House PK

House PK


CILA KASI TARUK! APA BENARKAH TABUNG HAJI MELABURKAN DUIT DI DETROIT CITY USA? MARI BACA

Posted: 21 Sep 2014 11:39 PM PDT

Tabung Haji Menafikan Pelaburan di  Amerika Syarikat
 
KUALA LUMPUR, Isnin, 22 September 2014:  Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyatakan rasa kesal atas kenyataan berbentuk spekulasi mengenai pelaburan TH di Amerika Syarikat baru-baru ini.  TH sehingga kini tidak membuat sebarang komitmen pelaburan di Detroit atau mana-mana bandar lain di Amerika Syarikat. 
 
Tidak ada sebarang transaksi atau pembayaran telah dibuat bagi tujuan pelaburan di Amerika Syarikat.  Oleh yang demikian,  orang ramai sewajarnya tidak mempercayai sumber-sumber tidak rasmi yang hanya berbentuk spekulasi yang tidak mencerminkan keadaan sebenar. 
 
Untuk makluman, TH setakat ini telah membuat pelaburan di Arab Saudi, United Kingdom, Australia dan negara-negara Asia untuk mempelbagaikan pelaburannya.   Berikutan pulangan yang memberangsangkan daripada pelaburan di negara-negara tersebut, TH akan terus mencari peluang pelaburan yang serupa di negara-negara lain berdasarkan kepada rangka kerja Strategi Alokasi Asetnya.  Pelaburan luar negara, sebagaimana pelaburan domestik, adalah tertakluk kepada proses kelulusan pelaburan yang ketat. 
 
TH sentiasa menekankan kepentingan Ummah dan para pendeposit dalam semua aktiviti-aktiviti pelaburannya.

house PK: Sejak dari minggu lepas aku perhatikan ada beberapa blog dan facebookers yang membelasah Tabung Haji dan CEO serta Pengerusinya sekali kerana menurut mereka TH akan melabur duit di Detroit City yang kini telah hancur ekonominya.

Aku dah tahu cerita ini tak betul cuma aku ambik keputusan untuk mediamkan diri dan tunggu statement rasmi dari TH sendiri. Sudah puashati?

PRK PENGAKALAN KUBOR! MANA JANJI-JANJI MANIS KAMU WAHAI PAS DI KELANTAN?

Posted: 21 Sep 2014 03:27 PM PDT

Mana janji-janji manismu wahai PAS Kelantan? Aku harap PAS Selangor tak bebal macam ni la...



KETUM KENA TARUK! PUAK ANWARINAS MAKIN MENGGANAS DALAM PAS! BALA OH BALA

Posted: 21 Sep 2014 06:40 AM PDT

 Bila tengok muka mamat yang rampas MIC tu, aku tak heran beba sebab Nizar dah mulakan tradisi merampas MIC dalam masjid di seluruh negeri Perak. Cuma kan, aku apa yang aku tak tahan ialah mamat ni dek kerna cintanya pada KUNYIT mengatasi kesetiaan dia pada Haji Hadi maka dia naik angin.

Suka aku ingatkan pada budak yang nak cari glamer free ni. Doa pecah perut, doa KO BN ini semua adalah ajaran dari Tok Guru korang sendiri. Kenapa masa tu mamat muka sial rampas mic ni tak bacakan ayat dia baca masa nak sound perwakilan yang lain? OH YA DOUBLE STANDARD dalam PAS adalah satu perkara yang biasa kan? WAL HALALKU ADALAH HARAMMU? Atau PAS memang parti yang penuh ahlul-ahlu yang harami dan lebih pentingkan parti lain dari parti mereka sendiri?

Setelah dihina dan dianjingkan oleh PKR dan DAP, puak Anwarinas yang tengah dah standby nak masuk PASMA ni masih nak buat onar dalam PAS? Aku tengok sekarang ni PAS dah mula hilang pendirian. Korang nak jadi MB ke tak nak ni? Azmin dah tunggu nak angkat sumpah ni, cuma betul ke Azmin bakal MB Selangor? Nak tukar nama Selangor kepada Darul Aiskrim ke? Tanya je jangan marah aaaa

HADI MENGAMUK KATA PKR PENGKHIANAT KERANA MENCURI DUA ADUN PAS (VIDEO HARAMI INSIDE)

Posted: 21 Sep 2014 01:11 AM PDT

Hadi ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor berkata, 2 Adun iaitu Saari Sungip dan Hasnul Baharudin juga dicuri dan dibeli.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang melakukan tindakan tersebut.

"Mereka curi wakil rakyat kita. Inikah etika kita bertahaluf?

"Kita tidak pandang ringan 2 wakil rakyat kita (tandatangan SD), ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya.

Hadi menegaskan, 2 Adun itu seharusnya berfikir panjang sebelum melakukan tindakan sedemikian kerana mereka berikrar ketika sebelum pilihan raya umum lalu untuk taat setia kepada parti.

"Tidakkah wakil rakyat kita berbaiah semasa nak pilihan raya?

"Mana lebih besar baiah atau SD?" soal Hadi dalam ucapannya sempena penutupan muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu.

Beliau turut memberi amaran kepada rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain agar tidak menjadikan PAS sebagai tempat persinggahan demi mencapai tujuan dan matlamat mereka.

"Jangan jadikan PAS ni hotel, tempat bersinggah. Jangan jadikan PAS ni jambatan pendek melintas sungai kemudian masuk hutan.

"Kita bertahaluf dengan PKR, DAP melalui titik persamaan. Ahli PAS mesti faham ada perbezaan," katanya.

Beliau juga menegaskan, PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP untuk agenda politik mereka melalui nilai kesamaan, namun masih terdapat perbezaan daripada dasar-dasar asas parti.

"PKR berdasarkan sekular pragmatik, DAP sekular sosialis. Kita bukan satu parti, nak makan sama.

"Bersama dalam titik persamaan mendokong demokrasi yang adil untuk semua," katanya.

PAS juga katanya tidak akan merebut jawatan menteri besar Selangor.

"PAS tidak merebut, pelahap jawatan menteri besar, walaupun tiada persefahaman siapa menteri besar. Walaupun tiada perjanjian bertulis.

"Tetapi ingat, di sana ada hukum syarak, jangan hukum akal sahaja," katanya, dan menambah tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Dr Wan Azizah sebagai menteri besar tidak berlandaskan syarak.

"Bila ada raja yang jaga agama. PAS tidak boleh berdiam diri.

"Lalu dilantik seorang kerana kecenderungan bukan kerana amanahnya. Saya tidak bersedia bawa ahli PAS ke neraka jahanam," kata Hadi.

Hadi berkata, pelantikan pemimpin seharusnya dibuat berdasarkan keupayaan mereka, dan bukannya kecenderungan dan strategi politik masing-masing.

"Jangan pandang ringan nak beri begitu sahaja, ada amanahnya.

"Jangan tengok ini strategi politik, harus lihat ini amanah Allah," katanya lagi.

Beliau dalam ucapannya turut memberi peringatan kepada ahli PAS untuk tidak menubuhkan jemaah baharu dalam PAS.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...