Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


HOT!! Ds Hj @MukhrizMahathir Dedah Kisah di Sebalik Tun Dr Mahathir Letak Jawatan!! #MMFC #KedahSerataRata

Posted: 23 Sep 2014 06:39 AM PDT


Video dibawah ini sebenarnya dirakam semasa Seminar Pemikiran Tun Dr Mahathir di UUM semalam. Ada beberapa point dan cerita yang menarik patut kita tahu.

Apakah benar seperti yang diperkatakan sebelum ini bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO di sebabkan kecewa ?

Ikuti video Part 1 YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir menceritakan kisah di hari Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO setelah 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Pada pukul 5.30 petang ini, ikuti video Part 2 YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir menceritakan kisah Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri serta Presiden UMNO dan di hari yang sama Presiden Cuba, Fidel Castro mengarahkan Pegawainya menjemput YAB di lapangan terbang apabila mengetahui YAB baru tiba di Cuba atas urusan perniagaan.


Post by Mukhriz Mahathir FC.

Untuk menonton part seterusnya anda boleh ke page www.facebook.com/MukhrizMahathirFC

INFO! SEMINAR EKSPEDISI SAINTIFIK KEPELBAGAIAN BIOLOGI FLORA DI HUTAN PAYA LAUT MERBOK!! #KedahSerataRata

Posted: 22 Sep 2014 11:14 PM PDT


Dalam mengejar kemajuan, kita tidak lupa menjaga alam semula jadi. Jika terlalu banyak kita merosakkan alam, sudah tentu bahana tanah runtuh ataupun bencana alam lain yang menanti.

Paya Laut merupakan benteng semulajadi yg dicipta Allah mampu menahan ombak besar atau tsunami. Malapetaka yang kita terima bila habis hutan paya ditebang patut dijadikan iktibar.

Oleh itu kerajaan negeri melaksanakan sebuah program khusus untuk menjaga hutan paya bakau.

SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN SEMINAR EKSPEDISI SAINTIFIK
KEPELBAGAIAN BIOLOGI FLORA DI HUTAN PAYA LAUT MERBOK, KEDAH

PADA
HARI ISNIN, 22 SEPTEMBER 2014

BERTEMPAT
DI TH HOTEL & CONVENTION CENTRE
ALOR SETAR

Bismillahirahmanirahim

Salam Sejahtera
Salam Kedah Aman Makmur
Salam Kedah Serata-Rata

Saudara Pengerusi Majlis,

Yang Berhormat
Dato' Paduka Haji Mohd Puat bin Haji Mohd Ali
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

Yang Berbahagia
Dato' Dr Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim
Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia

Yang Mulia Ku Azmi Bin Ku Aman
Pengarah Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman

Yang Berbahagia
Prof. Dr. Maketab bin Mohamed
Ketua Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Flora di Hutan Paya Laut Merbok, Kedah Darul Aman

Yang Berhormat
Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah D

Assalamualaikum w.b.t.

1. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapatlah kita bersama-sama hadir ke Majlis Perasmian Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Flora di Hutan Paya Laut Merbok, Kedah Darul Aman yang diadakan pada malam ini.

2. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang sudi menjemput saya dan seterusnya menyempurnakan majlis perasmian seminar ini.

3. Majlis yang diadakan ini sangat bertepatan sekali pada masa kini selaras dengan aspirasi Kerajaan
Negeri Kedah Darul Aman iaitu Kedah Aman Makmur, Bersama Memacu Transformasi khususnya di dalam aspek pembangunan hutan dan pembangunan Negeri Kedah amnya, di samping dapat mengeratkan perhubungan di antara Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan Kerajaan Persekutuan melalui aktiviti perhutanan.

Dato'-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

4. Kita telah sedia maklum bahawa hutan paya laut merupakan salah satu khazanah alam yang sungguh unik dan kaya dengan sumber-sumber semulajadi, disamping mengandungi kepelbagaian biologi di dalamnya. Hutan paya laut juga turut menyumbangkan faedah-faedah lain yang tidak ternilai seperti kestabilan iklim, pemeliharaan kepelbagaian biologi dan pengwujudan kawasan rekreasi dan eko-pelancongan serta menjadi kawasan penampan di kawasan pantai sekiranya kejadian malapetaka seperti tsunami.

5. Sehubungan dengan itu usaha-usaha untuk melindungi, memelihara dan memulihara khazanah hutan ini perlu diberi keutamaan bagi memastikan peranannya kepada ekonomi dan sosial negara ini dapat terus dikekalkan dan dipergiatkan.

6. Adalah penting bagi kita untuk "look beyond the trees" kerana sumber hutan paya laut bukan sahaja merangkumi kayu bakau untuk dijadikan arang bahkan kawasan hutan paya laut yang unik ini juga mampu memberi impak penjanaan pendapatan yang tinggi di dalam sektor eko–pelancongan jika diuruskan dan digunakan secara optimum.

7. Justeru itu, sudah tiba masanya untuk kita memberi perhatian serius terhadap khazanah-khazanah berharga ini dan memastikan agar sumber-sumber ini diuruskan secara berkekalan bagi kegunaan pada masa akan datang, seterusnya dapat membuka peluang dan meningkatkan pendapatan rakyat.

8. Kita sedia maklum bahawa perkhidmatan hutan penting dalam penstabilan dan kawalan alam sekitar, pemuliharaan dan pemeliharaan kepelbagaian biologi, kawasan tadahan air, stok karbon serta sumber bekalan genetik flora dan fauna.

9. Pada hemat saya sumber kekayaan baru daripada hutan paya laut perlu diterokai dan d
imanfaatkan, terutamanya dalam aspek pelancongan, sumber air dan biodiversiti. Ruang masih terbuka luas untuk kita menerokai dan memanfaatkan sumber hutan ini yang tidak ternilai demi kepentingan negara dan rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya.

10. Saya difahamkan, terdapat pelbagai maklumat dan output baru yang telah diperolehi melalui ekspedisi dan output-output tersebut akan di dalam seminar yang diadakan ini. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan saya agar Jabatan Perhutanan Negeri Kedah khususnya dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia amnya dapat berganding bahu dalam membantu Kerajaan Negeri Kedah untuk merancang projek-projek berimpak tinggi khususnya di kawasan hutan paya laut yang boleh menjana pendapatan baru kepada Kerajaan Negeri.

11. Projek-projek tersebut diharap dapat dimasukkan sebagai salah satu program Rancangan Malaysia ke 11. Antara projek yang boleh diambil kira adalah seperti Payment For Ecosystem Services (PES) dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang dapat memangkin sektor pelancongan disekitar kawasan Merbok ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

12. Kita harus bersyukur bahawa Negeri Kedah yang terletak di Utara Semenanjung Malaysia merupakan salah sebuah Negeri di Semenanjung Malaysia yang mempunyai kawasan berhutan yang masih luas. Pada awal tahun 2013, Kerajaan Negeri telah mewartakan seluas 34,930 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal yang baru.

13. Dengan tambahan ini, kawasan berhutan di Negeri Kedah telah meningkat kepada 347,003 hektar. Ini bermaksud, pada masa ini 37 peratus daripada keluasan tanah Negeri Kedah masih lagi merupakan kawasan berhutan. Dari jumlah tersebut, seluas 344,234 hektar adalah merupakan kawasan Hutan Simpanan Kekal manakala 2,769 hektar lagi adalah merupakan kawasan Hutan Tanah Kerajaan yang masih dilitupi dengan kehijauan dan keaslian hutan hujan tropika.

14. Dalam konteks ini, Hutan Simpan Kekal adalah terdiri daripada 335,128 hektar Hutan Darat, 6,201 hektar Hutan Paya Laut manakala 2,950 hektar adalah merupakan kawasan La
dang Hutan yang terdiri daripada spesies Jati, Sentang, Pine dan Getah yang diuruskan di bawah Pengurusan Hutan Secara Berkekalan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

15. Kerajaan Negeri Kedah telah bersetuju untuk meluluskan pengkelasan Hutan Simpanan Kekal seperti yang terkandung di dalam Seksyen 10, Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1995) pada bulan Mac yang lalu. Hutan Paya Laut di Negeri Kedah adalah tertumpu di Merbok dan Langkawi, dan hampir 70 peratus telah dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran.

Dato'-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

16. Sektor Perhutanan memainkan peranan yang penting dalam arus pembangunan sosio-ekonomi di Negeri Kedah. Jumlah hasil hutan yang berjaya dikutip pada tahun 2012 adalah sebanyak RM 38 juta dan RM15 juta pada tahun 2013. Manakala sehingga Ogos 2014, jumlah kutipan hasil hutan yang berjaya dikutip telah mencecah sebanyak RM23 juta.

17. Dalam hubungan ini Kerajaan Negeri Kedah melalui Jabatan Perhutanan telah mengambil langkah-langkah alternatif yang sesuai bagi meningkatkan lagi hasil hutan melalui nilai dan perkhidmatan dari sektor perhutanan yang mesra rakyat ke tahap yang lebih optimum. Sebagai langkah awal, Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan pindaan kadar-kadar baru di dalam Kaedah-Kaedah Hutan 1989, Negeri Kedah Darul Aman dan Kaedah-Kaedah Industri Berasaskan Kayu 1986, Negeri Kedah Darul Aman yang lebih rasional mengikut kedaan semasa di mana ia telah dilaksanakan sejak awal 2014.

18. Sektor perhutanan telah menyediakan pekerjaan kepada lebih daripada 7,000 orang di negeri ini yang kebanyakkan terdiri daripada anak watan negeri Kedah Darul Aman.

19. Kerajaan Negeri adalah komited untuk mengekalkan keluasan kawasan Hutan Simpanan Kekal terutamanya di kawasan hutan paya laut di Negeri Kedah, iaitu di Merbok dan Kilim, Langkawi. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar tiada sebarang projek pembangunan dirancang atau dijalankan di kawasan ini agar sumber yang amat bernilai ini tidak d
icacatkan dan terjejas dengan pembangunan yang dijalankan. Saya amat berharap agar keindahan yang terdapat di dalam kawasan hutan paya laut ini dapat dikongsi dan dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang.

Hadirin yang dihormati,

20. Isu Perhutanan seringkali menjadi agenda utama di pentas antarabangsa dan sentiasa hangat diperbahaskan dalam forum-forum mengenai pembangunan mapan dan alam sekitar. Di peringkat tempatan pula, topik pengekalan bekalan sumber hutan dan amalan pengurusan dan pembangunannya sentiasa menjadi buah mulut oleh masyarakat umum. Salah satu isu yang turut diperbincangkan ialah berkaitan kepelbagaian dan pemuliharaan biologi.

21. Sehubungan dengan itu, beberapa aktiviti telah dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah seperti Program Tanaman Spesies Bakau Terbanyak The Malaysia Book Of Records iaitu program tanaman 20,200 anak pokok bakau yang telah dijalankan di Pulau Dayang Bunting pada bulan April 2014.

22. Adalah diharapkan agar program-program seperti ini dapat diteruskan lagi supaya kita dapat memperolehi lebih banyak maklumat yang berguna dan terus menghijaukan bumi Kedah yang tercinta ini. Oleh itu marilah kita bersama-sama membantu Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhutanan menjaga dan menguruskan khazanah sumber alam yang sangat berharga ini untuk memastikan keselesaan kehidupan yang berpanjangan.

23. Saya sangat optimis, dengan kesungguhan semua pihak, hasrat kita untuk mengekalkan sumber asli dan menyediakan persekitaran yang baik dan selesa kepada rakyat, seiring dengan pembangunan negeri semasa akan dapat dicapai dengan jayanya.

Dato'-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

24. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya mengambil kesempatan ini sekali lagi untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Flora Hutan Paya Laut Merbok, Kedah khususnya kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPN
K), kumpulan saintis, pakar-pakar dan para penyelidik dalam pelbagai bidang dari institusi pengajian tinggi, Jabatan dan Agensi tempatan. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli. Jawatankuasa dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Seminar Ekspedisi Saintifik kali ini. Dengan lafaz "Bismillahirahmanirahim" saya dengan sukacitanya merasmikan Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Flora Hutan Paya Laut Merbok, Kedah

25. Sekian, terima kasih. Wabillahi-taufik-walhidayah, Wassamualiakum Warahmatullahi Wabarakatuh.

#MMFC #KedahSerataRata

HOT! Anwar Risau Azmin Bakal Kuasai PKR dan Pakatan? #KrisisSelangor

Posted: 22 Sep 2014 05:21 PM PDT


Anwar nak jadi MB Selangor sebab sumber kewangan yang mudah untuk beliau guna dalam perjuangan politik beliau. Bila beliau gagal, diletak pulak proksinya sebagai penganti. Hasratnya hanya mahu menguasai Selangor supaya mudah beliau mendapat wang. Tak kiralah secara bulanan, ataupun melalui projek.

Anwar sekarang dalam keadaan yang tertekan dan menghadapi masalah kewangan yang agak serius.

Jika Azmin dilantik sebagai MB Selangor, Anwar pasti risau kedudukan beliau sebagai KETUM dan kedudukan Wan Azizah sebagai Presiden PKR.


Sudah pasti Azmin mempunyai kuasa kewangan yang kuat dan mampu menjaga diri sendiri. Dirisaukan akibat kuasa kewangan yang besar, Anwar tidak lagi mampu membendung Azmin dan Azmin bakal merampas kuasa dalam parti PKR.

Sebagai panglima perang Anwar yang paling lama dan masih setia. Sudah tentu kemahiran memberontak dan rampasan kuasa yang dihalalkan Anwar, bakal Azmin praktikkan kelak.

Kita hanya perlu tunggu dan lihat..

Ternyata perubahan kuasa di Selangor bakal menyaksikan lanskap politik yang akan berubah didalam pucuk pimpinan PKR.

UMNO Selangor juga perlu persiapkan diri untuk menghadapi serangan dari MB baru. Kerana Azmin benar-benar orang politik yang terlatih, berbanding Khalid Ibrahim lebih kepada pengurusan.

Kalau UMNO Selangor masih mengekalkan rentak lama, dan barisan yang sudah dua kali gagal dalam PRU. Nescaya kali ni, kemungkinan besar, UMNO Selangor bakal ditanam hidup-hidup.

McTheory:
Sekadar pandangan..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...