CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Shafie Apdal SETUJU Sabah Keluar Malaysia Jika MAMPU JAMIN KESELAMATAN?

Posted: 05 Sep 2014 03:09 AM PDT


SHAH ALAM - Membawa Sabah keluar dari Malaysia tidak memberi jaminan bahawa negeri itu akan stabil dari aspek keselamatannya, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Kenyataan Shafie ini sebenarnya boleh mengelirukan rakyat.


Timbul persoalan kepada kita, adakah Shafie bersetuju Sabah keluar Malaysia jika Sabah mampu berdiri sendiri dari segi keselamatan? 


Ini tidak mustahil dicapai dengan bantuan ketenteraan daripada barat seperti yang dilakukan oleh Singapura.

Shafie berkata, kerajaan kini seringkali berdepan dengan pelbagai masalah untuk melindungi Sabah daripada ancaman pihak luar yang juga ingin menuntut negeri itu.  
    
"Nak bebaskan bukan satu kerja yang mudah, selatan Filipina pun mereka menuntut dan menyatakan Sabah sebahagian dari negara itu. Abu Sayyaf culik rakyat kita...kita pun berdepan dengan pelbagai masalah.
    
"Bayangkan kalau itu (bawa Sabah keluar dari Malaysia) berlaku adakah jaminan bahawa Sabah akan stabil dan keselamatannya terjamin," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi September 2014 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.
    
Beliau berkata demikian ketika mengulas provokasi pihak tidak bertanggungjawab untuk membawa keluar Sabah dari Malaysia yang tersebar menerusi laman sosial baru-baru ini.


Siswa Mahasewel usung 'mayat' di KDN tuntut mansuh Akta Hasutan selepas Solat Jumaat

Posted: 05 Sep 2014 02:18 AM PDT


Sekumpulan mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) menghantar memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri bagi menuntut pemansuhan Akta Hasutan 1948.

Berlangsung selepas solat Jumaat petang tadi, mereka turut menghantar satu replika jenazah yang siap dikafan sebagai simbolik kepada demokrasi yang 'mati'.



Seorang pegawai dari KDN yang sepatutnya menerima memorandum itu bagaimana pun memulangkan kembali memorandum tersebut.

Kumpulan mahasiswa tersebut kini berkumpul di lobi bangunan KDN dan berteriak "Mansuh-mansuh, Akta Hasutan!".

Mereka bertegas mahu menyerahkan replika mayat kepada KDN.




Belia diingat jangan jadi 'macai' - Khairy

KUALA LUMPUR: Para belia termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) diingat agar jangan menjadi 'pak turut' atau 'macai' kepada pihak yang mengkritik atau memburukkan pihak lain.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata trend berkenaan kini semakin menular dan agak merisaukan apabila belia disogok dengan pelbagai maklumat tanpa mereka memeriksa kesahihannya terlebih dahulu.

"Belia terutama pelajar IPT kini menelan bulat-bulat apa yang mereka dengar tanpa usul periksa.

"Pesanan saya kepada mereka ialah buat kajian dan periksa sesuatu perkara sebelum mereka menghentam atau buat sebarang keputusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dekat sini hari ini.

Beliau berkata belia atau mahasiswa sepatutnya menjadi pemimpin dalam memperjuangkan isu-isu berpaksikan fakta demi kepentingan masa depan mereka dan bukan menjadi pengikut kepada telunjuk golongan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak pasti.

Dalam ucapannya, Khairy menasihati belia agar menanam semangat patriotisme yang tinggi bagi mewujudkan sebuah negara yang lebih baik.

(PERINGATAN KEPADA DAP & PKR) Jangan TERLEBIH Campuri Urusan Pas - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Posted: 04 Sep 2014 11:53 PM PDT


(Harakah Daily) – PAS mengingatkan semua parti dalam Pakatan Rakyat untuk saling menghormati antara satu sama lain dengan masing-masing tidak terlalu mencampuri urusan parti lain.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mutakhir ini banyak berlaku di mana pihak lain cuba mencampuri urusan dalaman PAS khususnya dalam isu Menteri Besar Selangor.
"Saya suka ingatkan kepada semua parti dalam Pakatan Rakyat agar kita tidak mencampuri sangat urusan parti-parti lain dan jangan melampaui sempadan parti.
"Memang ada benda yang kita bersetuju dan ada benda kita tidak bersetuju. Itu hak parti masing-masing dan kita perlu hormat," katanya kepada Harakahdaily Hari ini.
Beliau mengambil contoh dalam isu hudud di mana DAP tidak bersetuju dengan PAS dalam isu tersebut.
Namun katanya, PAS menghormati perbezaan pandangan dengan DAP itu dengan menganggap itu hak parti itu.
"Kita PAS menghormati pendirian mereka (DAP) dan kita tidak mengkritik mereka," katanya lagi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa kenyataan dari rakan pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat yang seolah-olah tidak menghormati perbezaan pendapat dari PAS.
Malah kata beliau, terdapat kenyataan-kenyataan seperti mengkritik PAS dan cuba mengajar PAS dalam membuat keputusan khususnya dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.
Sementara itu, berdepan dengan perkembangan semasa dalam isu tersebut, Tuan Ibrahim menasihatkan seluruh ahli PAS agar bertenang dan menyerahkan kepada kepimpinan parti.
"Saya mengambil sikap, kalau kita tidak tahu, tak payah cerita kepada orang lain yang kita tak tahu," katanya.


(TERSEBAR) Carta Organisasi PASMA ditubuhkan Anwarinas dalam Pas, Husam Presiden PasMa, Jawatan Mursyidul Am Turut diwujudkan

Posted: 04 Sep 2014 11:41 PM PDT


Kami sungguh 'kagum' dengan The Malaysian Insider kerana tajuk-tajuk berita mereka yang hebat memanipulasi minda

Penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) oleh tokoh-tokoh PAS yang pro Anwar bermula dari pertemuan kira-kira 100 orang ahli PAS yang anti perpaduan PAS dengan UMNO di Kota Bharu baru-baru ini.

Kini tersebarnya carta organisasi persatuan itu yang lengkap dengan Mursyidul Am mereka sendiri menguatkan lagi dakwaan wujudnya gerakan dalaman PAS yang cuba menentang pengaruh Majlis Syura Dewan Ulama PAS Pusat yang dilihat lebih cenderung memihak kepada kehendak Sultan Selangor serta kini dilihat condong ke arah perpaduan UMNO-PAS setelah diterajui oleh MB Kelantan yang baru selaku Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

PasMa ini dikatakan sebagai alternatif sekiranya PAS dan Presidennya berkeras dengan pendirian awal isu Selangor. 

Yang membingungkan, semakin ramai manusia berpengaruh di dalam PAS mulai berpaling dari kepimpinan Ulama yang dilaung-laungkan mereka sebelum ini.

Bertambah keji, tanpa segan silu mereka menghamburkan kata nista antara satu sama lain.



BERIKUT IALAH CARTA ORGANISASI PASMA, SUATU KELOMPOK PARASIT ANWARINAS DALAM PAS YANG ANTI PERPADUAN DENGAN UMNO:

Struktur Organisasi Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sessi 2014/16.

Mursyid Am Pasma : Ust Hj Ahmad Awang (Perak)

Timb Mursyid Am Pasma : Ust Muhammad Husin (Kel)

Presiden Pasma : Yb Dato' Husam Musa (Kel)

Timb. Presiden Pasma : Dr Hatta Ramli (Sel)

Naib Presiden Pasma : Dr Dzulkifli Ahmad (Sel)

Naib Presiden Pasma : Dr Mujahid Yusuf Rawa (Png) (disayangi Kristian )

Naib Presiden Pasma : Yb Khalid Samad (Sel) (disayangi Kristian )

Ketua Pemuda : Sheikh Omar (Joh)

Ketua Muslimat : Aiman Athirah (Sabah)

Ketua Ulamak : Ust Mohamad Nor (Mel)

AJK Pasma :

Nordin Majid (PGS - Phg)
Dato Wan Rahim (Kel)
Ust Taib Ahmad (Ked)
Ust Nasir Zakaria (Ked)
Ust Fuad Othman (N9)
Hanipa Maiden (Sel)
Syed Azman (Trg)
Mohamad Sabu (Png) .....turun pangkat agaknya😬😑
Ust Dzulqarnain (Per)
Sayuthi Basirun (Sel)
Abd Fatah Harun (Kel)

AJK Tambahan :

Rahman Talib 
Hazmi Hassan
Sayuthi Omar
Hisyamudin Ghazali

Diterbitkan oleh Urusetia Penerangan Pasma. Pustaka Az Zahra' Kota Bharu Kelantan.

Terima kasih kepada Ustaz Hafiz Nordin Firlansa

Sumber: FB Faiz Na'aman

(PENDEDAHAN) Dewan Ulama dedah wujud usaha 'tikam' Hadi Awang oleh Anwarinas

Posted: 04 Sep 2014 06:27 PM PDT


KUALA LUMPUR 3 Sept. - Dewan Ulama Pas mendedahkan wujud usaha terancang di peringkat pimpinan tertinggi parti itu untuk mencemarkan nama Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan cara 'menikam' Presiden Pas tersebut dari belakang.

Pendedahan pertama kali yang dibuat Dewan Ulama Pas itu hanya mengukuhkan lagi 'rahsia terbuka' bahawa parti tersebut kini mengalami perpecahan dalaman kronik melibatkan pertembungan kumpulan ulama dengan 'Anwarinas'.

Isu tersebut dipercayai sudah menjadi barah kepada Pas sehinggakan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali mempersoalkan apakah masih ada pemimpin kanan parti itu yang berkiblatkan al-Quran dan sunnah.

"Akhir-akhir ini ada usaha untuk mencemarkan nama Presiden dengan pelbagai bentuk pemberitaan negatif. 

Usah dikira serangan di Facebook walaupun oleh mereka yang mengaku sebagai ahli Pas. Media tertentu dipergunakan secara terancang.

"Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan Presiden dalam isu Menteri Besar Selangor sebagai kenyataan peribadi," kata Mohd. Khairuddin sebagaimana dipetik daripada laman Facebooknya.

Perpecahan dalaman Pas akibat pertembungan antara golongan ulama dan kumpulan yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim mula dikesan sejak 2008 dan polanya makin ketara selepas muktamar parti itu, yang menyaksikan ramai tokoh agama kecundang.

Meskipun cuba dinafikan pucuk pimpinan Pas sebelum ini, ramai pemerhati politik dan rakyat keseluruhan dapat menghidu krisis berkenaan terutamanya selepas Abdul Hadi hilang cengkaman ke atas parti walaupun bergelar Presiden.

Kemuncaknya apabila berlaku krisis politik di Selangor membabitkan kedudukan Menteri Besar apabila beberapa pemimpin kanan yang diketahui pro-Anwar bertindak membelakangkan Abdul Hadi selain menyarankan agar ahli tertentu keluar daripada Pas.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin mempersoalkan fitnah yang cuba dimainkan kelompok berkenaan berikutan tuduhan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kononnya ada institusi tertentu dalam parti berkenaan dikuasai UMNO.

"Tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian dengan membangkitkan kononnya ada institusi tertentu telah dikuasai oleh UMNO. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini," soalnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.




Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) ditubuhkan selepas lebih 100 ahli PAS bertemu di Kota Baru, Kelantan pada Ahad. Ini juga kemuncak pengkhianatan Husam dan Anwarinas terhadap Pas

Wartawan Malaysiakini ditahan polis

Posted: 04 Sep 2014 05:17 AM PDT


Wartawan Malaysiakini yang disiasat bawah Akta Hasutan berkaitan tulisannya berhubung temu bual dengan exco Pulau Pinang Phee Boon Poh ditahan polis.

Susan Loone ditahan ketika disoal siasat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang hari ini.

Beliau dijangka dibebaskan dengan jaminan polis malam ini.

Susan sebelum ini hadir ke IPD itu memberi keterangan kira-kira jam 3 petang.

Siasatan itu ekoran 10 laporan polis yang dibuat pada Selasa oleh PERKASA dan 13 NGO lain di Pulau Pinang.

Kumpulan yang diketuai oleh Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang Mohd Rizuad Azudin itu menggesa polis bertindak terhadap Susan dan Malaysiakinikerana didakwanya memfitnah polis.

Artikel dipertikaikan itu bertajuk "Disoal siasat Selama 4 jam, dakwa dilayan seperti 'penjenayah'," yang diterbitkan pada Isnin.

Ia terjemahan Bahasa Malaysia artikel dalam bahasa Inggeris yang bertajuk "Exco man grilled for four hours, treated like 'criminal'," yang diterbitkan pada hari sama.

-MKini
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...