CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Polis Dedah Gambar Suspek Godam Mesin ATM

Posted: 30 Sep 2014 02:50 AM PDT




KUALA LUMPUR: Polis telah mengeluarkan gambar beberapa suspek yang mengeluarkan wang tunai dari mesin ATM di cawangan Affin Bank, Al Rajhi Bank dan Bank Islam.

Pasukan Polis Bukit Aman pada Isnin berikrar untuk membawa penggodam Amerika Latin yang merompak kira-kira RM3 juta dengan menggodam mesin ATM di tiga buah negeri pada hujung minggu lalu ke muka pengadilan.

Polis berkata, suspek menggodam mesin dengan memasukkan cakera ke dalam CD-ROM ATM.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene berkata siasatan awal mendapati suspek akan membuka panel bahagian atas mesin ATM menggunakan 'kunci biasa' dan memasukkan cakera dan menjangkiti mesin dengan virus yang dikenali sebagai "ulssm. exe ".

"Selepas mengeluarkan CD, mereka akan menutup panel dan ahli-ahli sindiket itu akan mengeluarkan semua wang daripada ATM dengan menaip kod ke dalam panel utama, yang mereka terima melalui telefon dari seorang rakan sejenayah," katanya.

Suspek akan menghalang slot ATM dengan objek seperti kad SIM, kertas atau puntung rokok untuk menghalang pelanggan bank lain daripada mengeluarkan wang tunai daripada mesin ATM, katanya.

"PDRM komited dalam menghentikan jenayah ini hingga ke akar umbi untuk mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap institusi perbankan tempatan.

"Kami juga menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil ke hadapan bagi membantu pihak polis dalam penyiasatan, dengan menghubungi SAC Kamaruddin di 019-6000135 atau 03-2616839," kata Mortadza.-mstar.

(DAP KATA LANGKAH NINJA) Berpurdah, penulis buku Pelacur mahu masuk DAP

Posted: 30 Sep 2014 02:07 AM PDT


Daripada penampilannya tidak siapa akan menyangka gadis berpurdah Jamila Rahim berminat menyertai DAP, sebuah parti yang sinonim dengan masyarakat Cina.

Tetapi itulah yang berlaku, Jamila yang lebih dikenali sebagai Melati Rahim, akan menyerahkan borang untuk menyertai DAP petang ini.

"Jika diteliti secara kasar perlembagaan DAP itu sendiri, humanisme atau dasar kemanusiaan diletakkan sebagai tunjang dan teras utama (parti itu)," katanya merujuk kepada pendekatan DAP mendekati golongan yang memerlukan.

Baginya, DAP lebih dekat dengan keadilan seperti digagaskan dalam Islam dan beliau juga tidak merasakan parti itu parti Cina yang anti-Islam.

Langkah Melati itu dilihat bukan sahaja mengejutkan golongan Melayu tetapi juga masyarakat Cina dalam DAP sendiri.

Bagaimanapun, jalannya kelihatan tidak sukar apabila akhbar web rasmi DAP dilihat secara perlahan-lahan mengetengahkan sosok menarik itu, termasuk wawancara berkaitan karyanya dan minatnya pada parti itu.

Akhbar DAP sifatkan 'Langkah Ninja'

Roketkini dalam wawancara terkininya menggambarkan tindakan Melati itu sebagai "Melati Move" atau "Langkah Ninja".

Walaupun berpurdah, Melati mempunyai penampilan menarik dan penuh warna-warni apabila sering kelihatan dalam program-program aktivisme sekitar ibu kota, terutamanya bersama kumpulan dapur umum.

Pelajar 22 tahun diploma bahasa Inggeris di Universiti Selangor (Unisel) itu juga bergiat sebagai aktivis di rumah anak yatim dan terkenal melalui penerbitan novel berani Pelacur Kelas Pertama.

Kemasukan Melati itu dilihat sebahagian daripada projek DAP mendekati golongan Melayu.

Sebelum ini beberapa personaliti popular telah menyertainya, seperti Dyana Sofya Mohd Daud dan Young Syefura Othman.

Novel sulungnya Pelacur Kelas Pertama (kanan) keluaran penerbitan bebas Merpati Jingga mengisahkan seorang wanita yang terpaksa bekerja sebagai seorang pelacur.

Hasil jualan buku itu didermakannya kepada sebuah rumah anak yatim di Teluk Intan, Perak.

(BUKAN JADI MANGSA BULI) PERKASA cadang PAS ketuai Pakatan Rakyat jika mahu sistem 2 parti

Posted: 30 Sep 2014 01:07 AM PDT


Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali mencadangkan agar PAS mengetuai Pakatan Rakyat jika gabungan benar-benar serius mahu membentuk sistem dua parti yang kukuh bagi menyaingi BN.

Katana, beliau membuat cadangan itu kerana menurutnya PAS merupakan parti dengan majoriti orang Melayu seperti Umno - yang mengetuai BN.

Formula itu, tambahnya, diguna pakai BN yang sebenarnya mirip dengan komposisi penduduk Malaysia.

"Kalau PAS mengambil alih kepimpinan (Pakatan) dan DAP tak besar kepala, saya rasa ini akan jadi titik permulaan," katanya dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas pertelingkahan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat susulan kemelut menteri besar Selangor.

"Jika mereka tidak berjaya mewujudkan sistem dua parti pun, sekurang-kurangnya ia akan menghampiri kepada sistem itu.

""Hanya selepas itulah BN dan Pakatan sama-sama boleh bersaing atas prinsip pentadbiran yang baik," katanya.

Kenyataan Media Ketua Pengarah Jakim Berkenaan Kaedah Penentuan Aidiladha Di Malaysia Dan Pelaksanaan Puasa Sunat Sempena Hari Arafah 1435H

Posted: 30 Sep 2014 12:40 AM PDT



KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
KAEDAH PENENTUAN AIDILADHA DI MALAYSIA DAN
PELAKSANAAN  PUASA SUNAT SEMPENA HARI ARAFAH 1435H
 
 
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin memaklumkan mengenai Kaedah Penentuan Aidiladha di Malaysia dan Pelaksanaan Puasa Sunat sempena Hari Arafah.
 
 
1.      Kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia pada masa kini adalah berpandukan rukyah dan hisab negara sendiri yang telah diputuskan oleh Majlis Raja-Raja Malaysia dalam mesyuaratnya kali ke-164 pada 3 Februari 1994 setelah mendengar pandangan dan syor Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah pada 22 Ogos 1992.
 
 
2.      Antara hujah Jawatankuasa Fatwa menyetujui penentuan Aidiladha berpandukan cerapan hilal Zulhijjah sendiri dalam muzakarahnya pada 22 Ogos 1992 dan 23 April 2002 adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 mengenai rukyah hilal untuk menentukan awal bulan yang bermaksud:
 
 
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, siapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya) maka hendaklah ia berpuasa, dan siapa yang sakit  atau  dalam  musafir,  maka  (bolehlah   ia   berbuka  dan kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain…"
 
3.      Juga hadith-hadith riwayat Muslim mengenai ibadah korban mesti dengan melihat hilal yang bermaksud:
 
"Dari Umm Salamah bahawasanya Nabi SAW bersabda; 'Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang mahu berkorban maka hendaklah dia (orang yang hendak melakukan korban) jangan memotong rambut dan kukunya'."
 
"Dari Umm Salamah bahawa Rasulullah SAW bersabda, 'Apabila tanggal sepuluh (Zulhijjah) masuk dan salah seorang di antara kamu hendak menyembelih korban, maka janganlah dia menyentuh sedikitpun rambut dan kulitnya (yakni membuang rambut dan kulitnya).'
 
 
4.      Begitu juga hadith riwayat Muslim mengenai hilal yang mempunyai matla' (kawasan yang berada pada jangkamasa waktu-waktu terbit dan terbenam yang hampir sama)tertentu yang bermaksud,
 
 
"Dari Kuraib bahawa Ummu al-Fadl telah menghantarnya menemui Muawiyah di negeri Sham. Kuraib berkata, 'Aku tiba di Sham dan menunaikan hajatnya sedangkan perisytiharan tentang kelihatan anak bulan berkumandang di udara. Aku melihat anak bulan pada malam Jumaat kemudian aku balik ke Madinah pada akhir bulan, pada masa itu aku ditanya oleh Abdullah bin Abbas yang menyebut tentang anak bulan.' Katanya, 'Bilakah kamu melihat anak bulan?' Aku menjawab, 'Kami melihat pada malam Jumaat!' Ibn Abbas bertanya lagi katanya, 'Adakah engkau sendiri melihat anak bulan itu?' Aku menjawab, 'Ya, orang lain pun melihatnya dan mereka itu berpuasa, Muawiyah turut berpuasa.' Ibn Abbas berkata, 'Kami di sini melihat anak bulan pada malam Sabtu, oleh itu kami terus berpuasa hingga kami sempurnakan 30 hari atau hingga kami melihat anak bulan Syawal.' Aku bertanya, 'Tidakkah memadai bagi kamu dengan penglihatan anak bulan itu oleh Muawiyah dan puasanya?' Ibn Abbas menjawab, 'Tidak! Beginilah caranya Rasulullah  SAW menyuruh kami…'."
 
 
5.      Untuk penentuan awal Zulhijjah 1435H, kebanyakan negara di seluruh dunia telah mencerap hilal pada petang 24 September 2014 yang lalu. Antara negara tersebut termasuklah negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura yang lebih dikenali dengan MABIMS. Arab Saudi dan negara-negara Timur Tengah juga telah mencerap hilal Zulhijjah pada tarikh yang sama.
 
 
6.      Tiada negara anggota MABIMS melaporkan telah berjaya mencerap hilal pada petang 24 September 2014. Di Malaysia, 29 tempat cerapan rasmi keseluruhannya melaporkan tidak berhasil mencerap hilal. Justeru, Malaysia dan kesemua negara anggota MABIMS telah menetapkan awal Zulhijjah pada 26 September 2014 seterusnya akan menyambut Aidiladha pada 5 Oktober 2014. Komuniti Islam di negara yang menerima pakai keputusan cerapan hilal rantau MABIMS seperti Jepun juga akan menyambut Aidiladha pada tarikh yang sama. Di rantau Timur Tengah pula, Arab Saudi dilaporkan telah berhasil mencerap hilal Zulhijjah di kawasan sekitar Shaqra dan Sudair berdekatan dengan Riyadh seterusnya menetapkan wuquf di Arafah jatuh pada 3 Oktober 2014 dan Aidiladha pada 4 Oktober 2014.
 
 
7.      Matla' negara Malaysia yang berbeza dengan Arab Saudi yang berkedudukan lebih barat menyebabkan peluang kenampakan hilal lebih tinggi di negara berkenaan. Perbezaan waktu antara kedua-dua negara adalah sekitar lima jam. Justeru, ketika hilal dicerap pada waktu matahari terbenam di Arab Saudi, kedudukan hilal tersebut adalah lebih tinggi berbanding di Malaysia.
 
 
8.      Setiap negara hanya boleh menerima pakai keputusan cerapan hilal matla' negara masing-masing. Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan matan Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi;
 
 
"Dan apabila dilihat hilal di sesuatu negara maka wajiblah hukum yang sama bagi negara berhampiran sebagaimana kota Baghdad dengan kota Kufah, tidak bagi negara yang berjauhan seperti negara Hijaz dengan negara Iraq".
 
 
Maksud di dalam negara yang satu ialah matla' yang sama. Bagi matla' Malaysia adalah terletak di dalam matla'Asia Tenggara. Oleh itu sewajarnya penentuan tarikh Aidiladha mengikut persetujuan Majlis Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama MABIMS. 
 
 
9.      Komuniti Islam di Jepun telah bertanyakan kepada negara Arab Saudi berkenaan sejauh mana kesahanmatla' hilal dalam menentukan awal Zulhijjah dan Aidiladha di tempat mereka. Kenyataan rasmi negara Arab Saudi memaklumkan supaya komuniti Islam di Jepun berhari raya dan berpuasa sunat sempena hari Arafah mengikut hasil cerapan hilal di Jepun atau pun negara yang sama matla' dengannya seperti negara MABIMS. Oleh kerana itulah komuniti Islam di Jepun menerima pakai keputusan cerapan hilal di Malaysia.
 
 
10.    Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj menjelaskan kenyataan Imam al-Nawawi berhubung dengan berpuasa pada hari Arafah:
 
"Dan berpuasa pada hari Arafah itu adalah pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan haji…
 
 
11.    Hakikatnya, bukan semua negara di dunia dapat berpuasa pada detik yang sama. Sekiranya semua orang ingin berpuasa Arafah pada detik yang sama dengan orang-orang di Arab Saudi Jumaat ini,  maka ketika orang-orang di Arab Saudi baru memulakan puasa, orang-orang Islam di Malaysia sudah lama memulakan puasa menghampiri waktu tengahari, orang-orang Islam di New Zealand sudahpun menghampiri waktu berbuka. Maka jadilah orang-orang Islam di New Zealand berpuasa Arafah jauh mendahului apa yang sedang berlaku di Arafah.
 
 
12.    Ringkasnya, kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia yang berpandukan kepada cerapan hilal Zulhijjah sendiri dan tidak terikat dengan hasil cerapan hilal Zulhijjah Arab Saudi adalah tepat. Pun begitu, negara-negara atau rakyat Malaysia yang berada sekitar Arab Saudi atau negara-negara sebelah barat Arab Saudi (atas dasar imkanur-rukyah atau peluang kenampakan hilal menjadi lebih besar sebelah barat negara yang berhasil rukyah hilal) perlu beraya bersama Arab Saudi.
 
 
13.    Cadangan untuk menukar kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia kepada berpandukan hari wuquf pernah dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 23 April 2002. Muzakarah membuat keputusan seperti berikut:
 
"Menolak Cadangan Penentuan Aidiladha Berdasarkan Hari Wukuf  Dan  Mengekalkan  Kaedah   Penetapan   Aidiladha  Di Malaysia Adalah Berdasarkan Kepada Kaedah Rukyah Anak Bulan Zulhijjah Berasaskan Sistem Imkanul Rukyah Kerana Kaedah Rukyah Anak Bulan Zulhijjah Lebih Sesuai Diamalkan Di Negara Ini.
 
 
14.    Pelaksanaan puasa sempena hari Arafah di Malaysia bolehlah dilaksana pada 9 Zulhijjah negara bersamaan hari Sabtu 4 Oktober 2014.
 
 
 
Sekian, terima kasih.
 
 "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
 
Saya yang menurut perintah,
 
 
DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
 
 26 September 2014

(DAP, PKR mula Gerakan BUANG PAS cara Halus Guna NGO?)NGO anak muda serah memorandum desak PAS keluar Pakatan

Posted: 29 Sep 2014 09:28 PM PDT

 
Sebelum ini Khalid Samad (Anwarinas) pernah memberi amaran kepada golongan ulama agar meninggalkan Pas jika tidak setuju bersama PR

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada kumpulan anak muda hari ini mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika tiada langkah pemulihan diambil parti Islam itu.
NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) berpandangan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS hanya menimbulkan ketegangan dalam PR dan jika tidak dibendung ia akan mengakibatkan hilangnya sokongan rakyat.
"Lensa menyarankan PAS perlu menggesa semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan PR.
Hal ini penting bagi mewujudkan tempoh bertenang seterusnya memberi ruang kepada komponen PR untuk memperkukuh semula permuafakatan.
"Lensa berpendirian sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama PR maka Lensa mencadangkan PAS mengambil langkah berundur daripada PR," katanya selepas menghantar memorandum di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Lensa semalam berkata PAS menyebabkan krisis menteri besar Selangor yang mengundang perpecahan dalam PR.
Berdasarkan pandangan ahli politik dan ahli akademik, NGO itu berkata, PAS harus dipersalahkan atas pendirian mereka yang berubah-ubah dalam isu menteri besar Selangor. – 30 September, 2014.

DAP, PKR BULI PAS perkara Biasa, Sekarang Ahli & Pemimpin PAS SENDIRI BULI Pas itu Luarbiasa

Posted: 29 Sep 2014 07:14 PM PDT


SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan sikap buli dua parti komponen PR terhadap Pas bukan perkara baharu.

Malah katanya, Pas bukan sahaja dibuli pihak luar tetapi juga oleh ahli parti sendiri.

"Ada pimpinan tertinggi Pas yang berani menyangkal kenyataan presiden sendiri yang mana perkara sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Saya lihat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah menghadapi tekanan hebat dari dalam dan luar dalam masa sama," katanya, semalam.





Sebab utama PEMBANGKANG Mahu MANSUHKAN Akta Hasutan 1948?

Posted: 29 Sep 2014 03:55 PM PDT


Seperti yang di janjikan malam tadi, saya akan mendedahkan apakah sebab sebenar Majlis Peguam beriya2 mengepalai gerakan mendesak kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan sebab sebenar ini TIDAK PERNAH DI BINCANGKAN SECARA TERBUKA OLEH BAR COUNCIL DAN AMBIGA DALAM MANA2 MAJLIS ATAU PENULISAN MEREKA. 

Apakah sebab utama mrk nak mansuh Akta Hasutan 1948?

Sebab menurut Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan, Ahli- ahli Parlimen adalah kebal dari sebarang pendakwaan mahkamah jika mrk mengucapkan atau mengundi sesuatu di dalam perbahasan majlis Parlimen KECUALI HAL-HAL YANG MERUPAKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH AKTA HASUTAN 1948. 

Lihat bagaimana hebat dan pentingnya Akta Hasutan ini berbanding dengan akta-akta yang lain. Ahli Parlimen Kebal dari pendakwaan KECUALI DI BAWAH AKTA HASUTAN. 

AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG SEMAKIN RAMAI DI PARLIMEN DAN SATU HARI NANTI MRK AKAN MENJADI KERAJAAN. TETAPI SELAGI AKTA HASUTAN TIDAK DI MANSUHKAN MEREKA TIDAK AKAN MAMPU MENGHAPUSKAN RAJA2 MELAYU, HAK ISTIMEWA MELAYU DAN BAHASA MELAYU MELALUI PARLIMEN KERANA TINDAKAN ITU AKAN MERISIKOKAN MEREKA DI KENAKAN TINDAKAN DI BAWAH AKTA HASUTAN. 

Nampak tak permainan mereka. Sekarang mrk menghujahkan Akta Hasutan menyekat kebebasan bersuara lah, menganiaya Adam Adli dan Ali lah, padahal itu bukan sebab sebenar. 

Itu modus operandi mrk utk divert isu saja. 

Sebab itulah kita kena sama2 mempertahankan Akta Hasutan 1948.

Buzze Azam

KENYATAAN Media AFFIN BANK: RM1.271 juta dicuri daripada 6 ATM

Posted: 29 Sep 2014 06:58 AM PDT


KUALA LUMPUR: Sejumlah RM1.271 juta dicuri daripada enam Mesin Teler Automatik (ATM) kepunyaan Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad di Johor, Melaka dan Selangor, menurut kenyataan Affin Bank hari ini.
Menurut kenyataan itu, ATM berkenaan diusik kelmarin, mengakibatkan kecurian wang tunai.
Mesin terbabit terletak di Johor Baharu, Batu Pahat dan Taman Molek di Johor, Melaka Raya, serta PJ State dan USJ di Selangor.
"Insiden itu telahpun dilaporkan dan bank bekerjasama rapat dengan polis dalam penyiasatan kes itu," menurut kenyatan itu.
Bagaimanapun, bank itu menyatakan data pelanggan tidak diganggu atau dikompromi.
Sementara menunggu hasil siasatan polis, bank berkenaan segera menempatkan langkah kawalan tambahan di semua mesin ATM di cawangan dan di lokasi luar.
"Pihak bank mengadakan pemantauan rapi bagi memastikan pelanggan kami dapat meneruskan urusan perbankan mereka dengan selamat," menurut kenyataan itu.
- BERNAMA

Pembaca "MAKI" Malaysian Insider BIADAP Letak Gambar Pesawat MASWing Tergelincir pada Artikel berlainan Maksud

Posted: 29 Sep 2014 06:22 AM PDT






Nik Abduh: Telahan Nik Aziz 2 Adun PENGKHIANAT jadi kenyataan

Posted: 29 Sep 2014 05:08 AM PDT


SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini menyifatkan telahan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai dua Adun Pas, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), sebagai pengkhianat adalah benar.

Nik Mohamad berkata, sebelum ini Nik Aziz ada memberitahunya bahawa dua Adun tersebut tidak lagi boleh dibenarkan bertanding atas tiket Pas kerana sikap pengkhianat mereka, semalam telahan itu 'disahkan' oleh salah seorang daripada mereka.

"Seorang daripada mereka telah membenarkan apa yang ayahanda TGNA beritahu saya sebelum ini bahawa dua pengkhianat itu tidak boleh lagi dibenarkan bertanding atas tiket Pas.

"Sekarang, dihiasi pengkhianatannya dengan rasa lapang dada dan kesediaan bertanding atas tiket DAP," tulisnya menerusi laman sosial Faceboknya.

Dalam pada itu Mohamad Abduh berharap ahli Pas terus istiqamah bersama ulama.

"Ya ALLAH, kekalkan kami berkelana di medan siasah bersama para ulama rabbaniyyin," tulisnya.

Semalam dalam satu ceramah, Adun Morib, Hasnul Baharuddin menyatakan kesediaannya untuk bertanding pada PRU akan datang atas tiket DAP.

Hasnul menegaskan bahawa beliau sudah bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan dan tindakan tatatertib yang bakal dikenakan oleh pimpinan Pas Pusat.

"Segala kemungkinan yang saya kira akan saya hadapi, saya bersedia...

"... tak kisah, saya tak jadi calon Pas pun tak apa, saya boleh jadi calon DAP," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam anjuran DAP di sini, semalam.

Pada 14 Ogos lalu, seluruh pimpinan Pas digemparkan dengan penglibatan dua ahli Pas, Hasnul dan Saari yang menyatakan sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Tindakan dua Adun tersebut sekali gus menjadikan ia sebagai majoriti undi menentang kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kedua Adun, Hasnul dan Saari kini berdepan dengan tindakan tatatertib yang bakal dikenakan terhadap mereka kerana didakwa membuat keputusan dengan membelakangkan parti Pas.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...