CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


ISU ARAK: Ulasan KAFIR DAP Biadap dan Membakar Api Perbalahan

Posted: 11 Oct 2014 01:07 AM PDT



1. Mereka tahu dan maklum sensitiviti umat Islam akan pesta Oktoberfest ini. Tapi, mereka tetap tidak peduli. Mereka tidak akan pernah peduli! 

2. Arak tidak akan pernah membawa apa-apa kebaikan kepada mana-mana masyarakat. Tapi, mereka tetap promosikan atas kapasiti mereka sebagai ahli politik yang sewajarnya fikir tentang baik buruk masyarakat! 

3. Mereka upload, dan bergambar dengan minuman arak secara penuh bangga kepada umum. Semua atas nama hak asasi. Tapi, apabila umat Islam mula berikan signal untuk bersatu suara laksanakan hudud, mereka tanpa berlengah sedikit pun, membantah kerana pada mereka itu 'melanggar' hak asasi! 

4. Inilah rakan politik bagi sekumpulan umat Islam. Mereka ini juga diundi oleh sebahagian umat Islam yang membawa kepada kemenangan mereka di kawasan ditandingi. Tapi, apa balasan kepercayaan yang diterima? Kosong. 

5. Hari demi hari, saat demi saat, makin terserlah keangkuhan mereka 'membuli' perasaan, sensitiviti umat Islam di tanah air yang mana, Islam adalah jantungnya. Sampai bila kita terus berdiam bisu? 

Jawapannya pada jiwa hati nurani kita masing-masing. Jiwa orang beriman. 

الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا

[Mereka yang mengambil orang-orang kafir menjadi "teman rapat" dalam masa yang sama, meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya adalah milik Allah.] 

(An-Nisa': 139)

والله ولي التوفيق وهو يهدي إلى سواء السبيل.

Es Farisi

Bajet 2015: Di mana hak orang Kelantan? 95% Melayu Islam, Seagama & Sebangsa dengan UMNO

Posted: 11 Oct 2014 12:45 AM PDT


SETIAP tahun rakyat Kelantan termanggu di depan televisyen melihat Menteri Kewangan membentangkan belanjawan.

Pengharapan yang cukup tinggi untuk melihat sesuatu mengalir ke bumi Kelantan.

Tahun ini sekali lagi bajet yang kononnya untuk rakyat mengecewakan rakyat Kelantan.

Di saat rakyat Sabah mendapat manfaatnya bila PM mengumumkan pembinaan Lebuhraya Borneo sejauh 1,000 kilometer lebih.

Rakyat Kelantan masih bergelut dengan lebuh raya maut.

Lebih memeritkan, disaat hasil bumi Kelantan yang disedut secara rakus oleh Petronas seolah kami ini umpama  tidak mempunyai apa-apa hak yang sewajarnya.

Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga menteri penuh dalam Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak seakan mengiyakan dan membiarkan Kelantan diperlakukan sedemikian.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kelantan melihat situasi ini dengan cukup serius.

Adakah hanya kerana perbezaan politik yang berlainan, Kerajaan Pusat menafikan hak rakyat Kelantan?

Apakah rakyat Kelantan tidak mempunyai maruah sehingga begitu teganya Kerajaan Pusat mempermainkannya.

Selain lebuh raya, rakyat Kelantan juga melihat isu Royalti dan menaiktaraf Lapangan Sultan Ismail sepatutnya diberikan keutamaan dan hak yang sepatutnya.

Namun seperti tahun-tahun sebelumnya ia hanya mimpi.

SAMM Kelantan berjanji, akan bersama-sama rakyat Kelantan mengembeleng tenaga untuk menuntut hak ini.

Hak yang dinafikan oleh BN.


HJ OSAMA
Penyelaras SAMM Kelantan

RoS nafi dakwaan luluskan pendaftaran pertubuhan Melayu Murtad

Posted: 10 Oct 2014 10:28 PM PDT


Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan agensi itu meluluskan pendaftaran Persatuan Melayu Murtad, Majlis Forum Antarabangsa (IFC) dan Persatuan Melayu Kristian.
Ketua pengarahnya, Mohammad Razin Abdullah berkata penyebaran berita palsu mengenai dakwaan RoS meluluskan pendaftaran ketiga-tiga pertubuhan itu sudah dikesan sejak 2007.


"RoS dengan ini menafikan sekeras-kerasnya pendaftaran ketiga-tiga pertubuhan terbabit diluluskan RoS.
Penyebaran berita ini lama dikesan, iaitu sejak seawal 2007 lagi dan sering disebarkan dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya.
Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha turut menafikan ketiga-tiga pertubuhan itu berdaftar setelah semakan dibuat dengan RoS dan Kementerian Dalam Negeri.
Sehubungan itu, Mohammad Razin meminta masyarakat supaya tidak terpedaya dengan dakwaan itu dan berhenti daripada menyebarkan berita palsu tersebut. – Bernama, 10 Oktober, 2014.

Tiada Keperluan Tubuh Persatuan Melayu Murtad, Strategi Mereka Lebih Licik

Strategi licik 'kontekstualisasi' iaitu mengekalkan identiti serta nilai-nilai kehidupan asal seseorang yang beragama Islam sedang giat disebarkan di negara ini untuk mendorong orang Melayu murtad.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), A. Karim Omar pernah memaklumkan bahawa strategi halus untuk mengkristiankan orang Melayu itu membolehkan golongan berkenaan berterusan berada dekat dengan kehidupan serta keluarga masyarakat Islam.

Menurut A. Karim, strategi itu bukan lagi rahsia kerana satu kajian di peringkat ijazah doktor falsafah mengenai kehidupan masyarakat Melayu Kristian di Malaysia telah dilakukan oleh seorang paderi di Amerika Syarikat (AS).

"Paderi ini telah menemubual sekitar 20 orang Melayu yang menjadi Kristian dan antara penemuannya di dalam kajian itu adalah tiada tanda salib atau Bible dalam rumah orang terbabit.

"Selain itu, ada antara golongan murtad itu mengaku mengikut ayah pergi ke masjid, berpuasa serta solat di rumah macam orang Muslim biasa," katanya dalam Wacana Agenda Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia sebelum ini.

Tambah A. Karim, kaedah kontekstualisasi digunakan oleh golongan terbabit sebagai 'gerakan dalaman' agar selesa dengan keadaan murtad dan tidak kehilangan identiti asal sehingga terpisah daripada masyarakat.

Katanya, teologi untuk orang Kristian Melayu sedang dibina dan turut merangkumi amalan seperti cara solat, puasa 30 hari bulan Ramadan dan adat resam seperti makanan.

"Sebagaimana yang berlaku di Indonesia, ada antara gereja di sana mengubah waktu berhimpun pada hari Ahad kepada hari Jumaat untuk mirip kepada amalan orang Islam," katanya.

A. Karim memberitahu, beliau tidak mempunyai anggaran golongan yang menjadi gerakan dalaman di Malaysia, namun jumlahnya di seluruh dunia adalah sekitar 400,000 orang.

"Pada tahun 1960-an, ada seorang paderi mengaku begitu sukar untuk mengkristiankan orang Melayu, namun dengan menggunakan strategi kontekstualisasi serta perkembangan teknologi komunikasi maklumat (ICT), mereka mendapat momentum baharu," katanya.

A. Karim berharap kerajaan tegas dalam membendung penyebaran ajaran agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam kerana perkara itu amat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Semua pihak ada peranan untuk mengekang perkara ini dan saya berharap jangan hanya melihat dari sudut politik sehingga ajaran agama Islam yang sebenar tergadai," katanya.

Sementara itu, dalam taklimat berasingan, A. Karim mengingatkan orang ramai mengenai Resolusi Perhimpunan Christian Federation Malaysia (CFM) pada Februari 1987 yang mahu lebih ramai ahli politik dari kalangan pemimpin Kristian.

"Umat Islam di negara ini perlu bersatu untuk menghalang Malaysia daripada menjadi sebuah 'Negara Pelangi' yang mana kedudukan Islam tersisih kerana penyamarataan hak semua bangsa dan agama," katanya.

(Satu Pendirian Teguh) KEDUDUKAN ISLAM, MELAYU DAN RAJA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Posted: 10 Oct 2014 09:06 PM PDT


1. Malaysia adalah Tanah Melayu dan bangsa Melayu hendaklah kekal sebagai bangsa yang berdaulat di Tanah Melayu selamanya.

2. Islam hendaklah kekal sebagai identiti negara Malaysia sebagai agama negara seperti yang termaktub di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, yang menyebut "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan."

3. Orang Melayu dan Islam di Malaysia mempunyai hak untuk menyatakan kehendak mereka dan menentukan rupa bangsa serta masa depan negara tanpa boleh dibantah oleh mana-mana kaum pendatang di negara ini.

4. Selari dengan prinsip keadilan, pihak-pihak bangsa pendatang hendaklah menerima kedudukan istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera di negara ini sebagai bangsa yang berdaulat.

5. Apa yang telah diperuntukkan oleh perlembagaan dan jaminan-jaminan yang diberikan oleh orang Melayu dan Bumiputera kepada bukan Melayu sudah lebih daripada mencukupi.

6. Tindakan bukan Melayu menuntut lebih daripada apa yang telah dipersetujui secara konsisten dan mencabar Islam dan hak-hak keistimewaan Melayu adalah satu perkara yang dianggap ingin menggugat kedudukan Islam dan kedaulatan bangsa Melayu dan membelakangi kontrak sosial yang telah dipersetujui.

7. Penglibatan bukan Islam dalam politik sehingga mencampuri urusan bangsa Melayu dan Islam dan menidakkan hak mutlak bangsa Melayu dalam menentukan masa depan negara adalah keterlaluan dan suatu yang perlu diperbetulkan.

Petikan daripada: http://www.ismaweb.net/2014/05/kenyataan-penuh-presiden-isma-9-mei-2014/

(Selangor lwn Felda) Penyokong Selangor Buat Kecoh Baling Flare di Temerloh

Posted: 10 Oct 2014 06:08 PM PDT


THE FIGHTERS menempah slot separuh akhir Piala Malaysia 2014 selepas mencatatkan agregat 7-3 ke atas The Red Giants sekali gus muncul selaku pasukan berstatus kelab mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2014 setakat ini.

Dalam saingan suku akhir kedua di Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) Temerloh, Pahang, malam tadi, perlawanan berkesudahan seri 3-3.

Sebaik separuh babak pertama bermula, pelawat nyaris mengejutkan gawang tuan rumah pada m-7 menerusi gerakan penyerang importnya, Paulo Rangel yang menghantar bola ke Ahmad Hazwan Bakri, namun dibatalkan akibat offside.

Namun tuan rumah kembali mengatur gerakan menerusi cubaan Makeche Ndumba pada m-10 tetapi berjaya ditampan oleh pertahanan lawan dan sepakan sudut yang diberikan gagal dimanfaatkan selepas tandukan Shukor Adan di depan gawang ditangkap Mohd Hamsani.

Felda terus menggandakan serangan dan pada m-30, sepakan oleh pemain importnya, Zah Rahan Krangar tersasar di sudut kanan gawang.

Sebaliknya, kesilapan pertahanan Felda memakan diri dengan tandukan penyerang sensasinya, Rangel yang menanduk masuk hasil gerakan Muhammad Afiq Azmi pada m-38 menewaskan Mohd Farizal Harun sekali gus menggegarkan stadium yang dipenuhi lebih 10,000 penyokong.

Tambahan dua minit masih gagal merubah kedudukan dan keputusan kekal Selangor mendahului 1-0 hingga tamat separuh babak pertama perlawanan.

Tidak sampai dua minit separuh babak bermula, Felda menyamakan kedudukan selepas rembatan Makeche terkena Farizal tetapi bola muntah itu berjaya dimanfaatkan Edward Junior Wilson yang menyepak masuk menewaskan penjaga gol Selangor itu.

Kedudukan kembali memihak pelawat pada m-51 menerusi gerakan solo Andik Vermansah dari tengah dan merembat dari luar kotak penalti.

Skuad kendalian Mehmet Durokovic itu terus bernafsu menggasak gawang lawan namun hantaran dari Andik ke Ahmad Hazwan Bakri tersasar pada m-59 dan sepakan dari luar kotak penalti oleh pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor tinggi melepasi palang gol tuan rumah.

Rangel sekali lagi menambahkan gol buat Selangor selepas rembatannya menembus gawang Felda pada m-60.

Tuan rumah tidak berputus asa sebaliknya menggandakan serangan dan Edward Junior menceriakan penyokong Felda dengan gol kedua pasukan pada m-69.

Cubaan Muhammad Afiq nyaris mencemaskan gawang Felda pada m-81 namun sepakannya tersasar di sudut kiri gawang.

Kemasukan pemain gantian, Indra Putra Mahyuddin menambahkan derita lawan dengan gol penyamaan pada m-85.

Namun situasi menjadi kecoh dengan tindakan segelintir penyokong Selangor yang membaling flare ke atas trek sebaik gol itu dihasilkan.

Kedudukan kekal 3-3 sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri.

Intipati Bajet 2015

Posted: 10 Oct 2014 07:42 AM PDT


KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat, hari ini.
   
Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat".
   
Bajet 2015 menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.
   
* Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.

* RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.

* Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion

* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion).

* Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion)

* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.
    
* Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3 peratus.

* Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.

* Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST.  
    
* Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion.

* RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM.

* Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta.

* Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif
bagi melonjak pelaburan domestik dan asing.

* Projek infrstruktur 2015 ; membina Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaiktaraf landasan keretapi sektor Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (RM9 bilion).

* Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan nilai pelaburan RM69 bilion, dijangka wujudkan lebih 10,000 pekerjaan.

* Dana pinjaman sustainable mobility fund RM70 juta bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, sebagai permulaan 50 bas elektrik akan diperkenalkan.
        
* RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital Industri bagi memajukan industri kreatif negara. 

* RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi

* Kerajaan mensasarkan 29.4 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89 bilion, sempena 'Malaysia - Year of Festivals 2015'.

 * RM316 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

* TEKUN sediakan RM500 juta untuk pembiayaan keusahawanan iaitu RM350 juta (usahawan Bumiputera), RM50 juta (usahawan muda India), RM50 juta (usahawan wanita muda), RM50 juta (program pembangunan usahawan bekas tentera)

* Pinjaman mudah RM50 juta untuk PKS kaum Cina, manakala penjaja dan peniaga kecil (RM30 juta).

* Penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST.
   
* Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama.
   
* Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga peratus, 300,000 pembayar cukai pendapatan, tidak lagi perlu membayar.
   
* Golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.
   
* Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 kepada 24 peratus, manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata daripada 20 kepada 19 peratus.


* Kerajaan memperuntukkan RM40.5 bilion untuk pelbagai subsidi pada 2014.
 
* Kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum dalam masa terdekat.

* RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan untuk biayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran.

* Kerajaan akan bina 12 sekolah baharu iaitu  tujuh sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah dan dua sekolah berasrama penuh.
           
* RM1.2 bilion untuk program Transformasi Vakasional dan Teknik

* Akta Kerja 1955 dan akta perburuhan yang berkaitan akan dikaji semula bagi memastikan kebajikan pekerja terus terbela.

 * Kerajaan perkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan bagi membantu golongan pekerja yang diberhentikan.
 
* RM600 juta diperuntukkan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat swasta mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

* RM2 bilion diperuntukkan menerusi MARA kepada pelajar Bumiputera yang layak untuk tajaan pelajaran.

* Kerajaan akan mula membina Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 km melibatkan jajaran Sarawak sepanjang 936 km dan Sabah (727 km) dengan kos pembinaan RM27 bilion.

* RM660 juta diperuntukkan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bagi memperkukuhkan keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone).

* Landasan lapangan terbang di Lahad Datu akan dipanjangkan bagi membolehkan pesawat berkeupayaan tinggi mendarat, Skuadron Hawk akan dipindahkan dari Butterworth ke Labuan dengan peruntukan RM50 juta.

* RM2.26 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi pembangunan dan operasi.

* Kerajaan akan wujudkan 1Malaysia Youth City dengan peruntukan RM100 juta bagi membiayai tiga projek perintis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

* Skim Perumahan Belia secara perkongsian pintar di antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas diumumkan.

* Mulai Januari 2015, bantuan persekolahan RM100 seorang akan disalurkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak RM540 juta.

* RM6 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan.

* RM23.3 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat seperti membina Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak, menambah 30 Klinik 1Malaysia, mengganti 635 unit mesin hemodialisis di hospital dan klinik kerajaan.

* RM1.2 bilion bantuan kewangan disediakan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) .

* RM117 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak.

* 80,000 unit rumah PR1MA dibina dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion.

* Membina 26,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM644 juta.

* Membina 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat di atas tanah persendirian.

* RM4.5 bilion diperuntukkan bagi menyedia dan menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak.

* Kerajaan akan menyediakan National Water Blueprint bagi memastikan kelangsungan bekalan air di seluruh negara untuk jangka panjang.

* RM17.7 bilion diperuntukkan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (RM9.1 bilion) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia sebanyak  RM804 juta bagi meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam serta pertahanan negara.

* Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditingkatkan daripada RM650 kepada RM950 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

* Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, bantuan BR1M akan ditingkatkan daripada RM450 kepada RM750.

* Pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 dan akan dibayar pada bulan Januari 2015, pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.- Bernama

TEKS PENUH UCAPAN BAJET 2015
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...