Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mahathir tegur kerajaan naik harga petrol melalui Twitter?.. Bila masa pulak Mahathir ada akaun Twitter.. Harakah ooiii..

Posted: 01 Oct 2014 08:18 AM PDT


Harakahdaily melaporkan Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menegur tindakan kerajaan yang menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.

Beliau yang menegur melalui laman twitter menyatakan kerajaan seharusnya menghentikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bukannya mengurangkan subsidi secara mendadak.

"Hentikan BRIM bukan kurangkan subsidi Petrol dan Diesel secara mendadak untuk tampung perbelanjaan negara," tulis beliau melalui twitter Mahathir Mohamad@Suara_generasi malam ini.


Tambahnya, keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel itu mengakibatkan kos sara hidup meningkat dan membebankan rakyat.

"Kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup dan harga barang serta membebankan rakyat," ujar beliau lagi.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.

Berikutan itu harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter. Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter..


Ha.. ha.. ha... tentu ramai yang merasa kehairanan bila membaca apa yang dilaporkan oleh Lidah Rasmi PAS iaitu Harakahdaily itu..

Mahathir tiba-tiba bersuara melalui twitter membelasah pentadbiran Najib dalam isu kenaikkan harga minyak sebanyak 20 sen mulai 12.01 tengah malam ini..

Malah ada beberapa blogger Pro PR yang sudah menggunakan laporan Harakah itu untuk menyerang Pentadbiran Najib..

Malangnya  twitter Mahathir Mohamad@Suara_generasi itu bukanlah suara Tun Mahathir, ianya adalah milik macai yang meminati Tun..


Akaun tersebut merupakan antara akaun yang dikesan menggunakan menggunakan gambar dan nama Tun Mahathir selain @TheRealDrm dan @tun_mahathir.

Ketiga-tiga akaun twitter ini cuba menampilkan seolah-olah mereka merupakan suara Tun mahathir di alam Twitter.

Malah twitter, @TheRealDrM dan @Tun_Mahathir secara jelas memberi gambaran seolah-olah ia merupakan twitter milik Tun Mahathir.

Bagaimanapun menurut pegawai kepada Tun Mahathir, Sufi Yussuf menyatakan Tun Mahathir tiada sebarang akaun Twitter.

Jadi sebarang kenyataan atau pandangan melalui akaun Twitter yang menggunakan nama atau gambar Tun Mahathir bukan kenyataan sebenar dari beliau.

Lapor MyKemut di SINI suatu masa lalu..

 

Diminta pengarang berita untuk Harakahdaily banyakkan membaca...

Harga petrol RON95 naik 20 sen lagi sajee..

Posted: 01 Oct 2014 04:55 AM PDT


Pasaran minyak mentah dunia dilaporkan berada pada harga $92.92 setiap barrel berikutan pengeluaran yang meningkat di beberapa buah negara.

Ni sebahagian dari laporan dari The Wall Street Journal..

Benchmark U.S. oil-futures prices approached a 16-month low for the second time in three trading sessions on Monday before recovering. Oil for October delivery ended at $92.92 a barrel, down more than 13% from highs for the year hit in June.  
Both U.S. and world prices have tumbled over the past few months, as weak demand and robust global production left extra crude sloshing around the market. The glut is having ripple effects in the U.S. Stockpiles in one of the nation's biggest storage hubs are rising, reinforcing the downward pressure on U.S. prices, analysts say.  
"We don't have the demand, and the supplies are there," said David Leben, director of commodity derivatives at BNP Paribas BNP.FR +0.50% in New York. "There's not much of a bullish picture right now. It's going to take something relatively significant to turn this market around." 
~ The Wall Street Journal

Tetapi tiba-tiba harga minyak di negara kita dinaikkan oleh Kerajaan..

Harga petrol RON95, diesel naik 20 sen 2 Okt

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.

Dengan ini harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

KPDNKK berkata pemberian subsidi perlu lebih bersasar dan tidak secara pukal, dengan bukan warganegara Malaysia, termasuk pelancong asing, turut menikmati subsidi yang diberikan kerajaan.

Langkah ini juga dapat menghasilkan penjimatan yang setimpal dan boleh digunakan untuk pembangunan pendidikan, kesihatan, sistem pengangkutan awam yang lebih meluas dan cekap serta meningkatkan keselamatan negara.

Kata KPDNKK kerajaan sedar bahawa langkah rasionalisasi subsidi ini akan memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat.

Oleh itu, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Antara langkah yang akan diambil kerajaan ialah menaikkan kadar pemberian BR1M yang akan diumumkan dalam Bajet 2015 kelak.

Langkah-langkah lain yang turut dipertimbang kerajaan dalam Bajet 2015 termasuk meneruskan bantuan persekolahan, subsidi harga rumah serta insentif percukaian.

Kerajaan juga akan memastikan barangan keperluan harian dijual pada harga berpatutan dan mengambil tindakan tegas ke atas golongan yang mengaut keuntungan secara berlebihan.

Selain itu, langkah rasionalisasi subsidi akan dilaksanakan dengan berhati-hati dan berperingkat-peringkat bagi memastikan kesan minimum kepada ekonomi dan tidak membebankan rakyat, terutama golongan pendapatan rendah dan sederhana.

Menurut KPDNKK, langkah rasionalisasi subsidi ini adalah bagi memastikan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan terus kukuh dan berada pada kedudukan yang tepat.

Ia juga bagi mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat-peringkat daripada 3.9 peratus daripada KDNK pada 2013 kepada 3.0 peratus pada 2015 dan seterusnya mencapai sasaran bajet berimbang pada 2020.

Rasionalisasi subsidi ini juga adalah sebahagian daripada usaha mentransformasi ekonomi negara menjadi negara maju berpendapatan tinggi.

Kerajaan yakin langkah ini akan mengukuhkan lagi asas kewangan dan ekonomi negara bagi menghadapi cabaran ekonomi global serta memastikan kemakmuran negara. - Bernama

Tak faham dah aku dengan BN ni...

 

Video James Foley dipenggal didakwa palsu..

Posted: 01 Oct 2014 03:43 AM PDT


Seorang wartawan dari Amerika Syarikat, James Wright Foley, 40, telah dipenggal kepala oleh kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) sebagai membalas dendam kepada Amerika Syarikat kerana melancarkan serangan di Iraq, 12 hari lalu.

Foley hilang sejak November 2012 selepas diculik ketika membuat liputan untuk agensi beritanya, GlobalPost di Taftanaz di utara Syria.

Imej kepalanya dipenggal itu telah dimuat naik dalam media sosial sebagai pesanan kepada Amerika Syarikat.

Selepas Foley dibunuh, ISIS memberi amaran bahawa seorang lagi wartawan majalah TIME, Steven Joel Sotloff, yang hilang sejak tahun lepas juga akan dibunuh selepas ini.

Sebelum dibunuh, Foley telah menyampaikan mesej kepada abangnya John, yang berkhidmat sebagai anggota tentera udara Amerika Syarikat.

"Saya akan mati hari ini John, apabila rakan sekerja awak mengugurkan bom ke atas mereka ini, Mereka (Amerika Syarikat) telah menandatangani sijil kemajian saya,'' katanya.

Dalam mesejnya itu juga, Foley turut merayu diberikan masa sebelum dibunuh, supaya dia dapat melihat keluarganya semula.

"Saya berharap saya mempunyai banyak masa. Saya berharap mendapat kebebasan dan melihat keluarga saya semula namun semua itu telah berlalu. Saya berharap saya bukannya rakyat Amerika Syarikat,'' demikian kata-kata menyayat hati Foley sejurus sebelum dibunuh. Agensi

Menariknya laporan berkenaan dengan mudah diterima oleh kita tanpa mempersoalkannya berbanding dengan masyarakat barat yang telah menghidu ini hanyalah satu lagi propaganda pihak US untuk menceroboh masuk ke negara-negara Arab yang berkenaan.

Kalau tak ada video di atas tu.. sila lihat di ( SINI )

Henti komen mengenai Selangor kata TG Nik Aziz

Posted: 01 Oct 2014 12:54 AM PDT


"Kita doakan semoga Allah SWT selamatkan Menteri Besar Selangor yang baru serta anggota-anggota Exconya dunia sampai akhirat," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Oleh itu beliau berkata, pemimpin, penyokong dan pendukung Pakatan Rakyat berhenti membuat sebarang ulasan yang berkaitan kerajaan Selangor.

"Melalui cara ini semoga dapat meredakan segala kekusutan yang berlaku sebelum ini," katanya ketika ditemui di sini.

Sebelum ini ada segelintir pemimpin menyifatkan PAS dibuli DAP dan PKR serta mereka melakukan provokasi bagi menyingkirkan PAS daripada Pakatan Rakyat secara halus.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, dalam tempoh bertenang ini diharap semua pihak sama ada PAS atau PKR hendaklah berdiam diri daripada membuat sebarang ulasan khususnya berkaitan kerajaan Selangor.

"Ada waktu untuk berbincang dan ada pula waktu untuk membuat keputusan. Buat masa ini beri ruang kepada Menteri Besar serta anggota-anggota Exco yang baru menjalankan tugas dengan baik," ujarnya.

Beliau diminta mengulas pelantikan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru 22 September lalu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Azmin juga melantik tiga Adun PAS sebagai anggota Exco iaitu berkurangan satu berbanding pada era Khalid.

Jawatan Timbalan Speaker Dun Selangor juga diberi kepada PAS lapor Harakahdaily

 

Rakaman Audio 'Individu Misteri' ugut nak belasah Safwan Anang tersebar!!

Posted: 30 Sep 2014 09:00 PM PDT


Tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) menyerahkan surat kepada Presiden PAS bagi menggesa PAS segera berhenti cetus ketegangan dalam Pakatan Rakyat, telah menyebabkan Pengarah Eksekutif LENSA, Safwan Anang diugut oleh individu misteri.

Dalam satu kenyataan LENSA kepada FMT, LENSA telah menyerahkan surat kepada Presiden PAS bagi menggesa PAS segera berhenti cetus ketegangan dalam Pakatan Rakyat.

"Pada pagi sebelum surat itu diserahkan, Pengarah Eksekutif LENSA telah menerima panggilan daripada seorang individu yang mengugut supaya LENSA tidak meneruskan hasrat untuk menyerahkan surat tersebut.

"Panggilan yang berdurasi 20 minit itu antara lain mengugut untuk memukul Safwan dan mengancam untuk mengganggu keluarganya," kata Pengarah Komunikasi LENSA, Syukri Razab.


Dimaklumkan, Safwan akan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 1 tengah hari ini.

Semalam, LENSA telah menyarankan sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama Pakatan Rakyat (PR), LENSA mencadangkan agar PAS mengambil langkah berundur dari PR.

Jelas Koordinator LENSA, Ekhsan Bukharee, sikap PAS yang membelakangkan setiakawan menjadi faktor utama yang menyebabkan krisis Selangor terheret selama lima bulan.

"Walhal konflik ini boleh diselesaikan lebih awal sekiranya PAS menghormati semangat setiakawan dengan menyokong calon Menteri Besar yang telah dipersetujui secara bersama PKR dan DAP," katanya.

Desakan yang dilakukan oleh LENSA turut mendapat perhatian beberapa pemimpin PR, antaranya Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat yang menyeru semua pihak mengambil positif dengan teguran LENSA itu yang juga mewakili suara anak muda.

Bahkan, desakan LENSA itu pula bertentangan dengan hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi.

Beliau tidak tidak bersetuju dengan dengan desakan LENSA, dan menurutnya PAS tidak seharusnya keluar dari PR malah harus tetap bersama bagi menguatkan lagi PR.

"Segala permasalahan yang berlaku (krisis Menteri Besar) sudah selesai," katanya sewaktu di temui di Shah Alam lapor Free Malaysia Today

 

Melati, Lebih Baik Jadi Pelacur Dari Sertai DAP kata Macai

Posted: 30 Sep 2014 05:30 PM PDT


Tindakan seorang gadis Melayu berpurdah yang menganggotai DAP seperti dilaporkan baru-baru ini dikecam hebat oleh seorang penulis online yang menganggap lebih mulia menjadi pelacur daripada membabitkan diri dengan parti majoriti Cina itu.

Penulis yang menamakan dirinya 'KuntaKinte Malaysia' itu membidas gadis tersebut yang dikenali sebagai Melati kerana mendakwa keputusannya menjadi ahli DAP seolah-olah menjual diri dan agama hanya kerana terpengaruh dengan kemewahan yang ditawarkan.

Menulis di bawah tajuk "Melati, Lebih Baik Jadi Pelacur Dari Sertai DAP", penulis itu berkata bagi seorang anak gadis Islam atau mana-mana anak muda Islam menyertai DAP, mereka sebenarnya mengukuhkan usaha DAP melemahkah kedudukan dan peranan Islam di negara ini.

"Pelacur yang menjual diri tidak akan menghakis kedudukan kebesaran Islam di negara ini, tapi mereka yang menyertai DAP sedang membantu menghancurkan kedudukan Islam di Malaysia.

"Hakikatnya, lebih mulia jadi pelacur yang menjual diri untuk sesuap nasi, dari mereka yang bertudung dan berpurdah 'menjual diri' kepada DAP untuk kesenangan dunia sehingga melemahkan Islam," katanya di laman sosial www.mykmu.net.

Melati, atau nama sebenarnya Jamila Rahim, 22, merupakan graduan Unisel dan pernah menghasilkan novel bertajuk "Pelacur Kelas Pertama".

Tindakannya menyertai DAP mengejutkan orang ramai, tambahan pula dengan penampilannya sebagai seorang gadis berpurdah.

Sambil mendoakan semoga Melati dan gadis lain seangkatan dengannya termasuk bekas calon DAP Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd Daud diberi hidayah untuk kembali kepada jalan yang lebih baik, KuntaKinte juga menyelar sokongan yang ditunjukkan Pemuda PAS Johor.

 

Sheikh Omar Ali, ahli Pemuda PAS Johor yang juga pembantu kepada Ahli Parlimen Kluang Liew Ching Tong daripada DAP, menulis di laman portal hari ini menamakan tindakan Melati itu sebagai "Melati Move" (Langkah Melati).

Katanya, langkah Melati menyertai DAP sedikit sebanyak menjadi contoh anak muda Malaysia hari ini yang berani mengambil langkah menongkah arus.

"Ia menjadi signal anak muda generasi Y kini tidak lagi meletakkan sentimen ras sebagai asas untuk mereka menjadi sebahagian daripada proses membina masa depan tanah air yang lebih adil dan demokratik," katanya.

KuntaKinte mendakwa reaksi Omar tersebut membuktikan penyertaan anak muda Islam menjadi ahli DAP hanyalah bermotifkan wang.

"Kenyataan dan justifikasi yang cuba diwujudkan oleh Omar hanya mengesahkan teori sejak beribu tahun lalu bahawa harta benda adalah segala-galanya dalam dunia kemanusiaan ini," katanya.

Beliau turut mempersoalkan yang PAS dahulunya merupakan parti yang bersungguh-sungguh menolak undi bukan Islam meskipun diyakini oleh Umno ia tidak akan mengubah Perlembagaan kerana pemimpinnya masih dipegang kaum Melayu.

"Luar biasanya, mereka yang dulunya menganggap undi bukan Islam sebagai wakil rakyat haram, hari ini menjustifikasikan kemasukan anak muda Islam ke dalam parti pimpinan bukan Islam yang terkenal dengan kerja-kerja melemahkan Islam di negara ini," katanya lapor The Malaysian Insider
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...