Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video Rosmah senggol Najib jadi viral di laman sosial

Posted: 22 Oct 2014 05:42 AM PDT


Video aksi Datin Seri Rosmah Mansor menyenggol bahu Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis rasmi bersama pemimpin Indonesia menjadi viral di laman sosial dan mendapat kritikan hangat orang ramai.

Insiden tersebut berlaku ketika Najib yang diiringi isterinya itu menghadiri upacara mengangkat sumpah Joko Widodo sebagai Presiden Indonesia ketujuh, di Jakarta Isnin lalu.

Rosmah yang duduk bersebelahan, mengalih pandangan ke arah Najib terlebih dahulu sebelum menyenggol kuat bahu Najib sehingga kejadian itu disedari orang yang duduk bersebelahan mereka.

Malah perlakuan Rosmah itu turut ditayangkan dalam slot berita perdana RTM pada hari yang sama.

Video berdurasi selama tiga saat itu secara jelas memperlihatkan tindakan Rosmah berkenaan sangat memalukan kerana sanggup memperlakukan Najib sedemikian rupa di hadapan umum.

Tingkah laku Rosmah itu bahkan menjadi 'buah mulut' rakyat Malaysia.

Salah seorang pengguna facebook, Terence Yeoh berkata, "tiada apa yang terkejut, rakyat Malaysia sudah tahu siapa 'bos' sejak dulu lagi".

Murni Sootchi pula menyatakan: "punya lah kuat singgung…sekarang tahulah kita macam mana PERMATA dapat peruntukan RM711 juta dalam Bajet 2015″.

Pengguna bernama Bigbosman Bos Buat turut membidas kelakuan Rosmah itu dengan berkata, "apa yang big mama menyasak kat situ..lepas itu buat perangai…menjatuhkan maruah PM je.. kampungan betullah…".

Sarif Sharifuddin pula mempersoal – "agaknya di rumah macam mana yer…(Rosmah)", tulisnya di facebook.

Ada juga yang memberi jolokan Rosmah sebagai 'queen control', 'contoh wanita mithali, 'Malaysia first lady', selain menyifatkan tindakan Rosmah itu sebagai 'memalukan Malaysia' ~ KeadilanDaily

Video tersebut sila lihat di SINI

Nak agih baucar 'Jom Shopping Deepavali' pun pilih kroni ke?

Posted: 22 Oct 2014 01:00 AM PDT


Kira-kira 100 masyarakat India berkumpul di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Sabak bagi melahirkan kekecewaan mereka berhubung pengagihan baucar Jom Shopping Deepavali yang didakwa tidak diagihkan secara adil kepada golongan memerlukan.

S Ramesh, 37, berkata, dalam kemeriahan untuk menyambut Deepavali hari ini, dia yang sememangnya mengharapkan bantuan itu amat kecewa apabila tidak menerima baucar itu sepertimana yang dinikmati rakan lain.

Menurutnya, sehingga kini dia masih tidak menerima baucar itu dan menyifatkan bantuan itu tidak diagihkan secara adil kepada golongan memerlukan tambahan pula dalam keadaan rakyat dibebani dengan kos sara hidup tinggi.

"Memang setiap kali Deepavali, kerajaan negeri akan memberi baucar kepada penduduk, namun malangnya pada tahun ini nama saya tak tersenarai sebagai penerima bantuan tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

R Kanna, 32, berkata, dia juga kesal apabila tidak menerima bantuan itu sedangkan difahamkan terdapat lebih daripada satu keluarga yang tinggal sebumbung bersama ibu bapa mereka menerima baucar berkenaan.

"Inilah masalah yang kami hadapi tiap-tiap tahun, sebenarnya pemberian baucar ini kalau diagihkan secara adil tak apa, tapi malangnya ada beberapa keluarga miskin yang tercicir daripada menerima baucar ini," katanya.

Megaswary Munisamy, 27, berkata, PKM Sabak diharap dapat mengatasi masalah itu segera memandangkan sebelum ini juga masalah sama timbul setiap kali baucar ini diagihkan kepada penduduk berkenaan.

"Nilai RM100 amat besar ertinya bagi kami sekeluarga. Kami memang merancang untuk membuat persiapan dengan menggunakan wang ini, namun segalanya musnah apabila kami terpinggir daripada menikmati bantuan kerajaan negeri," katanya.

Ketua Komuniti Kaum India (KKI) Dun Sabak M Veerappan berkata, masalah itu timbul berikutan PKM Sabak mengagihkan baucar itu kepada tiga individu untuk diserahkan kepada kaum berkenaan.

Katanya, beliau hanya menerima sebanyak 120 baucar, sementara 150 lagi diserahkan kepada seorang wakil penyokong Pas Dun Sabak dan sebanyak 30 lagi diberi tanggungjawab kepada seorang individu India ahli PKR.

"Saya akui bahawa masalah ini berlaku sejak tahun 2008 lagi dan ia masih tak ada jalan penyelesaian dan kita sebenarnya kesal apabila terdapat tiga wakil semata-mata untuk menyerahkan baucar ini," katanya.

Menurutnya, jika tahun lalu, PKM Sabak menyediakan hamper untuk diagihkan kepada kaum India yang tidak menerima baucar bagi menangani masalah itu, namun pada tahun ini mereka langsung tidak menerima apa-apa bentuk bantuan.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri disaran supaya membuat bancian menyeluruh tentang pemberian baucar itu seperti melihat kepadatan penduduk di setiap Dun agar rakyat susah dapat diberi bantuan dengan sewajarnya.

"Setiap Dun diperuntukkan 300 baucar tapi Dun Sabak misalnya terdapat 340 keluarga dan jumlah baucar ini perlu ditambah dengan mengurangkan baucar di Dun lain seperti di Dun Sungai Air Tawar yang mendapat 300 baucar sedangkan hanya seramai 80 keluarga sahaja di Dun itu," katanya.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar kerajaan pimpinan menteri besar baharu, Mohamed Azmin Ali dapat menambah nilai baucar itu pada kadar munasabah selari dengan kos sara hidup dan peningkatan harga petrol dan diesel.

"Kerajaan perlu nilai semula jumlah baucar RM100 ini dan kalau boleh dinaikkan bagi mengurangkan beban hidup rakyat miskin di negeri ini," katanya lapor Sinar Harian

Polis gangu saksi untuk lindungi Menteri?

Posted: 21 Oct 2014 09:08 PM PDT


Seorang peguam mempersoalkan tindakan polis dan Jabatan Peguam Negara yang mahu menahan dan mendakwa anak guamnya, yang sedang memberi keterangan berhubung dakwaan hubungan seorang pelakon dan menteri Umno.

Latheefa Koya yang mewakili seorang bekas pemandu Noor Azman Azemi (bawah) berkata anak guamnya secara sukarela pergi ke balai polis Bukit Indah semalam.


Ini berlaku selepas polis cuba menahannya semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di mana beliau memberi keterangan dalam samannya terhadap bekas majikan dan pelakon Zahida Mohamed Rafique.

Latheefa berkata, Noor Azman dimaklumkan polis bahawa beliau akan dituduh di mahkamah seawal-awalnya pada Khamis atas tuduhan lain yang tidak mereka ketahui.

 "Noor Azman direman empat hari oleh polis dua tahun lalu ekoran dakwaan dia mencuri RM200,000.

"Bagaimanapun polis dan pendakwaan tidak bertindak ketika itu tetapi memilih semalam dan mahu mendakwanya hari ini ketika beliau memberikan keterangan dan ini gangguan terhadap saksi untuk melindungi menteri," katanya selepas prosiding.

Sebelum itu, hari ini, Noor Azman, yang juga pemimpin Pemuda Umno sebuah bahagian terus memberikan keterangan hari ini. Zahida hadir memakai jubah hitam dan bertudung.

Di luar mahkamah, beliau turut memakai purdah dan beberapa perempuan lagi bergaya sama.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hue Siew Kheng mengarahkan polis untuk tidak menahan Azman.

Hue berkata perbicaraan dan pemandu itu tidak patut diganggu sehinggalah dia selesai memberikan keterangan.

Noor Azman memberi ketengan dan mendakwa terdapat hubungan antara Zahida dengan menteri luar bandar Datuk Seri Shafie Apdal, yang juga naib presiden Umno.

Shafie dan Zahid dilapor telah menafikan dakwaan itu. Pada 2012, Zahid memberitahu media bahawa Noor Azman mencuri RM200,000 daripadanya.

Noor Azman juga menafikan dakwaan itu dan memfailkan saman terhadap Zahida tahun lepas lapor Malaysiakini


Penganjur ‘I Want To Touch A Dog’ terima ancaman bunuh

Posted: 21 Oct 2014 07:44 PM PDT


Selepas menerima pujian daripada ramai rakyat Malaysia kerana kerja amalnya, Syed Azmi Alhabshi kini menjadi sasaran ancaman bunuh dan tuduhan murtad daripada orang Melayu-Islam di media sosial.

Kebanyakan orang Melayu sangsi dengan keberaniannya menganjurkan acara untuk mendidik orang ramai mengenai pendirian Islam tentang anjing, menyebarkan nombor telefon bimbitnya atas talian, sementara di aplikasi WhatsApp, mesej dihantar mengatakan dirinya seorang Kristian yang menyamar.

Sebelum ini Syed Azmi mudah untuk dihubungi melalui telefon bimbitnya atau Facebook, kini beliau menghilangkan diri. Tetapi di Facebook, rakan-rakannya, keluarga dan jiran dari Taman Tun Dr Ismail memberikan respons terhadap ancaman bagi pihaknya.

Bagaimanapun, kebanyakan ancaman beliau terima melalui komen terhadap posting di Facebook oleh Ustaz Mohd Kazim Elias yang menyelar acara tersebut.

"Saya dengan pandangan ustaz dan saya rasa penganjur ni jenis buta hati dan cetek ugama dan suka merosakkan ugama dan patut rejam sampai mati. He he," tulis Ghas Ku.

"Meh sini aku bagi sedas pelempang baru ada akal sikit penganjur tu," tulis Hafizzulnaim Samsuddin.

Seorang lagi pengguna Facebook Yusoff Ashaari mengatakan selain daripada mengambil tindakan terhadap Syed Azmi, orang ramai seharusnya mencari wanita-wanita yang mengambil gambar bersama anjing dalam acara tersebut, menarik tudung mereka untuk melihat sama ada mereka menggunakan kalung salib atau menyembunyikan tatu.

"Ustaz, penganjur ni benar-benar anjing," tulis Han Khalief.

Melalui akaun Facebooknya, Kazim menuduh program tersebut sebagai percubaan untuk memperkenalkan idea "liberal" atau "plural" kepada umat Islam dan menambah ianya akan memberi laluan kepada kempen menyentuh dan memakan babi.

Program yang diadakan pada Ahad di Bandar Utama terbukti begitu popular dengan kehadiran hampir 1,000 orang yang mengambil bahagian dan belajar tentang anjing dan pandangan Islam terhadapnya.

Kebanyakan yang hadir mengambil peluang untuk menyentuh anjing daripada pelbagai baka termasuk chow-chow, huski, German Shephard dan poodle dibawa ke acara tersebut oleh pemiliknya.

Sukarelawan di acara tersebut juga menunjukkan bagaimana proses pembersihan dipanggil sertu atau samak yang melibatkan membasuh bahagian berkaitan enam kali dengan air bersih dan sekali dengan tanah.

Bagaimanapun, kebanyakan Melayu – orang alim dan orang biasa merasa tersinggung dengan gambar orang Islam bermesra dan menyentuh anjing.

Di blog popular Sirap Limau, seorang pangguna internet Salsaparila menulis: "Memang celaka bangsat penganjur sial ni. Yang datang pun bodoh bangang takde otak punya orang. Harap-harap nanti mamat sial ni mati la kena gigit anjing."

Sementara mesej WhatsApp dikatakan daripada Majlis Agama Putrajaya disebarkan kepada umum.

Mesej tersebut mendakwa Syed Azmi merupakan seorang Kristian yang mahu menyebarkan ajaran Syiah dan menyamar menjadi ustaz selama setahun.

"Dari sumber yang sahih, dia sudah membayar semua organisasi Melayu Islam yang ada di Malaysia agar rancangan berjalan dengan lancar.

"Tujuannya adalah ingin menyebarkan agama baru seperti Syiah tetapi beliau secara halus dan tidak menampakkan rancangan beliau," tulis mesej tersebut.

Pengguna Facebook Terompah Besi memuat naik mesej sama akan tetapi tidak menyatakan ianya daripada Majlis Agama Putrajaya.

Beliau juga menyelitkan sebaris ayat mengatakan "berkemungkinan ini sebahagian agenda Yahudi untuk mengkristiankan orang-orang Islam di Malaysia dengan cara halus dan menggunakan laluan dari pemimpin DAP."

Sekurang-kurangnya dua laporan polis dilakukan terhadap acara tersebut menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim.

"Laporan dilakukan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya dengan pengadu mendakwa sensitiviti umat Islam dipersendakan.

"Sudah diputuskan laporan polis itu akan dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk tindakan susulan."

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penganjur-program-sentuh-anjing-terima-ancaman-bunuh-di-media-sosial#sthash.KCuvYc47.dpuf

PKNS nafi Azmin disiasat SPRM berhubung rasuah

Posted: 21 Oct 2014 05:30 PM PDT


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini menafikan laporan media mengenai dakwaan kononnya Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali disiasat berhubung salah laku rasuah.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim dalam satu kenyataan berkata perbadanan tersebut tidak pernah menerima sebarang aduan mengenai salah laku atau penyalahgunaan kuasa oleh Azmin ketika memegang jawatan sebagai Anggota Perbadanan PKNS.

Katanya, bagaimanapun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhak membuat siasatan malah PKNS bersedia memberikan kerjasama.

Beliau berkata, PKNS merupakan organisasi yang mengamalkan tadbir urus korporat terbaik dan merupakan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) pertama menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) seperti yang dilaksanakan syarikat dan agensi kerajaan.

Baru-baru ini beberapa media tempatan melaporkan SPRM menyiasat Azmin berhubung dakwaan salah guna dana semasa memegang jawatan tersebut.

Tuduhan penyalahgunaan dana itu dikatakan berlaku dalam satu urusniaga melibatkan Projek Pembangunan PJ Sentral. – Bernama
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...