Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib naikkan gaji Ahli Parlimen dan Senator...

Posted: 08 Oct 2014 08:20 AM PDT


Apa yang Najib lakukan ini samalah dengan kebiasaan yang dilakukannya terhadap macai-macai yang ada tu..

Tak dibagi makan secukupnya, riuh rendah Najib dibelasah mereka.. tapi bila dah dibagi makan secukupnya oleh Najib maka diamlah mereka..

Dalam hal ini pulak, naikkan harga minyak 20 sen.. majoriti rakyat marah, habis Twitter dan Facebook Najib dijadikan sasaran untuk meluahkan kemarahan..

Ahli-ahli Parlimen dan Senator mana nak rasa kenaikkan harga minyak tu sebab minyak mereka rakyat yang tanggung,,

Nak mengelakkan Ahli Parlimen pula menyuarakan kemarahan rakyat, naikkan gaji Ahli Parlimen dan juga Senator..

Kenaikkannya sudah tentulah bukannya 20 sen atau 20 atau 30 ringgit.. sudah tentu beratus-ratus ringgit,,

Oleh kerana sudah merasakan terhutang budi kepada Najib maka semua Ahli Parlimen buat bodoh saja kemarahan rakyat itu..

Nak bangkitkan isu harga minyak naik dan implikasinya terhadap pendapatan rakyat nanti Najib batalkan pulak nak naikkan gaji tu.. baik diam saja..

Jadi tinggallah kita di bawah ni terkebil-kebil..

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan tiada tentangan yang diterima ahli Parlimen pembangkang, termasuk ketuanya, terhadap rancangan Putrajaya menaikkan gaji ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Beliau berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana persetujuannya yang membolehkan pelaksanaan kenaikan gaji ahli Parlimen.

"Saya ucap terima kasih kepada ahli Parlimen pembangkang dan ketua pembangkang, terhadap persetujuan perubahan gaji.

"Kita akan menunggu pengumuman daripada perdana menteri kelak," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata ‎kepada The Malaysian Insider membidas laporan sebuah portal yang menggambarkan dirinya mengugut pemimpin PR.

Ia merujuk kepada kenyataan sekiranya ada bantahan daripada pemimpin pembangkang itu maka kenaikan gaji itu harus dilupakan.

"Saya tidak maksudkan begitu ...‎ yang kita mahukan sekarang ini adalah gaji ahli Parlimen dinaikkan maka kita mahu ia dilaksanakan.

"Sekiranya ada tentangan, maka tidak adalah kenaikan gaji ahli Parlimen," katanya.

Terdahulu pada sidang medianya di Parlimen, Shahidan berkata kenaikan gaji itu tidak termasuk gaji perdana menteri dan menteri.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan berapakah jumlah kenaikan, tetapi berkata pembangkang meminta ‎peruntukkan tambahan elaun pejabat dan pembantu penyelidik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kajian semula elaun sedia ada bagi ahli Parlimen ketika membentangkan Bajet 2012.

Bagaimanapun, kenaikan yang memperuntukkan sebanyak RM30 juta dari belanjawan itu ditolak pembangkang lapor The Malaysian Insider

Rosmah Mansor salahguna harta Kerajaan untuk kepentingan peribadi kata Mahfuz

Posted: 08 Oct 2014 06:00 AM PDT


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang enggan mendedahkan kos penerbangan yang membawa isteri Perdana Menteri Datin Rosmah Mansor ke Padang, Indonesia.

"Secara jelas, isteri Perdana Menteri telah menyalahgunakan kemudahan dan harta milik kerajaan untuk kepentingan peribadi.

Pada 27 Ogos lalu, Rosmah telah terbang ke Padang, Indonesia untuk menerima satu anugerah dari komuniti Minangkabau.

Sebelum ini, gesaan yang sama dibuat oleh Anthony Loke apabila beliau meminta pihak kerajaan mendedahkan tujuan penggunaan pesawat NR1 dengan nombor pendaftaran 9M-NAA pada 27 Ogos lalu.

Gesaan dari dua ahli parlimen tersebut dibuat berikutan penerbangan Rosmah ke Qatar pada Mac lalu mencecah kos RM426,489.46.

Anthony turut terkilan kerana pihak menteri di Jabatan Perdana Menteri enggan memberikan jawapan terperinci.

"Mengapa butiran dan kos terperinci itu dirahsiakan, dan adakah ia bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap pihak kerajaan," soalnya.

Dalam satu jawapan bertulis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyatakan bahawa pesawat pengangkut VIP Airbus A319CJ untuk penerbangan dari KLIA ke Padang, Indonesia merupakan pesawat rasmi kerajaan.

"Ia hanyalah digunakan atas urusan Perdana Menteri dan segala kos yang terlibat dalam penerbangan tersebut adalah dalam anggaran yang bersesuaian dengan perkhidmatannya," katanya dalam satu kenyataan.

Pesawat itu dikesan laman web pengesan pesawat FlightRadar24 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Padang dan ke Singapura sebelum kembali semula ke KLIA pada 27 Ogos lapor Free Malaysia Today

Kawan Anwar Ibrahim ditangkap Polis?

Posted: 08 Oct 2014 02:29 AM PDT


Puncanya ialah untuk mengelak dari ditahan oleh anggota Polis setelah anggota Polis mengejar kenderaannya yang memecut dari Nilai ke Serdang.

Selain dari mengaku dirinya adalah seorang yang punya gelaran 'Datuk' lelaki tersebut juga mendakwa dirinya adalah kawan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Entah betul atau tidak dia kawan Anwar Ibrahim hanya Anwar yang tahu..

Bagaimanapun tahniah diucapkan kepada anggota Polis yang terbabit kerana terus menahan lelaki tersebut tanpa mempedulikan gelaran yang dia ada dan siapa kawan dia..

KUALA LUMPUR: "Anda tidak boleh tangkap saya, saya adalah seorang Datuk!," jerit seorang suspek ketika dia digari oleh pihak polis yang sebelum itu mengejar kenderaannya yang dipecut dari Nilai ke Serdang, awal pagi Isnin. 
Selain mendakwa dirinya sebagai 'Datuk' lelaki berusia 33 tahun itu turut memberitahu bahawa dia adalah seorang peguam dan berkawan dengan ketua pembangkang, dalam usaha untuk mengelakkan diri daripada ditangkap. 
'Datuk' itu kemudiannya menendang kenderaan polis, mengutuk polis dan para pegawai. 
Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, polis mulanya cuba untuk mendekati suspek dan dua yang lain yang sedang berada di dalam kereta Mercedes Benz warna emas berhampiran Kawasan R&R Nilai di Lebuhraya Seremban pada pukul 3.20 pagi Isnin kerana memasang cermin gelap .
Beliau berkata pasukan peronda dengan empat petugas membunyikan siren kenderaan mereka dan menyalakan lampu beacon dalam usaha untuk menghentikan kereta suspek. 
Beliau berkata, pasukan peronda dari Serdang itu memintas kereta suspek ketika ia membelok ke Universiti Putra Malaysia. 
"Pegawai-pegawai keluar dengan senjata api dan mengarahkan pemandu di dalam kereta untuk keluar. Ketika pegawai- pegawai menggari suspek, dia mendakwa dirinya sebagai 'Datuk' dan bekerja di sebuah firma undang-undang serta merupakan kawan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Mohd Yusoff, sambil menambah polis percaya suspek cuba menipu untuk melepaskan diri daripada ditangkap. 
Beliau berkata kedua-dua penumpang lain di dalam kereta Mercedes itu kemudian keluar dari kenderaan untuk merakamkan kejadian dengan telefon pintar mereka, dengan mendakwa bahawa polis telah melakukan provokasi terhadap mereka. 
Polis membawa ketiga-tiga mereka ke Balai Polis Sri Serdang, di mana 'Datuk' itu sekali lagi menimbulkan masalah kepada pegawa-pegawai yang sedang menguruskan proses penahanannya. 
Ketiga-tiga suspek, yang berasal dari Seremban, kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas-tugasnya lapor mStar

Mungkin bagi lelaki yang ditahan Polis itu gelaran 'Datuk' adalah kebal dari tindakan undang-undang, jadi dia boleh buat ikut suka dia saja..

Buat lelaki yang ditahan Polis tu.. lepas ni kalau ditahan Polis lagi.. mengakulah pulak kawan Najib.. ha..ha..ha..

Senang banyaklaa... kena tahan Polis saja mengaku kawan kepada Pemimpin..

Kalau betul kawan kepada pemimpin negara baik Pemerintah mahupun Pembangkang, hormatilah undang-undang negara..

Tunjukkan contoh yang baik buat rakyat di bawah ni.. bukannya buat negara ni macam mak bapak hang yang punya...
 

Guan Eng mahu Ahli PAS yang menentang PR blah dan jangan jadi “talam dua muka”..

Posted: 07 Oct 2014 10:30 PM PDT


Di saat Pakatan Rakyat (PR) membasuh luka akibat krisis menteri besar Selangor, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dengan terus terang meminta ahli PAS yang menentang pakatan itu – menunjukkan diri, dan jangan menjadi "talam dua muka".

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang, turut teruji dalam kerajaan negerinya apabila PAS Pulau Pinang cuba memperbaiki hubungan dengan pentadbirannya berikutan kritikan yang dilempar seorang ahli majlisnya.

Beliau berkata, perlu jelas siapa ahli PAS yang menentang kerjasama dengan PR bagi memudahkan gabungan pembangkang itu tahu dengan siapa mereka boleh bekerja dalam perjuangan menentang Barisan Nasional (BN).

"Ada dalam PAS yang mahu bersatu bersama PR. Ada yang tidak mahu.

"Kita hanya boleh bekerja dengan mereka yang mahu bersatu dengan PR.

"Saya rasa kita perlu ada pencerahan ini. Mereka perlu jelas pendirian mereka," katanya dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider di pejabatnya di George Town.

Lim berkata, ada pemimpin PAS yang menyokong kerjasama dengan PR untuk menawan Putrajaya.

Bagaimanapun beberapa insiden terbaru seperti krisis menteri besar Selangor dan Muktamar PAS bulan lalu mendedahkan ada sebahagian pemimpin dan ahli PAS yang mempersoalkan sama ada kerjasama politik itu atau tahaluf siyasi, berbaloi untuk menjejaskan idea Islamik PAS.

Lim mendesak supaya kesetiaan terhadap PR ditunjukkan dengan jelas ketika ditanya sama ada pembangkang boleh diteruskan susulan perselisihan antara kepimpinan PAS dengan DAP dan PKR mengenai pilihan menteri besar Selangor.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak pilihan DAP dan PKR yang mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dan pada muktamar PAS ke-60 di Johor baru-baru ini, ada pemimpin dan perwakilan melahirkan rasa tidak puas hati terhadap PKR dan DAP, dengan ada di antara mereka menyuarakan kemungkinan mengkaji semula ikatan dalam gabungan itu.

Pemimpin lain yang bercakap mengenai sokongan terhadap kerjasama dengan PR pula diejek.

PAS sendiri sekian lama bertarung dengan idea untuk memihak kepada Umno, parti yang menerajui kerajaan persekutuan BN. Topik "perbincangan bersatu" antara PAS dan Umno sering ditimbulkan dari masa ke semasa dalam parti Islam itu.

Lim berkata, sesiapa yang mahu bekerja dengan "orang lain di luar kerjasama" ada pilihan untuk berbuat demikian.

"Tetapi jangan jadi talam dua muka. Anda mahu bekerja dengan Umno, anda pergi dan kerja dengan Umno. Anda mahu kerja dengan PR, sila keluar dan tunjukkan keikhlasan anda mahu bekerja dengan PR," katanya.

Beliau memberi amaran, alternatif kepada PR yang kukuh ialah kerajaan BN yang akan terus mendominasi.

"Dan kita tahu BN yang kuat dan PR yang lemah akan membawa bencana kepada rakyat," katanya, memetik langkah kerajaan persekutuan memotong subsidi minyak baru-baru ini, dan berkata tindakan itu berlaku selepas krisis menteri besar Selangor dan kekalahan PAS kepada Umno dalam Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor.

"Saya rasa rakyat boleh lihat. BN yang lebih kuat bermakna kerajaan yang semakin menindas," katanya.

Lim berkata, ini bukan pandangan peribadinya.

"Saya bukan bercakap sebagai setiausaha agung. Ini adalah keputusan parti," katanya.

Lim berkata ada elemen dalam PAS Pulau Pinang yang menunjukkan mereka tidak berminat bekerjasama dengan PR.

"Anda tahu siapa anda," katanya, tanpa mengulas panjang.

"Kita tidak boleh bekerja dengan mereka di dalam PAS yang menipu mengenai kerajaan negeri. Kita ada bukti hitam putih menunjukkan mereka menipu," katanya.

Lim berkata Iszuree Ibrahim, ahli majlis PAS dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), menipu mengenai kerajaan negeri dan menyebabkan beliau ditolak daripada semua jawatankuasa ahli majlis.

"Dia menipu mengenai kerajaan negeri PR. Dia buat serangan dan dia menipu," katanya.

Iszuree, bendahari PAS negeri mengkritik kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung masalah tanah penduduk tempatan ketika berbahas di Muktamar PAS pada 19 September.

Ikatan antara PAS Pulau Pinang dan kerajaan negeri semakin goyah apabila rakan ahli majlis Iszuree dalam MPPP juga mahu beliau disingkirkan.

Satu delegasi yang diketuai Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bertemu Lim untuk memperbaiki ikatan antara mereka pada 2 Oktober.

Mujahid kemudiannya berkata, parti itu bertanggungjawab terhadap kritikan Iszuree.

Katanya, PAS mahu menyelesaikan perkara itu secara aman untuk memastikan PR kekal bersatu dan mampu mengekalkan kepercayaan rakyat.

Difahamkan Iszuree diminta memohon maaf secara umum terhadap kenyataannya itu.

Iszuree dalam ucapannya di Muktamar PAS itu membangkitkan permasalahan orang Melayu Pulau Pinang serta pengusiran penduduk kampung tradisional untuk pembangunan baru yang banyak berlaku di negeri itu.

Beliau berkata akar umbi mula bertanggapan pemimpin PR "pro-pemaju" berbanding mengambil berat terhadap kebajikan rakyat lapor The Malaysian Insider

Bebas atau Penjara.. 21 Hari lagi nasib Anwar akan diketahui..

Posted: 07 Oct 2014 07:49 PM PDT


Bukannya aku gembira sebab Anwar mungkin dipenjara tetapi sekadar untuk mengingatkan sesama ahli PKR di Permatang Pauh ini..

21 hari lagi nasib Anwar Ibrahim akan ditentukan oleh Mahkamah samada Anwar akan bebas atau akan dipenjarakan..

21 hari lagi ini juga akan diketahui samada akan berlaku satu lagi pilihanraya kecil di Permatang Pauh pula..

Sekali lagi kita akan berhadapan dengan jentera Barisan Nasional dari seluruh negara yang pasti akan dikerahkan untuk merampas Permatang Pauh dari PKR.

Jika berlaku lagi Pilihanraya Kecil, kemungkinan besar PKR Permatang Pauh akan menyaksikan jumlah majoriti yang semakin merosot sebagaimana kita telah menyaksikan kemerosotannya dalam PRU13 yang lalu.

Faktor sabotaj dari rakan sendiri masih tidak ada jalan penyelesaian malah bertambah buruk lagi keadaannya dengan berlakunya krisis MB Selangor baru-baru ini..

Aku yakin faktor ini akan bertambah buruk jika Calon yang dikatakan akan menggantikan tempat Anwar Ibrahim di Permatang Pauh masih mahu diteruskan pencalonannya.

Oleh itu bersedialah...

Ketika waktu berlalu menjelang rayuan terkhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan tuduhan liwat terhadapnya - satu kiraan detik telah bermula di laman Facebook ketua pembangkang itu - yang menurutnya, tinggal 21 hari lagi. 
Rayuannya dijadualkan untuk didengar selama dua hari, mulai 28 Oktober, di mana ahli parlimen Permatang Pauh itu akan mengetahui nasibnya sama ada akan menjalani hukuman penjara atau akan dibebaskan. 
Pada tahun 2004, Anwar dibebaskan daripada tuduhan liwat pertamanya oleh Mahkamah Persekutuan selepas menghabiskan masa enam tahun di dalam penjara. 
Kes Liwat II terhadap Anwar bermula sebaik selepas beliau mengumumkan hasratnya untuk bertanding kerusi Permatang Pauh pada Ogos 2008 selepas tamat tempoh larangan lima tahun berpolitik. 
Kerusi itu dikosongkan oleh isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 
Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara di Kuala Lumpur antara jam 3 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. 
Seperti tuduhan yang pertama, Anwar mendakwa ia diada-adakan oleh musuh politik beliau. Namun beliau memenangi kerusi Permatang Pauh, kerusi yang disandangnya selama 17 tahun ketika beliau dalam Umno. 
Langkah Kajang 
Selepas empat tahun kes itu dibicarakan di mahkamah, dari tahun 2008 hingga awal 2012, yang menyaksikan 26 saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anwar telah dibebaskan. 
Bagaimanapun berikut Langkah Kajang di mana Anwar merancang untuk bertanding kerusi DUN Kajang dalam usaha untuk menjadi menteri besar Selangor pada awal tahun ini, rayuan pihak pendakwa terhadap rayuan sabitan kes Liwat II telah diawalkan dari tarikh asalnya pada April kepada bulan Mac. 
Dalam keputusanya, tiga panel hakim Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya. 
Rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini - adalah peluang terakhir beliau untuk mendapatkan kebebasan. 
Jika beliau terpaksa menjalani hukuman penuh selama lima tahun itu, maka ahli politik yang berumur 67 tahun itu akan berusia 72 tahun apabila beliau keluar penjara. 
Ditambah dengan tempoh larangan lima tahun berpolitik, ini mungkin menandakan berakhirnya kerjaya politik beliau ~ Malaysiakini

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...