Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


UMNO terkilan pesta arak dibenarkan?

Posted: 06 Oct 2014 08:30 AM PDT


Kata Noh Omar UMNO Selangor sangat kesal dan terkilan dengan MBSA yang meluluskan pemasangan papan iklan pesta arak di Selangor.

Katanya "Waktu kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah dulu, iklan-iklan seperti ini tidak dibenarkan, sekarang ini iklan-iklan ini dilihat berdiri megah di sekitar Shah Alam.

Memang sepatutnya beliau terkilan dan merasa kesal yang amat sangat dengan iklan itu kerana UMNO adalah sebuah parti yang memperjuangkan Bangsa Melayu dan Agama Islam di Malaysia.

Sebarang perkara yang boleh menyebabkan Melayu yang berugama Islam sewajarnya ditentang keras oleh UMNO baik diperingkat pimpinan mahupun akar umbi..

MBSA pun sepatutnya lebih prihatin dalam mencari sumber kewangan, sensitiflah sikit dengan kehendak masyarakat..

Takkanlah benda macam nipun tak boleh nak fikir??

Umno Selangor melahirkan rasa kesal dan terkilan terhadap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang meluluskan permohonan pemasangan papan iklan pesta arak 'Oktoberfest'.

Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan memasang iklan pesta arak itu di beberapa lokasi sekitar daerah Shah Alam itu dilihat tidak bersesuaian dengan persekitaran setempat.

"Waktu kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah dulu, iklan-iklan seperti ini tidak dibenarkan, sekarang ini iklan-iklan ini dilihat berdiri megah di sekitar Shah Alam.

"Bagaimana perkara ini boleh dibenarkan...Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin (Ali) sepatutnya peka dengan apa yag berlaku depan mata, jangan asyik nak cari kesalahan menteri besar (Selangor) sebelum ini sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Korban Perdana 2014 peringkat Parlimen Tanjong Karang di sini, hari ini.

Beliau berkata, Azmin perlu mengambil langkah segera bagi membendung perkara itu supaya bandaraya Shah Alam tidak lagi dicemari dengan pelbagai iklan arak.

'Oktoberfest' atau festival arak yang dianjurkan syarikat Carlsberg Malaysia itu telah bermula sejak 24 Sept lepas, di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Time Square Hotel.

Kemuncak pesta tersebut pula akan diadakan pada 10 hingga 12 Okt ini di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya lapor Sinar Harian

Mungkin benarlah tak ada iklan papan tanda pesta arak dari Carlsberg tu.. tapi UMNO cuma merasmikan pembukaan kilangnya saja..


Yang menghairankan ialah tidak pernah pula kedengaran ada pemimpin parti yang memperjuangkan Bangsa Melayu dan Agama Islam itu kesal dengan tindakan pemimpin mereka merasmikan syarikat arak itu di Selangor pada tahun 1972..

Kenapa tak terkilan dengan perasmian kilang arak oleh pemimpin UMNO sendiri?


 

Bot tempur CB204 TLDM ditemui selamat..

Posted: 06 Oct 2014 07:48 AM PDT


Bot tempur CB204, yang ditemui kira-kira 30 batu nautika ke timur Pulau Layang-Layang, akan dibawa ke stesen peninjau terdekat di Gususan Semarang Peninjau, Pulau Layang-Layang.

Sumber Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu di Sepanggar berkata, bot tempur itu dikesan selepas komunikasi sehala antara pasukan mencari dengan anak kapal bot berkenaan pada 4.15 petang tadi.

Beliau berkata, kesemua tujuh anak kapal bot itu disahkan selamat selepas komunikasi dua hala pada 4.45 petang.

Katanya, bot berkenaan didapati mengalami masalah pada enjin dan stering. Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, KD Ganas berjaya merapati CB204 jam 7.12 petang tadi bagi menyerahkan makanan kepada kru yang kelaparan.

"Bot akan ditunda oleh KD Lekiu yg dijangka tiba di lokasi tengah malam ini.

"Jarak daripada Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) ialah 129 batu nautika dan akan mengambil masa 23 jam," katanya dalam laman Twitter miliknya semalam.

Tujuh anak kapal bot itu ialah Let Azri Bakar, BK PAP Charles Cristopher Muni, BM TMK Ince anak Ewin, BM TMK Steven Hudson anak Miso, BM JTP Nor Azuan Ariffin, LK KOM Sulhajji Daah dan LK I PAP Azhry Maani.

Bot tempur itu, yang diketuai Azri, terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen Lima TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah pada pagi semalam.

Terdahulu, Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Mohammad Rosland Omar memberitahu sidang akhbar di sini, bot tempur berkenaan belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi semalam untuk melaksanakan penggiliran tugas dengan bot yang beroperasi di Gugusan Semarang Peninjau sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan KD Paus pada 11.15 pagi.

Berikutan kejadian itu, katanya TLDM menghantar KD Lekiu, KD Ganas, KD Serang dan dua aset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu KM Berani dan KM Mabul untuk operasi mencari dan menyelamat bot tempur berusia 14 tahun itu berdasarkan empat sektor yang ditetapkan.

Menurutnya semasa bot tempur itu memulakan perjalanan, selepas mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP), cuaca dalam keadaan baik.

Mohammad Rosland berkata, namun keadaan cuaca bertukar buruk dengan ombak setinggi antara 3.5 meter dan 5 meter ketika berada di kawasan perairan Pulau Mengalum.

"Pada 10.30 pagi, KD Paus yang mengiringi CB204 memohon kepada pegawai staf operasi untuk berpatah balik dan kita mengarahkan KD Paus berpatah balik. Bagaimanapun, KD Paus terputus komunikasi dengan CB204," katanya.

Menurutnya, TLDM kemudian mengarahkan KD Paus mengesan lokasi bot tempur itu selain memaklumkan kejadian kepada semua lima stesen peninjau di Gugusan Semarang Peninjau dan lapangan carigali minyak Petronas. - Bernama
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...