Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Letupan di Bukit Bintang: Bekas Menteri salahkan Najib dan pertikai kecekapan Polis..

Posted: 09 Oct 2014 05:30 AM PDT



Tan Sri Zainuddin Maidin di dalam blognya hari ini berkata, kesanggupan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tanpa berunding dengan rakyat yang menyokongnya telah 'dihukum' dengan kejadian letupan bom dihadapan sebuah kelab malam di Bukit Bintang pagi tadi.

Beliau juga mempersoal kecekapan pihak polis kerana gagal mencium rancangan buruk ini lebih awal.

"Untuk memadamkan berbagai spekulasi liar yang boleh mencemarkan imej baik negara, Timbalan CID Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa segera menyatakan bahawa kejadian itu mungkin berpunca dari persengketaan kongsi gelap dan siasatan sedang dijalankan dari semua sudut.

"Jika secepat itu diketahui puncanya, maka tidak pula polis secepat itu menciumi rancangan mereka."

Zainuddin yang juga merupakan bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu berkata, kenyataan Khairi itu bertujuan untuk mematahkan spekulasi, namun tidak menghalang orang ramai untuk mengaitkan kebarangkalian apa yang selama ini berlaku di Selatan Thailand dan Indonesia telah tercetus di Malaysia.

"Keyakinan ramai tergugat terhadap keupayaan pihak polis untuk memastikan keselamatan.

Zainuddin juga menyatakan bahawa, dengan kejadian pagi tadi, tiada siapa yang dapat menghalang rakyat dari berfikir bahawa Perdana Menteri Malaysia hanya mahu menjadi wira di mata Obama dengan meletakkan demokrasi dan liberalisme Malaysia setaraf dengan nilai globalisasi wacana Barat sehingga sanggup menghapuskan ISA yang selama ini menjadi payung keselamatan negara..

Baca ni..

APAKAH INI KERANA CINTA BUTA KITA KEPADA PRESIDEN OBAMA?

Seorang tebunuh dalam letupan yang mencederakan 14 orang di hadapan sebuah kelab malam di Bukit Bintang yang merupakan kawasan hiburan malam paling panas di Kuala Lumpur yang juga popular dengan kunjungan gay dan lesbian.

Untuk memadamkan berbagai spekulasi liar yang boleh mencemarkan imej baik negara , Timbalan CID Kuala Lumpur AC Khairi Ahrasa segera menyatakan bahawa kejadian itu mungkin berpunca dari persengeketaan kongsi gelap dan siasatan sedang dijalankan dari semua sudut.

Jika secepat itu di ketahui puncanya maka tidak pula polis secepat itu menciumi rancangan mereka sekalipun kenyataan itu memberikan gambaran sebagai ada penetrasi polis di kalangan mereka itu.Artinya mereka lebih cekap dan cepat betindak dari polis.

Walaupun kenyataan itu betujuan mematahkan spekulasi tetapi tidak dapat menghalang orang ramai untuk mengaitkan apa yang selama ini berlaku di Selatan Thailand dan Indonesia telah tercetus dalam negara kita.Keyakinan ramai tegugat terhadap keupayaan keselamatan .

Juga tidak dapat dihalang aliran pemikiran rakyat bahawa hal itu berlaku kerana Pedana Menteri Malaysia mahu menjadi wira kepada Obama dalam meletakan demokrasi dan liberalisme Malaysia setaraf dengan nilai Globalisasi wacana Barat sehingga sanggup menghapuskan ISA yang selama ini menjadi payung keselamatan negara.

Dan ini menimbulkan kemarahan di kalangan puak pelampau yang selama ini dapat dibendung oleh negara dengan menunjukan perimbangan dan kebijaksanaan kita bertindak dan menjalankan policy negara walaupun anti extemisme.

Kesanggupannya menghapuskan ISA tanpa berunding dengan rakyat yang menyokongnya adalah menjadi bukti sah dalam pekara ini.Hal ini juga telah mematahkan kuasa polis untuk melakukan tindakan preventive yang berkesan walaupun kuasa baru diberikan.

Walaupun Tun Dr.Mahathir juga semasa pemerentahannya menyedari bahawa kita tidak mungkin terlepas dari mulut buaya dalam menghadapi new colonialisme Barat tetapi kita tidak sampai terlihat menjilat punggong buaya untuk selamat dari naga.

Najib telah telah menghancurkan pagar yang dibina dengan darah dan air mata oleh ayahnya ~ Zamkata

Ibrahim Ali punca huru hara di Kelantan 1977 tapi tak ditahan dibawah Akta Hasutan.. kenapa?

Posted: 09 Oct 2014 04:19 AM PDT


Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat hari ini menyelar kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang menggesa pihak kerajaan supaya mempertahankan Akta Hasutan 1948 daripada dihapuskan.

Katanya, Ibrahim Ali merupakan salah seorang pencetus huruhara di Kelantan 1977 sehingga berlakunya darurat pada tahun 1978, namun tidak didakwa dibawah Akta Hasutan meskipun akta tersebut wujud ketika itu.

"Ibrahim Ali kononnya menyokong Mohammad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan yang mendapat undi tidak percaya dalam DUN Kelantan. Orang Selatan Thailand dan Kuala Lumpur diberi duit datang Kelantan untuk menyemarakkan kemarahan rakyat di Kelantan.

"Tetapi peliknya pencetus huruhara (Ibrahim Ali) tidak dihukum walaupun ada Akta Hasutan," katanya semasa di hubungi.

Jelas Suhaizan, Akta Hasutan bukan masalahnya, tetapi ia menjadi isu apabila berlakunya penguatkuasaan dan pendakwaan selektif.

"Tanpa Akta Hasutan, negara kita sudah mempunyai undang-undang yang boleh menyekat jenayah berlaku dalam negara seperti Kanun Keseksaan.

"Saya tetap menyatakan bahawa Akta Hasutan sangat mudah digunakan oleh pemerintah untuk menyekat kebebasan rakyat bersuara menegur kerajaan," ujarnya.

Suhaizan mengulas kenyataan Ibrahim Ali yang berpendapat insiden pengeboman yang berlaku di Bukit Bintang pagi tadi merupakan petanda awal keselamatan negara terjejas sekiranya ISA dan Akta Hasutan dihapuskan oleh pihak kerajaan lapor Free Malaysia Today

Seorang Mangsa Letupan Di Bukit Bintang Maut

Posted: 08 Oct 2014 11:57 PM PDT


Seorang mangsa dalam kejadian letupan bom di hadapan Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur meninggal dunia pada pagi Khamis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa yang merupakan pekerja joki kereta disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dalam kejadian itu.

Terdahulu, Khairi berkata, dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, sebanyak dua bom dilemparkan dari aras dua tempat letak kereta bangunan itu.

"Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam tersebut," katanya lapor mStar

Sementara itu Berita Harian melaporkan individu yang terbunuh itu telah dikenal pasti identitinya oleh pihak Polis..

KUALA LUMPUR: Mangsa yang meninggal dunia akibat letupan bom di Jalan Bintang, Bukit Bintang, dekat sini, pagi tadi dikenali sebagai Tiong Kwong Yie.  
Polis Kuala Lumpur sebentar tadi mengesahkan mangsa berusia 36 tahun dan berasal dari Sarawak.

Mangsa dilaporkan seorang pekerja joki kereta mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetapi meninggal dunia selepas itu.

Seorang parah, 14 cedera letupan bom tangan di Bukit Bintang

Posted: 08 Oct 2014 09:17 PM PDT


Semakin hari semakin advanced nampaknya penjenayah dalam negara kita ini..

Kalau dulu kita sering mendengar hanya senjatapi dari jenis pistol yang digunakan penjenayah..

Kemudiannya meningkat sikit dengan penggunaan senapang patah dan raifel.. Sekarang sudah memasuki era bom tangan pula..

Persoalannya.. bagaimanakah bom tangan itu boleh dibawa masuk secara haram ke dalam negara kita ini?

Adakah ianya dilontar ke dalam pagar negara oleh penjualnya kepada pembeli di Malaysia?.. tentu tidak.. hang nak mampuih buat macam tu..

Kat mana pulak bocornya keselamatan negara kita ni?

Laporan berkaitan..


Seorang parah dan 14 lagi dilaporkan cedera dalam kejadian letupan di sebuah kompleks di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi. 

Saksi yang menunggu kereta ternampak satu benda jatuh dari tingkat dua atas sebuah pub dan kemudiannya meletup.

Mangsa yang parah dan enam lagi cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala tujuh lagi dihantar ke Hospital Tung Shin.

Beberapa pelancong asing dari Thailand, China dan Singapura antara mangsa yang mengalami kecederaan dalam letupan berkenaan.

Antara mangsa yang dirawat di Hospital Tung Shin, Jalan Pudu adalah Lim Soon Hock, 51, Teoh Keow Meng, 40, Yaw Lee Hock, 41 dan M A Yunfeng (China).

Selain itu, mangsa yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) termasuk Tiong Kwang Yie, Lim Soon Hock, 51, Yoo Loo Hock, 41, Ravindren, 49, Jasu Sae Yor warga negara Thailand, Yong Jia Qin (China) dan Wong Kim Teng (Singapura).

Siasatan awal polis percaya letupan terbabit disasarkan terhadap mangsa lelaki yang mengalami kecederaan parah dalam kejadian berkenaan.

Polis akan menyiasat latar belakang mangsa yang terbabit dalam letupan berkenaan.

Setakat ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan letupan di Jalan Bintang, Bukit Bintang itu.

Sementara itu, empat kenderaan mewah mengalami kerosakan akibat terkena serpihan letupan terbabit.

Selain itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian ini tiada kena mengena dengan militan Negara Islam (IS).

"Kejadian ini lebih kepada jenayah yang bermotifkan perselisihan faham atau dendam membabitkan individu yang bermotifkan untuk membunuh pesaingnya.

"Kita sedang bergerak untuk mengenal pasti individu yang terbabit," katanya lapor Berita Harian


Shahidan dedahkan sebab Ahli Parlimen dinaikkan gaji...

Posted: 08 Oct 2014 05:30 PM PDT


Kesian sungguh aku dengan nasib Ahli-ahli Parlimen di negara kita ni bila membaca penjelasan Shahidan tentang kewajaran gaji Ahli Parlimen dan Senator dinaikkan..

Gaji dicampur elaun yang jumlahnya mencecah RM13,000 sebulan itu tidak cukup bagi mereka rupanya meskipun semalam ada pakar dari manatah kata gaji RM2,500 sebulan cukup untuk hidup selesa...

Lebih menyedihkan lagi.. bila ada dari kalangan Ahli Parlimen itu terpaksa 'mengikat perut'.. bacalah..

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan 'perubahan' gaji bagi 222 Ahli Parlimen wajar dilakukan ekoran perubahan ekonomi yang berlaku di negara.

Menurut beliau, sehingga kini, gaji bagi semua Ahli Parlimen adalah sebanyak RM6,500.

"Sebelum ini, Jawatankuasa Dewan telah memberi makluman kepada pihak pembangkang, terutamanya Ketua Pembangkang mengenai 'perubahan' gaji tersebut, dan pihak Ketua Pembangkang telah bersetuju dengan perkara ini," katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Shahidan dalam sidang medianya turut menyatakan adalah tidak tepat sekiranya pihak media menyatakan Ahli Parlimen dinaikkan gaji, tetapi lebih tepat jika menyatakan bahawa ia adalah 'perubahan' gaji.

Jelasnya, sebagai seorang Ahli Parlimen, beliau sendiri terpaksa mengikat perut kerana gaji Ahli Parlimen di Malaysia merupakan antara yang terendah di dunia.

"Jika dibandingkan dengan Ahli Parlimen di Uganda, gaji mereka lebih dua kali ganda daripada gaji Ahli Parlimen di Malaysia. Begitu juga jika perbandingan dilakukan terhadap gaji Ahli Parlimen di Singapura," katanya.

"Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menyerahkan proposal 'perubahan' gaji itu kepada Perdana Menteri sejak tahun lepas lagi," katanya.

Shahidan turut menjelaskan bahawa setiap hari, di pejabatnya akan datang pelbagai rakyat di untuk meminta bantuan dan pertolongan.

"Oleh itu, kenaikkan gaji ini wajar dilakukan," katanya.

Walaubagaimanapun, Ahli Parlimen Arau itu turut menjelaskan gaji bagi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menter-menteri, dan juga Timbalan- timbalan Menteri tidak akan dinaikkan.

Shahidan bagaimanapun tidak mendedahkan berapa peratus dan berapa banyak dan jumlah 'perubahan' gaji Ahli Parlimen itu.

"Saya kena tunggu lampu hijau daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ia terpulang kepada beliau untuk mengumumkan sewaktu sidang ini ataupun sewaktu pembentangan Bajet 2015 nanti," katanya.

Tambah beliau lagi, sepatutnya, 'perubahan' gaji Ahli Parlimen ini dinaikkan sejak Bajet 2012 yang diumumkan pada tahun 2011 lagi.

"Dahulu, Ahli Parlimen Pembangkang tidak bersetuju dengan 'perubahan' gaji ini. Dan mereka memberitahu, antara sebab kini mereka bersetuju adalah kerana mereka perlu membayar gaji penyelidik-penyelidik mereka," katanya.

Shahidan turut menjelaskan isu 'perubahan' gaji ini tidak akan lagi dibentangkan dan dibincangan sekiranya Ahli Parlimen Pembangkang tidak bersetuju dengan 'perubahan' gaji ini.

Kali terakhir Ahli Parlimen menikmati kenaikan gaji ialah pada 2004 iaitu 11 tahun lalu.

Gaji Ahli Parlimen pada masa ini telah diguna pakai sejak 1 Januari 2004. Gaji bulanan mereka ialah RM6,500 tetapi mencecah kira-kira RM13,000 jika ditambah dengan gaji lapor Free Malaysia Today

Ikat perut konon... apa dia ingat semua rakyat Malaysia ni mudah diperbodohkan sepertimana dia perbodohkan macai ke?

Kononnya terpaksa 'ikat perut'.. tapi dalam masa yang sama rakyat menyaksikan Ahli-ahli Parlimen Malaysia menaiki 7 Series, S Class, Alphard, Harrier, RX350, Porsche Cayenne dan juga Vellfire..

Lagi satu.. Alasan Shahidan ialah setiap hari pelbagai lapisan rakyat datang kepejabat dia untuk minta pertolongan dan bantuan..

Kalau betul setiap hari ada yang datang.. takkanlah setiap hari yang datang tu semuanya nak minta bantuan kewangan?

Lagipun.. bukankah setiap Ahli Parlimen diperuntukkan RM2 Juta setiap tahun kecuali Ahli Parlimen Pembangkang yang dapat RM200,000 sahaja setahun.

Peruntukkan tu buat apa? salur projek kepada kroni ke?

'Ikat Perut' atau 'Buta Perut; si Shahidan ni?



RM490 juta BR1M terlebih bayar ni dah dibayar kepada siapa agaknya?

Posted: 08 Oct 2014 03:30 PM PDT


Ringkasannya macam ni..Sebelum ini, kerajaan dengan bangganya mengumumkan BR1M diberi kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan mewakili 5.2 juta atau 80% seluruh isi rumah di Malaysia pada 2012.

Tapi semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar kata di Parlimen, kira-kira satu pertiga atau 2 juta isi rumah di Malaysia masih memperoleh RM3,000 ke bawah bersamaan 28.7% daripada 7 juta isi rumah.

Manakala Jabatan Perangkaan 2012 menunjukkan 38.5% isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah..

Sementara Unit Perancang Ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri mendedahkan 38.8% isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 pada tahun 2012.

Jika statistik dari jabatan itu betul, ia mungkin bermaksud kerajaan terlebih bayar BR1M kepada 930,000 isi rumah pada 2013, iaitu terlebih belanja kira-kira RM490 juta.

Jika betul... jika tak betul yang mana satu betul?

Putrajaya membayar lebih RM490 juta kepada 930,000 isi rumah tahun lalu dalam bentuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kata Institut Rakyat.

Institut yang diasaskan PKR itu membuat dakwaan itu berdasarkan angka yang berbeza diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar semalam dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa mengumumkan peruntukan BR1M pada 2012.

"Sebelum ini, kerajaan dengan bangganya mengumumkan BR1M diberi kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan mewakili 5.2 juta atau 80% seluruh isi rumah di Malaysia pada 2012," kata pengarah eksekutifnya Yin Shao Loong dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Wahid berkata di Parlimen semalam, kira-kira satu pertiga atau 2 juta isi rumah di Malaysia masih memperoleh RM3,000 ke bawah bersamaan 28.7% daripada 7 juta isi rumah.

"Adakah 3.2 juta isi rumah itu tidak lagi memperoleh RM3,000 sebulan? Adakah ini kesan sementara suntikan BR1M atau kesalahan statistik serius kerajaan?

"Persoalan ini penting kerana ia memberikan implikasi serius kepada ketepatan dan akauntabiliti perbelanjaan kerajaan. Ia juga penting terhadap saiz sebenar isi rumah berpendapatan rendah," katanya.

Yin berkata, angka daripada Jabatan Perangkaan 2012 menunjukkan 38.5% isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah sementara Unit Perancang Ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri mendedahkan 38.8% isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 pada tahun sama.

"Jika statistik dari jabatan itu betul, ia mungkin bermaksud kerajaan terlebih bayar BR1M kepada 930,000 isi rumah pada 2013, iaitu terlebih belanja kira-kira RM490 juta," katanya.

Beliau mempersoalkan sama ada amaun yang dibayar merupakan kesalahan statistik atau cubaan sinis meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei tahun lalu.

"Kerajaan memotong subsidi dan mengenakan GST bagi meningkatkan pendapatan, tetapi jutaan atau bilion mungkin dibelanjakan secara salah akibat salah perkiraan atau manipulasi statistik.

"Kerajaan dan pejabat Audit Negara mesti bertanggungjawab dalam perkara ini," katanya yang turut menggesa Wahid menjelaskan percanggahan dalam angka yang disebutkan dan 3.2 juta isi rumah yang melepasi tahap gaji RM3,000 sebulan.

Najib memperkenalkan BR1M pada 2012 dengan bayaran RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah. Jumlah itu ditingkatkan kepada RM650 pada tahun ini dan dijangka akan dinaikkan lagi tahun depan lapor The Malaysian Insider
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...