CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(AKTA HASUTAN PERLU DIPERKETATKAN bukan DIMANSUHKAN) Derhaka kepada Sultan bukan kesalahan jenayah, kata Aziz Bari

Posted: 08 Sep 2014 07:24 PM PDT


Tindakan PKR dan DAP menghantar 1 nama iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun dimurkai Sultan Selangor, kata Abdul Aziz Bari.
Aziz berkata undang-undang di Malaysia tidak menyifatkan derhaka kepada Sultan sebagai satu kesalahan jenayah dan ia tidak seperti yang ditetapkan di negara jiran Thailand.
"Setahu saya tidak ada undang-undang di Malaysia ini yang menjenayahkan apa yang dikatakan derhaka. Derhaka bukan satu kesalahan sebenarnya.
Tidak seperti di Thailand ianya satu kesalahan. Sesiapa yang dianggap biadap kepada raja boleh dihukum dan sebagainya. Itu undang-undang mereka tetapi di sini tidak ada.
"Itu hak 'pihak' berkenaan menderhakakan sesiapa jadi katak atau apa," katanya ketika berucap di forum PAS Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur malam tadi.
Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahan baginda supaya mengemukakan lebih 2 nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pada masa sama, Sultan Selangor juga tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.
"Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor," titah Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan setiausaha sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani.

(GUBAL RUU HARMONI)(Rahman Dahlan TIDAK SETUJU)Saifuddin RAMPAS KUASA Kabinet Malaysia, Kegilaan Apa Sedang Berlaku

Posted: 08 Sep 2014 04:52 PM PDT


Saya kurang bersetuju dengan sahabat saya Datuk Saifuddin Abdullah, Pengerusi Global Movement of Moderates yang dipetik berkata bahawa rang undang undang Harmoni Nasional yang ditulis oleh Majlis Konsultatif Perpaduan Negara dan dibantu oleh Majlis Peguam Malaysia, bakal menganti Akta Hasutan. Beliau dan Majlis Peguam Malaysia juga didapati telah mendedahkan kandungan deraf itu kepada umum.

Pertamanya, Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam serta NUCC tidak pernah diberi mandat oleh kerajaan untuk mengumumkan kandungan deraf itu kepada umum. Mereka hanya diberi mandat untuk mendengar dan membincangkan cadangan-cadangan dan buah fikiran pihak-pihak yang berkepentingan dalam perbincangan tertutup dan selepas itu, mereka dikehendaki untuk menyerahkan rumusan mereka kepada pihak kerajaan untuk diteliti, diperhalusi dan dibincang.

Adalah salah bagi mereka untuk mengatakan bahawa rang undang-undang yang ditulis oleh NUCC yang dibantu oleh Majis Peguam itu adalah dokumen rang undang-undang yang akan diangkat ke parlimen.

Kerajaan tidak akan berbuat begitu kerana kerajaan akan juga mendengar pandangan daripada pihak selain dari NUCC mengenai cadangan Akta Harmoni Nasional ini sebelum membuat keputusan rasmi.

Selepas itu barulah, pihak Peguam Negara akan menderaf rang undang-undang itu untuk diangkat ke mesyuarat kabinet dan selepas itu dibawa ke parlimen untuk dibahas dan diundi.

Yang keduanya, sebagai anggota jemaah menteri, saya boleh sahkan bahawa setakat artikel ini ditulis, rang undang-undang Harmoni Nasional belum lagi dibentang dalam mesyuarat kabinet. Oleh sebab itu. Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam serta NUCC tidak boleh membicarakan isi kandungan deraf rang undang-undang mereka itu di dalam media.

Itu tidak adil dan salah dari segi prosedur. Ia juga boleh mengelirukan rakyat dan boleh dianggap tidak beretika kerana mereka tidak mempunyai mandat untuk meluahkan isi kandungan cadangan mereka itu kepada umum melalui media massa.

Saya amat berharap agar Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam berhenti untuk merujuk kononnya cadangan mereka itu sebagai dokumen terakhir yang akan diangkat ke parlimen. Yang akan menentukan bentuk terakhir dokumen rang undang-undang itu ialah jemaah menteri. Datuk Saifuddin dan Majlis Peguam tidak boleh mendahului kabinet Malaysia.

Terima kasih.


Sumber: fb

CG: Aku sudah tidak percaya sangat dengan kumpulan liberal dalam UMNO dan PAS. Kemungkinan mereka sedang mengalih isu daripada kebangkitan dan tentangan orang Melayu Islam yang berinspirasikan keberanian Tan Sri Muhyiddin bagi menghalang pemansuhan Akta Hasutan kepada isu penggubalan RUU Harmoni supaya rakyat membincangkan isu penggubalan RUU Harmoni dan bukan isu pemansuhan Akta Hasutan. 




Petikan ucapan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad pada Majlis Wacana Islam dan Cabaran Semasa sempena Majlis Berbuka Puasa NGO-NGO Islam.

NAJIB HENDAK MANSUH AKTA HASUTAN PULA

Selain daripada itu Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah juga mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 juga akan dimansuhkan.

Akta ini dibuat oleh British apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan untuk mengekang penentangan kepada pemerintahan British. Secara ringkas, ia mengandungi kesalahan-kesalahan kerana menghasut untuk membangkitkan kebencian dan tidak taat setia kepada Raja atau Kerajaan, menghasut rakyat untuk mendapat perubahan dengan cara yang tak sah, menghasut orang supaya benci kepada pentadbiran keadilan, menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Malaysia, mengembangkan perasaan permusuhan antara kaum. Seksyen 3(1)(f) memperuntukkan:

"…….mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181
Perlembagaan Persekutuan."

Bahagian III adalah mengenai kewarganegaraan. Perkara 152 ialah mengenai Bahasa Kebangsaan. Perkara 153 adalah mengenai "perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu atau anak negeri Sabah dan Sarawak.

Peruntukan ini dimasukkan akibat peristiwa 13 Mei. Ringkasnya, ia menghalang sesiapa sahaja daripada mempersoalkan perkara-perkara yang disebutkan itu untuk mengelak daripada berulangnya peristiwa 13 Mei.

Bagi saya, perwujudan seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan itu adalah kemuncak kejayaan politik orang Melayu dan Tun Abdul Razak Bin Hussain. 

Maka kepada anaknya saya berseru: Janganlah mansuhkan apa yang ayah anda telah lakukan. Saya khuatir kiranya beliau tidak akan memaafkan anda kerananya.

RUU HARMONI HANYA HELAH MANSUHKAN AKTA HASUTAN

Bagaimana dengan RUU Harmoni yang JPNIN sedang buat itu?

Mereka mengaitkan Akta Hasutan dengan RUU Harmoni. RUU Harmoni akan menggantikan Akta Hasutan seperti mana SOSMA menggantikan ISA. Ertinya, mengikut mereka, untuk mencapai perpaduan dan harmoni ("perpaduan") Akta Hasutan perlulah dimansuhkan kerana ia menjadi penghalang perpaduan. 

Dalam kata-kata lain, berikan kebebasan kepada sesiapa sahaja untuk menghasut orang ramai supaya membenci Raja, menghapuskan sistem beraja, mempersoalkan kedudukan Bahasa Melayu sebagi Bahasa Kebangsaan, mempersoalkan hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan kerakyatan, perpaduan akan tercapai. 

Lojik apa ini? Ia samalah dengan lojik seorang yang berkata "Kalau mahu tebuan berada di dalam sarangnya, jolokkan sarangnya." Cubalah!

Maka kita perlu faham bahawa alasan bahawa Akta Hasutan perlu dimansuhkan demi untuk mencapai perpaduan itu tidak berasas langsung. Ia hanyalah helah untuk memansuhkan Akta Hasutan oleh orang-orang yang tidak sukakannya. Apatah lagi yang menggubalnya adalah Majlis Peguam. Itulah yang mereka mahu. Diberi peluang, terus mereka memanfaatkannya. Kita jangan terperangkap dengan helah seperti itu.

Apa untungnya orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak jika larangan- larangan mempersoalkan hak-hak yang diberi kepada mereka oleh Perkara 153 itu dihapuskan? Apakah untungnya orang Melayu jika hasutan mengenai kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dibenarkan? Yang untung hanyalah orang-orang yang tidak suka peruntukan-peruntukan itu. Tanpa Akta Hasutan mereka bebas menghasut orang ramai untuk menghapuskan pemerintahan Raja Berperlembagaan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, hak-hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Itu kita mesti faham.

PERKARA PELIK TENTANG RUU HARMONI, APA NAJIB SEDANG BUAT

Selain dari itu, ada beberapa perkara yang sangat menghairankan saya mengenai usaha menggubal RUU Harmoni untuk menggantikan Akta Hasutan itu. 

Pertama, Akta Hasutan terletak di bawah portfolio Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang Menterinya ialah Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Sepatutnya, semua perkara yang berkenaan dengan akta itu, sama ada hendak memindanya atau memansuhkannya, hendaklah datangnya daripada kementerian itu. Ini penting bukan sahaja kerana akta itu terletak di bawah kementerian itu, tetapi kerana kementerian itu mempunyai maklumat-maklumat, termasuk maklumat rahsia, mengenai ketenteraman negara yang akan menentukan dasar mengenainya.

Soalan saya: Mengapa dalam hal ini tugas itu diambil alih oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang menterinya Tan Sri Joseph Kurup yang nampaknya bekerjasama dengan Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri? Adakah satu "rampasan" (highjacking) berlaku di sini?

Mengikut prosedur biasa, penetapan dasar dilakukan oleh kementerian berkenaan sebelum ia diputuskan oleh Kabinet. Dalam hal ini, penentuan dasar, sekurang- kurangnya di peringkat permulaan, diserahkan kepada JUU&D yang ditubuhkan oleh MKPN yang di tubuh pula oleh JPNIN. Pengerusi JUU&D adalah YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya adalah Lim Chee Wee, mantan Presiden Majlis Peguam. Kita semua tahu bahawa Majlis Peguam adalah penyokong kuat parti-parti pembangkang terutama sekali DAP dan PKR. Adakah ini "rampasan" (highjaking) yang kedua?

Mengikut prosedur biasa juga, setelah dasar ditentukan oleh kementerian berkenaan, penggubalan dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara. Dalam hal ini, penggubalan dilakukan oleh Majlis Peguam. Adakah ini "rampasan" (highjaking) yang ketiga?

Disebabkan oleh kesuntukan masa, untuk tujuan wacana ini, memadailah jika saya memberi dua misalan mengenai isi kandungan RUU Harmoni.

Pertama, rang undang-undang itu menekankan peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 2(i) National Harmony and Reconciliation Bill mengatakan bahawa tujuan rang undang-undang itu adalah:
"2(i) To give effect to the letter and spirit of the Federal Constitution, in particular Article 8."

"Untuk memberi kesan kepada apa yang tertulis dan semangat Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara 8." – (Terjemahan saya.) Apa kata Perkara 8? Perkara 8(1) memperuntukkan:

"8. (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang- undang."

Itulah yang mereka mahu mahkamah memberi keutamaan dalam mentafsir atau memakai (interpretation or application) undang-undang itu jika ada kes.

Sepanjang ingatan saya, saya belum penah temui satu akta yang memperuntukkan bahawa sesuatu perkara dalam Perlembagaan itu kena diberi perhatian yang lebih daripada yang lain-lain. Dari situ kita dapat lihat tujuan mereka yang tersirat.

Kedua, nampaknya matlamat utama penggubal RUU Harmoni adalah untuk memansuhkan Akta Hasutan.Seksyen 8(1), Draft Racial and Religious Hate Crimes Bill memperuntukkan:

"8(1) The Sedition Act 1948 [Act No. 15] is repealed."

Siapakah yang membuat tuntutan supaya Akta Hasutan dimansuhkan? Tidakkah apa yang hendak dilakukan itu untuk memenuhi kehendak mereka?

Patutkah Akta Hasutan dimansuhkan? Jawapan saya: tidak. Patutkah ia dipinda? Jawapan saya: Ya. Apakah pindaan yang perlu dibuat? Jawapan saya: Masukkan Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Malaysia (agama Islam) ke dalam seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan. Sekarang menghasut terhadap kedudukan agama Islam bukanlah satu kesalahan di bawah Akta Hasutan. Mungkin kerana itu, mereka sangat berani. Semua orang Islam, sama ada dalam UMNO, PAS, PKR, NGO dan individu hendaklah bersatu dalam hal ini.

Kedua, pada pandangan saya, adalah lebih baik bagi kerajaan kiranya kesalahan menghasut terhadap kerajaan dimansuhkan. Maksud saya hanya mengenai kerajaan tetapi terhadap Raja mestilah dikekalkan. Ini lebih demokratik, lebih telus dan lebih terbuka. Hari ini pun, walaupun larangan itu ada, setakat yang saya tahu, kerajaan tidak pernah mengambil tindakan terhadap orang yang mengkritiknya kerana itu sebahagian daripada proses demokrasi. Untuk apa dikekalkan peruntukan itu?

Pada pandangan saya, itulah pendirian yang semua orang Islam, parti politik Islam dan NGO Islam, patut ambil.

MELAYU BUKAN MAHUKAN HAK ORANG LAIN

Kita bukan mahukan hak orang lain. Kita bukan menuntut supaya Perlembagaan dirombak kerana kita mahu lebih. Kita cuma mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Kita cuma mahu apa yang telah dipersetujui dikekalkan untuk mengekalkan perpaduan dan harmoni. Rasiskah kita?

Pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam, tidak kira dalam parti mana hendaklah bersatu dalam mempertahankan kepentingan bangsa, agama dan negara, dengan mempertahankan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Malaysia yang sedia ada. Caranya ialah dengan menguatkan Kerajaan Persekutuan. PAS patutlah bekerjasama dengan UMNO dan BN di peringkat pusat. Di peringkat negeri ia boleh kekal seperti sekarang. Saya membuat seruan ini kerana saya percaya bahawa, dalam keadaan sekarang, mengikut hemat saya, itu sahaja cara yang boleh kita mempertahankan Perlembagaan dan kepentingan bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia.

Anak-anak Negeri Sabah dan Sarawak patut ingat bahawa apa yang menjamin nasib mereka ialah Perlembagaan Persekutuan dan mereka juga sepatutnya bersama mempertahankannya.

Sebenarnya semua pemimpin negara, tidak kira apa parti politiknya, apa bangsa dan agamanya, sama-sama mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia untuk kepentingan bersama.

Kesimpulannya:

1. Janganlah mansuh Akta Hasutan 1948.

2. Segala urusan mengenai Akta Hasutan hendaklah dilakukan oleh kementerian yang bertanggungjawab mengenainya ia itu KDN.

3. JPNIN tidak sepatutnya mengambil alih perkara yang terletak dalam bidang kuasa KDN dan Peguam Negara.

4. Prosedur biasa di mana Kementerian berkenaan menentukan dasar dan pengpenggubalan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara manakala keputusan muktamad dibuat oleh Kabinet hendaklah diikuti.

5. Akta Hasutan hendaklah dipinda untuk memasukkan Perkara 3 dan 11 (agama Islam) ke dalam seksyen 3(1)(f).

6. Eloklah kerajaan memikirkan untuk meminda Akta Hasutan untuk mengeluarkan kesalahan menghasut terhadap kerajaan supaya kerajaan nampak lebih telus, terbuka dan demokratik.

7. Ketepikan draf RUU yang dibuat oleh Majlis Peguam itu.

8. Jika JPNIN berfikir bahawa perpaduan boleh dicapai melalui undang-undang, sila sediakan drafnya. Ikutlah peraturan biasa.

9. Semua orang Melayu, Islam dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan semua parti politik, NGO dan pertubuhan Melayu, Islam dan anak negeri Sabah dan Sarawak, hendaklah bersatu dalam hal ini.

10. Kita bukan hendak meminggir mana-mana kaum. Kita hanya hendak mempertahankan Perlembagaan supaya perpaduan akan berkekalan. Malah, kaum-kaum lain juga sepatutnya bersama-sama mempertahankan Perlembagaan kerana hanya dengan cara itu perpaduan dan harmoni dapat dikekalkan.

Sekian. terima kasih.

Tun Abdul Hamid Mohamad 
tunabdulhamid@gmail.com

(VIETNAM PUN BENCI) Pemimpin Majlis Peguam dilarang masuk Vietnam

Posted: 08 Sep 2014 07:01 AM PDT


Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam Andrew Khoo dilarang daripada memasuki Hanoi sejurus selepas mendarat di bandar di Vietnam itu.

Khoo berkata, beliau diiring kembali ke pesawat yang dinaikinya dan tidak diberikan sebarang alasan berhubung larangan itu.

Beliau berkata dimaklumkan perkara itu ketika dibawa ke pejabat imigresen di lapangan terbang selepas pasportnya dicop.

Di situ, katanya, beliau melihat pekerjanya sibuk mengisi borang tertentu, membuat panggilan telefon dan pasportnya disalin beberapa kali.

"Selepas kira-kira 20 minit, saya dimaklumkan bahawa saya dilarang masuk ke Vietnam, cop masuk saya dibatalkan dan saya diiring semula ke pesawat Malaysian Airlines MH753 yang membawa saya ke sini," tulisnya di Facebook.

Berikut adalah komen daripada pembaca posting ini di FB Malaysiakini:





NAJIB Tidak Belajar dari Pemansuhan ISA, sebelum runtuhkan rumah lama bina dulu rumah baru yang lebih kukuh

Posted: 08 Sep 2014 04:22 AM PDT


SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menggambarkan kepada kerajaan agar terlebih dahulu mewartakan Akta Keharmonian Nasional sebelum menghapuskan Akta Hasutan.

Katanya, sebelum runtuhkan rumah lama bina dulu rumah baru yang lebih kukuh supaya penghuni rasa selesa, selamat dan juga digeruni petualang.

"Undang-undang baharu yang digubal banyak kelemahan contoh Akta Perhimpunan Aman 2012, mereka dapat melepaskan diri dari tuduhan alasan 'human rights'," katanya di laman mikro Twitter miliknya @TSMusaHassan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas saranan kerajaan yang akan menghapuskan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional 2012.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Kabinet se­­laku badan yang bertanggungjawab memuktamadkan akta baharu, ia akan mengambil kira soal Islam sebagai agama Persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu dan juga institusi diraja sebelum akta itu digubal.

Mengulas kepada kenyataan beberapa pihak mengatakan Akta Hasutan adalah lapuk atau terkebelakang, Musa berkata, dalam kamusnya tiada istilah undang-undang lapuk.

"Jika kita anggap undang-undang lapuk, adakah al-Quran juga lapuk dan patut diganti baru," katanya lagi.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...