Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Sejak bila Padang Kota dah jadi harta depa ni? (Video Inside)

Posted: 12 Oct 2014 08:11 AM PDT


Kalau aku lah.. aku malu nak halau orang tak tentu pasal macam ni, sebab Padang Kota ni bukannya milik mak bapak aku..

Tapi yang hairannya.. ada juga yang tak sedar diri, Padang Kota itu dianggapnya macam harta depa yang pulak..

Tapi tak tahulah pulak aku.. mungkin setengah dari tanah yang ada di Penang ni termasuk Padang Kota tu harta depa kot..

Speaker Square yang ada dipenjuru Padang Kota itupun seolah-olah harta depa pulak.. siapa boleh bercakap, siapa tak boleh bercakap depa yang tentukan..

Tapi dari satu sudut yang lain.. tindakan puak-puak yang dikatakan penyokong UMNO ini sebenarnya bagus.. amat bagus sekali.

Ianya akan terus memekarkan perasaan benci oleh masyarakat terhadap UMNO Pulau Pinang kerana adanya penyokong yang tidak rasional ini..

Kalau tak setuju sekalipun hantarlah orang untuk berhujah bukannya datang untuk menghalau dan memaki orang macam ni..

Laporan berkaitan.. 

Perhimpunan anti-Akta Hasutan 1948 anjuran Suaram hari ini diganggu sekumpulan lelaki yang menyokong undang-undang itu, dengan bertempik meminta mereka meninggalkan tempat itu.

"Balik! Balik!" jerit mereka dan menolak peserta himpunan yang jumlahnya lebih besar itu.

Turut kelihatan dalam kumpulan itu seorang anggota Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, yang memakai kemeja-t bertulis "Pertahankan Akta Hasutan".

Antara yang dihalau pula daripada Padang Kota termasuk aktivis Suaram Ong Jing Cheng dan Prema Devaraj serta Toh Kin Woon daripada BERSIH.

Sebelum ini, jurucakap Persatuan Mukabuku Pulau Pinang menggunakan pembesar suara dan berkata "selagi kumpulan itu ada, Akta Hasutan akan tetap diteruskan" lapor Malaysiakini

Video berkaitan..


Bumbung jejantas lebuh raya di Johor Bahru runtuh

Posted: 12 Oct 2014 06:42 AM PDT


Bumbung sebuah jejantas di Lebuhraya Perling-Pasir Gudang runtuh ketika hujan lebat melanda bandaraya Johor Baharu dalam kejadian yang berlaku kira-kira 4.30 petang tadi, mengakibatkan dua lelaki dan tiga wanita cedera.

Menurut kenyataan daripada Balai Bomba Johor Baharu, runtuhan bumbung itu mengakibatkan kerosakan pada dua buah kereta dan sebuah lori yang sedang menggunakan lebuh raya itu.

"Lima orang cedera iaitu dua lelaki dan tiga wanita. Lelaki yang cedera itu merupakan pemandu lori satu tan berusia 50-an dan seorang lagi lelaki adalah pemandu kereta berusia 30-an," menurut kenyataan itu lagi.

Tiga wanita berusia 30-an yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu berada di dalam sebuah kenderaan, kata bomba.

Kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pihak bomba yang menerima panggilan tentang kejadian pada 4.38 petang dan tiba pada 5.05 petang, menghantar sebuah jentera bersama-sama sembilan anggota. – Bernama

Lagi gambar sila lihat di SINI
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...