Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


INFO! #Malaysia Sebenarnya Bukan Perkataan #Melayu?

Posted: 21 Sep 2014 09:27 PM PDT



Malaysia bukan sebutan dalam Bahasa Melayu.

Benarkah?


Bagaimana timbul nama MALAYSIA, iaitu
gabungan nama-nama MALAYS dan 'IA'. Dan kenapa pemimpin-pemimpin kita terdahulu menamakan nama negara kita MALAYSIA.

Apakah dengan pertukaran nama dari Persekutuan Tanah Melayu kepada MALAYSIA, terhapuslah kata asal MELAYU sebagaimana dalam nama Persekutuan Tanah Melayu?

Kalau kita kaji nama-nama negara-negara di dunia, terdapat nama-nama utama negara dunia, iaitu yang berakhir dengan 'land' , 'tan' dan 'ia'.

Semuanya membawa maksud yang hampir
sama, bermaksud 'tanah'. 'Land' ialah dari bahasa Inggeris/ Eropah, 'tan' dari bahasa Farsi, dan 'ia' dari bahasa Latin.

Antara nama-nama berakhir dengan 'land' ialah England(Tanah bangsa Angels), Iceland(tanah air batu atau 'ice'), Scotland(tanah bangsa Scots), Swaziland(tanah bangsa Swazis), Finland(tanah bangsa Finns) dan sebagainya. Tidak lupa juga nama Thailand(tanah bangsa Thai).

Antara nama-nama negara berakhir dengan 'tan' ialah Pakistan(tanah suci), Tajikistan(tana h bangsa Tajik), Afghanistan(tan ah bangsa Afghan) dan Kirgyztan(tanah bangsa Kysgyz). Lain-lain nama termasuk Baluchistan, Kazakhstan, Turkemanistan.

Hampir separuh nama-nama negara dunia
berakhir dengan perkataan 'ia'. Antaranya termasuk Russia(tanah bangsa Ross), Somalia(tanah bangsa Somali), Algeria(tanah bangsa Algiers), Bolivia (tanah bangsa Bolivars), India(tanah sungai Indus), Columbia(tanah Columbus), Mongolia(tanah bangsa Mongols), Ethiopia(tanah bangsa kulit hitam) dan sebagainya.

Dari paparan di atas, jelaslah nama MALAYSIA adalah versi 'latinised' berpangkalkan perkataan MALAYS, ungkapan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan MELAYU.

Jadi MALAYS-IA bermakna
LAND OF THE MALAYS, atau lebih tepat, TANAH BANGSA MELAYU.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...