Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


The Star dedahkan nama atlet yang gagal ujian dadah..

Posted: 21 Oct 2014 09:30 AM PDT


Putrajaya tidak boleh mendedahkan kepada umum buat waktu ini nama atlet negara yang gagal dalam ujian dadah yang dibuat secara rawak seperti dilaporkan media terdahulu hari ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Sambil mengesahkan kebenaran berita itu, Khairy menjelaskan nama dan jenis sukan atlet berkenaan tidak boleh didedahkan kerana terikat dengan undang-undang antarabangsa.

Khairy berkata, undang-undang itu memperuntukkan tiada butiran boleh didedahkan sehingga keputusan ujian pengesanan dadah kali kedua, atau sampel B diketahui.

"Nama atlet atau jenis sukan tidak boleh didedahkan sehingga keputusan sampel B diketahui," kata Khairy kepada pemberita ketika lawatan di Brickfield, Kuala Lumpur sempena sambutan Deepavali.

"Atlet berkenaan diberi sehingga 17 Oktober. Beliau melakukan ujian dan sekarang sedang menunggu keputusan ujian itu," katanya.

Akhbar New Straits Times awal hari ini melaporkan seorang pemain badminton negara gagal dalam ujian dadah secara rawak yang dijalankan semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen pada bulan Ogos lapor The Malaysian Insider.

Tapi,,, The Star dan mStar dedahkan nama atlet yang didakwa itu..

Datuk Lee Chong Wei didakwa terbabit dalam kes "atlet utama negara" yang gagal ujian doping yang dikendalikan oleh satu penganjur kejohanan utama baru-baru ini.

Pada Selasa, dilaporkan bahawa seorang atlet gagal ujian dadah, tetapi namanya tidak didedahkan sehingga pemeriksaan lanjut yang mengesahkan bahawa atlet itu positif dadah.

Atlet tersebut merupakan antara yang dipilih secara rawak untuk melakukan ujian doping.

Atlet itu diberitahu mengenai kegagalannya dalam ujian doping pada 1 Oktober lalu, dan meminta supaya sampel "B" diuji 16 hari kemudiannya, sehari sebelum tarikh tutup untuk permintaan untuk melakukan ujian berkenaan.

Atlet berkenaan dikatakan pergi ke luar negara untuk melihat ujian sampel B. Bagaimanapun tidak dimaklumkan mengenai bilakah keputusan ujian terhadap sampel B akan dikeluarkan lapor mStar

MH17 ditembak peluru berpandu milik Ukraine dakwa Agensi perisikan Jerman

Posted: 21 Oct 2014 08:13 AM PDT


Agensi perisikan Jerman menuduh pemberontak pro-Rusia menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia, MH17 menggunakan peluru berpandu yang dirampas daripada tentera Ukraine, menurut satu laporan media semalam.

Kiev dan Barat sebelum ini mendakwa pesawat MH17 meletup di udara pada Julai lalu selepas ditembak oleh kumpulan pemisah itu dengan sistem peluru berpandu darat ke udara, BUK yang dibekalkan oleh Rusia.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan oleh Moscow.

Namun majalah Spiegel melaporkan, Ketua Agensi Perisikan Luar Jerman BND, Gerhard Schindler sebagai berkata, maklumat risikan mendapati pemberontak pro-Russia merampas peluru berpandu BUK dari sebuah pangkalan tentera Ukraine dan menembak peluru tersebut yang meletup di sebelah pesawat Malaysia.

Penerbangan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur itu terhempas pada 17 Julai lalu ketika terbang melintasi wilayah yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine.

Semua 298 penumpang dan anak kapal MH17 terbunuh dalam serangan itu termasuk 153 rakyat Belanda. Schindler memberitahu, dakwaan Rusia bahawa peluru berpandu itu ditembak oleh tentera Ukraine dan juga terdapat sebuah jet pejuang Ukraine terbang mendekati pesawat Boeing 777-200 itu adalah suatu pembohongan.

Kata Schindler lagi, gambar tentera Ukraine itu telah dimanipulasi seperti yang dilaporkan oleh Spiegel.

Majalah itu bagaimanapun tidak mengulas lanjut tentang kandungan gambar tersebut, sumbernya atau pihak yang memanipulasinya.

Mengulas laporan berkenaan, Timbalan Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk, Andrei Purgin berkata, dakwaan Jerman itu mengarut.

"Dakwaan terhadap kami oleh majalah itu langsung tidak berasas," katanya kepada agensi berita Interfax.

"Sistem peluru berpandu itu hanya boleh dilancarkan kakitangan yang terlatih dan pakar," tambahnya.

Pemberontak Ukraine berjuang untuk menubuhkan negara sendiri di Donetsk, timur Ukraine yang dikenali sebagai Republik Rakyat Donetsk.

Schindler membentangkan penemuan itu di hadapan Jawatankuasa Kawalan Parlimen yang mengawasi kegiatan agensi perisikan Jerman pada 8 Oktober lalu.

Laporan awal oleh pasukan penyiasat Belanda yang disiarkan pada bulan lalu mendapati pesawat MH17 terkena sejumlah objek 'bertenaga tinggi' tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

Peluru berpandu Rusia, BUK berfungsi dengan meletup di sebelah sasaran dan melepaskan sejumlah serpihan berkelajuan tinggi ke arah sasaran. – AFP

Program ‘I Want To Touch A Dog’ disalah tafsir, Ustaz Iqbal mohon maaf

Posted: 21 Oct 2014 03:08 AM PDT


Mohd Iqbal Parjin, penceramah agama dalam program "I Want to Touch A Dog" di Petaling Jaya pada Ahad lepas, mengakui terlepas pandang berkenaan program itu yang ditafsir setengah pihak menggalakkan komuniti Melayu memegang anjing.

Sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam program itu, beliau memohon maaf atas apa yang berlaku dan menasihatkan penganjur program lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat pada masa akan datang.

Dalam status Facebooknya hari ini, Iqbal yang menggunakan nama Abu Zulfaqar berkata, beliau dilaporkan sebelum ini seolah-olah menyokong tindakan umat Islam memegang anjing tanpa sebab.

Hakikatnya, beliau tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian.

"Saya akui saya terlepas pandang program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab.

"Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya," katanya.

Iqbal berkata, beliau memenuhi undangan kuliah ilmu itu bagi menjelaskan hukum menyentuh anjing mengikut mazhab Syafie dan seperti mana dinyatakan dalam fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Saya memenuhi jemputan ini dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum-hakam yang jelas menurut mazhab Syafie, seperti yang terdapat dalam fatwa Jakim.

"Saya ingin jelaskan di sini, saya tidak bersetuju dengan aksi peluk, cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta program.

"Saya juga jelas menerangkan tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu," katanya yang sebelum itu difahamkan tempat perkongsian ilmu diasingkan daripada tempat anjing berkumpul.

Iqbal dalam slot ilmu ketika berlangsungnya program itu dilaporkan berkata: "Anjing juga makhluk Tuhan. Kita perlu mengatasi mentaliti melihat haiwan sebagai makhluk yang menyakitkan hati. Mengajar anak muda untuk mencintai orang lain, tetapi pada masa yang sama, tahu batasan untuk menyentuhnya."

Disebabkan kekeliruan itu, beliau membuat permohonan maaf.

"Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya peroleh daripada apa yang berlaku.

"Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat," katanya.

Iqbal berkata, beliau memenuhi undangan penganjur program berkenaan, yang menerima kecaman banyak pihak termasuk pihak berkuasa agama selepas dimaklumkan yang ia mendapat kebenaran Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

"Pada awalnya, penganjur program Syed Azmi,menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya berasa ini adalah peluang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim dan Alhamdulillah, sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam dengan lebih lanjut," katanya.

Mais bagaimanapun dikatakan menafikan memberi kebenaran kepada program berkenaan.

"Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina. Saya yakin segalanya ada hikmah daripada Allah.

"Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah," kata Iqbal lapor The Malaysian Insider

Chegu Bard pulak kena saman RM2 juta

Posted: 20 Oct 2014 09:05 PM PDT


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus memfailkan saman sebanyak RM2 juta ke atas bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin kerana memfitnahnya di laman sosial pada 22 Mac lalu.

Writ saman berkenaan difailkan menerusi peguam, Hazwan Mohd Nor di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Seremban, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Menurut Hazwan, anak guamnya selaku plaintif memfailkan saman itu berikutan kenyataan yang dikeluarkan defendan, Badrul Hisham melalui laman sosial seperti Twitter dan Facebook ditujukan kepadanya dengan niat untuk mencemar nama baik.

"Beberapa kenyataan yang dikeluarkan Badrul Hisham menjejaskan nama baik anak guam saya yang ketika itu sedang berkempen sebagai calon Ketua AMK pusat," katanya kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Tinggi Seremban, di sini, semalam.

Hazwan berkata, notis tuntutan permohonan maaf bertarikh 24 April telah dihantar kepada Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegu Bard.

"Kita sudah memberi masa panjang untuk defendan memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya.

"Namun, defendan enggan berbuat demikian menyebabkan tindakan saman diambil," katanya.

Katanya, plaintif memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM2 juta itu sebagai tindakan terakhir selepas defendan gagal memberi kerjasama.


Hazwan (kiri) bersama rakannya, Hafiz Yahya berbincang mengenai writ saman yang akan difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban.

Penganjur "I Want To Touch A Dog" dedah surat sokongan dari MAIS..

Posted: 20 Oct 2014 05:30 PM PDT


Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menafikan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meluluskan penganjuran "I Want To Touch A Dog" di Central Park, Bandar Utama di Petaling Jaya, semalam.

Tamyes berkata pihaknya dimaklumkan Mais tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran kepada penganjur dan mengatakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai bidang kuasa memberi kebenaran menggunakan padang awam.

"Tidak ada satu kebenaran untuk mengadakan program sentuh anjing," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

"Itu hanya dibuat individu tertentu atas inisiatif sendiri." Katanya, MBPJ perlu memberi penjelasan membenarkan penganjuran tersebut yang dipersoalkan matlamatnya.

"Perlu ditanya apa justifikasi kerana pihak berkuasa tempatan yang berhak luluskan atau halang, bukan di bawah jabatan agama atau majlis agama," katanya.

Ditanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mahu menyiasat program itu, beliau mengalu-alukannya.

"Saya ucapkan tahniah kepada Jakim kerana campur tangan. Sekurang-kurangnya orang ramai sedar perkara ini (sentuh anjing) tidak digalakkan," katanya.

Dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider sebelum ini, penganjur, Syed Azmi Alhabshi mengatakan beliau mendapat kelulusan daripada Mais dan polis untuk menganjurkan program tersebut ~ The Malaysian Insider

Namun, gambar yang diperoleh dari Facebook Syed Azmi dipercayai surat sokongan rasmi kepada penganjur program itu menunjukkan Mais memberi 'lampu hijau' pada surat yang bertarikh 9 Oktober 2014.

Menggunakan cop dan tandatangan Pengerusi Mais, Datuk Mohammad Adzib Mohd Isa, majlis agama itu dalam responnya bertulis "Penganjur 'IWTTAD' untuk makluman selamat maju jaya."

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...