CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(ZAHID HAMIDI U-TURN)Elemen Akta Hasutan tetap dikekalkan dalam akta baharu, kata Zahid Hamidi (Menteri "Amaran" 2)

Posted: 07 Sep 2014 03:15 AM PDT


Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata sekiranya terdapat akta baharu menggantikan Akta Hasutan 1948 nanti, elemen-elemen tertentu yang termaktub di dalam Akta Hasutan tetap dikekalkan.
Katanya tidak semestinya jika Akta Hasutan 1948 dimansuhkan dan digantikan dengan satu akta baharu, semua elemen di dalamnya akan turut dimansuhkan.
"Kita tahu kerajaan sudah umumkan Akta Keharmonian Nasional akan diperkenalkan bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 dan harus kita ketahui tujuan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) menggantikan Akta Hasutan ini bukanlah untuk menghapuskan semua elemen di dalam akta ini.



Sebaliknya apa yang akan dilakukan adalah mungkin memperkukuhkan beberapa klausa yang terdapat dalam Akta Hasutan 1948 yang tidak lagi relevan dengan situasi semasa dan perkukuhkan ia di dalam Akta Keharmonian Nasional," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuantan di Kuantan hari ini.
Zahid berkata sehingga kini belum ada sebarang draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional yang dirangka untuk menggantikan Akta Hasutan 1948.
"Ia (Akta Keharmonian Nasional) hanya satu rancangan kerajaan seperti mana yang diumumkan oleh perdana menteri sebelum ini, tetapi jika desakan akar umbi contohnya melalui mesyuarat di cawangan atau bahagian Umno yang memperlihatkan rasa tidak puas hati jika Akta Hasutan digantikan, kita akan ambil kira maklum balas ini.
"Setakat ini, perkara ini belum muktamad dan perdana menteri pun nak dengar suara rakyat dalam perkara ini sebelum ia menjadi draf yang akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dan dijadikan sebagai satu akta baharu yang akan dibawa ke sidang Parlimen," katanya. – Bernama, 7 September, 2014.

PM Makin Lembut Auww, Rakyat Makin Biadap

Posted: 07 Sep 2014 02:13 AM PDT


PEMIMPIN SEMAKIN LEMBUT, RAKYAT SEMAKIN BIADAP

Brunei masih ada ISA. 
Singapore negara yang maju masih kekalkan ISA.
Negara China walaupun namanya bukan ISA tetapi tiada sesiapa berani melawan atau mempertikaikan pemimpinnya. 

ISA dimansuhkan atas hasrat untuk memenangi hati rakyat yang sudah condong ke arah pembangkang. 

Kerana pemansuhan ISA merupakan satu manifesto agong pembangkang. 

Namun, tidak pula kecondongan itu berubah haluan juga. 

Sokongan rakyat yang condong ke arah pembangkang masih sama...

YANG BEZANYA...

Orang dah mula ..
pertikaikan perkara sensitif, 
pertikaian hak istimewa Melayu, 
pertikaian Islam agama rasmi, dan 
paling menydihkan penyanggahan malah penghinaan secara terbuka akan raja-raja Melayu. 

Cuba kira pada zaman Tun Mahathir, berapa banyakkah demostrasi jalanan? (ada...bukan tiada) dan bandingkan sekarang pula. 

Jika ia baik untuk dimansuhkan, semestinya Brunei dan Singapura juga sudah menurutinya. 

Bukan setakat itu sahaja, banyak negara-negara lain juga berbuat perkara yang sama tapi mungkin dengan nama yang lain. 

Di Saudi dan Russia sendiri, penentangan akan mengakibatkan "kelenyapan terus". 

Ada kala...pemimpin perlu ada sikap autokratik dan tidak terlampau demokratik. 

Dalam seladang kambing dengan seorang gembala, adakah gembala yang baik itu mengikuti majoriti kambingnya ataupun kambingnya itu mengikuti gembala. 

Agak kasar analogi ini, tapi perlu kita ingat, kehebatan nabi muhammad SAW memimpin salah satunya kerana pendidikan ALAM yang baginda telah lalui sebagai seorang GEMBALA KAMBING. 

SAIFUL NANG

Pengguna Facebook banjirkan ‘wall’ Najib minta KEKALKAN Akta Hasutan

Posted: 07 Sep 2014 12:19 AM PDT

Dalam beberapa hari lepas, pengguna media sosial Malaysia yang memihak kepada Akta Hasutan membanjirkan halaman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan permintaan agar tidak memansuhkan undang-undang itu bagi melindungi Islam, Melayu dan institusi Diraja.
Ia termasuk ancaman marah dan rayuan agar Najib mendengar rungutan mereka berikutan pengulangan perdana menteri pada 5 September bahawa akta kontroversi itu akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional.
"Apa lagi yang anda akan hapuskan selepas ini? Kita mengundi anda supaya tidak ikut pembangkang! Anda rasa tindakan itu boleh mengekalkan keamanan di negara ini?" tulis Ashraff Alias ​​dalam laman Facebook yang muncul di wall Najib.
"Tunggulah, ia akan menyukarkan lagi anda untuk  mengawal mereka. Jangan salahkan akar umbi kerana tidak melakukan tugas mereka apabila itu berlaku! Adalah salah untuk anda mendengar pembangkang dan bukannya akar umbi!
"Jika anda ingin mengikut mereka, sertailah mereka! Kita tidak memerlukan pemimpin yang lemah seperti ini!"
Satu lagi posting yang muncul di laman Facebook Najib, Bahazelah Wahab yang bimbang jika akta ini dimansuhkan, kerana selama ini ia telah membantu "menutup mulut mereka yang mempersoalkan agama, bangsa dan orang Melayu".
"Walaupun akta itu yang hentikan saya daripada berkata apa-apa yang menghasut, saya tidak fikir saya akan dapat berkata apa-apa lagi kerana saya terlalu kecewa," katanya.
Lynda Camellia berkata beliau telah hilang hormat kepada Najib dan lebih suka tidur di rumah daripada mengundi BN dalam pilihan raya umum akan datang.
"Apa gunanya mengundi BN jika pandangan kami tidak mempunyai nilai? Apabila anda diancam walaupun sedikit oleh pembangkang, anda lari bertempiaran... Terima kasih, bapa Pemansuhan," katanya semalam.
Kebanyakan tulisan lain di Facebook Najib menyuarakan sentimen mereka, dengan ramai lagi menambah mereka mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) yang dimansuhkan, yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan, dipulihkan.
Michael Yong kata hari ini: "Kebanyakan rakyat yang mendesak Perdana Menteri untuk tidak memansuhkan Akta Hasutan dan memulihkan ISA. Sila dengari kami. "
Saharuddin Lela, seorang anggota Umno, berkata ramai rakan-rakannya tidak lagi akan menyokong BN jika Najib meneruskan rancangannya untuk memansuhkan Akta Hasutan.
"Harapan Umno ialah ISA dikembalikan untuk keselamatan agama, bangsa Melayu dan sultan-sultan," katanya.
ISA dimansuhkan pada 2011 berikutan bantahan daripada puak-puak Liberal berkiblatkan barat, pembohongan hak asasi dan juga para pemimpin pembangkang.
Adamin Aidil berkata, langkah Najib menunjukkan beliau tidak belajar selepas memansuhkan ISA.
"Anda ingin menghapuskan semua perkara yang melindungi keharmonian kaum dan kebahagiaan... bukankan pelajaran yang anda dapat dari memansuhkan ISA cukup?
"Bolehkah tidak anda melihat keadaan huru-hara di Malaysia dengan semua perhimpunan yang menyusahkan? Adakah anda tidak berpuas hati melihat kebencian antara kaum, penghinaan terhadap Islam, orang Melayu yang diperkecilkan, pengkhianatan terhadap sultan? "

(MUHYIDDIN "TAMPAR" NAJIB) Usah terpengaruh draf Majlis Peguam sebagai ganti Akta Hasutan - Muhyiddin

Posted: 06 Sep 2014 10:42 PM PDT


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata draf undang-undang untuk menggantikan Akta Hasutan yang dikemukakan oleh Majlis Peguam bukannya draf kerajaan.
Menegaskan perkara itu hari ini, Muhyiddin menasihatkan rakyat agar tidak terkeliru atau terpengaruh dengan cadangan yang dikemukakan itu kerana ia bukan draf undang-undang yang dimuktamadkan oleh kerajaan.
"Draf undang-undang kerajaan hanya dibuat oleh Jabatan Peguam Negara berpandu pandangan kabinet selepas mengambil kira pandangan semua pihak.
"Buat masa ini belum ada sebarang keputusan muktamad daripada kerajaan sama ada untuk menghapuskan akta itu dan diganti dengan akta baharu atau meminda akta sedia ada," katanya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Batu. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. - BERNAMA

PERKARA PELIK TENTANG RUU HARMONI YANG NAJIB SEDANG BUAT
Ini merupakan tamparan kepada Najib yang mengarahkan agar RUU Harmoni digubal oleh Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar (JUU&D), yang ditubuhkan oleh Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) 
Pengerusi JUU&D adalah YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar
Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad telah membangkitkan perkara pelik yang dilakukan oleh Najib, Bapa Pemansuhan Akta ini sebelum ini.
Tun Abduk Hamid menyatakan ada beberapa perkara yang sangat menghairankan saya mengenai usaha menggubal RUU Harmoni untuk menggantikan Akta Hasutan itu. 

Pertama, Akta Hasutan terletak di bawah portfolio Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang Menterinya ialah Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Sepatutnya, semua perkara yang berkenaan dengan akta itu, sama ada hendak memindanya atau memansuhkannya, hendaklah datangnya daripada kementerian itu. Ini penting bukan sahaja kerana akta itu terletak di bawah kementerian itu, tetapi kerana kementerian itu mempunyai maklumat-maklumat, termasuk maklumat rahsia, mengenai ketenteraman negara yang akan menentukan dasar mengenainya.


Soalan saya: Mengapa dalam hal ini tugas itu diambil alih oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang menterinya Tan Sri Joseph Kurup yang nampaknya bekerjasama dengan Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri? Adakah satu "rampasan" (highjacking) berlaku di sini?

Mengikut prosedur biasa, penetapan dasar dilakukan oleh kementerian berkenaan sebelum ia diputuskan oleh Kabinet. 
Dalam hal ini, penentuan dasar, sekurang- kurangnya di peringkat permulaan, diserahkan kepada Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar (JUU&D), yang ditubuhkan oleh Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) yang di tubuh pula oleh JPNIN. Pengerusi JUU&D adalah YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya adalah Lim Chee Wee, mantan Presiden Majlis Peguam. 
Kita semua tahu bahawa Majlis Peguam adalah penyokong kuat parti-parti pembangkang terutama sekali DAP dan PKR. Adakah ini "rampasan" (highjaking) yang kedua?
Mengikut prosedur biasa juga, setelah dasar ditentukan oleh kementerian berkenaan, penggubalan dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara. Dalam hal ini, penggubalan dilakukan oleh Majlis Peguam. Adakah ini "rampasan" (highjaking) yang ketiga?

Disebabkan oleh kesuntukan masa, untuk tujuan wacana ini, memadailah jika saya memberi dua misalan mengenai isi kandungan RUU Harmoni kata Tun.

Pertama, rang undang-undang itu menekankan peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 2(i) National Harmony and Reconciliation Bill mengatakan bahawa tujuan rang undang-undang itu adalah:
"2(i) To give effect to the letter and spirit of the Federal Constitution, in particular Article 8."

"Untuk memberi kesan kepada apa yang tertulis dan semangat Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara 8." – (Terjemahan saya.) Apa kata Perkara 8? Perkara 8(1) memperuntukkan:

"8. (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang- undang."

Itulah yang mereka mahu mahkamah memberi keutamaan dalam mentafsir atau memakai (interpretation or application) undang-undang itu jika ada kes.

Sepanjang ingatan saya, saya belum penah temui satu akta yang memperuntukkan bahawa sesuatu perkara dalam Perlembagaan itu kena diberi perhatian yang lebih daripada yang lain-lain. Dari situ kita dapat lihat tujuan mereka yang tersirat.

Kedua, nampaknya matlamat utama penggubal RUU Harmoni adalah untuk memansuhkan Akta Hasutan.Seksyen 8(1), Draft Racial and Religious Hate Crimes Bill memperuntukkan:

"8(1) The Sedition Act 1948 [Act No. 15] is repealed."

Siapakah yang membuat tuntutan supaya Akta Hasutan dimansuhkan? Tidakkah apa yang hendak dilakukan itu untuk memenuhi kehendak mereka?

Patutkah Akta Hasutan dimansuhkan? Jawapan saya: tidak. 
Patutkah ia dipinda? Jawapan saya: Ya. 
Apakah pindaan yang perlu dibuat? Jawapan saya: Masukkan Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Malaysia (agama Islam) ke dalam seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan. Sekarang menghasut terhadap kedudukan agama Islam bukanlah satu kesalahan di bawah Akta Hasutan. Mungkin kerana itu, mereka sangat berani. Semua orang Islam, sama ada dalam UMNO, PAS, PKR, NGO dan individu hendaklah bersatu dalam hal ini.

Kedua, pada pandangan saya, adalah lebih baik bagi kerajaan kiranya kesalahan menghasut terhadap kerajaan dimansuhkan. Maksud saya hanya mengenai kerajaan tetapi terhadap Raja mestilah dikekalkan. Ini lebih demokratik, lebih telus dan lebih terbuka. Hari ini pun, walaupun larangan itu ada, setakat yang saya tahu, kerajaan tidak pernah mengambil tindakan terhadap orang yang mengkritiknya kerana itu sebahagian daripada proses demokrasi. Untuk apa dikekalkan peruntukan itu?

Pada pandangan saya, itulah pendirian yang semua orang Islam, parti politik Islam dan NGO Islam, patut ambil.

TG Haron Din Sokong TG Haji Hadi, Wan Azizah TIDAK LAYAK Jadi MB

Posted: 06 Sep 2014 02:59 PM PDT


Bagai memerah limau ke luka PKR, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din malam Sabtu mengesahkan kenyataan Presiden PAS bahawa Datin Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail tidak disokong oleh parti itu menjadi Menteri Besar Selangor kerana masalah kelayakan.
Sambil menegaskan badan tertinggi pembuat keputusan PAS, Majlis Syura ulamak menyokong penuh kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan Wan Azizah.
Menurutnya, kenyataan Hadi itu selari dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura dalam mencalonkan mereka yang layak mentadbir negeri Selangor.
"Itulah penilaian dan pandangan (yang dibuat) Majlis Syura sebelum ini.
"Kalau dia (Wan Azizah) cukup kelayakan sudah tentulah dari awal lagi Majlis Syura sokong tanpa sebarang masalah,"katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan forum perdana yang membariskan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, MP Temerloh Nasruddin Hassan, dan Ketua Dewan Ulama Wilayah Persekutuan Ustaz Riduan Md Nor di perkarangan Dataran Surau An Nur Seksyen 3 Bangi.
Mengikut jadual asalnya, beliau bersama Abdul Hadi sepatutnya berucap dalam acara tersebut, namun atas sebab yang tidak diketahui kedua-duanya tidak berucap.
Mengulas lanjut mengenai penolakan terhadap Wan Azizah, kata Harun dalam Islam memanglah bukan gender itu menjadi halangan tetapi kemampuan memikul amanah.
"Islam melihat amanah orang.. dari fizikalnya mampu, berpengalaman dan sejarah latar belakang.
"Itu dilihat apa yang diputuskan Majlis Syura dan melihat ada orang lain lebih baik daripada Wan Azizah," katanya.
Bagaimanapun, PAS meletakkan pemilihan pada perkenan Sultan Selangor pada akhirnya termasuk jika baginda memilih Wan Azizah.
"Sultan lihat Wan Azizah boleh, dia lantik kalau tidak dia akan ambil orang lain," katanya.
Menurutnya, apa yang sedang berlaku di Selangor sekarang (krisis pemilihan MB) adalah perkara biasa berlaku dalam mana-mana sistem politik terutama di Malaysia kerana banyak parti bertanding.
"Banyak pihak mahu tempat paling tinggi iaitu MB maka selalu dan acap kali berlaku pertembungan. Pertembungan ini sebenarnya bukanlah dirancang tetapi berlaku kerana keadaan menuntut demikian," kata Haron.
Abdul Hadi dalam satu majlis di Marang Terengganu pada Jumaat menjelaskan sebab Wan Azizah tak disokong oleh PAS sebagai MB beliau tidak mampu mentadbir.
"Perlantikan perempuan sebagai Menteri Besar, adakah sebab ini. Dia nak lantik pemimpin ini banyak syarat-syarat dia.
"Antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan, ada kebolehan, kelayakannya untuk jadi pemimpin.
"Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan untuk jawab soalan di Parlimen, untuk soal di Parlimen, soal dalam Dewan Negeri, nak berdialog dengan lawan dalam Dewan Negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin? Ini tak boleh.
"Jadi syarat-syarat ni dah dok lepas, bila tak lepas syarat ni maka tak boleh jadi pemimpin, bukan dengan sebab perempuan dengan sebab lelaki.
"Jadi, yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor tu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu.
"Tak boleh, tak mampu untuk mengendalikan pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga Negeri Selangor. Itu yang sebenarnya. Bukan dengan sebab dia perempuan," katanya.
Wan Azizah tidak aktif dalam politik sungguhpun memegang jawatan Presiden PKR sejak 2008.
Bagaimanapun beliau tiba-tiba dinamakan sebagai calon PKR DUN Kajang selepas suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak bertanding selepas dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kes liwat bekas pembantunya Mohd Saiful Azlan Bukhari.
Sungguhpun hukuman tersebut ditangguhkan, namun secara undang-undangnya, beliau hilang kelayakan untuk menjadi calon pilihanraya.
Azizah kemudiannya dinamakan sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim oleh Anwar pada 22 Julai lalu.
Bagaimanapun Majlis Syura PAS menolak keputusan itu dan mahu mengekalkan Abdul Khalid sebagai MB.
PKR kemudiannya memecat Abdul Khalid dan 'mencuri' dua ADUN PAS untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah.
Mesyuarat jawatankuasa PAS pusat pada 17 Ogos lalu turut menetapkan nama presiden PKR itu, serta nama timbalannya Azmin Ali sebagai calon untuk dikemukakan kepada Sultan Selangor.
Bagaimanapun, difahamkan Abdul Hadi menggunakan kuasanya sebagai Presiden PAS untuk mengemukakan senarai berbeza yang tidak mengandungi nama Wan Azizah dan Azmin untuk dikemukakan kepada Istana Selangor 3 September lalu-7/9/2014- Agenda daily

(MANSUH NAJIB vs MANSUH AKTA HASUTAN) Perlu perkenan Majlis Raja Raja Melayu jika akta itu mahu dihapuskan

Posted: 06 Sep 2014 09:15 AM PDT


NAJIB, ARE YOU FREAKING SERIOUS?

PM mansuhkan ISA digantikan dengan SOSMA. Dengan SOSMA adakah negara kita makin aman damai? 

Persenda Lagu Negaraku boleh bebas hingga kini, siap boleh buat klip video dengan KJ lagi. 

Yang tunjuk jari tengah pada Permaisuri Agong boleh pula settle dengan minta maaf dan diberi alasan sakit jiwa. 

PM juga mansuhkan ORDINAN DARURAT. 

Sekarang PM mengulangi "janji" untuk hapuskan AKTA HASUTAN yang selama ini menjadi benteng perundangan dan penguatkuasaan untuk menjaga KEDAULATAN ISLAM & KETUANAN MELAYU di negara ultra majmuk ini. 

Saya terfikir, kepada siapa PM kita buat janji untuk mansuh itu dan ini? 

Kepada warga UMNO yang menyokongnya kah? Atau kepada pembangkang yang direstui USA-ZIONIST? 

Adakah PM kita diugut oleh NEW WORLD ORDER? 

Sekarang KPN pun setuju jika ada usul di parlimen untuk hidupkan kembali ISA. Maknanya SOSMA tidak se-bagus ISA lah tu. 

Saya tidak yakin AKTA HARMONI yang akan menggantikan AKTA HASUTAN itu nanti boleh membantu tugas PDRM dan Peguam Negara mengawal keharmonian negara dengan lebih cekap. - Faiz Na'aman

Kata dua daripada Melayu Islam dan Bumiputera, Mansuhkan NAJIB daripada Jawatan Perdana Menteri atau Mansuhkan Akta Hasutan. 

Notis kepada Perdana Menteri Malaysia dan Peguam negara Malaysia 

Artikel 159(5) Perlembagaan Persekutuan 

Akta hasutan tidak boleh dipinda dimansuhkan tanpa perkenaan Majlis Raja Raja Melayu 

INI peruntukkan Perlembagaan dan akta hasutan melindungi 9 perkara dibawah .

Sokongan majoriti ⅔ ahli Parlimen dan perkenan Majlis Raja-Raja

1. Kedudukan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak;

2. Kepentingan sah kaum lain;

3. Hak-hak dan kedaulatan Raja-raja Melayu;

4. Tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja;

5. Hal ehwal agama Islam;

6. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan;

7. Kewarganegaraan;

8. Keistimewaan Parlimen;

9. Perubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia

Ahmad Shuaib Ismail Original 6914
LLB Hons Law UKM . DSLA Uitm Syariah Law 

Cc. Perdana Menteri Malaysia 

Cc. Peguam Negara

Kenyataan media berhubung kadar tol baharu Tambak Johor yang tersebar adalah palsu

Posted: 06 Sep 2014 06:43 AM PDT


KUALA LUMPUR: Satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) berhubung cadangan kadar tol baru Tambak Johor adalah didapati palsu.

Kenyataan media yang menggunakan logo dan kepala surat LTA itu mula tersebar luas melalui laman sosial media sejak semalam dan diberitakan dihantar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kenyataan palsu itu turut menyenaraikan kadar tol baharu yang akan melibatkan pengguna tol Tambak Johor berkuatkuasa 15 September ini.

Jurucakap dari LTA hari ini mengesahkan pihak berkuasa itu tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar berhubung harga tol baru Tambak Johor seperti yang disebarkan.

Buat masa ini, tiada sebarang kenyataan berhubung kadar tol baharu akan dikeluarkan oleh LTA.

Dalam laporan awal menyebut bahawa kerajaan Singapura akan menyesuaikan pelaksanaan tol baharu dan kenaikan kadar tol Tambak Johor dalam masa terdekat.

Sebuah akhbar Inggeris melaporkan yang kerajaan Singapura sedang menyiasat perkara itu.

(PAK IMAM BALACI KAFIR DAP) Khatib Jumaat kritik polis dalam isu PPS di siasat Hasil Laporan Polis oleh Ahli Pas

Posted: 06 Sep 2014 04:37 AM PDT


GEORGE TOWN: Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang khatib yang didakwa mengkritik polis berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) menerusi khutbah Jumaat di Masjid Acheh Kebun Lama di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata individu berkenaan akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

"Setakat ini polis terima satu laporan daripada seorang lelaki yang mengaku ahli biasa PAS petang semalam," katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Laporan lelaki itu yang turut menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan mendakwa khatib terbabit menyatakan sokongan terhadap PPS dan mengkritik kerajaan pusat dalam menangani isu pasukan itu.

Ahad lepas polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...