CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(CINA DAP, MCA SAMA BEBAL) SJK tiada dalam Perlembagaan - bekas Hakim Mahkamah Rayuan, DATUK MOHD NOOR

Posted: 09 Oct 2014 09:01 PM PDT


ISU sekolah vernakular atau sekolah jenis kebangsaan (SJK) kembali hangat diperkatakan susulan cadangan Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad yang mahu isu tersebut dibahaskan dalam Perhimpunan Agung Umno, November ini.

Cadangan tersebut mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang mengatakan parti itu akan terus mempertahankan hak masyarakat Cina kerana menurutnya, mempelajari bahasa ibunda merupakan hak di bawah Perlembagaan.

Susulan itu, Sinar Harian menemubual bekas Hakim Mahkamah Rayuan, DATUK MOHD NOOR ABDULLAH bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai kedudukan sebenar sekolah vernakular mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sering dijadikan alasan untuk pertahan SJK. Boleh Datuk terangkan kedudukan SJK mengikut Perkara 152 ini? 

Dalam Perlembagaan telah menyatakan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Tetapi tiada seorang pun boleh disekat dan dihalang dari menggunakan, mengajar atau belajar bahasa lain seperti terkandung dalam klausa (a) Perkara 152.

Dari satu sudut, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk perkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan menyediakan sekolah untuk mengajar dan belajar bahasa Melayu.

Malah bahasa Melayu yang asalnya ditulis dalam tulisan jawi diganti dengan tulisan rumi bagi mudahkan semua orang belajar bahasa Melayu. Kerana itu, kerajaan sediakan sekolah sekolah kebangsaan, bukan sekolah Melayu.

Dari sudut lain pula, tidak boleh dihalang terus atau disekat sesiapa saja  di negara ini yang mahu guna, belajar atau mengajar bahasa ibundanya di
mana-mana dan pada bila-bila masa. Ini hak individu yang tidak boleh dilarang. Siapa individu ini? Boleh jadi mereka adalah warganegara Malaysia,
pemastautin atau pelancong di sini. Yang kebanyakan orang tak faham ialah guna, belajar dan mengajar secara sendirian.

Kerajaan tidak campur dan kerajaan tidak (perlu) sediakan sekolah atau kelengkapan. Ini urusan peribadi individu tersebut. Itu yang kita kena faham. Sekolah persendirian, sekolah Cina, Tamil dan sekolah apa bangsa sekalipun di negara ini yang nak belajar bahasa ibundanya,  buatlah, teruskanlah tapi kena tanggung sendiri.

Katakan orang Cina nak belajar bahasa Cina, mereka boleh buat sekolah tanggungan sendiri. Jadi sekarang ini hanya ada dua jenis sekolah iaitu sekolah ditanggung kerajaan dan sekolah dibiayai masyarakat. Jadi mana kita nak letak SJK kalau merujuk Perkara 152? Memang tiada peruntukan membenarkan penubuhan SJK menurut Perlembagaan.

Bagaimana pula dengan klausa (b) Perkara 152 yang menyatakan kerajaan Persekutuan dan manamana kerajaan negeri ada hak untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain. Adakah ini termasuk penubuhan SJK? 

Dalam klausa (b), ia bukan merujuk kepada sekolah. Sekolah menggunakan istilah 'mengajar' dan 'diajar', tetapi di bawah klausa (b) istilahnya ialah 'menggunakan' dan 'mengkaji'. Sudah tentu istilah yang berbeza ini membawa maksud berlainan. Istilah 'menggunakan' dalam klausa (b) itu bermaksud bahasa lain boleh digunakan di pintu keluar masuk negara, di tempat berbahaya atau larangan seperti kem askar yang perlu memberi notis kepada orang awam, di tempat pelancongan atau  bersejarah di mana kerajaan ada budi bicara untuk guna bahasa lain. Perkataan 'pengajian' pula merujuk kepada kajian bahasa di pusat atau sekolah bahasa di universiti.

Kajian ini termasuk mengetahui asal usul dan perkembangan tamadun sesuatu bahasa. Jadi klausa (b) tidak boleh digunakan untuk pertahan SJK.

Begitu juga dengan mengajar subjek lain dalam bahasa ibunda. Itu memang saya tidak setuju kerana yang dibolehkan ialah mengajar bahasa. Kalau mahu ajar subjek lain dalam bahasa ibunda, ia sudah terkeluar. Perkara 152 sebut ada tiga jenis bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa lain, dan bahasa komuniti atau bahasa masyarakat lain. Bahasa Melayu tanggungan kerajaan, bahasa lain tanggungan masing-masing manakala bahasa komuniti atau bahasa masyarakat lain itu
yang boleh digunakan untuk kajian.

Jadi adakah penubuhan SJK ini salah di sisi Perlembagaan? 

Begini, tiada peruntukan melarang kerajaan membantu atau mewujudkan SJK. Tetapi tidak ada juga peruntukan membenarkan kerajaan menubuhkan SJK. Maknanya, kalau nak buat SJK itu dikira secara ihsan oleh kerajaan.

Dalam erti kata lain, tidak boleh ada pertubuhan mendesak kerajaan bantu SJK. Berbeza dengan sekolah kebangsaan yang memang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengajar bahasa Melayu.

Bagaimana pula dengan sekolah agama Islam?

Dalam Perlembagaan, ada menyatakan kerajaan Persekutuan dan negeri boleh sediakan sekolah agama Islam atau membantu menyediakan sekolah agama Islam dan perbelanjaan sebanyak mana diperlukan.

Ini kerana Perlembagaan telah letakkan Islam sebagai agama rasmi negara. Tapi perlu  diingat, sekolah agama bukan milik bangsa Melayu kerana Islam agama
universal. Jadi apabila kerajaan sediakan sekolah agama Islam, ia untuk semua bangsa bukan Melayu saja.

Sejauh mana SJK dilihat menjadi penghalang perpaduan kaum? 

Sekolah kebangsaan, sekolah swasta dan SJK sudah wujud selepas merdeka. Jadi mereka yang pertahan SJK anggap mengapa perlu ditiadakan benda yang sudah ada?

Soalnya marilah kita bercakap pasal perpaduan negara, keharmonian rakyat masa kini INFO dan masa depan. Kalau yang dahulu itu ada tetapi tidak menjurus kepada perpaduan, maka perlu kaji balik dan tengok apa yang boleh diperbaiki agar anak cucu kita boleh hidup aman.

Cuba lihat sekarang, siapa pergi sekolah kebangsaan? Kebanyakannya orang Melayu, jumlah India dan Cina pula sangat sedikit. Tetapi kita tidak boleh salahkan orang Cina dan India kerana mereka ada pilihan.

Adakah ini menjurus kepada perpaduan? Jadi kerajaan dah sediakan platform untuk pecah belah. Ini yang sedih kerana sejak darjah satu kita dah didik anakanak kita berasingan sekolah. Sekarang sudah ada sekolah kebangsaan, tetapi pertama, ia tidak menarik.

Kedua, ada alternatif belajar di sekolah lebih baik atau setaraf sekolah kebangsaan. Maknanya pelajar berkelulusan  sekolah Cina swasta atau SJK Cina ada peluang sama untuk masuk universiti.

Jadi kenapa perlu pergi sekolah kebangsaan?

Apatah lagi ada stigma sekolah kebangsaan lebih mementingkan agama Islam. Saya tidak kata mari kita hapuskan SJK. Saya cuma kata tiada peruntukan yang membenarkan kewujudannya.

Jadi, apa penyelesaian terbaik dalam isu sekolah vernakular ini? 

Benda dah ada kalau kita hapuskan  pasti sakitkan hati orang. Jadi apa kata kita jenamakan semula SJK sebagai sekolah kebangsaan, mata pelajarannya ikut sekolah kebangsaan.

Tetapi sesiapa nak belajar bahasa ibunda masing-masing, sediakan kemudahan itu. Keperluan untuk pelajari  bahasa ibunda tidak akan memakan masa lama. Dalam tempoh tiga tahun dah boleh fasih.

Kita masih pelihara tradisi setiap masyarakat  dan dalam masa sama tidak jejaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan.

Tapi kalau masing- masing bergaduh, ada yang nak pertahan SJK, ada yang nak mansuh  SJK, musnahlah negara kita. Alangkah cantiknya kalau kerajaan adakan sekolah kebangsaan ini sebagai pengganti sekolah kerajaan Inggeris sebelum  merdeka di mana semua pelajar tidak kira bangsa belajar di bawah satu bumbung, bermain di padang yang sama dan makan di kantin yang sama.

Ketika itu tiada siapa mempersoalkan. Di Singapura, hanya ada satu sekolah, semua pelajar bahasa pelbagai bahasa  di situ. Kalau mereka boleh terima sistem
begitu, kenapa kita tidak?

Selain SJK, adakah masalah penyatuan kaum berlaku di peringkat  institusi pengajian tinggi? 

Kalau ada orang kata saya rasis kerana persoalkan SJK, saya nak beritahu tentang diskriminasi atau pilih kasih.

Perlembagaan tetapkan institusi pelajaran yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan tidak boleh amalkan diskriminasi berdasarkan keturunan, bangsa, warna kulit dan kepercayaan.

Saya ingin tanya, apa kedudukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Mara dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)? Jika ia hanya dihadkan untuk orang Melayu atau Cina, maka ia bertentangan dengan Perlembagaan.

Jadi, sepatutnya kerajaan buat dasar pastikan institusi pengajian ada penuntut kaum lain melebihi 30 peratus. Jika tidak, institusi itu boleh dianggap diskriminasi.

Sekiranya masih ada pihak berdegil tidak mahu terima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan? 

Kalau begitu, kita perlu paksa semua orang guna bahasa Melayu dengan meminda Akta Bahasa  Kebangsaan agar semua urusan rasmi hanya boleh gunakan bahasa Melayu.

Tapi saya harap janganlah sampai ke tahap itu kerana sesuatu yang dipaksa pasti akan dapat tentangan.

(AKHIRNYA) MB Boneka Azmin Ali kata Pesta ARAK Oktoberfest DIBENARKAN, teguran Pas TIDAK DILAYAN, Pas KEKAL Pencacai dalam PR

Posted: 09 Oct 2014 06:23 PM PDT


SHAH ALAM 9 Okt. - Meskipun menerima bantahan daripada banyak pihak termasuk rakan sekutunya, Pas, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bertegas membenarkan penganjuran pesta arak, Oktoberfest di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya pada hujung minggu ini.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya memberi laluan kepada pesta tersebut diteruskan memandangkan penganjur telah memenuhi semua syarat ditetapkan.

"Penganjuran itu tertakluk kepada peraturan serta garis panduan sedia ada yang antaranya menetapkan penganjur perlu mendapat kelulusan daripada polis dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terlebih dahulu.

"Selepas itu penganjur perlu mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jika semuanya telah dipatuhi, kerajaan negeri tidak ada masalah," katanya ketika ditemui di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini hari ini.

Pesta arak Oktoberfest bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi di Selangor dan acara kemuncaknya akan diadakan dari Jumaat hingga Ahad ini di tempat letak kereta pusat beli-belah One Utama.

Mohamed Azmin bagaimanapun mengesahkan buat masa ini penganjur belum mendapat kelulusan daripada beberapa agensi.

Ditanya mengenai bantahan Dewan Ulama Pas ke atas penganjuran festival arak itu, beliau berpendapat, perkara tersebut hanya merupakan pandangan parti berkenaan. 

"Ini (keputusan tidak menghalang Oktoberfest) adalah pendirian kerajaan negeri yang juga diwakili oleh semua parti," ujarnya.

(BATU API, PENGHASUT) Minta Polis Siasat Laporan Malaysian Insider TUDUH letupan bom angkara ekstremis Islam

Posted: 09 Oct 2014 06:52 AM PDT





Sikap batu api dan penghasut The Malaysian Insider semakin jelas apabila satu laporan dikeluarkan dilihat cuba mempertikaikan kenyataan pihak Polis malah dalam masa yang sama cuba mengaitkan Islam dalam kejadian tersebut.
Sikap ini jika tidak dibendung boleh mencetuskan ketegangan antara agama dan kaum di negara ini. Sehubungan itu diharap pihak Polis mengambil tindakan segera menyiasat niat sebenar TMI dalam laporan tersebut.
Sebelum ini pihak Polus telah memaklumkan bahawa Letupan bom yang mengorbankan seorang lelaki dan mencederakan 13 individu lain di Bukit Bintang di sini, hari ini tiada sebarang kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) sebaliknya serangan bermotifkan dendam.
Walaupun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah bertindak tegas terhadap kegiatan IS di negara ini termasuk menangkap tiga rakyat kita yang cuba ke luar negara untuk menyertai kumpulan militan itu, siasatan awal mendapati insiden letupan bom itu berpunca daripada perselisihan faham. 
Polis juga mengesyaki serangan bom di hadapan sebuah pub di Sun Complex Off Jalan Bukit Bintang itu dilakukan oleh lebih daripada seorang pelaku.

Dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, sekumpulan lelaki melontar dua bom tangan mengakibatkan seorang joki kenderaan maut manakala 13 orang lagi cedera ketika pengunjungnya berusia 36 hingga 51 tahun mahu meninggalkan premis berkenaan.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...