di Pulau Pinang pada kira-kira jam 6 petang semalam. 
 
NGO itu menggesa pihak polis menyiasat artikel bertajuk Disoalsiasat Selama 4 jam, dakwa dilayan seperti 'penjenayah' yang diterbitkan pada hari Isnin di laman Malaysiakini Bahasa Malaysia. 
 
Laporan berita tersebut adalah terjemahan artikel Susan Loone yang bertajuk 'Exco man grilled for four hours, treated like a criminal' yang juga diterbitkan pada hari yang sama. 
 

Laporan berita itu adalah berdasarkan temu bual telefon pada kira-kira jam 1.30 pagi hari Isnin di mana ahli Exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh(kanan) mendakwa beliau dilayan seperti seorang 'penjenayah' ketika polis menyoalsiasatnya selama empat jam, mengambil gambarnya dan cap jarinya. 
 
Beliau kemudiannya ditahan semalaman di lokap sebelum dibebaskan dengan ikat jamin polis pada hari berikutnya. 
 
Dalam laporannya, Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin menggesa Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi supaya mengambil tindakan terhadap Susan Loone kerana didakwanya memfitnah pasukan itu dengan niat untuk mencemar imej dan kredibiliti polis. 
 
Abdul Rahim, ketika ditanya mengenai komen Phee pada hari Isnin, menolak dakwaan itu sebagai sebagai "pendapat peribadi" ahli exco tersebut dan berkata pihak polis telah mematuhi prosedur operasi standard. 

(KALAH HUJAH UGUT PENUMBUK) Akhlak Buruk Ustaz Jahat Pas Pertahankan Unit Amal

Posted: 02 Sep 2014 06:26 PM PDT


(MELAYU LIBERAL CELAKA) Peguam Muda BALACI Majlis Peguam Akan LANCAR KEMPEN Mansuhkan Akta Hasutan

Posted: 02 Sep 2014 05:20 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kempen #MansuhAktaHasutan yang akan dilancarkan Khamis ini merupakan 'promosi' berpanjangan selama satu tahun untuk memberi penerangan mengenai pemansuhan Akta Hasutan 1948.

Pengerusi Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan, Syahredzan Johan yang merupakan balaci kepada Majlis Peguam berkata, ini merupakan kali pertama diadakan bagi menuntut Kerajaan mengotakan janji untuk memansuhkan Akta Hasutan.


Sebelum ini mereka telah berjaya mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ), sekarang mereka mendesak PM Najib, Bapa Pemansuhan Akta yang juga telah berjanji dengan pembangkang sebelum ini untuk mansuhkan Akta Hasutan setelah mendengar nasihat Pemimpin UMNO Liberal, Datuk Saifuddin Abdullah. 

Kempen ini sebenarnya satu kempen yang akan dianjurkan Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan di bawah Majlis Peguam bagi menentang Akta Hasutan yang mengekang puak pembangkang daripada menghasut rakyat bagi memporak-perandakan negara ini. Pada masa ini mereka dihalang oleh akta ini untuk mempertikaikan keistimewaan Melayu dan Bumiputera dan sistem beraja dan lain-lain. 

"Ini pertama kali kempen kebangsaan nasional yang akan dilancarkan. Ia usaha kami bagi menuntut kerajaan supaya mengotakan janji untuk memansuhkan Akta Hasutan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Pelancaran kempen #MansuhAktaHasutan akan diadakan pada Khamis ini di Bangunan Majlis Peguam di sini.



Jelasnya, pada Julai 2012, Perdana Menteri, BAPA PEMANSUHAN AKTA, Datuk Seri Najib Abdul Razak menyatakan Kerajaan akan memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Hasutan. 

Untuk makluman kabinet Najib, Bapa Pemansuhan Akta juga terdapat ramai menteri liberal termasuk Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin selain menteri bukan Islam dan Menteri pejuang Kristian. 

Bagaimanapun, mereka menyifatkan janji Najib, Bapa Pemansuhan Akta tidak tertunai selain tiada usaha serius untuk memansuhkan undang-undang berkenaan yang sebenarnya Najib, Bapa Pemansuhan Akta sedang ditekan oleh pihak yang tidak bersetuju Akta Hasutan dimansuhkan. 

Ujar peguam muda balaci Majlis Peguam, seramai 50 tenaga penggerak utama akan menjadi tonggak kempen berkenaan.

"Kita ada lebih daripada 50 ahli jawatankuasa dan tenaga penggerak kempen ini.

"Bukan semuanya peguam, ada yang belum jadi peguam, penuntut, aktivis dan ada rakyat biasa selain aktivis mahu melibatkan diri dalam kempen ini," jelasnya.

Dalam pada itu katanya, antara penceramah pada hari pelancaan kempen itu ialah, Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, Bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan dan Pemimpin UMNO Liberal & Ketua Pegawai Eksekutif, Pergerakan Kesederhanaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah.


Petikan ucapan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad pada Majlis Wacana Islam dan Cabaran Semasa sempena Majlis Berbuka Puasa NGO-NGO Islam.

KENAPA MEREKA BERANI?

Kumpulan itu menjadi lebih berani kerana:

1. Mereka telah melihat orang Melayu berpecah-belah. Kumpulan majoriti telah menjadi minoriti.

2. Mereka telah berjaya mempengaruhi pemimpin-pemimpin parti-parti orang Melayu untuk bekerjasama dengan mereka.

3. Mereka telah berjaya memanfaatkan pengundi Melayu yang menentang BN yang tidak sedar bahawa mereka diperalatkan.

4. Ketiadaan tindakan terhadap mereka dilihat sebagai kelemahan Kerajaan.

5. Pemansuhan Perisytiharan Darurat dan undang-undang yang dibuat di bawahnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan pengumuman bahawa Akta Hasutan 1948 juga akan dimansuhkan dilihat sebagai satu kemenangan mereka. Mereka telah sekian lama menuntut perkara itu dilakukan dan mereka berjaya sekarang.

6. Persepsi rasuah di kalangan pemimpin politik Kerajaan yang tinggi memudahkan orang ramai percayai hasutan mereka.

KERAJAAN NAJIB TERLALU BERLEMBUT

Pada masa yang sama, Kerajaan semakin mengambil sikap lebih lembut dan "liberal", mungkin dalam usaha untuk memenangi semula sokongan pengundi-pengundi bukan Melayu yang telah lari kepada pembangkang. Jika itulah tujuannya, nyata sekali bahawa harapan itu adalah satu kesilapan. Bukan sahaja mereka tidak kembali dan tidak berterima kasih, tetapi mereka melihatnya sebagai satu kelemahan di pihak Kerajaan dan kejayaan bagi mereka.

Saya boleh faham mengapa Perisytiharan Darurat dan undang-undang yang dibuat di bawahnya dimansuhkan.

Dalam tahun 1970an, seorang Hakim dari Afrika yang datang ke Malaysia untuk menghadiri satu persidangan undang-undang bertanya kepada saya: "Malaysia berada dalam keadaan darurat bukan? Saya tidak lihat sekatan jalan raya oleh tentera mahupun kereta kebal di jalan raya." Saya jawab, "Ya, itu darurat di Malaysia. Bayangkan jika tidak." Untuk mengatakan selepas tahun 2000 kita masih berada di bawah keadaan darurat adalah tidak munasabah. Demikian juga melaksanakan undang-undang yang dibuat khas untuk menangani keadaan semasa darurat juga sukar untuk dibela walau pun dari segi undang-undang ia adalah sah.



TIDAK FAHAM KENAPA ISA DIMANSUHKAN

Tetapi, saya dapati sukar sedikit untuk memahami mengapa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) juga turut dimansuhkan. Perlu diambil perhatian bahawa ISA bukanlah satu undang-undang yang dibuat di bawah peruntukan Perkara 150, ia itu semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa. ISA dibuat di bawah Perkara 149 yang membolehkan undang-undang seperti ISA dibuat untuk menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.

Memanglah undang-undang yang membolehkan penangkapan dan tahanan tanpa perbicaraan bukanlah undang-undang yang baik. Tetapi, sudahkah kita lupa Mei 13? Adakah keadaan yang menggugat ketenteraman negara, tidak kira oleh siapa, komunis, militan Islam, kumpulan pelampau dan lain-lain sudah tidak ada lagi? Mana lebih baik ISA atau Guantanamo (Untuk perbincangan mengenai ISA dan Guantanamo, sila baca ucapan dan kertas kerja saya bertajuk "Conflict of Interests Between Different Basic Rights" dan "Legal and Judicial Transformation in Malaysia" yang boleh didapati dalam lman web saya.)

Saya faham bahawa Kerajaan mahu melihat Malaysia berada di kedudukan yang baik di mata dunia. Tetapi, Singapura yang mengekalkan ISA, berada di kedudukan yang lebih baik, hampir dalam semua hal. ISA bukanlah sebab utama yang menentukan kedudukan itu.



SOSMA HILANG TARING

Sekarang ISA telah "digantikan" dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Secara ringkas, perbezaan utama di antara keduanya ialah ISA membolehkan tahanan tanpa perbicaraan. (Tetapi tangkapan dan penahanan itu boleh dicabar di mahkamah melalui semakan kehakiman (judicial review)). Sebaliknya, di bawah SOSMA seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah akta itu mestilah dituduh di mahkamah atas tuduhan tertentu dan dibicarakan sama seperi kes jenayah lain.

Setakat ini sebanyak 38 orang telah dihadapkan ke mahkmah di bawah SOSMA, dengan 30 daripadanya di Lahat Datu. Perbicaraan sedang berjalan. Pendakwaan dilakukan oleh Peguam Negara sendiri. Kebanayakan pertuduhan adalah di bawah Chapter VIA Kanun Keseksaan yakni kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan keganasan (offences relating to terrorism).



SOSMA HANYA CANTIK ATAS KERTAS

Ertinya "terrorism" yang memungkinkan kewujudan ISA masih ada. Apa yang dilakukan sekarang memang cantik di atas kertas. Tetapi soalnya, mampukan SOSMA menangani masalah terrorism? Dari segi kesalahan-kesalahan yang diwujudkan ia nampaknya lengkap. Soalnya, dapatkah pertuduhan-pertuduhan itu dibuktikan? Sama-samalah kita melihat perkembangannya.

Bagi saya ukurannya bukan sangat ISA ada atau tidak tetapi bagaimana ia dilaksanakan. Undang-undang apa pun boleh disalahgunakan. ISA pun jika dilaksanakan dengan berhemah dan menepati peraturan-peraturannya, boleh membawa hasil yang lebih baik dari SOSMA jika SOSMA disalahgunakan.

Sebaliknya, jika SOSMA dilaksanakan dengan berhemah dan ia memberi kesan yang serupa, tentulah SOSMA lebih baik.

NAJIB HENDAK MANSUH AKTA HASUTAN PULA

Selain daripada itu Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah juga mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 juga akan dimansuhkan.

Akta ini dibuat oleh British apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan untuk mengekang penentangan kepada pemerintahan British. Secara ringkas, ia mengandungi kesalahan-kesalahan kerana menghasut untuk membangkitkan kebencian dan tidak taat setia kepada Raja atau Kerajaan, menghasut rakyat untuk mendapat perubahan dengan cara yang tak sah, menghasut orang supaya benci kepada pentadbiran keadilan, menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Malaysia, mengembangkan perasaan permusuhan antara kaum. Seksyen 3(1)(f) memperuntukkan:

"…….mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181
Perlembagaan Persekutuan."

Bahagian III adalah mengenai kewarganegaraan. Perkara 152 ialah mengenai Bahasa Kebangsaan. Perkara 153 adalah mengenai "perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu atau anak negeri Sabah dan Sarawak.

Peruntukan ini dimasukkan akibat peristiwa 13 Mei. Ringkasnya, ia menghalang sesiapa sahaja daripada mempersoalkan perkara-perkara yang disebutkan itu untuk mengelak daripada berulangnya peristiwa 13 Mei.

Bagi saya, perwujudan seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan itu adalah kemuncak kejayaan politik orang Melayu dan Tun Abdul Razak Bin Hussain. 

Maka kepada anaknya saya berseru: Janganlah mansuhkan apa yang ayah anda telah lakukan. Saya khuatir kiranya beliau tidak akan memaafkan anda kerananya.



RUU HARMONI HANYA HELAH MANSUHKAN AKTA HASUTAN

Bagaimana dengan RUU Harmoni yang JPNIN sedang buat itu?

Mereka mengaitkan Akta Hasutan dengan RUU Harmoni. RUU Harmoni akan menggantikan Akta Hasutan seperti mana SOSMA menggantikan ISA. Ertinya, mengikut mereka, untuk mencapai perpaduan dan harmoni ("perpaduan") Akta Hasutan perlulah dimansuhkan kerana ia menjadi penghalang perpaduan. 

Dalam kata-kata lain, berikan kebebasan kepada sesiapa sahaja untuk menghasut orang ramai supaya membenci Raja, menghapuskan sistem beraja, mempersoalkan kedudukan Bahasa Melayu sebagi Bahasa Kebangsaan, mempersoalkan hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan kerakyatan, perpaduan akan tercapai. 

Lojik apa ini? Ia samalah dengan lojik seorang yang berkata "Kalau mahu tebuan berada di dalam sarangnya, jolokkan sarangnya." Cubalah!

Maka kita perlu faham bahawa alasan bahawa Akta Hasutan perlu dimansuhkan demi untuk mencapai perpaduan itu tidak berasas langsung. Ia hanyalah helah untuk memansuhkan Akta Hasutan oleh orang-orang yang tidak sukakannya. Apatah lagi yang menggubalnya adalah Majlis Peguam. Itulah yang mereka mahu. Diberi peluang, terus mereka memanfaatkannya. Kita jangan terperangkap dengan helah seperti itu.

Apa untungnya orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak jika larangan- larangan mempersoalkan hak-hak yang diberi kepada mereka oleh Perkara 153 itu dihapuskan? Apakah untungnya orang Melayu jika hasutan mengenai kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dibenarkan? Yang untung hanyalah orang-orang yang tidak suka peruntukan-peruntukan itu. Tanpa Akta Hasutan mereka bebas menghasut orang ramai untuk menghapuskan pemerintahan Raja Berperlembagaan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, hak-hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Itu kita mesti faham.

(GTR DESAK NUCC DIBUBARKAN) Penubuhan Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional (NUCC) ANTARA DOSA BESAR PM Najib, BAPA Pemansuhan Akta

Posted: 02 Sep 2014 08:44 AM PDT


Penubuhan Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional (NUCC) adalah satu kesilapan yang paling besar yang telah dibuat oleh Najib Razak dalam menterjemah "National Reconcillation" yang diucapkan sebaik menyambut kemenangan Barisan Nasional pada PRU13 yang yang lalu. 
NUCC kini bakal menjadi isu besar yang perlu umum mengetahui. 
Penubuhan 30 ahli majlis NUCC hanya 12 daripada mereka adalah melayu dan daripada 12 tersebut 6 daripada mereka dikenali sebagai melayu liberal yang bersetuju agar LGBT diberikan pengiktirafan sebagai kesaksamaan gender yang jauh menyimpang daripada akidah Islam. 
Jauh daripada itu NUCC kini mengistiharkan Majlis mereka sebagai "Penasihat" perpaduan Nasional kepada Kerajaan dengan menyediakan Rang Undang Undang akta keharmonian dimana tindakan mereka telah mendapat persetujuan daripada "Peguam Negara".

Belum ada dalam sejarah setiap undang undang yang bakal diluluskan oleh kabinet dan parlimen digubal oleh sebuah Majlis yang tidak pernah diberikuasa tersebut.
Ini jelas menunjukan bahawa tindakan melampau NUCC bakal mengundang ketidakselesaan kepada majority umat melayu yang sekaligus menghina Islam sebagai agama persekutuan dengan memberikan ruang seluas luasnya agar kerajaan mengiktiraf Lesbian, Gay, Bisexsual dan Transgender sebagai kesaksamaan fikrah manusia yang Allah jadikan hanya lelaki dan perempuan. 

Jika Majlis ini tidak dibubarkan oleh kerajaan Najib Razak maka Negara bakal ditimpa malapetaka besar dan sebagai umat Islam kewajiban kita adalah menentang dan mendesak agar "Reconcillation Najib Razak' ini ditentang sehabis habisnya bagi mengembalikan sebuah negara Islam yang selama ini telah memayungi keharmonian kaum dan penghormati amalan perbezaan Agama dikalangan rakyat Malaysa. 
Jika ini gagal dilakukan maka sudah sampai masanya Najib Razak berundur kerana segala kerosakan ini adalah hasil dari pemikiran beliau yang lebih liberal dari segala liberalisma yang ada hadnya didalam Islam. - Gerakan Tranformasi Rakyat


Petikan ucapan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad pada Majlis Wacana Islam dan Cabaran Semasa sempena Majlis Berbuka Puasa NGO-NGO Islam.



RUU HARMONI HANYA HELAH MANSUHKAN AKTA HASUTAN

Bagaimana dengan RUU Harmoni yang JPNIN sedang buat itu?

Mereka mengaitkan Akta Hasutan dengan RUU Harmoni. RUU Harmoni akan menggantikan Akta Hasutan seperti mana SOSMA menggantikan ISA. Ertinya, mengikut mereka, untuk mencapai perpaduan dan harmoni ("perpaduan") Akta Hasutan perlulah dimansuhkan kerana ia menjadi penghalang perpaduan. 

Dalam kata-kata lain, berikan kebebasan kepada sesiapa sahaja untuk menghasut orang ramai supaya membenci Raja, menghapuskan sistem beraja, mempersoalkan kedudukan Bahasa Melayu sebagi Bahasa Kebangsaan, mempersoalkan hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan kerakyatan, perpaduan akan tercapai. 


Lojik apa ini? Ia samalah dengan lojik seorang yang berkata "Kalau mahu tebuan berada di dalam sarangnya, jolokkan sarangnya." Cubalah!


Maka kita perlu faham bahawa alasan bahawa Akta Hasutan perlu dimansuhkan demi untuk mencapai perpaduan itu tidak berasas langsung. Ia hanyalah helah untuk memansuhkan Akta Hasutan oleh orang-orang yang tidak sukakannya. Apatah lagi yang menggubalnya adalah Majlis Peguam. Itulah yang mereka mahu. Diberi peluang, terus mereka memanfaatkannya. Kita jangan terperangkap dengan helah seperti itu.

Apa untungnya orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak jika larangan- larangan mempersoalkan hak-hak yang diberi kepada mereka oleh Perkara 153 itu dihapuskan? Apakah untungnya orang Melayu jika hasutan mengenai kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dibenarkan? Yang untung hanyalah orang-orang yang tidak suka peruntukan-peruntukan itu. Tanpa Akta Hasutan mereka bebas menghasut orang ramai untuk menghapuskan pemerintahan Raja Berperlembagaan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, hak-hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Itu kita mesti faham.

PERKARA PELIK TENTANG RUU HARMONI, APA NAJIB SEDANG BUAT

Selain dari itu, ada beberapa perkara yang sangat menghairankan saya mengenai usaha menggubal RUU Harmoni untuk menggantikan Akta Hasutan itu. 

Pertama, Akta Hasutan terletak di bawah portfolio Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang Menterinya ialah Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Sepatutnya, semua perkara yang berkenaan dengan akta itu, sama ada hendak memindanya atau memansuhkannya, hendaklah datangnya daripada kementerian itu. Ini penting bukan sahaja kerana akta itu terletak di bawah kementerian itu, tetapi kerana kementerian itu mempunyai maklumat-maklumat, termasuk maklumat rahsia, mengenai ketenteraman negara yang akan menentukan dasar mengenainya.


Soalan saya: Mengapa dalam hal ini tugas itu diambil alih oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang menterinya Tan Sri Joseph Kurup yang nampaknya bekerjasama dengan Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri? Adakah satu "rampasan" (highjacking) berlaku di sini?

Mengikut prosedur biasa, penetapan dasar dilakukan oleh kementerian berkenaan sebelum ia diputuskan oleh Kabinet. Dalam hal ini, penentuan dasar, sekurang- kurangnya di peringkat permulaan, diserahkan kepada JUU&D yang ditubuhkan oleh MKPN yang di tubuh pula oleh JPNIN. Pengerusi JUU&D adalah YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya adalah Lim Chee Wee, mantan Presiden Majlis Peguam. Kita semua tahu bahawa Majlis Peguam adalah penyokong kuat parti-parti pembangkang terutama sekali DAP dan PKR. Adakah ini "rampasan" (highjaking) yang kedua?

Mengikut prosedur biasa juga, setelah dasar ditentukan oleh kementerian berkenaan, penggubalan dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara. Dalam hal ini, penggubalan dilakukan oleh Majlis Peguam. Adakah ini "rampasan" (highjaking) yang ketiga?

Disebabkan oleh kesuntukan masa, untuk tujuan wacana ini, memadailah jika saya memberi dua misalan mengenai isi kandungan RUU Harmoni.

Pertama, rang undang-undang itu menekankan peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 2(i) National Harmony and Reconciliation Bill mengatakan bahawa tujuan rang undang-undang itu adalah:
"2(i) To give effect to the letter and spirit of the Federal Constitution, in particular Article 8."

"Untuk memberi kesan kepada apa yang tertulis dan semangat Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara 8." – (Terjemahan saya.) Apa kata Perkara 8? Perkara 8(1) memperuntukkan:

"8. (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang- undang."

Itulah yang mereka mahu mahkamah memberi keutamaan dalam mentafsir atau memakai (interpretation or application) undang-undang itu jika ada kes.

Sepanjang ingatan saya, saya belum penah temui satu akta yang memperuntukkan bahawa sesuatu perkara dalam Perlembagaan itu kena diberi perhatian yang lebih daripada yang lain-lain. Dari situ kita dapat lihat tujuan mereka yang tersirat.

Kedua, nampaknya matlamat utama penggubal RUU Harmoni adalah untuk memansuhkan Akta Hasutan.Seksyen 8(1), Draft Racial and Religious Hate Crimes Bill memperuntukkan:

"8(1) The Sedition Act 1948 [Act No. 15] is repealed."

Siapakah yang membuat tuntutan supaya Akta Hasutan dimansuhkan? Tidakkah apa yang hendak dilakukan itu untuk memenuhi kehendak mereka?

Patutkah Akta Hasutan dimansuhkan? Jawapan saya: tidak. Patutkah ia dipinda? Jawapan saya: Ya. Apakah pindaan yang perlu dibuat? Jawapan saya: Masukkan Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Malaysia (agama Islam) ke dalam seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan. Sekarang menghasut terhadap kedudukan agama Islam bukanlah satu kesalahan di bawah Akta Hasutan. Mungkin kerana itu, mereka sangat berani. Semua orang Islam, sama ada dalam UMNO, PAS, PKR, NGO dan individu hendaklah bersatu dalam hal ini.

Kedua, pada pandangan saya, adalah lebih baik bagi kerajaan kiranya kesalahan menghasut terhadap kerajaan dimansuhkan. Maksud saya hanya mengenai kerajaan tetapi terhadap Raja mestilah dikekalkan. Ini lebih demokratik, lebih telus dan lebih terbuka. Hari ini pun, walaupun larangan itu ada, setakat yang saya tahu, kerajaan tidak pernah mengambil tindakan terhadap orang yang mengkritiknya kerana itu sebahagian daripada proses demokrasi. Untuk apa dikekalkan peruntukan itu?

Pada pandangan saya, itulah pendirian yang semua orang Islam, parti politik Islam dan NGO Islam, patut ambil.

MELAYU BUKAN MAHUKAN HAK ORANG LAIN

Kita bukan mahukan hak orang lain. Kita bukan menuntut supaya Perlembagaan dirombak kerana kita mahu lebih. Kita cuma mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Kita cuma mahu apa yang telah dipersetujui dikekalkan untuk mengekalkan perpaduan dan harmoni. Rasiskah kita?

Pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam, tidak kira dalam parti mana hendaklah bersatu dalam mempertahankan kepentingan bangsa, agama dan negara, dengan mempertahankan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Malaysia yang sedia ada. Caranya ialah dengan menguatkan Kerajaan Persekutuan. PAS patutlah bekerjasama dengan UMNO dan BN di peringkat pusat. Di peringkat negeri ia boleh kekal seperti sekarang. Saya membuat seruan ini kerana saya percaya bahawa, dalam keadaan sekarang, mengikut hemat saya, itu sahaja cara yang boleh kita mempertahankan Perlembagaan dan kepentingan bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia.

Anak-anak Negeri Sabah dan Sarawak patut ingat bahawa apa yang menjamin nasib mereka ialah Perlembagaan Persekutuan dan mereka juga sepatutnya bersama mempertahankannya.

Sebenarnya semua pemimpin negara, tidak kira apa parti politiknya, apa bangsa dan agamanya, sama-sama mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia untuk kepentingan bersama.

Kesimpulannya:

1. Janganlah mansuh Akta Hasutan 1948.


2. Segala urusan mengenai Akta Hasutan hendaklah dilakukan oleh kementerian yang bertanggungjawab mengenainya ia itu KDN.


3. JPNIN tidak sepatutnya mengambil alih perkara yang terletak dalam bidang kuasa KDN dan Peguam Negara.


4. Prosedur biasa di mana Kementerian berkenaan menentukan dasar dan pengpenggubalan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara manakala keputusan muktamad dibuat oleh Kabinet hendaklah diikuti.


5. Akta Hasutan hendaklah dipinda untuk memasukkan Perkara 3 dan 11 (agama Islam) ke dalam seksyen 3(1)(f).


6. Eloklah kerajaan memikirkan untuk meminda Akta Hasutan untuk mengeluarkan kesalahan menghasut terhadap kerajaan supaya kerajaan nampak lebih telus, terbuka dan demokratik.


7. Ketepikan draf RUU yang dibuat oleh Majlis Peguam itu.


8. Jika JPNIN berfikir bahawa perpaduan boleh dicapai melalui undang-undang, sila sediakan drafnya. Ikutlah peraturan biasa.


9. Semua orang Melayu, Islam dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan semua parti politik, NGO dan pertubuhan Melayu, Islam dan anak negeri Sabah dan Sarawak, hendaklah bersatu dalam hal ini.


10. Kita bukan hendak meminggir mana-mana kaum. Kita hanya hendak mempertahankan Perlembagaan supaya perpaduan akan berkekalan. Malah, kaum-kaum lain juga sepatutnya bersama-sama mempertahankan Perlembagaan kerana hanya dengan cara itu perpaduan dan harmoni dapat dikekalkan.


Sekian. terima kasih.


Tun Abdul Hamid Mohamad 

tunabdulhamid@gmail.com

(MELAMPAU) Gelar KPN binatang memang biadap - TS Zaman Khan

Posted: 02 Sep 2014 05:32 AM PDT



SHAH ALAM - Perbuatan individu yang mencerca Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan kata-kata kesat di laman Twitter disifatkan terlalu biadab dan patut dikenakan tindakan kerana menyalahgunakan laman sosial itu.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan berkata, individu yang menggunakan laman sosial untuk memaki hamun dan mencerca orang juga tidak matang.

"Seharusnya pengguna laman sosial tahu etika yang perlu mereka jaga, bukan untuk membangkitkan kemarahan mana-mana pihak," katanya, semalam.

Kelmarin,  pemilik akaun yang menggunakan nama Nasrul Omar, menulis di Twitter dengan kata-kata makian terhadap Khalid.

Twitter itu ditulis dipercayai susulan penahanan 154 ahli Unit Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang oleh pihak berkuasa pada Ahad.

Selain Nasrul, seorang lagi pengguna Twitter menggunakan nama Viktor Wong turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada PDRM dan menyamakan Khalid seperti pemerintahan Nazi di Jerman.

Susulan dua kenyataan biadab itu, Khalid menerusi Twitternya telah mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis PDRM supaya mengenal pasti individu di sebalik dua akaun Twitter berkenaan untuk dikenakan tindakan.

Menurut Zaman Khan, setiap tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa berdasarkan tuntutan undang-undang serta aduan orang ramai dan bukannya atas kepentingan peribadi.

Sementara itu, beliau turut mengecam tindakan sesetengah pemimpin yang turut menggunakan media sosial untuk menyemarakkan api kemarahan orang ramai sehingga boleh mengganggu gugat keamanan negara.

"Saya lihat ada beberapa pemimpin yang cuba untuk membangkitkan rasa tidak senang dan menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.

"Ingatlah tulisan anda sama ada di laman sosial atau di media itu boleh mencetuskan huru-hara jika tidak dibendung," katanya.

Tegas beliau, selaku pemimpin masyarakat, setiap kata-kata yang diungkapkan di laman sosial perlulah beradab.

"Jangan sampai kurang ajar. Malaysia ini sebuah negara yang tiada tandingannya dalam soal toleransi. Kita hormat antara kaum, agama dan budaya.

"Fahamilah apa yang termaktub dalam Perlembagaan, jangan menyentuh perkara-perkara yang boleh menggugat kestabilan tanah air ini," katanya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...