CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(MANSUH AKTA HASUTAN) Najib U-Turn Setelah Takut Orang Melayu MANSUHKAN Jawatan PM untuknya

Posted: 08 Sep 2014 12:48 AM PDT


Sejak akhir-akhir ini TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan tegas mengingatkan agar Kerajaan tidak memansuhkan Akta Hasutan. Beliau juga mengingatkan agar tidak terpengaruh dengan draf RUU Harmoni yang digubal oleh Majlis Peguam yang dikatakan akan menggantikan Akta Hasutan setelah dimansuhkan. 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim juga menyatakan majoriti Bahagian-Bahagian UMNO di seluruh negara TIDAK bersetuju Akta Hasutan dimansuhkan. 
Hari ini, Perdana Menteri yang Memansuhkan ISA, Datuk Seri Najib Razak berkata kumpulan pertubuhan yang mewakili masyarakat Melayu adalah kumpulan yang paling banyak bersuara berhubung polemik melibatkan Akta Hasutan.
Najib yang sebelum ini mengulangi janji untuk memansuhkan Akta Hasutan telah membuat u-turn dan berkata, Putrajaya seharusnya memahami isu yang menyebabkan kumpulan itu bersuara kerana ia turut menyentuh Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, hak orang Melayu dan institusi beraja di negara ini.
"Sebagai kerajaan kita tidak akan melakukan sesuatu yang menyebabkan suasana tidak tenteram dalam negara. Sebab itu dalam polemik sama ada kita mahu Akta Keharmonian atau kekalkan Akta Hasutan, kita mesti lakukan dalam proses yang rasional. Kalau hendak ubah satu akta itu, akta baharu mesti lebih baik daripada akta sedia ada.

Dalam hal ini kita akan berunding dengan semua pihak berkepentingan, tentu sekali yang paling bersuara ialah kumpulan mewakili orang Melayu, kita mesti faham kenapa mereka suarakan dan apakah isu mereka, soal Islam, Raja Melayu, Peruntukan 153, ini semua kita mesti faham," katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kerajaan perlu membuat keputusan secara rasional sama ada mahu mengekal atau memansuhkan Akta Hasutan 1948 kerana tindakan itu seharusnya tidak memberikan kesan kepada mana-mana komuniti di negara ini.
"Kalau sekiranya kita ambil keputusan, keputusan itu tidak menyebabkan orang Melayu atau bukan Melayu merasa bimbang, kurang yakin, tergugat dan sebagainya.
"Proses ini mesti diuruskan dengan baik, supaya kesudahannya, apa juga keputusannya akan mencerminkan persekitaran yang lebih baik.
"Tidak wajar kita ambil langkah kalau tidak lebih baik," katanya.
Putrajaya sebelum ini dilihat begitu agresif mengambil tindakan terhadap beberapa individu menggunakan akta berkenaan, sedangkan Najib pada 2012 memberikan komitmen untuk memansuhkan akta itu.
Antara yang dikenakan tindakan termasuklah pemimpin politik Pakatan Rakyat (PR), ahli akademik dan juga wartawan.
Najib berkata, perkara itu perlu dijelaskannya sebelum situasi menjadi bertambah buruk.
"Ini mesti saya jelaskan sebelum jadi sesuatu tidak dapat kita kawal, kerajaan tidak akan buat sesuatu yang akan menyebabkan ketidakstabilan dan kemarahan mana-mana komuniti," katanya.
Beliau turut memberi jaminan, proses itu juga akan dibuat dengan cara berhemah dan dalam keadaan terkawal.
"Mudah-mudahan kesudahannya negara kita akan jadi harmoni," katanya. – 8 September, 2014.

Pas Selangor DUKACITA DAP & PKR Menentang Institusi Raja, Mohon Kedua-dua Parti itu AKUR Perintah Istana, Cukuplah, Mari Fikirkan Rakyat pula

Posted: 08 Sep 2014 12:10 AM PDT


SHAH ALAM - Titah Sultan Selangor yang dukacita dengan tindakan PKR dan DAP dalam merungkai kemelut jawatan menteri besar menyebabkan rakan sekutu perikatan itu memohon kedua-dua parti berkenaan akur kepada perintah istana.

"Pas Selangor ingin menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kemurkaan baginda tuanku Sultan Selangor atas kejadian yang telah berlaku.... kita tidak akan kemana-mana apabila menentang institusi Raja ini.
"Cukup la... mari kita fikir pulak masalah kebajikan rakyat yang dah lama tergendala," ujar setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Khairuddin, Pas Selangor yakin kemelut yang melanda ini boleh diselesaikan dan mengharap ianya dapat dirungkai segera.

"Lagi lama kemelut ini berlaku.. maka lagi susah rakyat kita," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita terhadap tindakan PKR dan DAP mengemukakan satu nama sahaja sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, tindakan kedua-dua parti itu disifatkan telah mengingkari titah Sultan Sharafuddin supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon menteri besar.
    
"Dimaklumkan bahawa D.Y.M.M Sultan Selangor telah menerima senarai nama calon menteri besar Selangor yang baharu daripada ketiga-tiga parti dalam PR seperti mana titah D.Y.M.M Sultan Selangor dalam surat bertarikh 27 Ogos 2014.

"Namun demikian hanya parti Pas yang akur dengan titah D.Y.M.M Sultan Selangor dengan menyenaraikan tiga nama calon Menteri Besar Selangor manakala DAP dan PKR masing-masing telah mengemukakan satu nama yang sama iaitu (Presiden PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Munir berkata, tindakan kedua-dua parti itu bukan sahaja menggambarkan kebiadapan mereka terhadap institusi beraja tetapi juga merupakan perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor.

Forum Anjuran PasMa Malam ini, Ahmad Awang & Husam Musa TARIK DIRI jadi Ahli PANEL

Posted: 07 Sep 2014 11:58 PM PDT


Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan meneruskan forum "PAS campur Umno: Ke Mana Hala Tuju" malam ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur, walaupun 2 ahli panel asalnya menarik diri.
Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad berkata berikutan kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyerang badan bukan kerajaan (NGO) itu, pihaknya akan menjelaskan fungsi dan barisan kepimpinannya kepada umum.
"PasMa juga akan menjawab semua tohmahan dan laporan songsang berkenaan badan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Forum itu pada awalnya dijadualkan menampilkan 3 ahli panel daripada pemimpin tertinggi PAS, iaitu bekas Ahli Majlis Syura PAS Ahmad Awang, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Bagaimanapun semalam dilaporkan PasMa berhasrat mahu menangguhkan majlis itu ekoran 2 daripada ahli panelnya tarik diri pada saat akhir.
Mohd Taib ketika dihubungi berkata, Husam menarik diri pada saat akhir tanpa memberikan sebarang alasan, manakala Ahmad berada di luar negara.
"Kita akan teruskan forum. Mereka akan digantikan dengan Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi dan seorang ahli akademik.
"Manakala Mujahid akan hadir sebagai ahli panel," katanya kepada The Malaysian Insider.
Tuan Ibrahim semalam melarang ahlinya menyertai PasMa atas alasan dalam PAS itu sendiri sudah mempunyai lajnah kebajikan.
"Kita teliti NGO tersebut dan setakat ini kita tahu pendaftaran adalah bagi tujuan kebajikan bukan parti politik.
"Tetapi tidak ada keperluan ahli PAS untuk sertai PasMa kerana kita sendiri pun ada lajnah kebajikan sendiri," katanya kepada pemberita selepas program Ijtimak PAS Selangor 2014 di Serdang Selangor.
Beliau juga menolak persepsi PasMa dilihat sebagai alternatif PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).
Katanya isu alternatif tersebut bukan perkara baru dalam sejarah parti Islam seperti Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim).
"Tidak mungkin, isu ini bukan perkara baru dulu pun ada isu penubuhan Berjasa dan Hamim. Ini kerana PasMa mendapat liputan meluas sebab itu ia tersebar dengan cepat," katanya.
Katanya, PasMa jiga tidak akan mampu bertahan lama jika penubuhannya kononnya dapat menggantikan peranan PAS dalam PR.
"Kalau kata hendak tubuh parti sebab tidak puas hati dengan satu isu saya fikir parti itu tidak akan jadi progresif, parti perlu ada satu agenda besar.
"Meskipun itu hak mereka namun Malaysia berasaskan sistem 2 parti daripada segi ruang politik susah hendak bertahan dan saya yakin ahli PAS tetap istiqamah dengan perjuangan parti ini," katanya. – 8 September, 2014

Adun Pas Jadi MB? Tiga exco PAS dipanggil mengadap Sultan Selangor, kata sumber

Posted: 07 Sep 2014 09:18 PM PDT


Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor daripada PAS dipanggil mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mulai hari ini, esok dan lusa secara bergilir-gilir, bermula dengan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad hari ini, kata sumber.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, esok Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak Sallehen Mukhyi pula akan mengadap Sultan Selangor manakala Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dijangka mengadap baginda pada Rabu.
Difahamkan, Sultan Selangor mahu bertemu ketiga-tiga Adun PAS ini berhubung kekecohan berhubung pelantikan menteri besar baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ketiga-tiga exco dari PAS itu dinamakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon menteri besar Selangor dalam surat pertamanya kepada istana yang dihantar pada 2 September lalu.


Bagaimanapun, selepas berlaku sedikit kekecohan dalaman PAS,  Hadi menghantar surat kedua kepada Sultan Selangor pada 3 September dan menamakan 2 Adun PKR dan seorang daripada PAS.
Difahamkan, nama calon dihantar Hadi dalam surat keduanya adalah Adun Ijok Dr Idris Ahmad (PKR), Adun Kota Anggerik Yaakob Sapari (PKR) dan Adun Cempaka Iskandar.
Semalam Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata parti Islam itu akan menolak sekiranya Sultan Selangor melantik seseorang daripada Adun mereka untuk menjadi menteri besar.
Ketika mengulas tindakan menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pula berkata, ia tidak akan menjadi isu.
"Nama tak apa...Tuanku cuma minta cadangan. Nama tak jadi persoalan," kata Mustafa ketika  mengulas kedudukan pencalonan Adun PAS itu.
Mustafa berkata, mesyuarat semalam juga mengesahkan jawatan menteri besar Selangor adalah hak PKR.
"PAS bersetuju jawatan menteri besar Selangor adalah untuk PKR," kata Mustafa pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat berlangsung lebih 5 jam. – 8 September, 2014. TMI

(KENYATAAN AKHBAR) DAP, Keadilan biadap dan derhaka, hanya calonkan satu nama - Istana

Posted: 07 Sep 2014 11:29 PM PDT




KUALA LUMPUR: Tindakan parti DAP and Keadilan mengemukakan hanya satu nama yang sama iaitu Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggambarkan kebiadapan dan keengkaran kepada institusi Raja.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menerima senarai nama calon Menteri Besar Selangor dari ketiga-tiga parti di dalam parti Pakatan Rakyat sepertimana titah Sultan di dalam surat bertarikh 27 Ogos.

Buat masa ini, hanya parti PAS yang akur dengan titah Sultan Selangor dengan menyenaraikan tiga nama calon MB.

Titah Sultan Selangor mengemukakan senarai lebih dari dua orang calon Menteri Besar Selangor adalah satu konvensi yang dilaksanakan oleh Sultan.

Tindakan ini membolehkan Sultan membuat pilihan terhadap bakal Menteri Besar dengan melihat bukan sahaja sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri malah dari segi kemahiran, pengalaman, integiri dan kebolehan seseorang ADUN tersebut

Kenyataan itu turut memetik ciri-ciri bagi menjamin perjalanan pentadbiran negeri Selangor agar berjalan dengan baik dan lancar demi keharmonian rakyat negeri Selangor.

Sultan Selangor berkeyakinan bahawa terdapat ramai calon di dalam parti Pakatan Rakyat yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi seperti yang disebutkan tadi bagi kerajaan Selangor.

Dengan penerimaan senarai calon-calon yang telah diterima Sultan Selangor akan meneliti senarai calon-calon berkenaan dan mengambil kira segala aspek di dalam menilai setiap calon sebelum sebarang keputusan dibuat.

Di dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik Menteri Besar Selangor terletak pada budi bicara Sultan Selangor.

Penelitian nama-nama ADUN yang lain dari PR yang berkelayakan dan pada fikiran Sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri

Bantah Mansuhkan Bhg Pinjaman Perumahan BPP untuk Kakitangan Awam

Posted: 07 Sep 2014 07:16 PM PDT


Admin terdengar khabar yang kurang enak, iaitu berita cadangan pemansuhan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) untuk kakitangan awam

Majoriti penjawat awam adalah orang Melayu. Pendapatan kakitangan awam tidaklah begitu lumayan berbanding pekerja swasta

Sejak berzaman, kakitangan kerajaan diberikan pelbagai kemudahan sebagai balasan pengorbanan mereka, Pinjaman Perumahan adalah salah satunya

Agak gusar setelah melihat satu per satu akta penting dihapuskan termasuk ISA, EO, dan terbaru ura-ura pemansuhan Akta Hasutan

Berita cadangan pemansuhan BPP amatlah tidak wajar, dan dilihat seperti akan meruncingkan lagi masalah kos sara hidup dan harga rumah yang melambung tinggi

Umum mengetahui kadar faedah BPP adalah lebih rendah berbanding pinjaman konvensional di Bank swasta

Secara tersirat, sebenarnya BPP adalah antara keistimewaan orang Melayu kerana terlampau ramai staf kerajaan berbangsa Melayu

Jika BPP dilupuskan, maka hilanglah satu lagi hak istimewa orang Melayu

Siapa yang untung? Fikir-fikirkanlah

"Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda..

..Bumi dipijak milik orang"

Jangan sampai Melayu merempat di bumi sendiri

- fb Kelab Che Det



PARIT BUNTAR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membantah sekeras-kerasnya sebarang usaha memansuhkan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia.

Presidennya, Azih Muda berkata, sejak kebelakangan ini, terdapat ura-ura mengatakan Kementerian Kewangan sedang mempertimbangkan cadangan memansuhkan satu jabatan di bawahnya untuk digantikan dengan satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau institusi kewangan bagi menguruskan pinjaman perumahan melibatkan penjawat awam.

Menurutnya, sekiranya cadangan itu diluluskan, Cuepacs berpandangan, ia satu malapetaka kepada 1.5 juta penjawat awam di seluruh negara memandangkan Bahagian Pinjaman Perumahan merupakan satu-satunya entiti menjaga kebajikan penjawat awam dalam soal pemerolehan pinjaman perumahan.

"Sekiranya satu entiti lain ditubuhkan, penjawat awam tidak lagi mendapat pelbagai kemudahan khas untuk membeli rumah, sebaliknya fungsi entiti itu pastinya tidak ubah seperti institusi kewangan lain seperti bank.

"Cuepacs turut bimbang penubuhan institusi baharu yang dijangka berfungsi seakan-akan bank ini akan meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) pembelian rumah mengikut keadaan ekonomi semasa dan akhirnya bebankan penjawat awam.

"Sekiranya Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia hendak dimansuhkan sekalipun, entiti yang menggantikan fungsinya mestilah merupakan sebuah entiti kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan," katanya ketika sidang media Majlis Sepetang Bersama Presiden Cuepacs anjuran Majlis Daerah Kerian (MDK) di Dewan Merdeka, di sini kelmarin.

Azih berkata, Cuepacs turut berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil perhatian serius terhadap perkara ini, lebih-lebih lagi di saat negara dilanda kemelut peningkatan mendadak harga hartanah yang terlalu mahal dan di luar kemampuan majoriti penjawat awam.

Selain itu, Azih turut kesal kerana Cuepacs tidak pernah dipanggil  dalam membincangkan soal penutupan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia yang semakin kuat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

"Saya turut difahamkan pengumuman mengenai cadangan penutupan jabatan itu akan dibuat Perdana Menteri pada bila-bila masa dan perkara ini amat menggusarkan Cuepacs.

"Sekiranya ura-ura itu benar, kami tidak akan teragak-agak mengajak semua ahli mengadakan perhimpunan besar-besaran bantah pemansuhan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia," katanya.

Azih berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan motif sebenar pemansuhan jabatan itu adalah semata-mata untuk membolehkan sebuah GLC ditubuhkan dan pemimpin tertentu dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan menerima gaji ratusan ribu sebulan.

Menurutnya, sepanjang Bahagian Pinjaman Perumahan  ditubuhkan sejak 50 tahun lalu, ramai penjawat awam menerima manfaat dan mampu memiliki rumah sendiri.

"Jangan hanya hendak penuhi kepentingan peribadi, kepentingan 1.5 juta penjawat awam yang menjadi tulang belakang kerajaan selama ini diabaikan begitu sahaja. Alasan jabatan itu ada terlalu ramai kakitangan untuk dijadikan modal pemansuhan tidak masuk akal dan Cuepacs akan tentang cadangan itu habis-habisan," katanya?

Ahmad Awang TERKEJUT Nama dikaitkan Menjadi Mursyidul Am PasMa, Dr Hatta Ramli & Mohd Nasir Turut MENAFIKAN Terlibat dalam PasMa

Posted: 07 Sep 2014 05:49 PM PDT


IPOH – Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terkejut apabila nama beliau disenarai sebagai 'Mursyidul Am' Pasma.

Malah menurutnya, dia memang tidak tahu mengenai pertubuhan berkenaan yang kini menjadi 'viral' di laman-laman sosial.

"Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu forum di Shah Alam esok (8 September) bersama ahli panel, (Datuk) Husam Musa dan Dr Mujahid (Yusof Rawa). Tetapi lokasi forum berkenaan difahamkan telah berubah ke Dewan Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli menafikan penglibatan beliau dalam penubuhan Pasma.

"Terima kasihlah lantik saya. Besar jawatan tu, timbalan presiden lagi.  Kalau nak letak sangat letaklah mursyidul am terus," katanya secara berseloroh.

Ditanya adakah beliau sudah mengetahui akan penubuhan itu sebelum ini kerana namanya disebut antara orang yang membantu membentuk NGO itu, Ahli Parlimen Kuala Krai itu berkata, beliau mengetahui penubuhan Pasma melalui penyebaran sijil daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang diterima melalui aplikasi WhatApps.

"Saya tiada kaitan. Isu ini tidak jejaskan saya dan saya yakin orang tidak percaya," katanya.

Ketua Pemuda Pas Kedah, Mohd Nasir Zakaria pula kesal apabila namanya dikaitkan dengan Pasma.

Mohd Nasir berkata sehingga semalam, beliau tidak menerima surat tawaran menganggotai mana-mana pertubuhan seperti didakwa.

"Saya juga tidak tahu siapa presiden Pasma termasuk AJK, malah saya juga tidak tahu matlamat penubuhan atau dasar perjuangannya," katanya.


BERIKUT IALAH CARTA ORGANISASI PASMA, SUATU KELOMPOK PARASIT ANWARINAS DALAM PAS YANG ANTI PERPADUAN DENGAN UMNO YANG MENJADI VIRAL DI MEDIA SOSIAL:

Struktur Organisasi Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sessi 2014/16.

Mursyid Am Pasma : Ust Hj Ahmad Awang (Perak)

Timb Mursyid Am Pasma : Ust Muhammad Husin (Kel)

Presiden Pasma : Yb Dato' Husam Musa (Kel)

Timb. Presiden Pasma : Dr Hatta Ramli (Sel)

Naib Presiden Pasma : Dr Dzulkifli Ahmad (Sel)

Naib Presiden Pasma : Dr Mujahid Yusuf Rawa (Png) (disayangi Kristian )

Naib Presiden Pasma : Yb Khalid Samad (Sel) (disayangi Kristian )

Ketua Pemuda : Sheikh Omar (Joh)

Ketua Muslimat : Aiman Athirah (Sabah)

Ketua Ulamak : Ust Mohamad Nor (Mel)

AJK Pasma :

Nordin Majid (PGS - Phg)
Dato Wan Rahim (Kel)
Ust Taib Ahmad (Ked)
Ust Nasir Zakaria (Ked)
Ust Fuad Othman (N9)
Hanipa Maiden (Sel)
Syed Azman (Trg)
Mohamad Sabu (Png) .....turun pangkat agaknya����
Ust Dzulqarnain (Per)
Sayuthi Basirun (Sel)
Abd Fatah Harun (Kel)

AJK Tambahan :

Rahman Talib 
Hazmi Hassan
Sayuthi Omar
Hisyamudin Ghazali

Diterbitkan oleh Urusetia Penerangan Pasma. Pustaka Az Zahra' Kota Bharu Kelantan.

PAS larang ahlinya sertai PasMA

Posted: 07 Sep 2014 06:05 AM PDT


Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ahli PAS tidak dibenarkan menyertai NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kecuali mereka keluar dari parti Islam itu.

Dalam nada yang tegas, beliau berkata tidak ada keperluan untuk menyertai PasMa walaupun ia hanya bertaraf NGO dan bukan parti politik.

"Mereka tak boleh sebab mereka ahli (PAS), kecuali mereka keluar dari parti.

"Setahu saya PasMa (adalah) NGO kebajikan bukan sebuah parti politik.

"Tidak ada keperluan sebab dalam pas ada lajnah kebajikan dan boleh aktif (dalam lajnah itu)," kata beliau kepada wartawan selepas Ijtimak PAS Selangor di Seri Kembangan hari ini.

PasMa mula mendapat perhatian sejak beberapa hari lalu sejak timbulnya spekulasi bahawa satu kumpulan dalam PAS merancang menubuhkan parti baru untuk menggantikan PAS.

Laporan yang timbul setakat ini menyebut, terdapat rancangan untuk menukar NGO tersebut menjadi satu parti baru.


Pengerusinya yang juga pemimpin PAS, Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, NGO berkenaan tidak berniat menggulingkan kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama serta tidak merancang untuk diperkembang menjadi parti politik untuk menggantikan PAS.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa PasMa mungkin menjadi platform bagi menubuhkan parti serpihan PAS.

Tuan Ibrahim bagaimanapun menyatakan PasMa tidak penting tetapi mampu mendapat sokongan dalam era media baru masa kini.

"Saya ingat ia tidak penting. namun memandangkan kita dalam era media baru dan terbuka, ia akan tersebar dengan cepat," kata beliau.

'Awas musuh dalaman'

Sementara itu Tuan Ibrahim diminta menjelaskan mengenai ucapan beliau dalam majlis penutup Ijtimak PAS Selangor hari ini memberi amaran ahli PAS agar tidak menyebarkan suara "musuh dalam parti".

Bagaimanapun beliau enggan mengulas mengenai siapa yang disebut musuh itu tetapi menyatakan semua pihak yang mahu memporak-porandakan parti.

"Di antara perkara yang kena jaga adalah jangan menyebarkan pandangan musuh dalam parti kita. Ia boleh menimbulkan polemik.

"Jadi semua berita kena tapis dan teliti sebelum sebarkannya supaya kita tidak memporak-perandakan keadaan yang tidak harmoni dalam parti," kata beliau.

PAS kini dikaitkan dengan cubaan golongan yang mahu PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan bergabung dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

-MK
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...