CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(ISLAM KALAH DALAM PAS) Khalid Samad: Pesta arak 'Oktoberfest' tidak boleh dihalang

Posted: 01 Oct 2014 10:54 PM PDT


BANGI, 2 Okt - Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, penganjuran pesta arak 'Oktoberfest' anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi ummat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

"Islam mengiktiraf bahawa arak tidak merupakan sesuatu yang haram mengikut ajaran agama mereka.

"Tambahan pula pesta kemuncak yang akan diadakakan di Petaling Jaya itu adalah di kawasan majoriti bukan Islam.

"Apatah lagi jika mahu dibandingkan dosa arak dengan syirik, sebenarnya dosa syirik lebih besar berbanding arak, namun gereja dan kuil tetap dibenarkan," ujarnya ketika dihubungi wartawan ISMAweb.

Beliau berkata demikian sebagai respon berkenaan penganjuran pesta arak oleh Carlsberg yang didedahkan ISMAweb beberapa hari lalu. Pesta arak ini telah pun bermula sejak 24 September lalu di RP, Saujana Hotel Subang dan diikuti di Berjaya Time Square Hotel, Brussels Setia Walk, Puchong, I Beam, Batu Pahat, Johor, Deutsches Gasthaus, Kepong, KL, Hakka Restaurant Kuala Lumpur, Movida, Sunway Giza, PJ dan Euro Deli, Penang.

Kemuncak pesta ini akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta, One Utama Petaling Jaya.

Tambah beliau, lebih 60% di Petaling Jaya ini adalah bukan Islam, jadi tidak ada sebab untuk mengahalang mereka mengadakan acara sebegitu.

"Cumanya, perlu dipertegaskan bahawa orang Islam tidak boleh hadir ke pesta arak seperti itu.

"Pada masa yang sama kawalan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu diadakan untuk menentukan tiada keterlanjuran oleh man-mana pihak akan berlaku dan ianya dilakukan dalam suasana terkawal," katanya.

Jadi bagi mengatasi budaya minum arak ini, ujar Khalid, mungkin pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran kepada orang bukan Islam berkenaan bahaya dan keburukan arak.

Walaupun kita tidak boleh menghalang program sebegini dianjurkan oleh pihak bukan Islam, namun kesesuaian tempat dan kaedah anjuran perlu sentiasa dikaji PBT.

Pada masa yang sama tambahnya, kempen 'anti-alcoholism' dari sudut permasalahan sosial, akhlak, rumah tangga dan sebagainya perlu diadakan di kalangan bukan Islam dan masyarakat umum.

Bermula minggu lalu, ISMAweb telah menerbitkan beberapa artikel yang mempersoal penganjuran pesta arak 'Oktoberfest' yang berasal dari Munich, Jerman. Budaya negatif ini mula dibawa masuk ke Malaysia dan dipromosi secara terang-terangan.

www.ismaweb.net

(RON 52 Naik 20 Sen) Asyraf Wajdi HENTAM PEMANDU, Idris Jalal kerana TIDAK SENSITIF Potong Subsidi Minyak 20 sen

Posted: 01 Oct 2014 10:14 PM PDT


Dato' Dr. Asyraf Wajdi Hj Dato Dusuki, Yang di-PertuaYayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan juga Senator Dewan Negara telah menegur Kerajaan agar mengkaji semula tindakan pemotongan subsidi minyak sebanyak 20sen diketika rakyat masih bertarung dengan kenaikan kos sara hidup.

"Mohon jasa baik pihak kerajaan untuk mengkaji semula tindakan pemotongan subsidi 20 sen ke atas minyak ketika rakyat sedang bertarung dengan kenaikan kos sara hidup." katanya dalam laman fb beliau.

"Walaupun idea rasionalisasi subsidi minyak ada kewajarannya, namun pemotongan subsidi ketika ini adalah tidak sesuai melainkan kita sudah berjaya menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan." tambah beliau.

Dr. Asyraf turut menegur PEMANDU dan Idrid Jalal yang dilihat tidak sensitif dan tidak dapat menyelami suara hati rakyat dalam memberi nasihat kepada Kerajaan.

Katanya "Harap para penasihat seperti PEMANDU dan Idris Jala lebih sensitif dan dapat menyelami suara hati rakyat di bawah sebelum melakukan apa jua tindakan."

Komen Tun M dan Ustaz Kazim mengenai kenaikan harga minyak RON95 sebanyak 20 sen pada 1 Oktober 2014.






PENJELASAN AHMAD MASLAN

Subsidi RON95 & Diesel:
Sedikit penjelasan.

1. Selama ini rakyat Msia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di pam2 minyak.

2. Jumlah subsidi Kjaan utk RON95 & diesel thn lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.

3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Msia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Utk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Msia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kjaan.

4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel.

5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sbbnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil.

6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion setahun yg kini rm2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan.

7. Maka utk lebih adil, subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.

8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan.

9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.

10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik.

11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll.

12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kjaan. Tkasih.

(ABM/TMK1/1 Okt 14/ 10.45mlm)

(AZMIN LUNASKAN DENDAM ANWAR) k'jaan S'gor beku peruntukan bg Kawasan Parlimen Khalid

Posted: 01 Oct 2014 05:19 PM PDT


Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang Faekah Hussin menganggap pentadbiran Menteri Besar Selangor Azmin Ali memulakan "langkah sumbang" apabila mendakwa kerajaan negeri mengarahkan bank membekukan akaun bantuan negeri kepada kawasan Tan Sri Khalid Ibrahim

Faekah mendakwa Azmin mengarahkan Bendahari Negeri Selangor meminta bank supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang pada 25 September lalu.

"Nampaknya Menteri Besar baru mahu menghukum bukan sahaja Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.

"YAB Azmin Ali memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri," kata Faekah yang juga bekas ketua pegawai eksekutif MBI.

Dalam kenyataannya Faekah menganggap tindakan itu sebagai "tindakan keras dan politik dendam" kepada Khalid yang berkhidmat kepada rakyat, parti dan Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Tindakan keras sebegini tidak pula dilakukan kepada Umno tetapi kepada rakan sekutu yang telah sama-sama berjuang untuk rakyat dan amat menyedihkan tindakan ini dilakukan terhadap bekas menteri besar yang selama ini bertungkus lumus memperkasa program-program kebajikan rakyat di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

"Ternyata segala jasa-jasa Tan Sri Khalid selama lebih enam tahun menerajui Negeri Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh menteri besar baru," katanya.

SMUE diperkenalkan oleh pentadbiran Khalid pada 2008 sebagai bantuan dan khairat kematian kepada keluarga warga tua yang meninggal dunia bertujuan mengurangkan beban kewangan keluarga.

Ia terbuka kepada semua warga Selangor atau rakyat yang lahir di Selangor termasuk Kuala Lumpur sebelum dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1974.

Tahun lalu skim itu diluaskan pula kepada program 'Jom Shopping' memberi belanja RM 100 kepada warga tua sekitar Selangor.

Sehingga kini lebih RM 11 juta telah diberikan di bawah SMUE.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...