Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ezam kata jangan jadi macam dia...

Posted: 18 Oct 2014 07:00 AM PDT


Beliau dikatakan berpotensi untuk memainkan peranan penting dalam PKR malah mungkin menjadi salah seorang calon Timbalan Presiden pada masa akan datang..

Namun ramai yang mengatakan faktor kewangan yang mendesak dirinya membuatkan beliau terpaksa berpatah arang berkerat rotan dengan PKR.

Tinggalkan rakan-rakan seperjuangan, lupakan apa yang dilafazkannya dalam sumpah keramat di bumi Permatang Pauh.. buang semua kotak-kotak yang dijajanya selama ini...

Faktor kewangan bukan saja dihadapi oleh beliau seorang... malah kalau kita kaji sebab-sebab hampir 50 orang nama-nama besar dari PKR meninggalkan PKR kebanyakkannya melibatkan faktor kewangan.

Nampak rapuh sekali semanga mereka itu.. tapi itulah hakikat yang perlu kita ketahui dalam memperjuangkan hak-hak untuk rakyat hak-hak Anak dan Isteri dirumah perlu dilunaskan juga..

Ya lah... dalam berjuang itu Anak dan Isteri perlu diberi makan juga.. bukit kalau hari-hari ditarah rata juga akhirnya.. duit simpanan kalau asyik keluar saja lama-lama habislah ia..

Semasa dalam PKR musuh utamanya ialah Azmin Ali tapi bila keluar PKR Anwar Ibrahim pula yang menjadi sasarannya..

Lagipun kalau semua pimpinan yang ada dalam PKR mengikut cara dia, dikhuatiri macai-macai UMNO mengamuk pula sebab mereka bermati-matian mempertahankan UMNO yang dikutip dari PKR pula bertakhta dihati Najib.

PENGARAH Komunikasi Kementerian Kewangan mohamad Ezam Mohd Nor berkata,adalah wajar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara daripada arena politik tanah air.

Ezam yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda PKR, berkata dia sangat bersetuju dengan NGO Anak Muda Malaysia (Lensa) yang menyuruh agar Anwar bersara daripada politik, kerana perjuangan politik Anwar sudah tersasar jauh..

Ni videonya...


Betullah apa yang Ezam kata tu.. jangan jadi macam dia.. dalam PKR dulu taksub melampau dengan Anwar.. bila keluar PKR dikutuknya Anwar habis-habisan..

Mula-mula dilantik sebagai Senator sekarang dah jadi Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan pula..

Antara kata-kata Ezam kepada Syed Hussin Ali yang dicatatkan Syed Hussin dalam bukunya 'Memoir Perjuangan Politik' -

"Doktor, sekarang ini saya tiada pekerjaan dan tidak ada sumber pendapatan. Pendapatan saya sebanyak US$3,000 sebulan di Indonesia sebagai pengarah sudah terhenti sejak syarikat itu tutup.

"Sekarang saya terpaksa bergantung hanya kepada pendapatan isterti saja. Malulah, walaupun gajinya besar juga, kira-kira RM8,000. Saya kena cari peluang untuk mendapatkan satu dua jawatan pengarah. Ini boleh hanya jika ada bukti saya sudah meninggalkan parti,"

"Doktor. Saya berhenti. Sekarang ini musuh saya bukan lagi Azmin. Musuh saya ialah Anwar. Percayalah saya akan melakukan apa saja untuk memusnahkannya,"

Menurut Syed Husin pendedahan itu dibuat oleh Ezam selepas beliau meminta penjelasan berhubung khabar angin bahawa ketua pemuda PKR itu telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada setiausaha PKR Selangor.

Bukan dia seorang saja yang diberikan jawatan setelah keluar PKR sertai UMNO ada ramai lagi setahu akulah..

Tapi.. aku tak salahkan mereka.. sebab mereka kesempitan, mereka perlu terus hidup, mereka perlu beri makan kepada anak isteri.. jadi itu pilihan yang mereka ada...

Dalam politik dinegara kita ini.. berapa kerat sangatlah yang ikhlas berjuang demi rakyat?


DAP Sarawak akan keluar dari Pakatan Rakyat..

Posted: 18 Oct 2014 05:34 AM PDT


DAP Sarawak hari ini menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR).

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah 2 parti itu menjelaskan pendirian mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Kuching, beliau berkata DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama PAS, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan.

"Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar," katanya.

Beliau berkata, PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.

"Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak boleh diubah. Sebelum kami mengambil keputusan yang tidak boleh diubah itu, kami perlu bersikap terbuka tentang pilihan yang ada dan menyatakan pendirian kami secara jelas," katanya. – Bernama

Projek bernilai RM700 juta kini jadi ‘gajah putih’

Posted: 17 Oct 2014 08:52 PM PDT


Setelah diperkenalkan dua tahun lalu, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bernilai RM700 juta untuk merakam pemandu laju kini menjadi gajah putih, tidak dapat memenuhi tujuan mencegah pelanggaran had kelajuan kerana berhadapan dengan isu undang-undang yang masih tertangguh.

Saman masih dikeluarkan menerusi sistem ini – hampir 1.5 juta mengikut jumlah terkini – tetapi hanya sedikit yang membayar, kerana tindakan Peguam Negara membekukan penguatkuasaan terhadap pesalah yang disenarai hitam kerana tidak membayar denda dalam tempoh ditetapkan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan hanya kira-kira 200,000 saman daripada jumlah itu diselesaikan, tetapi tanpa kuasa untuk menyenaraihitamkan mereka yang tidak membayar, AES menjadi alat tidak berkesan untuk mencegah mereka yang memandu melebihi had laju.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata kepada The Malaysian Insider, AES masih relevan, tetapi ia jadi sia-sia selagi pembekuan masih diteruskan.

"AES terus beroperasi dan kami terus memberi saman, tetapi belum ada keputusan daripada Peguam Negara sama ada kita boleh menyenaraihitamkan mereka yang tidak membayar dalam tempoh masa tertentu.

"Selagi tidak ada keputusan mengenai perkara itu, kita tidak boleh menyenarai hitam sesiapa. Justeru, ini menyebabkan AES tidak berkesan," katanya.

Dalam satu sidang Parlimen, Kementerian Pengangkutan dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (PAS), sejumlah 1,492,084 saman AES bernilai RM51.4 juta dikeluarkan sejak ia ditubuhkan pada 23 September 2012 hingga Ogos 31 tahun ini.

Daripada jumlah itu, 1,298,015 saman masih belum dibayar lagi.

Kementerian itu dalam jawapan bertulisnya juga mengatakan terdapat 10 kamera tetap dan empat kamera AES bergerak beroperasi di 14 lokasi yang sering berlaku kemalangan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak.

Di bawah sistem itu, gambar-gambar dan imej video kenderaan melanggar peraturan lalu lintas diambil sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah.

Masalah timbul kerana polis meneruskan penguatkuasaannya terhadap pengguna jalan raya yang memandu laju selari dengan AES yang diswastakan, menyebabkan pengguna jalan raya mengeluh disaman dua kali.

Segelintir mencabar saman yang diterima di bawah sistem AES di mahkamah, yang membawa kepada pembekuan Peguam Negara.

Ismail berkata, jika pesalah trafik yang disaman tidak mahu membayar samannya, tiada apa yang boleh dilakukan JPJ.

"Kita tidak boleh berbuat apa-apa selain terus mendesak mereka membayar. Tetapi jika tidak, kita tidak boleh memaksa mereka atau berbuat apa-apa sementara menunggu keputusan Peguam Negara," katanya, sambil menambah JPJ masih boleh menyenarai hitam pemilik kenderaan kesalahan lain yang tidak berkaitan dengan AES.

"Kami bersedia pada bila-bila masa untuk senarai hitam jika AG beri lampu hijau. Tetapi sudah tentu, akan ada tempoh notis bagi pemilik kenderaan menjelaskan kompaun mereka sebelum disenarai hitamkan."

JPJ sebelum ini berjanji memasang sejumlah 831 kamera untuk menangkap pemandu laju bagi mencegah kematian di jalan raya sebagai sebahagian fasa perintis projek AES yang dilaksanakan pada bulan September 2012.

Namun tiga bulan kemudian, Pejabat Peguam Negara memerintahkan semua prosiding mahkamah berkaitan saman yang dikeluarkan di bawah AES dihentikan untuk membolehkan kajian terhadap isu undang-undang yang dibangkitkan berikutan kemarahan orang ramai.

Prospek pemandu berhadapan dua denda selepas polis yang menguatkuasakan undang-undang pemanduan laju berkata, mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap laju mudah alih berhampiran kamera AES.

Pemimpin parti pembangkang juga mempersoalkan perjanjian memberikan kontrak AES bernilai RM700 juta untuk dua firma – ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap – yang akan berhak mendapat RM16 setiap saman sah bagi lima juta pertama saman yang dikeluarkan.

Dilaporkan, pendapatan selebihnya akan berpecah sama rata antara kedua-dua syarikat dan kerajaan sehingga kepada had sebanyak RM270 juta setiap satunya.

Firma akan menerima 7.5% daripada hasil baki dan kerajaan akan mendapat selebihnya.

Pakatan Rakyat mendakwa syarikat-syarikat ini ada kaitan dengan MCA dan Umno, tetapi ia dinafikan sekeras-kerasnya.

Tahun lalu, bekas pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammudin Hussein mengumumkan diskaun 50% bagi saman AES, di mana pesalah trafik hanya perlu membayar RM150 dan bukan RM300 bagi setiap saman AES jika mereka membayar dengan cepat.

Beliau juga berkata syarikat milik penuh kerajaan, AES Solutions Sdn Bhd, akan mengambil alih pengurusan daripada ATES dan Beta Tegap ~ The Malaysian Insider

Ingat nasib ‘Red Indian’ pesan Ku Li buat Melayu..

Posted: 17 Oct 2014 06:00 PM PDT


Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menyeru agar rakyat Malaysia terutamanya Melayu/Bumiputera mengubah sikap supaya menjadi masyarakat yang lebih berjaya, bagi mengelak mereka daripada menjadi pengemis di negara sendiri.

Ku Li berkata, perubahan itu perlu dilakukan kerana standard dunia telah berubah, dan sekiranya masyarakat kita masih lena dibuai mimpi tidak mustahil kita senasib dengan masyarakat 'Red Indian' di Amerika Syarikat.

"Saya sebut dalam masalah yang dihadapi oleh orang kita, orang Melayu/Bumiputera adalah sikap kita… jadi selagi kita tidak ubah sikap selama inilah kita akan ketinggalan. Saya ingatkan orang kita supaya ubah sikap, letakkan nilai yang patut supaya kita tidak jadi pengemis di negara sendiri.

"Ingat nasib 'Red Indian'… keadaan kini sudah berubah, nilai ringgit sudah jatuh dan World Bank telah tetapkan ukuran yang baru kepada kita untuk tentukan kita sudah atasi kadar kemiskinan.

"Dikhabarkan sekarang untuk Malaysia, mereka yang berpendapatan kurang RM3,600 adalah golongan miskin," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Forum Transformasi Barah Ali Baba di Bumi Merdeka anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEN) di Institusi Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam, semalam.

Justeru, Ku Li mengingatkan masyarakat kita supaya berpijak di bumi yang nyata, dan jangan bersikap seperti orang kaya.

"Kita berlagak, tapi poket kita kosong, nilai ringgit sudah mengecil, inflasi kos hidup atasi kemampuan sikap tetapi kita tetap tidak berubah… tetap boros berbelanja," katanya lapor Sinar Harian
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...