Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Contohilah pengusaha cendol ini kata Hassan Malek.. eh! kena sindir pun dia tak terasa?

Posted: 14 Oct 2014 07:16 AM PDT


Gambar kat atas tu bukannya hasil kerja aku.. tapi aku jumpa dalam beberapa Blog Pro UMNO yang menyiarkan artikel memuji Hassan MAlek melambung-lambung..

Ada yang kata "Aku cukup bangga dengan seorang Mneteri ni, nama dia Hassan Malek, dia adalah seorang yang terlampau cerdik, malah tidak keterlaluan sekiranya aku mengatakan kebijaksanaan dia melampaui sempadan negara kita. Way of thinking Hassan Malek sangat GENIUS!"

Ada yang memujinya "Mana nak cari menteri yang sebegini hebat. Nazri Aziz mahupun Shahidan Kassim pun tidak setaraf dengan Hasan Malek. Hasan Malek mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan, melampaui kehebatan pemikir agung dalam bidang ekonomi mahupun kewangan negara."

"Sungguh tepat pemilihannya selaku Menteri KPDNKK. Perlantikannya sebagai menteri KPDNKK telah menenggelamkan nama-nama menteri yang lain menerusi rekod cemerlang dan buah fikiran yang tidak mampu tercapai dek akal biasa."

"Negara ini amat beruntung kerana ada Hasan Malek. Sepatutnya Hasan Malek tidak hanya diangkat sebagai Menteri KPDNKK, sebaliknya dia perlu diletakkan dalam PEMANDU, Khazanah Nasional, atau paling kurang pun, menjadi CEO Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS)."

"Kalau Karl Marx masih hidup, tentu tokoh komunis itu akan mencium tangan Hasan Malek sambil berdecup-decup, jauh lebih kuat bunyinya berbanding ketika Shahidan Kassim mencium tangan Perdana Menteri."

Ada pula yang menulis "Sistem pemikiran hasan malek adalah extraordinary,luar biasa kemampuannya bercakap mengenai kepenggunaan mampu mengalahkan ide konklusi basmi miskin oleh ghandhi.

"Kaedah penyelesaian ekonomi mikro dan makro hasan punya isu yang perlu diperdebatkan oleh para sarjana ekonomis."

"Tiada mustahil kaedah SISTEM EKONOMI HASAN MALEK bakal dicernakan di dalam buku ekonomi setaraf penulis ekonomik nasional hamzai"

Ayat-ayat diatas tu datangnya dari Blog House PKGerakan Anti PKR dan juga The Flying Kick

Sebabnya ialah kena sindir pun Hassan Malek tak terasa... ha.. ha..

Laporan berkaitan...


Tidak banyak aduan mengenai kenaikan harga barangan diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sejak penguatkuasaan pengurangan subsidi minyak, 2 Oktober lalu.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, sepanjang tempoh 2 hingga 12 Oktober, pihaknya mengadakan 75,851 pemeriksaan di seluruh negara dilakukan pegawai penguat kuasa serta pegawai pemantau harga daripada kementerian.

"Pemeriksaan dilakukan di premis perniagaan dan pasar. Sepanjang pemeriksaan memang ada kes atau aduan kenaikan harga barangan, tetapi tidak banyak, malah ada yang menurunkan harga seperti dilakukan pengusaha cendol di Kuala Selangor.

"Pengusaha ini menurunkan harga cendolnya 20 sen. Tindakan itu sepatutnya dicontohi pengusaha atau peniaga lain dan bukan mengambil kesempatan di atas pengumuman pengurangan subsidi berkenaan," katanya pada sidang media selepas mengumumkan Skim Kawalan Harga musim perayaan sempena Deepavali di kementeriannya di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Alias Ahmad dan Pengarah Penguatkuasaan Mohd Roslan Mahayuddin. Hasan berkata, sepanjang tempoh itu pihaknya hanya menerima 37 aduan dari seluruh negara membabitkan pelbagai kes dan kebanyakannya mengenai kegagalan peniaga meletakkan tanda harga barang.

Sementara itu, Hasan berkata, kementerian menetapkan 14 jenis barangan harga terkawal dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga musim perayaan sempena Deepavali yang disambut pada 22 November ini.

Katanya, penguatkuasaan Skim Harga Barang Kawalan ini ialah selama 10 hari bermula 18 hingga 27 Oktober iaitu empat hari sebelum Deepavali dan lima hari selepas perayaan itu.

Menurutnya, 14 barangan berkenaan ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B, C, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang, tomato, bawang merah kecil, ubi kentang import dan kacang dal.

"Tahun ini, harga ayam dan kacang dal lebih murah berbanding harga skim sama tahun lalu iaitu RM3.30 berbanding RM3.50 bagi kacang dal manakala harga ayam turun daripada RM7.70 kepada RM7," katanya.

Orang ramai juga boleh membuat aduan sekiranya peniaga tidak mematuhi arahan dengan menghubungi talian bebas tol KPDNKK di 1800-886-800 atau melaporkan di pejabat KPDNKK terdekat lapor Harian Metro

Gaji Najib sama dengan gaji Presiden Zambia kata Ahmad Maslan.. Betoi ka?

Posted: 13 Oct 2014 08:59 PM PDT


Setahu aku.. tak pernah aku dengar lagi mana-mana pihak baik dari BN ataupun PR mempertikaikan jumlah gaji yang diterima Najib..

Tapi.. dipercayai atas dasar bodek tiba-tiba Ahmad Maslan memberitahu 1Malaysia kononnya gaji Najib tu sama dengan gaji Presiden Zambia saja..

Sikitlah kononnya maksud dia tu..

Betoi ka?.. nampak macam tak betoi saja tu..


Kalau kita gunakan  currency converter kat ( SINI ) jumlah gaji Presiden Zambia hanyalah RM98472.0096 setahun..

Langsung tak betul hujah bodek Ahmad Maslan tu..

Kenapa Ahmad Maslan tak dedahkan juga keistimewaan dan lain-lain yang Najib dapat sebagai Perdana Menteri yang membolehkan Najib langsung tak menyentuh gaji yang diterimanya setiap bulan itu tak pulak dia cerita..

Berapa banyak Najib cekau setiap bulan sebagai Ahli Parlimen dicampur dengan gaji sebagai Perdana Menteri tu.. tengok kat ( SINI ) dan kiralah sendiri..

Gaji perdana menteri Malaysia adalah sebanyak RM22,000 sebulan yang bersamaan dengan gaji presiden Zambia, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Menurutnya, gaji itu juga bersamaan dengan pendapatan pengurus besar bagi syarikat berkaitan kerajaan di Malaysia.  
Ahmad memberitahu ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang disiarkan secara langsung malam tadi.  
Beliau juga berkata kenaikan elaun ahli Parlimen adalah setimpal dengan tanggungjawab besar yang perlu digalas mereka dalam melaksanakan khidmat kepada rakyat.  
Menurutnya, anggota Parlimen sebenarnya tidak dibayar gaji sebaliknya hanya diberi elaun RM6,500 sebulan.  
"Jumlah ini tidak adil bagi mereka yang perlu menjaga begitu ramai rakyat di kawasan (Parlimen) masing-masing," katanya.  
Mengambil contoh kawasan Parlimennya di Pontian, Johor, Ahmad menjelaskan terdapat kira-kira 50,000 pengundi perlu diberi perhatian di kawasan itu.  
"...katakan 50,000 ini didarab empat (anak dan isteri), jadi keseluruhannya 200,000 rakyat kawasan Pontian perlu saya jaga, tapi ada (ahli Parlimen) yang lebih ramai lagi dari saya.  
"Di Sabah dan Sarawak pula, walaupun angka pengundi tidak besar, namun kawasan mereka begitu luas... RM6,500 tak cukup untuk tampung kos-kos terlibat," katanya.  
Semasa membentangkan Bajet 2015 pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan kesemua 222 Anggota Parlimen diberi kenaikan elaun berkuat kuasa 1 Jan depan.  
Menurutnya elaun ahli Dewan Rakyat akan dinaikkan daripada bersamaan Gred 54 kepada bersamaan gred Jusa C manakala elaun anggota Dewan Negara akan dinaikkan daripada bersamaan gred 48 kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C. - Bernama

Tapi aku lebih tertarik dengan hujah memperbodohkan rakyat oleh Ahmad Maslan ni.. katanya  yang membahagikan jumlah RM6,500 dengan jumlah penduduk tu..

Jumlahnya memanglah sangat sedikit setelah dibahagikan...

Tapi kenapa dian nak bahagikan RM6,500 itu sedangkan Ahli Parlimen dari BN diperuntukkan RM2Juta setahun untuk kegunaan di Kawasannya..

Duit tu pi mana Ahmad Maslan?

Selain itu semua Majlis yang biasanya diadakan oleh Ahli Parlimen dari BN boleh claim balik la...

Oktoberfest Melaka : Setelah dibelasah Timbalan Mufti Perak, KM Melaka buat 'U' Turn... (Video Inside)

Posted: 13 Oct 2014 05:30 PM PDT


Berita Harian adalah antara beberapa akhbar yang melaporkan tentang Pesta Arak Oktoberfest yang akan diadakandi negeri Melaka pada pada 18 Oktober ini dan ianya dijangka berlangsung di Jonker Walk.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dilaporkan memberi jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap orang Islam yang didapati meminum arak pada acara berkenaan.

"Saya beri jaminan yang kita akan pastikan orang Islam tidak akan dibenarkan minum arak di sana dan akan bertindak tegas sekiranya menerima laporan yang menyatakan demikian," katanya kepada pemberita selepas istiadat penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan negeri tidak dapat menghalang orang bukan Islam untuk meminum arak pada acara berkenaan kerana tiada peruntukan undang-undang yang melarang perbuatan itu.

Mengenai kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Melaka, Zulkifli Ismail Muhammad semalam yang meminta kerajaan negeri mengambil langkah menghalang penganjuran pesta arak Oktoberfest itu, Idris berkata "saya tidak tahu di mana yang dikatakan pesta arak".

Beliau berkata, pengisian program itu dilihat bertujuan menggalakkan pelancong dari luar negara untuk datang ke Melaka.

Idris berkata, pemimpin dan penyokong PAS perlu berfikiran terbuka ketika hidup dalam masyarakat majmuk dengan mengambil semangat 'untuk mereka agama mereka dan untuk kita agama kita'. ~ laporan penuh sila baca di SINI

Bagaimanapun kenyataan beliau itu telah dibidas oleh Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim menyatakan kenyataan pemimpin dari UMNO itu menggambarkan keperluan beliau untuk lebih mendalami ilmu berkaitan Islam dalam mentadbir sebuah kerajaan Islam.

Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim menyatakan tindakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berhubung penganjuran pesta arak Oktoberfest di negeri tersebut pada 18 Oktober ini menggambarkan keperluan beliau untuk lebih mendalami ilmu berkaitan Islam dalam mentadbir sebuah kerajaan Islam.

Menurut Zamri yang dipetik dari laman web Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), tindakan Idris itu telah menconteng arang ke atas kegemilangan sejarah kerajaan Islam di Melaka.

"Ini kerana hakikatnya, arak sama sekali tidak mampu menarik pelancong ke negara ini. Yang kita jelas, pesta berkenaan dikhuatiri akan mengundang kemurkaan Allah," katanya mengulas kenyataan Idris baru-baru ini.

Setelah dibelasah kerana mengeluarkan kenyataan tanpa menggunakan otak itu.. Pemimpin UMNO yang juga Ketua Menteri Melaka itu.. buat 'U' Turn... katanya Kerajaan Melaka dan PBT tidak terima permohonan anjuran Oktoberfest..

Kerajaan negeri Melaka dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak pernah menerima permohonan bagi penganjuran pesta Oktoberfest 2014 yang dijadual berlangsung di Jonker Street di Melaka pada Sabtu ini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata kerajaan negeri tidak pernah meluluskan mana-mana permohonan daripada syarikat swasta ataupun badan bukan kerajaan untuk menjayakan program yang bertentangan dengan syariah.

"Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas ke atas umat Islam yang terlibat dalam mana-mana kegiatan berstatuskan maksiat.

"Premis-premis menjual arak hanya dikunjungi oleh orang bukan Islam sahaja," katanya dalam kenyataan di Melaka hari ini. – Bernama

Kah.. kah.. kah... dia nak perbodohkan siapa?.. macai bolehlah diperbodohkannya..

Tapi dia salahkan Pemuda PAS pulak...

 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...