Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tamrin Ghafar Akan Keluar PAS?

Posted: 07 Oct 2014 03:30 PM PDT


Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Tamrin Tun Ghafar dikhabarkan akan meninggalkan parti Pas yang disertainya lebih setahun lalu, tidak lama lagi.

Desas-desus telah bertiup kencang sejak semalam mengatakan beliau akan membuat pengumuman mengenainya pada minggu hadapan atau selewat-lewatnya dua minggu daripada sekarang.

Adalah dipercayai Tamrin berbuat demikian berikutan kecewa dengan sikap pemimpin tertentu dalam parti itu yang sejak akhir-akhir ini menambahkan lagi kekusutan dalam PR, terutamanya berhubung isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

Sikap permimpin tertentu dalam Pas yang seolah-olah melihat rakan sendiri iaitu PKR dan DAP sebagai musuh berbanding UMNO sedangkan perjuangan PR ialah untuk menggantikan BN mentadbir negara ini dikhabarkan menyebabkan beliau merasakan berada di dalam Pas bagaikan tidak memberi banyak erti kepada perjuangannya.

Lantaran itu, Tamrin yang juga anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba memutuskan pilihan terbaik baginya ialah meninggalkan Pas yang disertainya sebelum PRU 13 lalu.

Dikatakan juga, meskipun memutuskan meninggalkan Pas tetapi Tamrin tidak akan menyertai PKR mahupun DAP, malah tidak juga akan kembali semula menyertai UMNO.

Beliau dikhabarkan akan menjadi individu bebas yang tidak terikat kepada mana-mana parti lagi selepas ini.

Bagaimanapun Tamrin sehingga ini tidak dapat dihubungi untuk mengulas sejauh mana benarnya desas-desus beliau akan meninggalkan Pas ini. Telefon bimbitnya tidak dijawab walaupun dihubungi beberapa kali, malah pesanan SMS dan Whatsapp yang dihantar kepadanya juga tidak dibalas.

Sejak menyertai Pas sebelum pilihanraya umum lalu, Tamrin adalah antara penceramah yang aktif berkempen ke seluruh negara bagi memastikan PR memperolehi kemenangan dan mampu menewaskan BN. Dalam banyak pilihanraya kecil juga, penglibatannya hampir tidak pernah terkecuali.

Namun, sejak tercetusnya isu pertukaran Menteri Besar Selangor yang telah menimbulkan kekalutan selama beberapa bulan sehingga akhirnya Sultan Selangor memilih Azmin Ali menggantikan Khalid Ibrahim, Tamrin berpendirian sama dengan kumpulan progresif dan profesional dalam Pas yang mahukan parti itu berpegang pada janji dan muafakat dalam PR.

Tindakan Pas yang berdolak-dalik, berubah pendirian dan akhirnya turut mencalonkan Adunnya sendiri dipercayai adalah antara punca berpanjangannya kemelut itu di Selangor sehingga meretakkan hubungan antara kumpulan ulama dengan profesional dalam parti itu.

Walaupun Pas, terutamanya kumpulan ulama mungkin mengatakan keputusan Tamrin ini tidak menjejaskan perjuangan parti itu tetapi haruslah disedari bahawa kekecewaan terhadap sikap Pas itu turut juga dikongsi oleh banyak kelompok lain dalam masyarakat sejak kebelakangan ini seperti kakitangan kerajaan, swasta, guru-guru, pekerja profesional dan sebagainya.

Semua mereka ini mempunyai jiwa Islam dan ingin melihat kemenangan Islam tetapi sikap yang ditunjukkan dalam kemelut di Selangor yang seolah-olah Pas mula "bermain mata" dengan UMNO bukan saja menyebabkan ada yang sudah tidak mahu lagi menyokong Pas, bahkan ramai juga yang enggan mengundi calon Pas dalam pilihanraya umum akan datang.

Selain Tamrin, antara pemimpin UMNO yang telah menyertai Pas sebelum ini ialah bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Mohd Taib dan tokoh korporat daripada Pulau Pinang, Abdul Rahman Maidin.

Adakah mereka ini juga bakal mengikuti jejak Tamrin selepas ini? ~ Sinar Harian

Papan iklan pesta arak Oktoberfest adalah fitnah macai..

Posted: 07 Oct 2014 08:12 AM PDT


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menafikan wujudnya papan iklan pesta arak Oktoberfest anjuran syarikat arak Carlsberg yang diluluskan Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA).

Sebaliknya, Khalid mendakwa, perkara berhubung papan iklan tersebut merupakan kerja yang dilakukan oleh tentera siber Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) atau Umno yang sengaja membesarkan isu pesta arak itu.

"Hakikatnya MBSA sudah sebut tiada billboard (papan iklan) sedemikian rupa yang telah diluluskan oleh MBSA.


"Saya yakin ia kerja cybertrooper ISMA atau Umno (sudah semakin sama) yang sengaja ingin membesar-besarkan isu ini," tulis Khalid yang juga AJK PAS Pusat dalam blognya.

Selain itu, menurut Khalid sebelum ini tiada pihak yang tahu tentang kewujudan pesta arak itu memandangkan ia tidak diiklankan akhbar atau kawasan yang didiami orang Islam.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, isu itu kini menjadi popular selepas ISMA "mengiklankan" pesta yang mula diadakan pada 24 September lalu.

"Masyarakat Islam hanya mula tahu apabila ISMA yang mengiklankan dan mempopularkannya. Sekiranya ISMA yang mengiklan dan mempopularkannya, maka adakah patut mempersalahkan orang bukan Islam? Yang ISMA sibuk sangat iklankan siapa suruh?" soalnya lapor Malaysiakini

IKLAN BILLBOARD PALSU

Ada juga yang timbulkan, ya benar kata YB! Tetapi billboard yang ada di Shah Alam ni bagaimana?

Saya jawab, "ada ke billboard tu? Di mana?"

Hakikatnya MBSA sudah sebut tiada billboard sedemikian rupa yang telah diluluskan oleh MBSA. Saya yakin ianya kerja cyber-trooper ISMA atau UMNO (sudah semakin sama) yang sengaja ingin membesar-besarkan isu ini. Hakikatnya sebelum ini tidak tahu mengenai program Oktoberfes. Dikatakan ianya telah diadakan di Subang pada 20 September. Ada yang tahu? Atau adakah yang hadir?

Kita tidak tahu kerana ianya tidak diiklankan di akhbar atau kawasan orang Islam. Ianya mungkin diiklankan di akhbar Cina, mungkin juga di akhbar Inggeris dan di tempat-tempat tertentu melalui media tertentu. Di papan tanda Masjid sudah pasti tiada. Utusan dan Berita Harian saya tidak tahulah sebab saya tidak baca, tapi rasanya tiada juga. Begitu juga di Sinar Harian. Maka, ummat Islam tidak tahu.

Masyarakat Islam hanya mula tahu apabila ISMA yang mengiklankan dan mempopularkannya. Sekira ISMA yang mengiklan dan mempopularkannya, maka adakah patut mempersalahkan orang bukan Islam? Yang ISMA sibuk sangat iklankan siapa suruh?

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

 

Octoberfest bukan diluluskan oleh Kerajaan Selangor

Posted: 07 Oct 2014 02:09 AM PDT


Kerajaan Selangor menafikan meluluskan penganjuran pesta arak, Octoberfest anjuran syarikat arak Carlsberg semasa pentadbiran menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.

Exconya Iskandar Abdul Samad (bawah) berkata, perkara berhubung pesta itu tidak pernah dibawa untuk perbincangan dalam mesyuarat exco.

"Terdapat tuduhan Oktoberfest diluluskan ketika pentadbiran TSKI (Khalid) dan empat exco PAS. Ini tidak benar.

"Ia tidak pernah di bawa kepada mesyuarat exco," kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS itu dalam Facebooknya.

Pesta turut mendapat bantahan pemimpin PAS dan NGO seperti Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILHAM) dan anggota Parlimen PAS kawasan Temerloh Nasruddin Hassan.

Pesta Octoberfest bermula sejak abad ke-19 lagi. Peringkat Malaysia, untuk 2014, ia bermula di hotel Subang pada 24 September dan beberapa tempat di Selangor dan Kuala Lumpur.

Sambutan akhir dijadual diadakan di pusat membeli belah One Utama di Petaling Jaya daripada 10 hingga 12 Oktober dan dijangka menarik perhatian 12,000 orang penggemar bir lapor Malaysiakini

Mahathir akui Najib Perdana Menteri paling teruk pencapaiannya...

Posted: 06 Oct 2014 09:15 PM PDT


"Pencapaian perdana menteri ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan DEB, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi," katanya. 

Menurut Dr Mahathir, selepas pencapaian yang buruk dalam PRU13, Najib sepatutnya mengkaji semula dasar dan amalan yang perlu diperbaiki, tetapi malangnya, perkara itu tidak dilakukan, malah Najib tidak membuat apa-apa perubahan.

Kalau dah ditegurpun tak diendahkan lebih baik Tun jalankan gerakan untuk menyingkirkan Najib tu.. makin lama dia memerintah makin teruk negara kita ni..

Tapi.. dalam UMNO tu berapa kerat sangat yang berani nak menentang Najib tu.. kalau ditentang hilanglah punca pendapatan..

Jadi dari mereka sendiri hilang punca pendapatan lebih baik dibiarkan Najib mentadbir ikut suka dia...


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak yang masa depannya mungkin akan lebih kelam sekiranya masih meneruskan pendekatan yang sama dalam pentadbirannya, sekalipun sudah ditegur. 
Memulakan tulisan di dalam blognya dengan melahirkan rasa gembira kerana kerajaan menerima teguran beliau dengan terbuka, bekas perdana menteri itu berkata walaupun teguran beliau diterima, tiada perubahan yang dilakukan pentadbiran Najib. 
"Mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu dan meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk di masa hadapan," katanya. 
Sambil menegaskan yang beliau hanya menegur, bukan memberi arahan, Dr Mahathir berkata beliau tidak mahu menjadi seperti Penasihat British zaman dahulu yang membuat perjanjian dengan Raja-Raja Melayu. 
"Disebut dalam perjanjian itu British akan menugaskan seorang pegawai mereka sebagai Penasihat (Adviser) dalam bahasa mereka, kepada kerajaan negeri. 
"Tetapi dalam perjanjian itu disebut juga bahawa apabila Penasihat British memberi nasihat, Raja dan kerajaan mesti terima. Penerimaan ini mengikut fahaman British bermakna mengikuti dan melaksanakan nasihat yang diberi," katanya. 
Apabila nasihat mesti diterima dan dilaksanakan, ia bukan lagi satu nasihat, kata Dr Mahathir, kerana ia sudah menjadi satu arahan. 
"Apabila Residen British mendapati seorang Raja Muda tidak sesuai untuk naik takhta apabila Raja mangkat, nasihat diberi supaya beliau tidak diberi hak untuk mengganti Raja. 
"Dan Raja pun terpaksa terima kerana nasihat Residen mesti diterima dan dikuatkuasakan," beliau memberi contoh memetik kisah zaman British. 
Katanya, tegurannya juga bukan satu nasihat seperti yang diberi Majlis Penasihat sekarang kepada Raja-Raja Melayu. 
"Raja tidak perlu menerima nasihat mereka, jauh sekali daripada melaksana nasihat yang diberi.

"Teguran saya bukanlah nasihat. Hendak terima atau tidak adalah hak orang yang ditegur. Hendak laksana atau tidak juga hak pihak yang ditegur." 
Dr Mahathir dipercayai merujuk teguran yang dibuatnya sebelum ini, apabila beliau mengisytiharkan menarik balik sokongan terhadap Najib dan mengkritik kerajaan di bawah pimpinan perdana menteri ke-6 itu kerana membuat dasar dan tindakan yang tidak berkesan. 
Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan menerima dengan terbuka semua teguran dan isu yang dibangkitkan Dr Mahathir terhadap kepimpinan negara. Dr Mahathir berkata di dalam blognya, ujian yang terbaik dalam negara demokrasi ialah apabila pilihan raya diadakan. 
Katanya, Najib menghabiskan wang yang banyak untuk rakyat, tetapi masih gagal memperoleh kemenangan besar semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tahun lalu. 
"Perdana menteri ke-5 setelah menang besar dalam PRU 2004, kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat dalam PRU12 2008. 
"Sepatutnya, pengganti memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak. 
"Pencapaian perdana menteri ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan DEB, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi," katanya.

Menurut Dr Mahathir, selepas pencapaian yang buruk dalam PRU13, Najib sepatutnya mengkaji semula dasar dan amalan yang perlu diperbaiki, tetapi malangnya, perkara itu tidak dilakukan, malah Najib tidak membuat apa-apa perubahan. 
"Dengan pencapaian yang buruk ini sepatutnya dikaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik. Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa," katanya lapor The Malaysian Insider

Gara-gara bodek melampau, Ahmad Maslan dibelasah pengguna media sosial..

Posted: 06 Oct 2014 05:30 PM PDT

Mungkin kerana kebijaksanaannya dala hal membodek Najib membolehkan dirinya kekal dalam pentadbiran Najib..

Nak kata dia bijak sebagai Ketua Penerangan UMNO merangkap Timbalan Menteri Kewangan ni.. aku tak berapa jelas apa yang dia bijak dalam jawatan yang dipegangnya itu..

Tambahan pula apa saja kenyataan yang dikeluarkannya untuk membodek Najib dalam apa jua yang dilaksanakan oleh Najib dengan mudah dipatahkan oleh pengguna-pengguna media sosial baik Twitter, Facebook mahupun Blog..

Kerana mempamirkan sikap bodek melampaunya dan dalam masa yang sama cuba untuk memperbodohkan rakyat Malaysia dalam isu kenaikkan harga minyak sebanyak 20 sen baru-baru ini.. Ahmad Maslan dikecam hebat pengguna media sosial..

Rakyat Malaysia melepaskan kemarahan mereka di media sosial, mengecam Datuk Ahmad Maslan kerana mempertahankan keputusan kerajaan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen sejak 2 Oktober.

Mereka yang marah dengan tindakan Putrajaya memotong subsidi bahan api itu, merasa jengkel dengan kenyataan timbalan menteri kewangan itu yang Datuk Seri Najib Razak merupakan satu-satunya perdana menteri yang menurunkan harga minyak ketika harga di pasaran jatuh pada 2009.

Dakwaannya itu dimuat naik dalam laman Twitter pada 3 Oktober dan disertakan dengan paparan grafik untuk menjelaskan secara terperinci berapa banyak harga minyak meningkat naik pada 1990 hingga 2013.

Ia menunjukkan peningkatan yang stabil dalam harga petrol daripada RM1.10 seliter pada tahun 2000 kepada RM2.70 pada bulan Jun 2008.

Pada September 2009, lima bulan selepas Najib menjadi perdana menteri, harga minyak turun kepada RM1.80 seliter.

Dalam posting yang sama, Ahmad menulis: "Najib merupakan satu-satunya perdana menteri yang menurunkan harga minyak. Apabila berkaitan dengan penurunan adakah sesiapa tampil berterima kasih kerana beliau berbuat demikian? Ada tak? Atau mereka buat-buat tak ingat?"

Majoriti mereka yang mengulas postingnya melabel Ahmad sebagai pengampu kerana membodek bosnya dengan mempertahankan keputusan Putrajaya mengambil dasar yang tidak popular.

"This is the man I like to have in my office. The way he jacks, ten tons also 'kalah'," (Ini orang yang saya hendak di pejabat saya. Cara dia membodek, 10 tan pun kalah) kata seorang pengguna Facebook menggunakan nama "West Wood".

Pengkritik lain pula memberi komen lebih kesat dan segelintir daripada mereka menggunakan ayat biasa untuk membalas kembali kenyataan Ahmad dalam laporan The Malaysia Insider seperti "bodoh", "rasa nak muntah" dan "mati".

Setakat ini Ahmad merupakan di antara anggota pentadbiran Najib yang menulis mengenai pemotongan subsidi‎ di laman sosial Twitter.

Kebanyakan menteri dan ahli politik yang aktif di laman sosial itu tidak berani mengulas mengenai isu tersebut.

Petrol RON 95 naik sebanyak 20 sen kepada RM2.30 seliter manakala minyak diesel pula kini berharga RM2.20 seliter.

Pemberi komen lain mempersoalkan Ahmad kerana tidak memberi penekanan mengenai kesan daripada kenaikan minyak yang akan menyebabkan peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang akan menyebabkan inflasi.

"Pertama, ketika harga minyak turun pada 2009, adakah harga barangan juga turun?" kata individu bernama Sham Ridzuan di Twitter.

"Keduanya, bagaimana dia tahu kita tidak pernah berterima kasih kepada Najib," soal Ridzuan.

Pengguna laman sosial dikenali Ben Yap berkata, kerajaan memotong subsidi namun tidak melakukan yang terbaik menolong rakyat untuk meningkatkan pendapatan untuk berdepan kenaikan kos sara hidup.

"Mereka patut memotong semua subsidi termasuk gaji minimum di semua sektor, membatalkan permit pekerja asing untuk meningkatkan pengambilan pekerja tempatan dan pembayaran perkhidmatan awam.

"Adakah mereka akan berbuat demikian, menghapuskan subsidi sedikit demi sedikit tanpa membuat perubahan dalam kehidupan (gaji, kadar faedah) hanya akan mencetuskan inflasi.

‎"Pakar ekonomi kedai kopi seperti saya boleh melihat kesan mudarat dari pemotongan subsidi. Siapa dan apa yang menteri kita lakukan? Hairan apakah kelayakan mereka untuk jawatan tersebut?"

Pengguna Twitter Mhchemat mengkritik Ahmad kerana merendah-rendahkan pemikiran rakyat Malaysia dengan mengucapkan terima kasih kerana memahami rajah tersebut.

"Isunya bukan kerana kami tidak faham, namun isu yang sebenarnya adalah rakyat merasa terbeban. Anda menaikkan sedikit tetapi secara berterusan itu ok. Tapi 20 sen tidak ok.

"Encik menteri, adakah anda tahu apabila hujung bulan kebanyakan rakyat hanya mempunyai RM50 dalam poket mereka?"

Manakala sesetengah pemberi komen ‎memberi kritikan dengan sudut berbeza dan mendakwa Ahmad cuba mengelirukan rakyat meletakkan harga beberapa jenis minyak dan menyenaraikan dengan bentuk turutan bermula 2000 hingga 2013.

Pengguna Facebook Chai Kian Hee mendakwa, rajah grafik tersebut disalah anggap sebagai RON95, kerana jenis petrol itu hanya berada dalam pasaran‎ pada 2009.

Sebelum September 2009, pengguna hanya mempunyai pilihan sama ada RON97 dan RON92 lapor The Malaysian Insider

Kata Ahmad Maslan tu.. "Dulu minyak murah dan kereta tak banyak subsidi cuma RM2Billion setahun, Hari ini minyak mahal dan jumlah kereta terlalu meningkat subsidi RM2Billion sebulan.."

Memang betullah.. dulu minyak murah kereta sikit jadi subsidi juga sikit.. sekarang minyak mahal dan kereta banyak, subsidi juga banyak..

Tapi.. dengan menganggap struktur cukai eksais iaitu cukai yang dikenakan ke atas barang-barang tertentu yang diimpot atau dikilangkan di Malaysia tidak pernah berubah  sejak dari dulu tu iaitu 75% bagi kenderaan di bawah kapasiti 1800cc.

Sumber dari SINI

Dulu cukai yang dikutip adalah sikit kerana jumlah kenderaan adalah sikit... sekarang ada lebih kurang 19 Juta kenderaan di Malaysia.. jadi jumlah kutipan cukai eksaisnya juga meningkat..

Dah tak relevan langsung hujah Ketua Penerangan UMNO itu...

Lama dah aku tertanya-tanya.. adakah benar Kerajaan memberikan subsidi kepada petrol dan diesel.. sedangkan rakyat Malaysia yang membeli kenderaan terpaksa membayar 75% cukai eksais?

Contohnya jika kita membeli sebuah kenderaan yang berharga RM87,500 kita telah membayar kira-kira RM37,500 untuk cukai eksais..

Dan dengan menganggap penggunaan petrol kita ialah kira-kira 200 Liter sebulan bersamaan dengan RM460 sebulan (RM2.30/Liter)

Berapa bulankah petrol yang boleh diisi dalam kenderaan kita dengan jumlah dari cukai yang dikenakan itu?

Ada sesiapa yang boleh tolong jawab?.. siapa subsidi siapa sebenarnya?


This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...