Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Takkan nak kaji jawatan Raja Idris saja kot.. jawatan Din Ayam tu kajilah sama..

Posted: 02 Oct 2014 03:33 AM PDT


Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali digesa mengkaji semula keupayaan dan rekod prestasi pengurusan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) susulan penamatan perkhidmatan 105 pekerja Hotel Quality Shah Alam pada Jun lalu.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani mendakwa pemberhentian beramai-ramai pekerja hotel itu perlu diatasi secara kolektif untuk menambah baik kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang lalu.

"Kegagalan ini juga mencerminkan bahawa tadbir urus pengerusinya, Raja Idris Raja Kamarudin perlu dikaji berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) supaya isu ini tidak memudaratkan pentadbiran baharu untuk membuat penambahbaikan GLC di Selangor.

"Memberhentikan pekerja itu mencerminkan kegagalan Raja Idris, pentadbirannya perlu dikaji semula dan dibuat KPI supaya ia berkemampuan mengangkat GLC Selangor ke peringkat yang tinggi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Sebelum ini, pengurusan KPS dilaporkan telah menyediakan pampasan berjumlah RM5 juta selain bantuan seperti nasihat temuduga, nasihat mencar pekerjaan, khidmat kaunseling dan penawaran peluang keusahawanan.

Hotel Quality Shah Alam di Seksyen 14 Shah Alam mempunyai 154 bilik termasuk suite selain kemudahan dewan yang boleh menempatkan kira-kira 500 orang dalam satu-satu masa.

Mengulas lanjut, Abdullah menggesa menteri besar itu mengkaji semula kedudukan Raja Idris untuk mengepalai pengurusan KPS yang gagal membela nasib pekerja.

"Saya khuatir jika perkara ini tidak ditangani dengan segera, ia akan memburukkan keadaan kalau pentadbiran sekarang tidak ditambah baik.

"Saya merayu kepada menteri besar supaya melihat KPI latar belakang pengurusan sedia ada termasuk Raja Idris sama ada ia perlu dikaji kedudukan beliau demi mengangkat martabat GLC Selangor," katanya lagi lapor Sinar Harian


Tapi... takkan nak kaji jawatan Raja Idris saja kot?.. kajilah sama jawatan Din Ayam ni..



 

Kenaikkan harga minyak tu sikit ajee.. tak membebankan pun.. kata Menteri

Posted: 02 Oct 2014 12:45 AM PDT


Kejutan dari pengumuman kenaikan harga bahan api pada malam tadi belum berakhir namun seorang menteri tampil dengan pujukan bahawa kenaikan itu amat rendah.

"Jika kita buat kiraan, kenaikan itu hanya minimum," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek.   

"Jika akan berlaku kesan (pada inflasi), ia amat sedikit. "Ianya tidak besar," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis Anugerah Harta Intelek Malaysia.

Hasan turut menegaskan bahawa kenaikan itu tidak bermaksud untuk membebankan rakyat tetapi untuk mengukuhkan kewangan negara.

Beliau menggesa masyarakat umum agar menerima keputusan tersebut dan menunggu pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2015.

Katanya, perdana menteri yang juga menteri kewangan akan mengumumkan langkah yang akan mengurangkan kesan kenaikan harga bahan api.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak dipergunakan oleh pihak tertentu yang didakwanya ingin menggunakan isu berkenaan demi kepentingan politik lapor Malaysiakini

 

Bila Faekah terlupa yang Khalid Ibrahim bukan lagi MP PKR.. inilah jadinya..

Posted: 01 Oct 2014 11:25 PM PDT


Faekah dalam satu kenyataan semalam mendakwa Bendahari Selangor mengeluarkan arahan pada 25 September supaya membekukan akaun bank SMUE di dua kawasan terbabit.

Faekah sebagai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang berkata, segala jasa Khalid selama lebih enam tahun menerajui Selangor ternyata dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai Azmin.

"Azmin memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri.

"Budaya ini amat berbeza di bawah pentadbiran Khalid yang menyemai budaya bekerja secara profesional tanpa dipengaruhi agenda politik dan peribadi," katanya.

Hakikatnya ialah...

Akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak dibekukan seperti dakwaan pegawai khasnya Faekah Husin semalam.

Sebaliknya, saluran peruntukan bagi kawasan itu akan tetap diteruskan di bawah pentadbiran menteri besar baru Mohamed Azmin Ali, kata ketua bahagian PKR Bandar Tun Razak Azman Abidin hari ini.

"Bendahari kerajaan negeri memaklumkan wakil dari Parlimen Bandar Tun Razak, memandangkan Khalid kini Ahli Parlimen Bebas dan bukan dari Pakatan Rakyat (PR), beliau tidak layak memegang peruntukan SMUE lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, kata Azman, peruntukan itu akan disalurkan melalui sebuah DUN Angkat yang akan dilantik kerajaan negeri kemudian.

"DUN Angkat akan memegang peruntukan ini bagi parlimen Bandar Tun Razak dan bagi DUN Pelabuhan Klang.

"Peruntukan Skim ini akan diserahkan kepada penyelaras DUN yang akan dilantik oleh menteri besar dalam sedikit masa lagi," katanya.

Azman berkata ia proses biasa dan tidak benar sama sekali dakwaan Faekah yang Azmin mengarahkan peruntukan itu dibekukan.

Azman merupakan bekas setiausaha politik Khalid yang menjaga kawasan beliau lapor The Malaysian Insider

 

Minyak naik kerana Kementerian Kewangan tak pernah turun padang?

Posted: 01 Oct 2014 07:41 PM PDT


Kerajaan mengundang kemarahan rakyat apabila menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, satu jumlah yang tinggi dan tidak boleh diterima.

Kenaikan 20 sen itu cukup mengejutkan apatah lagi rakyat masih dalam proses untuk menyerapkan kenaikan petrol, gas dan gula sebelum ini.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Jacob George yang kesal dengan kenaikan harga bahan api itu tidak menolak kemungkinan keputusan itu diambil selepas penelitian yang salah.

"Saya ingin bertanya adakah mana-mana agensi kerajaan terlibat ada membuat tinjauan atau turun padang?

"Adakah Kementerian Kewangan sudah meneliti kesan kenaikan bahan api kepada keseluruhan hidup rakyat.

"Atau adakah Kementerian Kewangan telah diberi isyarat atau maklumat yang salah tentang poket rakyat," katanya.

Kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.30 seliter manakala harga diesel pula dinaikkan kepada RM2.20 seliter bermula 12.01 pagi, Selasa 2 Oktober 2014.

Harga RON 95 sebelum ini adalah RM2.10 seliter manakala diesel adalah RM2.00 seliter.

George berkata, Kementerian Kewangan telah menaikkan harga bahan api pada masa yang salah, ketika sebahagian besar rakyat masih terhimpit dengan kenaikan harga barangan.

Katanya, dalam pemantauan CASSA, rakyat Malaysia yang terjejas dengan kenaikan kos sara hidup terpaksa membuat dua dan tiga pekerjaan untuk menampung kehidupan seharian.

"Dan percayalah kenaikan bahan api pada hari ini akan menyebabkan rakyat Malaysia bersedih," ujarnya sambil meminta kerajaan mengkaji semula pengurangan subsidi itu kerana keputusan menaikkan harga bahan bakar tidak rasional.

Beliau sangat yakin pengguna akan berhadapan dengan pelbagai kenaikan harga barang mulai hari ini, maklum balas biasa berlaku akibat kenaikan harga bahan bakar.

Tambahnya, paling jelas tindakan menaikkan harga bahan api ini juga tidak menggambarkan slogan kerajaan untuk mendahulukan rakyat, sebaliknya menghukum rakyat terhadap pembaziran yang dilakukan. - MalaysiaGazette

 

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...