Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


INFO! Kedah Tua setanding tamadun Mohenjodaro, Aztec, Maya dan babylon? #KedahSerataRata

Posted: 14 Sep 2014 10:23 PM PDT


Ketahuilah Kedah merupakan negeri terawal bertamadun tinggi!

"Kedah Tua setanding tamadun Mohenjodaro, Aztec, Maya dan babylon"

Jangan terkejut.. mungkin anda baru pertama kali membacanya. Admin pernah turun melihat sendiri bahawa kita Kedah sudah mempunyai kilang besi 2000 tahun yg lepas. Mempunyai pelabuhan yg tersusun dan teratur, berperingkat international pada waktu itu.

Pelik? Kagum? Sambung baca dibawah..

Tapak keagamaan dibina sepenuhnya dengan menggunakan bata yang memiliki tarikh pada tahun 110 Masihi.

TANPA disedari rakyat, Sungai Batu di Lembah Bujang sebenarnya menyembunyikan sebuah khazanah bersejarah berkaitan Kerajaan Kedah Tua yang wujud sejak kurun kelima sebelum Masihi.

Sukar untuk dipercayai bahawa kajian yang dilakukan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Mokhtar Saidin, menunjukkan bukti bahawa telah wujud sebuah ketamadunan Melayu yang sama tinggi dan setanding dengan tamadun-tamadun lain seperti Mohenjodaro, Aztec, Maya dan Babylon.

"Tapak ini sebenarnya telah lama wujud iaitu berusia 110 Masihi. Ini bermakna tapak ini sebenarnya telah dibina pada abad kedua Sebelum Masihi.

"Pentarikhan ini bukan direka, malah ia mengikut sampel kajian yang telahpun dihantar di empat buah negara iaitu Amerika Syarikat, Korea, Jepun dan Jerman," katanya kepada S2 baru-baru ini.

Tambahnya, kajian dan aktiviti ekskavasi sejak 2007 berjaya menemukan pelbagai bentuk monumen yang dipercayai sebuah bangunan yang mempunyai fungsi-fungsi tersendiri. Tetapi malangnya, monumen yang dijumpai hanyalah sekadar tapak bangunan dan sisa runtuhan tiang dan dinding yang dibina menggunakan batu-bata.

"Setelah dikaji dan diselidik secara terperinci terhadap 46 tapak yang telah dibuka itu menunjukkan pelbagai asemblaj termasuk batu-bata, kepingan tembikar serta besi.

"Dalam tempoh tersebut, bagi menyiapkan setiap tapak ekskavasi ini mengambil tempoh masa sekurang-kurangnya lima hingga enam bulan dengan kerahan tenaga seramai 20 orang.

"Tenaga ini terdiri daripada pelajar-pelajar USM dan pelajar dari Knowledge Transfer Programme (KTP) yang terdiri daripada masyarakat setempat yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT)," jelasnya.

Daripada hasil penemuan tersebut, eksperimen arkeologi akan dijalankan bagi menentukan interpretasi terhadap sesuatu artifak yang ditemui termasuk struktur runtuhan bangunan serta pentarikhan yang akan ditentukan menerusi sempel yang diambil.

Mokhtar berkata, sehingga kini, daripada 46 tapak yang telah dibuka sejak lima tahun lalu mendedahkan empat fungsi penting yang menunjukkan bahawa tamadun ini telah mengalami zaman kemajuan yang tinggi sehingga kepada proses peleburan besi.

"Empat fungsi tersebut adalah penemuan sebuah tapak ritual atau keagamaan. Monumen tersebut memiliki keunikan tersendiri kerana mempunyai tapak pada dasarnya berbentuk bulatan dengan diameter 10.1 meter. Manakala di atasnya pula terdapat seni bina empat segi tepat berukuran 5.5 x 5.5 meter. Seterusnya pada bahagian atas senibina empat segi tepat pula terdapat satu struktur bulatan kecil dengan diameter 1.5 meter. Ia dibina sepenuhnya dengan menggunakan bata yang memiliki tarikh pada tahun 110 Masihi.

"Ciri-ciri monumen ini jelas menunjukkan ia digunakan untuk tujuan amalan ritual yang dipercayai mengamalkan kepercayaan animisme iaitu penyembahan kepada alam semula jadi, sekali gus dinamakan monumen Sungai Batu.

"Apa yang menariknya terhadap monumen ini adalah, tiada satupun di dunia yang menemui struktur monumen yang bermula dengan tapak bulatan di bawah. Semuanya bermula dengan senibina berbentuk segi empat dan baharulah dibina struktur bulatan pada bahagian atasnya. Ini jelas menunjukkan bahawa senibina ini adalah senibina tempatan dan jika dibandingkan dengan seni bina lain, ia jelas menggambarkan seni bina Melayu pada ketika itu," jelasnya.

Menurut Mokhtar, berdasarkan struktur tangga yang dijumpai pada bahagian atas monumen yang berada di selatan tapak, ia dipercayai digunakan untuk penyembahan Gunung Jerai yang berada di utaranya.

"Pada mulanya kita menjangkakan masyarakat pada ketika itu menganut agama Hindu-Buddha kerana ia bermula paling awal pada penghujung kurun keempat Masihi, namun sebaliknya tidak kerana dengan data dan bukti yang ditemui ia menunjukkan bahawa masyarakat Melayu di Lembah Bujang pada ketika itu bermula dengan amalan kepercayaan animisme dan kemudiannya dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha dan akhirnya agama Islam.

"Pembinaan candi Hindu-Buddha di sini adalah bersaiz sangat kecil berbanding yang terdapat di tempat lain seperti di Indonesia, Kemboja, malah di selatan India. Ini menunjukkan candi tersebut mungkin digunakan oleh pedagang-pedagang India dan China yang beragama tersebut bersama segelintir masyarakat Melayu di sini," jelasnya.

Fungsi kedua pula, Mokhtar menjumpai sebuah jeti yang dipercayai menjadi pusat pelabuhan kapal dagang serta pengeksportan hasil besi. Sehingga kini, lapan tapak telah mendedahkan bukti bahawa terdapatnya jeti di tepi sungai yang lokasinya jelas bertentangan antara satu sama lain di hadapan sungai selebar 100 meter.

Menurutnya, fungsi ketiga yang dijumpai di kawasan tersebut mendedahkan bukti bahawa tamadun pada ketika itu telah mengalami zaman kegemilangan yang setanding dengan tamadun awal yang lain. Malah, daripada kajian awal, tamadun ini dipercayai menjadi pengeksport besi kerana hasil kajian telah menemukan sebuah pusat peleburan besi.

"Ada juga lokasi yang menemukan jutaan jongkong-jongkong besi sama ada yang tertanam dalam perut bumi mahupun di atas permukaan tanah," katanya.

Seterusnya, Mokhtar berkata, jika jeti, pusat peleburan dan tempat keagamaan telahpun dimiliki oleh mereka pada ketika itu, amat mustahil sekiranya mereka tidak memiliki sebuah tempat untuk dijadikan pusat pentadbiran.

Katanya, hasil kajian itu turut menjumpai sebuah tapak dipercayai pusat pentadbiran berdasarkan bentuk dan ruangan struktur bangunan.

"Tiga daripada 12 tinggalan senibina tersebut memberikan tarikh pada kurun kelima Sebelum Masihi. Setakat ini, masih banyak lagi kawasan yang sedang dikaji. Contohnya, kumpulan arkeologi masih belum menjumpai kawasan utama seperti pentadbiran perumahan dan juga perkuburan bagi menjawab tanda tanya siapa yang menghuni tamadun ini pada asalnya.

"Saya menjangkakan potensi untuk berada di antara tapak Sungai Batu sekarang sehinggalah membawa kepada puncak Gunung Jerai bagi menjawab persoalan yang timbul. Survei dan pemetaan tanah sedang giat dilaksanakan sehingga hari ini. Dalam tapak itu juga, kami turut menemui 20 kawasan tapak baharu dan salah satu daripadanya berkemungkinan sebuah istana lama," katanya.

Sumber www.facebook.com/MukhrizMahathirFC

Note:
Untuk pengetahuan semua Prof. Dato Dr Mokhtar Saidin tu antara 10 terbaik di dunia dalam bidang sejarah ni. Bukan calang-calang orang tu.

Apa macam bangga jadi orang Kedah? Ada lagi yang tersorok, insyallah kita dedah satu-satu.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...