Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mana janji BN nak bina satu juta rumah di Sabah? tanya MP UMNO Sabah..

Posted: 15 Oct 2014 09:17 AM PDT


Kalau Ahli Parlimen sendiri pun kena kencing.. rakyat bawahan ni lagi teruklah kenanya...

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh mempersoalkan janji Kerajaan Barisan Nasional yang pernah berjanji untuk membina satu juta rumah dalam waktu lima tahun di Sabah.

Menurutnya, jika satu juta rumah dalam jangka masa setahun, ini bermakna setahun sebanyak 200,000 ribu rumah yang mahu dibina.

"Pada waktu itu, saya sendiri telah membuat pecah tanah di Felda Emas untuk rumah generasi kedua, tetapi sehingga sekarang, mana rumah yang dibina?" soalnya di dalam parlimen sewaktu sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Parlimen hari ini.

Katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen UMNO, apabila ditanya, bermacam-macam jawapan yang ada.

"Waktu diberi penerangan saya berpuas hati, tetapi bila lama kelamaan saya sudah tidak puas hati. Sebab itu saya bangkitkan di sini," ujarnya.

Jelasnya lagi, kini beliau sendiri malu apabila ada yang bertanya di manakah dan apakah perkembangan projek tersebut.

"Tapi sekarang saya malu, orang tanya mana rumah, setahun setengah belum ada, sudah masuk dua tahun masih tidak ada

"Jadi saya minta Yang Amat Berhormat campur tangan, janji ditepati. Kita tidak mahu janji-janji menggunung tapi apa pun kita tidak buat

"Kita minta Kerajaan Persekutuan, kalau boleh apa yang perlu untuk Sabah dibagi kepada Sabah. Kontraktor-kontraktor, jangan ada satu pun daripada semenanjung. Malulah kita, orang Sabah malu, kontraktor kecil malu," katanya.


Sementara itu pula The Malaysian Insider melaporkan Ghapur mendedahkan tahap kemiskinan begitu teruk bagi penduduk di Sabah kerana mereka masih lagi hidup menggunakan bekalan elektrik yang dijana generator dan membuang air di dalam lubang yang digali sendiri

Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (gambar) dari Barisan Nasional (BN) melihat Putrajaya seolah-olah menganak tirikan negeri Malaysia Timur itu, ekoran masih ramai penduduk di negeri berkenaan hidup dalam kemiskinan.

Ghapur berkata, tahap kemiskinan begitu teruk bagi penduduk di Sabah kerana mereka masih lagi hidup menggunakan bekalan elektrik yang dijana generator dan membuang air di dalam lubang yang digali sendiri.

"Dahulu gangguan elektrik di Kuala Lumpur dua jam, satu dunia, CNN pun keluar (berita), putus bekalan elektrik dan peniaga-peniaga besar buat aduan.

"Di Sabah, lima kali, tiga kali (sehari) kadang-kala kalau macam kita yang ada pendapatan pakai generator, tetapi saya pun pakai generator," katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat hari ini.

"Kalau kata peruntukan tidak ada, itu bukan jawapan! Merdeka 51 tahun sepatutnya tidak ada perkara ini," katanya.

"Lima puluh satu tahun kita merdeka, tetapi nampak kita di Sabah ini macam dianak tirikan. Apa jadi kalau kita jadi anak tiri?" soalnya.

Ghapur turut menegur sikap kerajaan yang membawa kontraktor dari Semenanjung ke Sabah untuk projek pembangunan sedangkan penduduk negeri berkenaan turut mempunyai kontraktor yang berkelayakan.

"Kontraktor-kontraktor, jangan ada satu pun daripada Semenanjung. Malulah kita, orang Sabah malu, kontraktor kecil malu.

Beliau berkata, terdapat khabar angin syarikat-syarikat besar milik Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary akan membina lebuh raya besar di Sabah.

"Banyak diceritakan di dalam dewan ini berkenaan Pan Borneo Highways. Bukan saya reka-reka yang mana ada surat pekeliling mengatakan 'Umno rompak lagi, UEM, MMC, syarikat Umno yang diketuai Syed Mokhtar Bukhary ambil alih semua lebuh raya di Sabah'."

"Ini kalau jadi pun saya bantah, kalau ini betul, batalkan ini semua dan bagi kepada orang Sabah, yang mana satu syarikat Sabah, itu kita bagi.

"Kita minta perkara seperti ini Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) campur tangan, kerana di sini termasuk ketua menteri dituduh bersama-sama bersubahat," katanya.

Sehubungan itu, Ghapur mencadangkan agar diwujudkan satu jawatankuasa di bawah Parlimen bagi mengkaji tahap kemiskinan penduduk Sabah.

"Saya cadangkan untuk Sabah kita buat satu Jawatankuasa Parlimen untuk kaji seluruh negeri Sabah, satu-satu rumah kita pergi dan nilai, dan bentangkan laporan kepada Parlimen berapa peratus miskin di Sabah.

"Ini termasuk Barisan Nasional (BN) dan juga pembangkang, kita buat laporan yang sebenarnya, kita tidak mahu rakyat Sabah dikaburi mata mereka.

"Saya bercakap di sini membawa denyutan hati rakyat Sabah, dengarlah denyutan hati ini dan letaklah telinga, dengar mereka, tanya betul atau tidak apa yang saya cakap," katanya.

Beliau berkata rungutan yang dan teguran yang dibangkitkannya itu berdasarkan sikap BN yang membenarkan budaya teguran dalam kalangan pemimpin mereka.

"Kita di dalam BN dibenarkan menegur untuk kebaikan, bukan mahu tukar, Ini Kalilah, bukan cara itu, kita baiki dalaman kita kerana kita mahu BN berkuasa sampai kiamat dunia," katanya merujuk kepada slogan pilihan raya DAP.

"Mana salah kita baiki, kita menegur yang betul."

Jawatankuasa itu katanya perlu menjalankan kajian terperinci ke setiap rumah penduduk Sabah untuk meneliti tahap kemiskinan penduduk negeri itu.

"Kita mahu kajian terperinci setiap rumah, dengan penubuhan Jawatankuasa Parlimen, mungkin dari BN dipengerusikan oleh Datuk Bung Mokhtar Radin dan pergi rumah ke rumah.

"Buat laporan, kerana kalau kita nampak kajian yang dibuat, tidak ada lagi orang miskin. Tidak ada juga laporan yang orang buang air dalam lubang," katanya.

"Itulah kita mahu keadaan ini diperbaiki."

Tamrin akhirnya sah keluar dari PAS...

Posted: 15 Oct 2014 03:00 AM PDT


Anak bekas timbalan perdana menteri Mohd Tamrin Abdul Ghafar hari ini menghantar surat kepada setiausaha agung PAS menarik diri dari menjadi ahli parti Islam itu.

Tamrin berkata beliau tidak lagi menganggotai PAS berkuatkuasa hari ini.

"Adalah diharapkan pihak Yang Berbahagia Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian saya berkaitan keputusan ini," kata Tamrin yang juga bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu. 

Ibu pejabat PAS mengesahkan penerimaan surat bertajuk "Menarik diri sebagai ahli PAS" daripada Tamrin itu.


Dua tahun lepas, pada 11 Ogos 2012, Tamrin menyerahkan borang keahlian sebagai ahli PAS kepada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Gombak.

Tamrin merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu, beliau turut sama dilihat membantu kempen PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

Tamrin dilaporkan mula tidak senang dengan PAS sejak kemelut pelantikan menteri besar Selangor yang menyaksikan pertembungan antara parti itu dengan rakannya dalam PR.

Beliau pernah memberitahu The Malaysian Insider sebelum ini, walaupun sekiranya beliau keluar dari PAS, dia tidak akan sekali-kali kembali kepada parti asalnya, Umno.

"Bagi saya Umno sudah mati," kata Tamrin, anak kepada Tun Abdul Ghafar Baba.

Langkah seterusnya bagi Tamrin ialah menyertai Gerakan Anti Perkauman (GAP), sebuah badan yang akan memperjuangkan Malaysia yang harmoni dan mengutamakan perpaduan antara kaum. 

GAP merupakan idea beliau yang dicetuskannya pada satu pertemuan sempena memperingati tarikh 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor tahun lepas.

Gerakan itu akan dilancarkan di Petaling Jaya malam ini lapor The Malaysian Insider

Bagaimana Adik-beradik Hishamuddin boleh dapat kontrak cetak label cukai rokok, arak bernilai RM77Juta ni?

Posted: 14 Oct 2014 11:00 PM PDT


DAP hari ini mempersoalkan kewajaran saudara kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima kontrak mencetak label keselamatan rokok dan minuman keras bernilai RM77 juta.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan samada syarikat milik Datuk Haris Onn, Lembah Sari Sdn Bhd, menawarkan harga paling rendah sehingga berjaya menerima kontrak berkenaan.

"Adakah syarikat ini sahaja yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini, atau adakah mereka sahaja yang menawarkan kontrak yang paling rendah," soal Pua pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Laporan akhbar perniagaan The Edge pada 12 September berkata, Lembah Sari yang menjalankan perniagaan dakwat keselamatan mengambil alih konsesi percetakan label keselamatan daripada Kod Efisien Sdn Bhd pada 2006.

Kod Efisien menerima konsesi berkenaan pada 2003 daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Bagaimanapun tidak pasti bagaimana kontrak itu berubah tangan namun diserahkan kepada Lembah Sari, menimbulkan persoalan bagaimana konsesi dianugerahkan kerajaan," kata Pua memetik laporan The Edge ~ The Malaysian Insider



http://www.theedgemalaysia.com/business-news/307125-lembah-sari-gets-rm77m-liquor-security-labelling-contract.html

Melayu penduduk Kampung Mutiara ini diusir oleh Kerajaan Pulau Pinang atau Tuan Tanah?.. bacalah!

Posted: 14 Oct 2014 08:11 PM PDT


Sejak semalam isu mengenai Kampung Mutiara di Batu Feringgi, Pulau Pinang ini dijadikan modal untuk menyerang pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang oleh Facebooker dan juga Blogger Pro UMNO yang ramai bertapak di Pulau Pinang ini..

Kononnya menurut mereka 200 penduduk Kampung ini telah diusir keluar dari Kampung mereka untuk diberikan laluan untuk pembangunan.

Biarpun laporan berita dengan jelas menyatakan punca penduduk diarahkan mengosongkan perkampungan mereka, Facebooker dan Blogger Pro UMNO dengan bodohnya tetap menuduh angkara Kerajaan Negeri..

Baca laporan yang aku copy dari Pisau.Net ni..

PULAU PINANG 13 Okt. – Sebuah lagi perkampungan Melayu di negeri ini iaitu Kampung Mutiara, Batu Feringgi di sini bakal hilang dari peta apabila lebih 200 penduduknya diarahkan mengosongkan kediaman mereka masing – masing. 
Kampung berkenaan yang terletak berhampiran lokasi pelancongan popular di sini wujud sejak tahun 1950-an lagi dan menempatkan lebih 200 penduduk membabitkan 48 keluarga. 
Hari ini sebahagian besar penduduk kampung mengadakan demonstrasi dalam keadaan penuh emosi bagi menyuarakan nasib mereka yang diarahkan berpindah tanpa pampasan dan rumah ganti. 
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) , Ismadi Abu Bakar berkata, masalah mereka bermula pada tahun 2007 apabila tuan tanah yang berpengkalan di Selangor menyerahkan notis pengosongan kepada mereka. 
Menurutnya, keadaan bertambah sukar pada tahun 2012 apabila mereka diarah berpindah dan notis terakhir yang diserahkan ialah tiga bulan lalu. 
" Sehubungan itu, kami meminta pihak berkuasa campur tangan bagi membantu penduduk di sini yang tersepit. Majoritinya adalah penduduk asal di Batu Feringgi dan ke mana kami hendak berpindah selepas ini," katanya. 
Terdahulu, Ismadi bersama kira-kira 100 penduduk mengadakan demonstrasi sambil mendesak supaya keadilan diberikan kepada mereka. 
Pelbagai sepanduk turut dibawa antaranya bertulis ' Jangan Halau Kami', Kami Diusir Tanpa Pampasan' dan ' Tuan Tanah Tidak Berperikemanusian' malah ada yang tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata. 
Katanya, kawasan itu bukanlah perkampungan haram kerana diiktiraf kerajaan dan pernah mendapat anugerah Johan Kampung Terbaik di negeri ini dan mempersoalkan kenapa tidak digazetkan sebagai kampung warisan. 
" Arahan ini membabitkan 48 rumah penduduk yang terletak di lot A dan B dan kami tidak dimaklumkan, pembangunan apa yang mahu dilaksanakan di sini," katanya. 
Seorang penduduk, Che Melor Othman, 48, berkata, dia berikrar untuk mempertahankan haknya sebagai penduduk kampung berkenaan dan menuntut supaya pemilik tanah lebih bertimbang rasa. 
" Bagaimana saya, suami serta empat anak mahu meneruskan kehidupan kerana kami dihalau tanpa dibayar walaupun satu sen. 
" Majoritinya kami menuntut supaya diberikan rumah di kawasan ini juga kerana kami anak jati dan hidup mati di sini," katanya. 
Saudara kembarnya, Che Bunga Othman berkata, mereka mahu terus menetap di situ kerana terdapat masjid di kawasan berhampiran selain mewarisi tempat itu dari nenek moyang. 
" Jangan main- main dengan kami orang Melayu di sini kerana apabila keadaan mendesak seperti ini, kami bangkit mempertahankan hak masing- masing," katanya. 
Aminah Said, 51, pula berkata, keluarganya terpaksa menanggung kerugian yang besar kerana rumah bakal musnah selain perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk menyewa atau membeli rumah baru di negeri ini yang sangat mahal. 
" Saya hanya suri rumah yang mempunyai tiga orang anak.Mana hendak cari duit untuk berpindah. Ini tempat kami," katanya. 
Perhimpunan berkenaan yang berlangsung selama sejam dengan kawalan ketat pihak polis berakhir dengan bacaan doa.


Siapa yang mengusir?.. Tuan tanah atau Kerajaan Negeri? jelas dalam laporan tu mengatakan Tuan Tanah yang mengarahkan mereka keluar.. tapi macai masih nak spin juga..

Kalau benarlah mereka nak perjuangkan nasib bangsa Melayu di Pulau Pinang ni.. aku cadangkan perjuangkanlah nasib 5,000 penduduk dari 11 buah Kampung kalau tak silap aku.. yang tak tahu bagaimana masa depan mereka berikutan terjualnya tanah pengkalan TUDM kepada pemaju untuk dibangunkan..

Perjuangkanlah nasib mereka.. kenapa didiamkan?..  Aku sokong sangat kalau isu mengenai Kampung-kampung disekitar Pengkalan TUDM itu dibawa oleh Blogger UMNO..

Tapi malangnya bila perkara yang akan mencetuskan backfire kepada mereka.. mereka buat tak nampak saja..

Berikut pula adalah ulasan dari Faqar mengenai isu ini..

Isu Kampung Mutiara dekat Batu Feringghi, Pulau Pinang pun sebenarnya membabitkan tiga pihak.

Pertama, tuan tanah persendirian. Kedua, pemaju. Dan ketiga, penduduk asal di situ. Tuan tanah persendirian itu menang kes di peringkat Mahkamah Rayuan Putrajaya, sekaligus mengakibatkan pengusiran penduduk asal dari kampung tersebut.  
Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Hariszuan Jaharudin dalam reaksi spontan memberitahu bahawa Kerajaan Negeri secara pentadbiran telahpun menyediakan khidmat guaman untuk penduduk-penduduk asal berwajib demi menghadapi tuntutan tuan tanah persendirian tersebut hingga ke peringkat akhir mahkamah.  
"Penduduk asal di situ sebahagian menerima khidmat guaman daripada pemimpin Umno, dan sebahagian lagi menerima khidmat guaman daripada Kerajaan Negeri sendiri, selepas pertemuan dengan Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan) serta Timbalan Ketua Menteriu I (Datuk Mohd. Rashid Hasnon sebelum ini.  
"Dari segi undang-undang, Tuan Tanah Persendirian memang mempunyai hak ke atas tanah tersebut, tetapi, Kerajaan Negeri melalui PBT (MPPP) secara pentadbiran biasanya tidak akan meluluskan permohonan pelan perancangan pembangunan di atas tanah tersebut sehinggalah tuntutan penduduk asal di situ turut diambil kira," ujar Hariszuan, yang juga Ketua Pemuda DAP Bukit Bendera semasa dihubungi pagi tadi.  
Penjelasan tersebut sekaligus mendedahkan perkara sebenar di sebalik percubaan pembangkang Umno Barisan Nasional negeri menggambarkan bahawa pentadbiran Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng kononnya mengusir komuniti Melayu daripada kampung setinggan berkenaan ~ FAQAR

Kenapa Babi lebih banyak dari Lembu?.. Ridhuan Tee tanya..

Posted: 14 Oct 2014 05:30 PM PDT


Antara jawapan yang sesuai buat soalan Ridhuan Tee ini iaitu mengapa bilangan Babi yang diternak melebihi jumlah Kambing dan Lembu?

Salah satu faktornya ialah kadar pembiakannya.. umur babi yang boleh melahirkan anak yang pertama ialah lebih kurang 14 bulan dan jumlah anak yang dilahirkan pula ialah 7 hingga 14 ekor bagi setiap induk.

Tempoh buntingnya lebih kurang 114 hari (3 bulan, 3 minggu, 3 hari ) dan mampu melahirkan anak sebanyak dua kali dalam setahun..

Manakala lembu pula bunting selama 8 hingga 9 bulan dan biasanya lembu akan beranak 1 ekor dalam tempoh 1 tahun.

Faktor yang kedua pula.. tanyalah Shahrizat, RM250 Juta yang kerajaan peruntukkan untuk projek membela Lembu tu dia dah buat apa?

Ni artikel dari Blog Ridhuan Tee..

Saya amat pelik bagaimana, orang yang memperjuangkan Islam, begitu percaya kepada sistem demokrasi. Saya selaku pengkaji politik dan sistem politik termasuk demokrasi, masih menjaga adab apabila bercakap soal demokrasi.

Sistem demokrasi tidak boleh disokong sepenuhnya kerana terlalu menekankan hak asasi manusia sehingga melanggari hak Tuhan. Inilah yang sedang dituntut oleh ultra kiasu, sama rata dan rasa. Mereka mahu berebut Allah, tetapi tidak pernah percaya kepada Allah.

Mereka tidak mahu langsung melihat ada kelebihan kepada Islam dan Melayu sertai yang berkaitan dengannya seperti dalam perlembagaan. Perjuangan mereka Malaysia Malaysian.

Bila tiba kepada kelebihan mereka, ultra kiasu diamkan. Misalnya isu penternakan babi. Ternyata, bilangan babi melebihi bilangan lembu dan kambing. Kenapa perkara ini didiamkan? Tak percaya? Cuba kira! Mahukan fakta supaya artikel saya tidak rasis!

Saya mahu lihat apakah MB Selangor baru akan meluluskan projek penternakan babi sebanyak RM100 juta seperti yang ditangguhkan oleh Khalid.

Terus terang, saya tidak menghina babi kerana babi tetap makhluk Allah. Tetapi saya tidak boleh menerima jika dalam sebuah negara Islam, bilangan babi lebih banyak dari lembu, kambing, ayam dan itik.

Negara kita kekurangan binatang ternakan ini sehingga terpaksa diimport. Tetapi babi kita berlebihan, sehingga banyak yang dieksport. Apa erti semuanya ini? Kolumnis ultra kiasu Melayu yang selalu menyerang saya mungkin boleh jawab soalan darjah 1 ini.

Sedarlah wahai umatku! Bila aku menulis, nilaian aku adalah apa benar, apa salah, ia sentiasa datang dari hatiku. Aku lebih tahu siapa ultra kiasu. Sebab itu, aku sahaja labelkan mereka dengan ultra kiasu, walaupun tidak semua.

Jika mereka baik, patuh kepada perlembagaan dan mengiktiraf hak Islam, bangsa dan bahasa Melayu, bumiputera dan raja Melayu, aku akan diam. Namun, selagi mana mereka menentang, sekali itulah aku tidak akan diam, kerana mereka ini musuh. Mereka ingin membina negara dalam negara.

Sebenarnya, pembinaan ini sedang berlaku. Mereka sedang menikmatinya. Mana ada dalam dunia ini, ada percubaan sebegini, kecuali di Malaysia? Ultra kiasu mahu pastikan adat budaya dan identiti mereka lebih superior dari yang lain.

Ketika berada di New Zealand baru-baru ini, saya lihat pendatang (orang putih) yang memerintah sangat menghormati kaum Maori, selaku pribumi New Zealand. Walapun Maori tidak memerintah, di sana sini, adat budaya, identiti dan bahasa Maori dijaga dengan baik, termasuk di Muzium.

Pendatang ini seolah-olah tahu dan perlu tahu bahawa jika Maori tidak dijaga, pasti akan timbul masalah. Sebab itu, Maori tidak banyak menimbulkan masalah, walaupun mereka diperintah orang luar.

Keadaan kita berlaku sebaliknya. Ultra kiasu tidak faham budaya politik ini. Ultra kiasu mahukan sama rata dan sama rasa. Tidak timbul soal mahu menjaga sensitiviti kaum pribumi. Sesiapa yang mempertahankan hak ini dituduh rasis. Mangsanya adalah Perkasa dan Isma.

Bila NGO ini buka mulut sahaja, semuanya rasis dan ditentang habis-habisan. Namun, apabila ultra kiasu mempertahankan bermatian-matian adat budaya, bahasa dan identiti mereka, itu adalah hak asasi manusia. Termasuk LGBT.

Malangnya, kita terus buta... artikel penuh bacalah di SINI 

Ulasan Presiden PAS mengenai Bajet 2015.. hanya cantik pada angka katanya..

Posted: 14 Oct 2014 03:00 PM PDT


Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak minggu lalu disifatkan gagal menjawab masalah utama yang menghantui ekonomi Malaysia.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, empat masalah utama iaitu struktur asas ekonomi Malaysia yang tidak kukuh; kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat; daya saing ekonomi Malaysia dan kemampanan ekonomi negara, membuktikan kerajaan masih belum ada hala tuju jelas bersabit ekonomi negara.

"Selagi mana kerajaan gagal untuk menjawab dan bertindak secara konkrit kepada semua persoalan-persoalan di atas, maka maklamat negara berprestasi tinggi atau apa saja sasaran yang diletakkan oleh kerajaan akan hanya menjadi retorik politik.

"Ianya sekadar cantik pada angka dan statistiknya, tetapi tidak memberi makna yang sebenar kepada rakyat marhaen dalam negara kita ini," jelas Abdul Hadi.

"Penekanan secara tidak bersepadu dalam pendekatan ekonomi hanya akan melemaskan lagi rakyat dalam suasana tekanan sara hidup yang sudah cukup membebankan. Pendekatan fiskal melalui pengurangan subsidi dan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) (di mana kami menolak pelaksanaan GST ini) hanya akan terus meningkatkan lagi inflasi dan sara hidup rakyat," tambahnya lagi.

Menurut Abdul Hadi lagi, setelah meneliti intipati bajet yang dibentangkan Perdana Menteri, kerajaan nampaknya tidak menekankan sektor perkhidmatan yang memberi impak tinggi kepada ekonomi negara.

"... sumbangan sektor perkhidmatan yang substantif iaitu sekurang-kurang 70 peratus dari KDNK negara.

"Namun sasaran kerajaan yang hanya meletakkan 60 peratus sumbangan sektor perkhidmatan dalam tahun 2020 membuktikan kerajaan tidak menekankan atau bersedia ke arah struktur ekonomi yang betul untuk Malaysia," katanya.

Malah ujar Abdul Hadi, Bajet 2015 kerajaan juga gagal memperincikan langkah-langkah ke arah meningkatkan produktiviti negara bagi mengatasi kadar pertumbuhan produkitiviti yang semakin merosot.

"Malah kadar pertumbuhan produktiviti Malaysia adalah lebih rendah dari kebanyakan jiran-jiran negara Asean yang lain.

"Struktur ekonomi yang mampan dan berdaya saing, sepatutnya mengambil kira elemen-elemen penting pertumbuhan ekonomi seperti input buruh, input modal dan faktor produktiviti keseluruhannya," katanya.

Malah menurut Ahli Parlimen Marang itu, tindakan kerajaan menambah pemberian BR1M dan pada masa sama mengurangkan subsidi akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

"Tidakkah ini juga akan menghasilkan kesan yang sama seakan inflasi, iaitu mengherot keseimbangan ekonomi negara, dan yang lebih teruk, akan juga mengurangkan produktiviti, menjejaskan daya saing dan meningkatkan lagi inflasi," tegas Abdul Hadi lagi lapor Sinar Harian

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...