Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib antara yang mengalami penyakit ‘skizofrenia’ kata Kit Siang

Posted: 20 Oct 2014 03:00 PM PDT


Datuk Seri Najib Razak 'berisiko' menjadi bahan jenaka antarabangsa sebagai sebagai Perdana Menteri 'talam dua muka' apabila sibuk melaungkan seruan kesederhanaan di peringkat antarabangsa, namun tunduk kepada golongan ekstremis ketika di dalam negara.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Najib sekali lagi menunjukkan sifat 'skizofrenia' dengan pemahaman tentang prinsip kesederhanaan yang cukup berbeza di peringkat antarabangsa dan kebangsaan.

"Pada 27 September lalu, Najib memberikan ucapan yang amat baik dalam Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu, apabila menyeru golongan sederhana untuk mengambil kembali agama mereka (daripada puak ekstremis) dan mengambil jalan keamanan.

"Namun di 'rumah'nya sendiri, Najib mengelak daripada membendung sikap ekstrim dan tidak bertolak-ansur, sehingga berlaku provokasi antara kaum dan agama pada tahap terburuk sepanjang lima tahun pentadbirannya," katanya dalam satu kenyataan.

"Jelas, Najib mengalami 'skizofrenia' (fikiran celaru, berubah-ubah dan tidak stabil) dalam memahami konsep kesederhanaan, apabila pemahamannya di luar negara begitu berbeza dengan di sini," katanya, secara sinis merujuk laporan Bernama hari ini, bahawa seorang daripada 100 warga Malaysia mengidap penyakit itu.

Sehingga kini, kerajaan masih gagal mengambil sebarang tindakan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang mengancam untuk membakar kitab Bible bahasa Melayu tahun lalu.

Pada masa sama, puluhan ahli politik Pakatan, aktivis, ahli akademik dan wartawan disiasat di bawah Akta Hasutan, kononnya kerana mengancam keharmonian negara.

Kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi, beliau yakin Najib akan dapat memberi jawapan yang hebat jika diminta mengulas tindakan biadap Ibrahim itu di luar negara.

"Namun di tanahair sendiri, kerajaan di bawah pimpinannya terus beralasan hanya untuk membela tindakan tersebut, antaranya menyifatkannya selaras dengan Perlembagaan Malaysia," katanya.

Sebab itu jugalah, katanya lagi, seruan Najib dalam Perhimpunan Agung Gerakan semalam untuk 'menolak ekstremisme kaum dan agama' langsung tiada kredibiliti dan tidak lebih sekadar omong kosong semata-mata.

GEMPAR!! Ada Ahli Politik makan hasil dari pusat judi haram di Perak...

Posted: 20 Oct 2014 08:24 AM PDT


Nak percaya dengan tak percaya.. sama banyak saja aku sebabnya yang kata ada ahli politik dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di Perak ni ialah Zahid Hamidi..

Sebabnya dah berapa kali dia buat gempar macam ni.. tapi kesudahannya habukpun tak ada..

Masa berlaku pencerobohan di Lahad Datu dulu tu dia kata dia ada bukti beberapa pemimpin Pembangkang menjadi dalang bagi pencerobohan oleh pengganas dari Sulu tu..

Hari berganti hari.. minggu berganti minggu.. bulan berganti bulan.. tak ada tangkapan dan dakwaan yang melibatkan pemimpin pembangkang berkaitan pencerobohan itu.

Kemudiannya dia tuduh Mat Sabu mengamalkan ajaran Syiah semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 pulak siap dengan bukti Gred A lagi.. tapi sampai sekarang tak keluar-keluar bukti dia tu..

Ahmad Zahid semasa membuat ucapan penggulungan di perhimpunan agung Umno awal bulan ini memberikan kuasa kepada Jakim untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS kerana didakwa mengamalkan fahaman Syiah.

Naib Presiden Umno itu berkata, beliau sudah mengenal pasti perkara itu dan menyeru PAS untuk mengetepikan perbezaan politik, dan bersatu menentang ancaman Syiah kerana ini merupakan soal akidah dan keselamatan negara.

"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab memegang portfolio agama.

Sudahnya dia yang kena saman dengan Mat Sabu pasal fitnah.. patutlah macai gelar dia Menteri Tin Kosong.. cakap saja lebih perlaksanaannya hampeh..

Kalau betul apa yang dia dakwa ni.. dedahkan sajalah nama pemimpin tu biar semua rakyat terutamanya yang mengundi individu itu tahu siapa dia..

Aku yakin tak ada rakyat Malaysia yang waras (kecuali taksub membabi buta) akan kekal menyokong pemimpin yang terbukti bersekongkol dengan penjenayah..

Terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun tidak terlibat secara langsung tetapi ada ahli politik yang dikesan dibiayai dengan hasil pusat perjudian haram tersebut.

"Tidak ada ahli politik yang terlibat secara langsung tetapi mungkin ada yang memperolehi wang daripada pendapatan hasil perjudian itu untuk melakukan kegiatan politik.

"Berdasarkan laporan yang saya perolehi ada ahli politik yang terlibat...saya tidak mahu menuduh, tetapi jika mahu pembuktian pihak polis ada bukti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam masalah perjudian atau kegiatan jenayah sepatutnya mana-mana ahli politik tidak bersekongkol dengan individu atau pertubuhan haram.

Ahmad Zahid diminta mengulas laporan akhbar mengenai kegiatan perjudian di tiga kawasan berkenaan yang dikatakan kebal untuk ditembusi pihak berkuasa.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak parti politik dapat mengambil tindakan terhadap ahli-ahlinya yang terlibat dibiayai dengan kegiatan perjudian haram.

"Kami juga mohon kerjasama orang ramai, bukan sahaja melaporkan tetapi bersama-sama mengambil tindakan dengan pihak berkuasa, kerana apa yang berlaku sekarang bila ada permintaan maka adalah penawaran," katanya. - Bernama

Pekerja Kedai makan ditumbuk gara-gara kenakan GST..

Posted: 20 Oct 2014 05:36 AM PDT


Seorang pekerja kedai makan di Kampung Bharu ditumbuk apabila pelanggan kedai itu tidak berpuas hati kerana dikenakan caj tambahan sebanyak enam peratus.

Menceritakan keadaan itu, pengurus kedai makan berkenaan berkata, majikannya terpaksa menghentikan caj enam peratus itu setelah mendapat rungutan pelanggan.

"Ramai marah apabila caj tambahan itu dikenakan, mereka kata tidak patut kedai kami kenakan cukai itu. Mereka merungut 'kedai nasi campur pun nak kenakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) ke?

"Sebenarnya caj berkenaan baru dikenakan sekitar dua minggu lalu kepada pelanggan setelah didenda sebanyak RM23,000 akibat tidak memulakan operasi memungut cukai sebaik mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bulan enam lalu," dakwanya yang enggan dikenali. 

Dakwanya lagi, bukan mahu mengambil kesempatan tetapi itu adalah syarat yang ditetapkan kerajaan. 

Pengurus kedai itu mendakwa menerima arahan untuk memungut cukai itu sebagai langkah persediaan kepada pelaksanaan GST.

"Kami mendaftar kerana tidak mahu lari daripada membayar cukai, bersikap bertanggungjawab atas perniagaan ini. Namun ramai yang menyangka kami telah laksanakan GST lebih awal," katanya.

Ditanya adakah kedainya itu mencatatkan pendapatan melebihi RM500,000, pengurus itu bagaimanapun kurang pasti mengenai perkara itu lapor Sinar Harian

Pegang Anjing.. Apa kata Ustaz Azhar Idrus (Video Inside)

Posted: 20 Oct 2014 12:35 AM PDT


Semalam telah berlangsung acara "I Want to Touch a Dog" di Central Park, Bandar Utama dekat Petaling Jaya dan dilaporkan kebanyakkan media ianya mendapat sambutan yang luarbiasa dari umat Islam.. 

Malaysiakini melaporkan.. Ratusan hadirin hari ini hadir pada acara "I Want to Touch a Dog" – sebuah acara bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.

Acara yang bermula pada jam 8 hingga 10 pagi di Central Park, Bandar Utama itu turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.

Sebelum acara menyentuh anjing bermula, sebuah forum mini oleh penceramah antaranya seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan diadakan.

Dalam forum tersebut, hadirin diberi peluang untuk bertanyakan pelbagai soalan dan kemusykilan berhubung haiwan tersebut.

Selepas itu, mereka juga diberi taklimat dan diajar untuk melakukan sertu dengan cara yang betul sekiranya terdapat hadirin yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.

Selain menyentuh anjing, acara julung kali yang turut disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat itu juga memberi peluang kepada hadirin untuk mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan haiwan berkenaan.

Terdapat juga ibu-bapa beragama Islam membawa anak-anak mereka ke acara itu bagi memberi pendedahan dan menyentuh haiwan berkenaan.

Bagi penganjur acara berkenaan, Syed Azmi Alhabshi berkata, beliau gembira dengan sambutan menggalakkan yang diterima pada hari ini.

Katanya, objektifnya untuk mengadakan acara ini juga tercapai apabila rata-rata yang hadir memberi respon positif kepadanya.

"Sambutan amat menggalakkan. Walaupun acara ini hanya dua jam, tapi rasanya ia amat mencukupi. Saya rasa bagus dan objektiftercapai. Apa yang penting kita dapat tengok masyarakat yang majmuk saling membantu.

"Hari ini juga ramai orang Islam yang hadir dan mereka rasa selesa sebab mereka tak was-was dan kita ada ajar cara nak sertu (samak) dan pemilik anjing pun ada bersama. Sebenarnya apa yang penting ialah ilmu pengetahuan," katanya kepada Malaysiakini.

Kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut ianya adalah haram dan punya unsur menghina Ulama..

Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut menasihatkan umat Islam tidak mencipta budaya bercanggah dengan Islam dan mempunyai unsur menghina ulama.  
Beliau mengulas penganjuran program menyentuh anjing - I Want To Touch a Dog - semalam.  
Beliau menegaskan haram menyentuh anjing dengan sengaja kerana ia najis mughallazah yang dipandang serius oleh mazhab Shafie dan Hanbali.  
"Perkara ini dilarang kerana tiga perkara iaitu agama, kesihatan dan budaya yang bercanggah dengan Islam.  
"Perlu diingat di Malaysia kita berpegang teguh kepada mazhab Shafie. "Jangan cuba mencipta budaya yang bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini. 
"Usahlah menjadi hero dengan menimbulkan pendapat terpencil yang tidak boleh digunapakai.  
"Alasan fuqaha (ahli fekah) mengenai membela anjing cukup jelas iaitu ia akan menakutkan tetamu, berkurangan pahala satu qirot (satu qirot bersamaan bukit Uhud di Madinah), malaikat rahmat tidak memasuki kediaman dan tabiat anjing suka menjilat.  
"Imam al-Nawawi menyatakan tiga alasan membolehkan membela anjing iaitu menjaga tanaman, ternakan dan berburu," katanya seperti dilaporkan Berita Harian ini. 

Berikut pula adalah ulasan Ustaz Azhar Idrus mengenai saja-saja pegang Anjing ni..

Baguslah!! NGO Pro UMNO di Pulau Pinang dah sedar akhirnya...

Posted: 19 Oct 2014 10:21 PM PDT


Aku ingatkan isu mengenai tanah TUDM di Butterworth ni dah berjaya diselesaikan oleh UMNO/BN Pulau Pinang.. tapi masih tak berjaya diselesaikan lagi rupanya..

Sebab pada April lalu dah dilaporkan pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang akan menemui Najib untuk membincangkan isu ini..

Rentetan itu semalam satu demo telah diadakan oleh NGO-NGO yang kebanyakkannya merupakan Ahli UMNO di hadapan Pengkalan TUDM Butterworth semalam..



Apa yang kita perlu tahu ialah..

Cadangan penempatan semula dan pembinaan semula pangkalan TUDM akan dikendalikan oleh TSR Capital Berhad, yang merupakan kongsi dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Pembinaan Bukit Timah Sdn Bhd.

TSR akan memegang saham 51% manakala LTAT dan Bukit Timah akan memegang 30% dan 19% selebihnya.

Dalam pengumumannya di Bursa Saham, TSR mengatakan Putrajaya akan membayar syarikat tersebut melalui pertukaran tanah pada nilai pasaran semasa plot kerajaan.

Akaun Kumpulan Kewangan TSR Ng Kim Keong dilaporkan pada Februari mengatakan pembangunan yang dicadangkan akan berlanjutan untuk sedekad, dibahagikan kepada enam fasa yang bernilai RM500 Juta setiap satu.

TSR mulanya perlu mengambil tanah tersebut untuk pemindahan pangkalan baru, yang mungkin akan memakan belanja RM3 bilion, termasuk kos tanah.

Ng dipetik dalam laporan berkata "Ia mungkin lebih murah memandangkan kita sedang mencari tanah yang jauh dari bandar."

Pangkalan tersebut kini di tanah berhadapan dengan laut, bertentangan dengan Pulau Pinang dan kira-kira 8 kilometer daripada Butterworth.

Perjanjian cadangan tersebut masih di dalam tahap perundingan dan hanya akan ditandatangani tahun hadapan.

Selepas perjanjian tersebut ditandatangani, TSR akan mengambil masa empat hingga lima tahun untuk membina pangkalan baru TUDM itu.

Pelan pembinaan semula itu, termasuk pertukaran tanah, disahkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Parlimen pada 18 Mac.

Tapi masaalahnya ialah pembangunan ini dalam masa yang sama akan akan memberi kesan besar ke atas penduduk dan memberi impak kepada kepada geopolitik Teluk Air Tawar.

Dalam lain ayat ianya akan membawa padah kepada UMNO dan BN kerana ianya akan melibatkan penempatan semula sekurang-kurangnya 13 buah kampung berhampiran dengan TUDM.

Dan dalam masa yang sama 'Undi Pos' yang menjamin kemenangan BN bagi kawasan Parlimen di kawasan itu juga akan hilang dan sekaligus menggugat DUN-DUN yang dikuasai UMNO disekitar kawasan itu.

Selain itu rakyat tempatan  dijangka tidak akan mendapat manfaat daripada pembinaan semula pangkalan itu.

Kerana projek pembangunan ini dijangkakan untuk menjadi pembinaan-campuran yang bertujuan membuat keuntungan, memandangkan kos tinggi para pemaju perlu tampung dalam pemindahan dan pembinaan semula pangkalan TUDM itu.

Rakyat biasa Pulau Pinang besar kemungkinan hanya mampu melihat kerana tidak akan dapat mampu membeli sebarang unit di sana..

Bagus tindakan UMNO ini sebenarnya... teruskanlah hingga projek dibatalkan..

Laporan berkaitan..

Seramai 200 penduduk kawasan Teluk Air Tawar, di Butterworth dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pulau Pinang berkumpul secara aman di hadapan pintu masuk Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth bagi membantah cadangan penswastaan kawasan berkenaan.  
Pengerusi Gabungan Perwakilan Melayu Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin yang mengetuai perhimpunan itu berkata cadangan penswastaan itu akan mengusir penduduk tempatan yang telah menetap di kawasan berkenaan sejak puluhan tahun.  
"Seperti cadangan pembinaannya, kawasan ini pasti akan diduduki oleh orang kaya dan bangsa asing sahaja dan penduduk di sini terutama orang Melayu tidak akan mampu membelinya.  
"Kami nampak tindakan itu seperti proses 'menghalau' penduduk Melayu secara halus di kawasan berkenaan dan saya juga difahamkan sebanyak 13 buah kampung di kawasan berkenaan akan lenyap," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan aman berkenaan,di Butterworth semalam. 
Perhimpunan aman kira-kira 30 minit itu turut disertai ADUN Teluk Air Tawar Datuk Jahara Hamid.

Sementara itu, Anggota Jawatankuasa Pertubuhan Alumni Belia 4B Pulau Pinang, Datuk Ismail Yahya berkata cadangan itu merupakan satu kerugian kepada negara memandangkan tapak pangkalan TUDM berkenaan begitu strategik sebagai lokasi pertahanan negara. - Bernama

Dan yang paling penting ialah ianya juga membuktikan kepada umum bukannya Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menghalau Melayu... tapi depa kata dia ni..

Lihat apa yang terpapar dalam salah satu banner di bawah ni..


Maksud aku.. banner yang tulis "Aku cari Al-Ghazali.. tapi terjumpa TSR"..

"Aku cari Al-Ghazali.." ayat siapa tu agaknya??

Gambar-gambar datangnya dari sahabat dari UMNO yang kelokasi demo..

Ibu Dyana tampil pertahankan Dyana..

Posted: 19 Oct 2014 08:08 PM PDT


"Itu bukan Dyana. Dyana dan Zairil tak bercinta!" itu yang ditegaskan ibu Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat berhubung penyebaran gambar intim mirip bekas calon PRK Parlimen Teluk Intan itu bersama Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Menurutnya, penyebaran gambar itu sebagai fitnah terbaru terhadap anaknya oleh pihak-pihak tertentu yang mahu merosakkan imej DAP sekali gus melihat Dyana Sofya disingkirkan dari parti itu.

Beliau berkata, tindakan itu juga dilihat sebagai cubaan mengalih perhatian terhadap isu-isu semasa yang lebih besar.

"Kalau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, mereka boleh fitnah dan reka gambar macam-macam, inikan pula Dyana. Ini bukan benda baharu, masa PRK Teluk Intan pun berlaku.

"Jika difikirkan secara logik, sebagai seorang ahli Parlimen yang dihormati, takkan Zairil nak buat perkara yang jejas imej macam itu," katanya semalam.

Yammy berkata, individu mahupun kumpulan yang sengaja mereka-reka cerita dan menyebarkan gambar ini jelas ketandusan modal.

Menurutnya, beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut berhubung isu itu memandangkan beberapa kes mahkamah yang sudah difailkan terhadap beberapa ahli politik sedang berjalan lapor Sinar Harian

Patutlah rugi memanjang.. Nasi Lemak RM45, Telur ayam MAS beli RM8 sebiji..

Posted: 19 Oct 2014 05:30 PM PDT


Masih ingatkah lagi dengan kritikan Chef Wan tentang nasi lemak 'telanjang' yang disajikan oleh Malaysia Airline System Berhad pada awal tahun ini?

Kritikan itu dibuat oleh Chef Wan kerana syarikat penerbangan itu menyajikan nasi lemak dengan telur rebus separuh dan sambal, tanpa potongan timun, kacang dan ikan bilis seperti kebiasaan.

Chef Wan mendakwa MAS seperti tidak mengambil peduli terhadap sarapan rakyat Malaysia yang diagung-agungkan ke seluruh.

MAS kemudian menjawab kritikan itu memberitahu akan mempertingkatkan hidangan tersebut.

Namun selepas lapan bulan, nampaknya hidangan itu menampilkan sedikit perubahan iaitu nasi lemak, telur kuning dan sambal udang. Kacang dan ikan bilis disediakan secara berasingan dalam bungkusan plastik kecil.

Kali ini MalaysiaGazette tidak mahu mengulas mengenai sajian itu kerana difahamkan nasi lemak yang disajikan itu dibeli berdasarkan kemampuan poket MAS.

Seorang kakitangan syarikat penerbangan itu mendakwa, MAS bukan tidak boleh menyediakan sajian yang lebih baik tetapi tidak mampu.

"Kalau hendak tahu nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat MAS berharga RM45," dakwa kakitangan itu kepada MalaysiaGazette yang bertanyakan mengenai sajian nasi lemak itu.

Wartawan dan jurugambar MalaysiaGazette diberikan sajian nasi lemak itu ketika dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam baru-baru ini.

Kakitangan MAS itu memberitahu, sajian nasi lemak sering dipertikaikan khususnya oleh penumpang tempatan, lantaran itu mereka lebih suka menawarkan roti dan omelette sahaja, selain rasanya lebih enak.

"Sejujurnya kalau ada penumpang yang tanya mana yang sedap, saya akan cadangkan penumpang memilih omelette.

"Kalau beri nasi lemak kepada penumpang yang cerewet, macam-macam yang tidak puas hati dengan hidangan itu," tambahnya.

Malah, beliau mendakwa, harga sebiji telur yang dibeli oleh MAS pada harga RM8.

Tambah kakitangan itu, kalau awal tahun ini, hanya nasi lemak, telur dan sambal ikan bilis tetapi sekarang ditingkatkan dengan sambal udang, telur serta ikan bilis dan kacang.

"Itu sahaja kemampuan MAS yang ada," katanya.

Sementara itu, sumber dalaman MAS ketika diminta mengulas harga makanan yang sangat tinggi terpaksa dibeli oleh MAS, beliau berkata: " Ia adalah salah satu faktor kakitangan MAS marah dengan penjualan MASCatering dulu.

"Tapi siapa yang mahu mendengar rayuan kakitangan MAS, sekarang inilah akibatnya," jawabnya ringkas ~ MalaysiaGazette

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...