Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bersaralah Anwar Ibrahim?.. Nih jawapan untuk LENSA..

Posted: 17 Oct 2014 09:00 AM PDT


Surat Untuk Anwar Ibrahim yang berjudul " Bersaralah Anwar Ibrahim, Rakyat Nampaknya Sudah Letih" oleh LENSA benar-benar menunjukkan suara kecewa dan lemah anak muda yang tidak mengenali Anwar Ibrahim sebagai Bapa Reformasi Malaysia yang sanggup berjuang tanpa penat dan konsisten berdepan dengan rejim UMNOBN.

Sejarah perjuangan Reformasi yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim telah membuka mata rakyat Malaysia terhadap kebobrokkan dan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Mahathir dan UMNOBN.

Dimana anak-anak muda LENSA ketika tahun 1998? Di mana anak-anak muda LENSA ketika itu,yang langsung tidak merasai perjuangan rakyat yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim? Perjuangan yang digerakkan oleh para reformis 16 tahun yang lalu yang sekarang dikecapi oleh anak-anak muda seperti LENSA dan sebagainya.

Anwar Ibrahim yang merupakan mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan , malah dunia mengakui serta mengiktiraf beliau antara 100 tokoh paling berpengaruh.

Jasa dan pengorbanan beliau tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun sewaktu berada dalam kerajaan , apalagi anak-anak muda LENSA yang turut merasai dasar pendidikan KBSR dan KBSM sewaktu dibangku sekolah dulu yang digubal sewaktu Anwar Ibrahim sebagai Menteri Pendidikan.

Perjuangan Reformasi pada tahun 1998, rakyat bangkit ke jalanraya kerana atas kesedaran terhadap kepincangan demokrasi dan kezaliman pemerintahan Rejim UMNOBN ekoran daripada pemecatan dan pemenjaraan Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim boleh memilih untuk mengkhianati rakyat dan Pakatan Rakyat dengan menerima tawaran sebagai Timbalan Perdana Menteri atas nama Konsensus Nasional. Itulah manusia bernama Anwar Ibrahim yang punya prinsip dan idealisme menolak tawaran tersebut. Nilai setiakawan dalam Pakatan Rakyat menjadi keutamaan, apatah lagi membuktikan beliau bukan seorang yang 'tamak haloba' dan 'kemaruk' jawatan.

LENSA harus sedar,ramai yang menyatakan simpati dan tidak sanggup melihat Anwar Ibrahim terpenjara apa lagi menyedari semuanya adalah fitnah serta konspirasi bagi tujuan menamat dan menghancurkan karier politik Anwar Ibrahim. Proses perbicaraan yang pincang, bukti yang dangkal dan bersifat 'male fide'.

Anwar Ibrahim boleh memilih dan menerima tawaran untuk ke luar negara, sepertimana yang ditawarkan oleh Turki, tetapi Anwar Ibrahim adalah pejuang rakyat, mati hidupnya adalah untuk Rakyat Malaysia dan kecintaan beliau kepada Malaysia yang tercinta.

Beliau boleh memilih jalan kesenangan dan kemewahan, bersekongkol, menjilat dan sujud pada rejim zalim UMNOBN, tapi sosok Anwar Ibrahim memilih garis melawan kerakusan dan kebobrokkan rejim UMNOBN sehingga terpaksa menerima situasi sebegini, diaib dan dinafikan keadilan dan kebenaran.

Kezaliman terhadap Anwar Ibrahim adalah lambang kezaliman terhadap rakyat. Anwar Ibrahim terseksa kerana memilih untuk bersama rakyat. Beliau ialah mangsa politik kotor dan jijik serta desparado UMNOBN.

Rakyat harus bangkit bersama Anwar Ibrahim. Rejim UMNOBN terpaksa mengunakan institusi kehakiman sebagai 'nyawa' untuk menyelamatkan diri pimpinan UMNOBN yang bersalut kerakusan, rasuah,penyelewengan,ketirisan dan kezaliman serta mengkhianati rakyat. Anwar Ibrahim adalah musuh nombor wahid menjadi mimpi ngeri kepada mereka.

Rakyat harus bangkit bersama-sama Anwar Ibrahim bagi menyelamatkan institusi kehakiman yang bukan sahaja terhadap Anwar Ibrahim, termasuk Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Awam dan sebagainya yang tujuan untuk mencengkam kebebasan rakyat.

Perjuangan Anwar Ibrahim bukanlah perjuangan yang sia-sia. Perjuangan beliau adalah mata rantai perjuangan rakyat.

JINGGA 13 Malaysia menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya Anak muda untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada 'Perdana Menteri Rakyat Malaysia' yang telah mendapat mandat 53% majoriti dalam PRU 13 pada 28-29 Oktober di Istana Kehakiman Putrajaya kerana Rakyat Hakim Negara!


Muafakat*Prihatin*Berani


FARIZ MUSA 
Ketua Koordinator
JINGGA13 Malaysia

Bersaralah Anwar Ibrahim, rakyat nampaknya sudah letih - LENSA

Posted: 17 Oct 2014 07:40 AM PDT


28 dan 29 Oktober ini merupakan tarikh yang amat penting untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Iaitu tarikh perbicaraan dan keputusan rayuan Kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Hanya ada dua kemungkinan untuk Datuk Seri. Samada Datuk Seri dibebaskan sama seperti 901, atau didapati bersalah dan dihumban sekali lagi ke dalam penjara yang boleh mencecah 20 tahun.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) di bawah pimpinan YB Nik Nazmi pada 14 Oktober lalu telah melancarkan kempen Rakyat Hakim Negara dengan tujuan ingin memobilisasi rakyat untuk bersolidariti di Mahkamah pada 28 dan 29 Oktober ini. Jelas sekali modus operandinya sama dan berulang seperti tahun tahun terdahulu. Setiap kali Datuk Seri akan disumbat ke dalam Penjara, maka setiap kali itulah rakyat akan diheret ke jalan raya.

Datuk Seri, sampai bila rakyat akan terus terheret dalam semua ini?. Berhimpun, berkumpul, bersorak melaung-laungkan nama Datuk Seri. Sampai bila Datuk Seri ingin melihat rakyat berpanas, berkeringat di bawah panas matahari, hanya kerana bersolidariti bersama Datuk Seri.

Kerana Datuk Seri masih di sini, musuh-musuh Datuk Seri terus merancang strategi untuk menghambat Datuk Seri. Kerana Datuk Seri masih di sini, segala kekuatan rejim diperalatkan untuk membunuh perjuangan politik Datuk Seri.

Andai kata Liwat II ini berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Datuk Seri, maka mungkin akan hadir pula Liwat III, LIwat IV, Liwat V yang akhirnya akan menyebabkan rakyat menjadi mangsa, terus terheret dalam kancah politik kotor.

Kenapa Datuk Seri tidak terima sahaja pelawaan pihak dari 'sebelah sana' yang menawarkan Datuk Seri jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah nama Konsensus Nasional?. Kenapa Datuk Seri menolak pelawaan tersebut? Sedangkan jika Datuk Seri menerima idea itu, sudah pasti segalanya akan berakhir, dan Datuk Seri tidak perlu lagi mengheret rakyat dalam isu ini.

Kenapa Datuk Seri tidak menerima sahaja pelawaan dari Turki, yang menawarkan posisi tertentu untuk Datuk Seri menetap di sana? Bukankah lebih baik Datuk Seri berhijrah ke Turki daripada terus berhadapan dengan kerakusan rejim yang tidak akan berpuas hati sehinggalah Datuk Seri tunduk pada mereka.

Andai kata Datuk Seri dipenjara lagi, apakah Datuk Seri mengjangkakan kami akan bersolidariti di hadapan penjara? Apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan memenuhi jalanraya dengan laungan reformasi? Apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan bangkit merempuh rejim?

Tidak Datuk Seri. Ini bukan lagi tahun 1998 atau 1999. Kami memiliki jalan perjuangan tersendiri. Datuk Seri pada era 60an memilih untuk memimpin Gerakan Mahasiswa sehingga disumbat ke dalam ISA. Datuk Seri pada 1998 memilih untuk bertembung dengan Mahathir Muhammad sehingga sekali ditangkap bawah ISA dan terhumban ke penjara.

Hari ini, Datuk Seri pada usia 60an sekali lagi memilih untuk ke penjara. Kami anggap itu pilihan Datuk Seri yang sengaja memilih jalan sengsara sedangkan ada jalan-jalan lain yang lebih mudah untuk Datuk Seri.

Apa yang amat kami harapkan ialah, demi rakyat, Datuk Seri bersaralah, berhijrahlah. Nyata semakin ramai yang tidak menggemari Datuk Seri. Bahkan dalam lingkungan rakan sendiri pun semakin ramai yang percaya pada istilah 'Semua Salah Anwar' sehingga ada yang tidak mahu lagi bersolidariti bersama Datuk Seri di Mahkamah pada 28 dan 29 Oktober ini. Seolah-olah mereka tidak lagi peduli pada kezaliman rejim yang ditimpakan ke atas Datuk Seri.

Maka apa lagi yang ingin Datuk Seri harapkan. Reformasi 98/99 tidak mungkin berulang. Mungkin sudah tiba masanya, Datuk Seri ambil masa untuk kehidupan peribadi Datuk Seri, setelah dari muda sehingga tua, Datuk Seri sia-siakan dengan perjuangan yang akhirnya membawa Datuk Seri ke penjara.

Sekian.


EKHSAN BUKHAREE
Kordinator Pusat
Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA)

Empat wanita 'berjemur' bogel di Port Dickson

Posted: 16 Oct 2014 11:57 PM PDT


Kalau perkara ini berlaku di Pulau Pinang, maka riuh rendahlah macai-macai menjadikannya sebagai satu isu untuk memburuk-burukkkan kerajaan negeri Pulau Pinang..

Tapi oleh kerana ianya bukanlah berlaku disebuah negeri yang ditadbir oleh DAP ataupun PKR mahupun PAS.. maka ianya bukanlah satu itu..

Sebab dinegeri yang ditadbir oleh UMNO/BN benda macam ni tak apa.. samalah macam pesta arak tu bila berlaku di Selangor riuh rendah depa.. bila berlaku di Melaka semua buat tak nampak saja..

Kejadian berbogel di tepi pantai ini dilaporkan telah berlaku di Port Dickson...

Port Dickson yang merupakan destinasi beriadah terkenal di Negeri Sembilan dikejutkan dengan aktiviti `jemur' bogel oleh pelancong asing. 
Sinchew Daily melaporkan, empat pelancong wanita yang mempunyai rupa seperti warga Amerika Latin telah melakukan aktiviti `berjemur' dalam keadaan tanpa seurat benang. 
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Datuk Ab. Khalid Mat ketika dihubungi akhbar itu melahirkan rasa terkejut selain meminta pihak media menyediakan gambar dan maklumat supaya siasatan dapat dijalankan. 
Kejadian itu dilaporkan berlaku antara pukul 1 hingga 3 petang pada Rabu (15 Oktober) di Pantai Saujana melibatkan empat orang dipercayai mempunyai hubungan ibu dan anak. 
Salah seorang pelancong adalah berumur 40-an manakala tiga yang lain lebih muda. 
Kawasan tersebut berhampiran dengan kampung Melayu dan merupakan destinasi mandi pantai yang popular dan dipenuhi orang pada musim cuti dan hujung minggu. 
Pada waktu senja setiap hari, tidak kurang orang yang memilih untuk bersantai di pantai tersebut. 
Difahamkan empat pelancong pada mulanya memakai bikini dengan tiga daripadanya berenang sementara seorang lagi berbaring dalam keadaan separuh bogel di pantai. 
Mereka pada mulanya berada dalam keadaan berwaspada dan akan memanggil rakan lain untuk membalut diri dengan tuala jika mengesan kehadiran orang asing. 
Selepas setengah jam, mereka semakin berani dengan menanggalkan pakaian atas sebelum menanggalkan seluar ketika mereka berbaring di pantai. 
Empat pelancong itu 'jemur' bogel selama hampir dua jam dengan dua daripada mereka memakai baju semula untuk membeli makanan ringan dan minuman di kedai berhampiran. 
Selepas membeli barang, mereka menanggal semula pakaian dan meneruskan aktviti 'jemur' bogel.

Empat pelancong memakai baju dan bermain dalam air pada pukul 3 petang sebelum kembali ke hotel mereka di kawasan berhampiran. 
Disebabkan bukan hujung minggu dan ramai penjaja tidak berniaga, maka aktiviti bogel tersebut tidak dilihat oleh terlalu ramai orang. 
Namun begitu, `keberanian' empat pelancong ini tetap disaksikan oleh belasan orang termasuk mereka yang berniat mengintai. 
Selain sepasang kekasih, dua pelajar dan seorang penjaja aiskrim yang ternampak kejadian itu, tiga pekerja asing dari Bangladesh turut bertindak berenang ke arah empat pelancong seakan-akan mahu mendapat `pemandangan' terbaik lapor MalaysiaGazette

Khairy nak bagi borang UMNO kepada Adam Adli?

Posted: 16 Oct 2014 07:20 PM PDT


"Terima kasih, tapi Khairy boleh simpan borang Umno atau bagi pada orang lain," begitulah reaksi aktivis Adam Adli Abdul Halim berhubung hasrat ketua Pemuda Umno Malaysia itu untuk mempelawanya menyertai Umno.

"Saya ada banyak borang kes di mahkamah yang perlu diisi, termasuk kes hasutan," katanya menguls laporan mengenainya semalam.

Kehadiran Adam menarik perhatian, termasuk Khairy, di dialog anjuran akademik naungan Pemuda Umno kelmarin.

Dialog Evolusi Politik Anak Muda Malaysia anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) itu berlangsung di Kelana Jaya.

Khairy yang merupakan panelis di dialog tersebut secara berseloroh berkata beliau mahu memberi borang keahlian Umno kepada aktivis tersebut.

"Adam Adli , ada tadi tapi dia balik dah dan saya tak sempat bagi borang ahli Umno pada dia" kata Khairy kepada hadirin.

"Mungkin saudara-saudara tidak perasan, tapi saya perasan, (Adam) dah keluar dewan dah tadi," Khairy dilaporkan berkata.

Mengulas perkara itu, Adam memberitahu Malaysiakini: "Saya pulang awal bagi peluang untuk Khairy berucap pada penyokong beliau. Saya tetamu biasa, tak penting pun."

Mengenai kehadirannya di majlis dialog itu, Adam berkata beliau hadir atas jemputan santai dari beberapa rakan yang turut terlibat dengan AKHI.

"Saya kira ini peluang yang baik untuk lihat sendiri kehebatan Khairy sebagai pemimpin pemuda. Siapa tahu ada input yang dapat saya kutip," tambahnya.

Khairy memberitahu hadirin bahawa beliau dimaklumkan oleh seorang pegawainya tentang kehadiran Adam di forum itu.

Khairy juga menggunakan tindakan aktivis pelajar itu - yang pertama kali menarik perhatian negara apabila dia menurunkan bendera dengan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan ibu pejabat Umno - sebagai contoh apa yang pemimpin belia tidak harus teladani.

Dalam ucapannya itu juga, Khairy turut memberitahu bahawa AKHI bukan akademi untuk melahirkan pemimpin radikal seperti aktivis tersebut.

"Kita tidak mahu pemimpin radikal seperti Adam Adli," kata Ahli Parlimen Rembau itu lagi. 

Mengulas mengenainya, Adam berkata AKHI memang bukan tempat untuk melahirkan pemimpin radikal.

"Pemimpin yang radikal hanya mampu lahir dari kemelut rakyat, dan perjuangan di jalan raya," katanya.

Bulan lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas Adam kerana menghasut, berhubung ucapannya di sebuah forum pada 13 Mei 2013 mendesak supaya kerajaan BN ditumbangkan.

Pegawai Kanan Kementerian Terima Dana Untuk Jalankan Aktiviti IS ditahan Polis..

Posted: 16 Oct 2014 05:30 PM PDT


Penolong Pengarah Kanan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, ditahan selepas dipercayai merekrut rakyat Malaysia bagi menyertai kumpulan militan negara Islam (IS) dan menerima dana untuk menjalankan aktiviti-aktivitinya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata dana itu juga digunakan untuk lelaki berusia 37 tahun itu pergi ke Syria.

Khalid berkata lebih ramai suspek, yang dipercayai merekrut orang ramai untuk menyertai IS, akan ditangkap tidak lama lagi.

"Saya ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kami (polis) sentiasa memberi perhatian dalam kes ini dan akan menghentikan kegiatan mereka," katanya.

Polis menahan 14 suspek militan, termasuk tiga orang yang dipercayai menjadi dalang di sebalik pengambilan rakyat Malaysia untuk menyertai IS pada Isnin.

Paling muda yang ditahan adalah seorang budak lelaki berumur 14 tahun.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan lewat petang Rabu berkata kesemua yang ditahan adalah rakyat negara ini, berumur antara14 dan 48 tahun, terdiri daripada peniaga, petugas majlis, tukang masak, pereka grafik, pelajar, suri rumah dan jurutera.

"Hasil siasatan, penggerak utama pertama, suspek berusia 37 tahun merupakan pengendali facebook yang mempromosi, merekrut, dan memuat turun propaganda kumpulan IS bagi mempengaruhi rakyat Malaysia untuk berjihad di Syria," katanya.

Khalid berkata suspek itu juga aktif merekrut pelajar wanita universiti tempatan untuk dihantar ke Syria.

"Penggerak utama kedua berusia 34 tahun, pernah menyertai kumpulan IS di Syria antara Disember 2013 hingga April 2014.

"Beliau yang kembali ke Malaysia 8 April lalu berperanan dalam memberi panduan, galakan dan berkongsi pengalaman dengan rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan IS di Syria," katanya.

Manakala pengerak utama ketiga berusia 37 tahun adalah seorang jurutera yang memegang jawatan Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pembentungan, KementerianTenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Katanya, suspek ketiga itu disyaki membiayai perbelanjaan individu-individu yang direkrut tersebut ke Syria.

Khalid berkata suspek ketiga itu juga dipercayai mempunyai hubungan dengan pengganas lain iaitu Dr Mahmud Ahmad, Mohd Najib Hussein, dan Mohd Joraimee, yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina.

Beliau berkata lima daripada yang ditahan terdiri daripada sebuah keluarga yang disyaki merancang untuk berlepas ke Syria menyertai IS.

Katanya penggeledahan rumah keluarga itu turut menemui buku-buku jihad dan aktiviti militan.

"Malah seorang daripada keluarga itu merupakan pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di Klang, Selangor," katanya.

Katanya kesemua suspek ditahan di bawah Bab VIa - Kesalahan Berkaitan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

LApor mStar
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...