Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pesta Arak dibantah tapi Sukan separuh bogel ni tak pulak dibantah.. kenapa?

Posted: 11 Oct 2014 08:00 AM PDT


Sudah dua hari sukan separuh bogel ini diadakan di Malaysia, namun hingga ke hari terakhir tidak nampak kelibat yang membantahnya.

Jika sebelum ini, Oktoberfest atau pesta arak tahunan yang dianjurkan Syarikat arak yang telah dirasmikan oleh pemimpin Melayu dari UMNO mendapat bantahan dari berbagai pihak tapi sukan separuh bogel ini nampaknya langsung tidak dibantah mereka.

Isu mengenai Oktoberfest yang diadakan setiap tahun tiba-tiba dibangkitkan oleh ISMA pada tahun ini dan ianya disambung pula oleh Dewan Ulama PAS dan disokong pula oleh Perkasa.

Mereka membantah keras Oktoberfest yang dijadualkan berlangsung 10 hingga 12 Oktober ini di Bandar Utama, Petaling Jaya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan telah mendesak semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan mengambil tindakan ke atas penganjur yang mempromosikan festival itu secara terbuka walaupun tiada kebenaran mahupun permit dikeluarkan.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada pihak PBT yang lain ekoran bertindak berani dan bijak tidak meluluskan pesta arak itu," kata Nasruddin selepas majlis menyerahkan memorandum bantahan kepada PBT di Petaling Jaya 9 Oktober lalu.

Nasrudin turut berkata, tindakan penganjur untuk mengadakan pesta tersebut secara terbuka mencabar sensitiviti umat Islam terutama sewaktu rakyat Islam di negara ini meraikan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban.

Program penyerahan memorandum itu turut dihadiri ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) serta kepimpinan PAS seperti Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr Mohd. Khairuddin Aman Razali, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad.

Walaupun pesta arak itu bukanlah diadakan untuk ummat Islam ianya tidak wajar diadakan disebuah negara Islam, tindakan Nasa itu ada kewajarannya..

Tapi.. persoalannya sekarang ialah mengapa sebuah sukan yang separuh bogel boleh pula dibiarkan diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil tanpa sebarang bantahan?


Setahu aku.. mendedahkan aurat itu haram hukumnya bagi ummat Islam dan melihatnya juga haram hukumnya sebagaimana arak itu haram buat ummat Islam.

Oktoberfest diadakan untuk bukan Islam.. ummat Islam ditegah sama sekali menyertainya dan ianya dikatakan diadakan secara terbuka.

Walaupun World Wrestling Entertainment (WWE) ini diadakan secara tertutup tetapi ianya tidak menghalang sama sekali ummat Islam menghadirinya..

Dan tertanya-tanya juga aku kemana perginya golongan yang bersungguh-sungguh membantah Oktoberfest itu?

Kenapa mereka tidak membantah sukan separuh bogel yang diadakan disebuah negara Islam ini? sedangkan tarikhnya juga sama dengan Oktoberfest itu?

Dimanakan sensitiviti mereka? Adakah sensitiviti mereka hanya di Selangor sahaja?

KAlau pesta arak dibantah.. sepatutnya sukan separuh bogel ini juga dibantah.. barulah nampak konsisten memperjuangkan Islam...


Shahidan sedih gaji Menteri tak naik

Posted: 10 Oct 2014 11:30 PM PDT


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau sedih kerana kenaikan gaji para menteri tidak diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2015.

Namun, beliau tetap menyambut baik kesediaan perdana menteri untuk menyemak semula gaji anggota kabinet pada satu masa kelak dalam pembentangan semalam.

"Kita terimalah walaupun dalam hati kita cakap sedih juga tapi kita terima.

"Tapi biarlah kita bagi orang lain pemimpin di peringkat Parlimen itu perubahan gred - dari gred 54 ke Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C," katanya ketika ditemui pemberita di bangunan parlimen.

Kenyataannya itu merujuk kepada pengumuman perdana menteri untuk menaikkan gaji para MP, speaker serta timbalan speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Sementara itu, timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula yakin bahawa penjelasan Najib berhububg pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan diterima oleh rakyat.

"Kita yakin ia tidak akan membebankan kerana ia adalah usaha PM sebagai menteri kewangan untuk mengukuhkan kewangan negara dan di samping itu, segala penjimatan yang dibuat itu dapat diagihkan kepada kumpulan sasar," kata Muhyiddin.

Muhyiddin yang juga menteri pendidikan turut berterima kasih atas peruntukan buat kementeriannya sehingga RM2.3 bilion dan ini termasuklah perbelanjaan dalam penyeliaan sekolah.

Dalam nada sama, seorang lagi menteri Khairy Jamaluddin Abu Bakar berterima kasih atas peningkatan peruntuan untuk kementerian belia dan sukan dari daripada RM700 juta kepada RM1 bilion untuk tahun depan.

"Kita terima tambahan RM103 juta untuk sukan, tambahan RM320 juta untuk pembangunan belia.

"Ini tambahan untuk pelan transformasi belia yang meliputi pelbagai program yang telah diumumkan oleh PM tadi.

"Ia termasuk program baru yang akan menggantikan PLKN, program kesukarelaan yang baru dan juga untuk pembangunan sukan," katanya.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan juga mengalu-alukan insentif yang diumumkan perdana menteri untuk membantu pembeli rumah pertama, termasuk pengurangan duti setem ke atas pembelian rumah.

Mengulas tentang pelaksanaan GST, MP Kota Belud itu berkata ia satu keputusan sukar namun ia perlu dilakukan demi "penyesuaian kepada ekonomi".

Seorang lagi anggota kabinet, Datuk Seri Husni Hanadzlah yakin negara mampu mencapai sasaran kadar defisit tiga peratus.

Beliau ketika ditemui pemberita mengunjurkan bahawa negara akan mencapai defisit sifar menjelang tahun 2020.

Tambahnya, kerajaan sudah menyelesaikan pelan subsidi bersasar namun perdana menteri akan hanya mengumumkannya sebelum tahun ini berakhir.

MP Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin pula gembira dengan peruntukan RM600 juta kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

"Belanjawan ini memandang berat terhadap keselamtan rakyat Malaysia.

"(Peruntukan) RM600 juta kepada Esscom - ini dapat mempertingkatkan kawalan dan memantau persisiran pantai di Sabah," katanya lapor Malaysiakini

Perkasa rancang adakan solat hajat mohon kes liwat Anwar tidak ditangguh

Posted: 10 Oct 2014 09:15 PM PDT


Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) merancang mengadakan solat hajat bagi memohon agar kes perbicaraan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ditangguhkan lagi, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, kes perbicaraan berlarutan itu menyebabkan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga bekas pembantunya itu mengalami tekanan berpanjangan kerana masih tiada jalan penyelesaian.

"Siapa salah, siapa benar, itu mahkamah yang menentukan cuma proses perbicaraan bagi menentukan keputusan itu terlalu lama, membuatkan Saiful mengalami tekanan mental dan jiwa," Ibrahim dipetik berkata.

Kes perbicaraan Anwar akan bersambung semula pada 28 dan 29 Oktober ini di Mahkamah Rayuan.

Ia dianggap peluang terakhir buat ketua umum PKR tersebut mengelak daripada berdepan hukuman penjara yang dijatuhkan ke atasnya sebelum ini.

Ibrahim menganggap perbicaraan kes Anwar sebagai istimewa kerana mengambil masa yang panjang.

"Kalau kita tengok kes-kes lain, penangguhannya tidak memakan masa sebegini lama. Maka kita harap mahkamah dapat menyelesaikan kes ini dalam prosiding akan datang dan ia tidak lagi tertangguh dengan pelbagai alasan," kata bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwaan mensabitkan Anwar bagi pertuduhan meliwat dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati Anwar bersalah terhadap pertuduhan meliwat Saiful di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang melepaskan Anwar daripada pertuduhan itu.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dengan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin lapor The Malaysian Insider
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...