CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


AKHIRNYA, 2 ADUN Pengkhianat Pas DIGANTUNG 1 Tahun

Posted: 12 Oct 2014 02:30 AM PDT


Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pengkhianat PAS akhirnya digantung keahlian ekoran mendahului pimpinan tinggi Pas dan AJK Pas Pusat dengan menyokong Presiden PKR Datuk Dr Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin  digantung keahlian selama setahun berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata, keputusan itu dibuat setelah dibincangkan dalam mesyuarat Pusat PAS hari ini yang dipengerusikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ia, kata Mustafa, dibuat berdasarkan fasal 82(6) Perlembagaan PAS.

"Dan keputusan itu telah diambil tadi, yang memutuskan bahawa keduanya digantung selama satu tahun," katanya.

Kedua-dua ADUN itu boleh merayu secara bertulis terhadap keputusan itu kepada Majlis Syura dalam tempoh 15 hari.

Shaari dan Hasnul sebelum ini menyatakan sokongan, termasuk menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Azizah sebagai menteri besar baru bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

(LIBERAL MAKIN SUBUR) Tamrin bakal KELUAR PAS, Tubuh NGO LIBERAL Bersama Mujahid Yusof Rawa dan Datuk Saifuddin Abdullah

Posted: 11 Oct 2014 07:37 PM PDT


PAS dikhabarkan bakal kehilangan ramai penyokong serta ahlinya yang berfahaman liberal ekoran kekecohan perbalahan puak liberal dan ulamak dalam parti itu baru-baru ini, dan yang terbaru, Mohd Tamrin Abdul Ghafar dikatakan akan meninggalkan parti yang beliau sertai sejak dua tahun lalu itu.
Rakan-rakan rapat beliau berkata Tamrin memberitahu perkara ini beberapa kali kepada mereka.
"Bila saya tanya, betul ke dan bila, dia kata sedang cari mesin taip yang sesuai untuk menaip surat itu," kata seorang rakan rapatnya kepada The Malaysian Insider.
Tamrin, bekas pemimpin UMNO yang terbuang itu pernah berkata, beliau menyertai PAS kerana yakin ia parti alternatif yang baik kepada rakyat negara ini.
"Kalau macam ini, baik saya jadi bebas balik," kata beliau yang menolak sama sekali kembali kepada parti asalnya Umno, yang disifatkannya sudah hancur.
Minggu lepas, Tamrin ke Parlimen bertemu dengan rakan-rakan beliau dalam PAS dan Pakatan Rakyat di samping ahli Parlimen Umno.
Antara yang ditemui ialah Datuk Kamarudin Jaffar (Tumpat), Mohamed Hanipa Maidin (Sepang), Khalid Samad (Shah Alam) dan juga ahli Parlimen PKR, Tian Chua (Batu).
Mereka kemudiannya makan di kafetaria Parlimen dan dibelanja oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
"Ini 'farewell' (majlis perpisahan) ke?" tanya salah seorang daripada mereka kepada Tamrin. Namun, gurauan itu disambut serius oleh Tamrin dengan berkata, "entahlah".
Selepas memasuki PAS, pelbagai perkara dialami Tamrin, anak kedua bekas timbalan perdana menteri Tun Abdul Ghafar Baba. Kemuncaknya adalah apabila beliau ditahan di lokap polis selepas menyertai suatu majlis memperingati peristiwa 13 Mei di Kuala Lumpur.
Dalam majlis itu, Tamrin mencadangkan penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baharu, Gerakan Anti Perkauman (GAP), bagi memantau sebarang kenyataan berbaur perkauman.
Beliau menyarankan ia dianggotai seluruh rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan dan keamanan.
"Kita tubuhkan NGO Gerakan Anti Perkauman dalam masa terdekat ini yang dianggotai oleh seluruh rakyat yang cintakan keamanan.
"Kita akan gerakkan dan akan libatkan peguam-peguam yang akan siasat pemimpin-pemimpin yang keluarkan kata-kata berbaur perkauman," katanya ketika berucap di Sambutan Hari Bangsa Malaysia - Selamatkan Demokrasi anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia di Dewan Perhimpunan Cina, pada 13 Mei tahun lepas.
10 hari kemudian, pada 23 Mei, Tamrin bersama Tian Chua serta aktivis politik Haris Ibrahim, ditahan semalaman mengikut Akta Hasutan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Balai Jinjang.
Selepas Majisret menolak permohonan reman, mereka dibebaskan tetapi ditahan semula pada 28 Mei, kali ini bersama aktivis mahasiswa, Safwan Anang yang bulan lalu dijatuhkan hukuman penjara.
Keempat-empat mereka ditahan mengikut Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.
Kini, GAP yang dicadangkan Tamrin hampir menjadi kenyataan apabila ia dijangka dilancar secara rasmi tidak lama lagi.
Tamrin berjaya menarik Datuk Mujahid Yusof Rawa dari PAS dan Datuk Saifudin Abdullah dari Umno, serta ramai aktivis pelbagai kaum dan agama termasuk dari Sabah dan Sarawak, untuk memimpin badan pendesak itu agar hubungan kaum dipulihkan di negara ini. – 12 Oktober, 2014.
Sumber : The Malaysian Insider

Paderi Indonesia terjaga dari koma peluk agama Islam, Penyokong Kristian Malaysia Komen Meroyan di FB

Posted: 11 Oct 2014 06:31 PM PDT


JAKARTA 11 Okt. - Seorang paderi Katolik yang koma selama 17 bulan, mengambil keputusan memeluk agama Islam selepas terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa dia bercakap dengan Allah dan ditunjukkan keindahan syurga.

Laman web World News Daily Report melaporkan, Eduardo Vincenzo Maria Gomez (gambar), 87, yang berasal dari Sepanyol dan sudah menetap serta mengajar agama Kristian di Pulau Jawa selama 43 tahun, merupakan seorang ahli agama yang sangat dihormati di kawasan berkenaan.

Gomez yang mengalami masalah jantung, koma selepas dia terjatuh dari tingkat dua gereja ketika penduduk tempatan membantunya membaiki rumah ibadatnya itu.

Bagaimanapun, dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan tiada satu pun daripada tulangnya patah.

"Saya tidak tahu apa-apa tentang Islam, saya juga tidak pernah membaca al-Quran. Apa yang saya ingat, saya bertemu Allah. Sebelum itu, satu cahaya terang bersinar memancar ke badan saya sebelum saya dapat melihat pintu syurga yang berwarna keemas-emasan," kata Gomez kepada Kalimantan Press.

Berita tentang keputusan Gomez untuk bertukar agama, mengejutkan ramai pengikutnya, namun apa yang menarik lebih separuh daripada mereka sudah menunjukkan minat untuk mendekati Islam.

"Jika Allah merupakan tuhan yang benar, saya tidak mahu berada dalam jalan yang sesat di hari akhirat nanti. Saya percayakan Gomez, kami semua percayakan dia," kata seorang pengikutnya.

Gomez yang masih mendapatkan rawatan perubatan sudah mengarahkan pembinaan sebuah masjid baharu dan pengikutnya kini sedang berusaha untuk mencari dana bagi merealisasikan cita-cita tersebut.

Sumber: Utusan Online

Berikut adalah komen daripada penyokong Kristian di fb Utusan Malaysia:

Mila Savyerra
Hahaha...azhar mansor yg telah d dberi gelaran dato..kerana mengelilingi dunia tnampak tuhan jesus..dtarik balik gelarannya....itulh islam..bila ada yg bukan islam menganuti agama islam dsiarkan dtv ,online dan surat khbar..tapi blambak dluar sana islam yg bsembunyi mganuti agama islam mereka tdak tahu..sebb sebuk dgn agama org lain yg menganuti agama mereka..meninggi dri..bmegah...hahaha...kami x kisah kl itu sudah suratan paderi..setiap org punya fahaman bbeza..tapi islam ada?haha...selain paksaan apalh ada lg dlm islam..setiap hujung minggu..sentiasa penuh gereja sampai k tmpt paking keta org datang..kdg2 x cukup parking...tapi surau2 dan masjid ada?hahaha..

Syamsuddin Bin Faruok
Utusan, mohon tarik berita yg di ambil bulat2 dari laman satira. Memalukan. Membodohkan rakyat. Dimana etika wartawan menyebarkan berita sahih dan benar

Betsy Eylla
Utusan very funny.. World news daily report tu web satire. Beritanya FAKE/FAUX/FALSE NEWS. Mcm mana utusan boleh percaya ni. Cari publisiti, cari lah news yg betul.Jgn percaya bulat2 berita dlm Internet ni. News ini boleh dimanipulasi

Carls Henry
yg murtad peluk agama lain xnak pula sebarkn utusang ni...
hmmmm....sigh...manusia2
apa2 pun its sunday...yg christian jom pergi church sembahyang...dan yg muslim selamat beristirehat...TUHAN x ajar kita utk membenci sesama sendiri...
Amen.....

Nicole Park
UTUSAN MELAYU...mmng kena pada namanya.....kenapa ada perkataan MURTAD jika di pihak utusan takde perkara begini....jd bgus diam la..kena batang hidung sendiri bru melalak mcm hantu

Irzad Nalzarin
Adeh....yg ucap Alhamdulillah tu...dah kena tipur lerrr...berita di atas palsu.

Nathaniel Garvlin
Sebagai akhbar yang bertanggungjawab utusan tidak perlu mengeluarkan berita seperti ini kerana ianya boleh mengguris perasaan sesetengah pihak. Utusan harus bertanggungjawab sebagai akhbar nasional. Kalau utusan benar benar berani keluarkan satu lagi berita yang bertajuk seorang iman memeluk agama kristian setelah sedar dari koma. Beranikah dengan tajul besar lagi. Utusan jangan jadi penghasut atau musuh dalam selimut

Robson Ubie
Fanatik...utusan pencetus perang saudara di malaysia.admin yg paling sinting.sekian.

Olga Dee M Joseph
Utusan Malaysia Kaki Penipu

Suhainje Jackson Faby Crystallilasita
elee..brta cm tu pn nk prcya.sa akn tetap dgn kepercyaan sa..iaitu,"YESUS nabi mesias satu2nya Allah Semesta Alam"..
‪#‎wahai‬,ank2 tuhan skalian..yg bragama kristian jgn prcya akn brta ne.

Christine Barrack
Kita semua menyembah tuhan yg sama cuma cara yg berbeza..semua agama mengajar ttg kbaikkan yg tidak baik adalah manusia itu sendiri..hak dia jika itu pilihanya wlpun paderi..kita yg masih kristian teguhkn pendirian...lord hv mercy.

MissTomato Konsyjameson
Yg masuk dicanang2 hingga semua pelusuk dunia, p yg keluar didiam mcm tunggul jk. I agree with u MR Dandy Supramamian.biasa...Malaysia

Maidy Gakin
Haha.....Syah Rexaa ketawa saya dgn claim ko....sedangkan muhamad belum pasti akan ke syurga.....tapi nabi isa sudah ada d kanan Allah saat ini dan akan turun mengadili dan menjadi hakim seluruh umat manusia di dunia tak kira org islam ,kristian ka!



Namun terdapat juga komen yang mengesahkan kejadian tersebut:

Lawrance Jack Nosob
sya kenal tu paderi memang betul dia masuk islam..

Zahid Hamidi: Tokoh Islam liberal Indonesia DILARANG MASUK, APA KOMEN DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH

Posted: 11 Oct 2014 08:39 AM PDT


KUCHING: Tokoh Islam liberal Indonesia, Ulil Abshar-Abdalla, dilarang memasuki negara ini kerana dikhuatiri kehadirannya mampu memesongkan akidah umat Islam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, arahan sudah dikeluarkan kepada Jabatan Imigresen untuk mem7antau seterusnya menghalang kehadiran Ulil yang dijadualkan mengadakan ceramah di negara ini pada 15 Oktober ini.
Beliau berkata, Ulil mendapat jemputan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini dan ia menimbulkan keresahan beberapa pihak yang bimbang ceramah tokoh liberal terbabit akan mewujudkan suasana tidak tenteram dalam negara.
"Polis sudah menerima beberapa laporan daripada pihak yang bimbangkan kehadiran Ulil, seorang pengamal Islam liberal. Kita mengambil tindakan tegas menghalang kehadirannya di sini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penutupan Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (SEKAM) serta pelancaran buku 'A Policeman' tulisan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, di sini, malam ini.
Ahmad Zahid berkata, pihaknya juga mendapatkan kerjasama Indonesia untuk mengetahui setiap perkembangan aktiviti tokoh Islam liberal itu.
"Larangan kemasukan Ulil itu berkuatkuasa serta merta dan tiada tempoh tertentu diberikan kerana kita menunggu laporan pihak Indonesia mengenai kegiatan dia," katanya.
Cubaan IRF & @saifuddinabd GMM Membawa Masuk Islam Liberal ke Malaysia ?
Komen Abu Aqif: Islamic Renaissance Front (IRF) di pegerusikan oleh Dr Ahmad Farouk Musa dengan kerjasama Global Movement of Moderates (GMM) di mana CEO-nya adalah Datuk Saifuddin Abdullah merancang dan sudah pun menjemput tokoh tersohor ajaran sesat Islam Liberal dari Indenosia, Dr Ulil Abshar untuk mengadakan diskusi meja bulat bertajuk Tentangan Fundamentalisme Agama di Abad Ini yang bakal dianjurkan di Bukit Damansara pada 18 Oktober ini. Rujuk di sini

Penglibatan GMM telah dinafikan di sini (penafian ini diragui kerana alasan tidak dapat menyediakan premis tidak logik malah logo GMM turut diletakkan pada poster), namun penglibatan diri Datuk Saifuddin sendiri tidak pula beliau nafikan.
Datuk Saifuddin dijadualkan memberi kata alu-aluan dalam majlis tersebut.

Menurut JAKIM ajaran Islam Liberal ini adalah ajaran sesat dan telah pun difatwakan kesesatannya pada tahun 2006. Rujuk di sini.

Pendapat kesesatan Dr Ulil Abshar yang paling besar dan tidak boleh dimaafkan adalah "Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi, Islam bukan yang paling benar" yang disiarkan di majalah berita mingguan GATRA Indonesia pada 21 Desember 2002
Selain itu beliau juga berpendapat Al Quran dan Hadith tidak semunya benar, tapi beliau sendiri sering mengutip petikan Al Quran dan Hadith untuk membenarkan idea-idea kesesatan pemikirannya sendiri.

Banyak pihak yang telah menzahirkan penentangan terhadap program ajaran sesat moden ini dan turut agak memalukan apabila terdapat juga wakil dari pihak UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah yang turut bekerjasama dalam cubaan menyebarkan ajaran sesat Islam Liberal bawaan Dr Ulil Abshar.

Mohon Datuk Saifuddin Abdullah menafikan penglibatan beliau samada penglibatan secara peribadi mahupun di atas kapasiti sebagai CEO GMM. Dan jika perkara ini tidak benar mohon Datuk mengambil tindakan dengan menyaman pihak penganjur kerana menggunakan nama Datuk sebagai penceramah dan juga menggunakan dewan di GMM untuk penyebaran ajaran sesat Islam Liberal seperti tertera di bawah:

Date: Sabtu, 18 October 2014
Time: 11AM – 1PM
Venue: Conference Room, Global Movement of Moderates Foundation, Level 15 Menara Manulife, Bukit Damansara

Program:

1100-1105: Ucapan oleh Pengerusi Majlis, Hazman Baharom
1105-1115: Ucapan alu-aluan oleh Dato' Saifuddin Abdullah
1115-1200: Pembentangan tentang "Tantangan Fundamentalisme Agama di Abad Ini" oleh Dr Ulil Abshar
1200-1210: Intervenor I: Prof Tajuddin Rasdi
1210-1220: Intervenor II: Dr Ahmad Farouk Musa
1220-1300: Perbincangan dan soal jawab
1300: Makan tengahari

Maka dengan ini kami dari Abu Aqif Studio membantah penganjuran program ajaran sesat Islam Liberal ini dan mana² program seumpamanya pada masa akan datang. 

Dan kami turut mengajak semua selain pihak berkuasa yang bertanggungjawab supaya turut membantah dan menghalang serta mengambil tindakan ke atas penganjuran program ajaran sesat seumpama ini kerana sebagai umat Islam sememangnya ajaran sesat perlu dibenteras tidak kiralah siapa yang membawanya.

Mohon untuk membaca kertas kerja berkaitan Islam Liberal oleh Dr Fadlan Mohd Othman di sini.

("TAHINIAH") Pemimpin Kaki Mabuk Pilihan Rakyat Malaysia, Pas Turut Bersubahat

Posted: 11 Oct 2014 03:45 AM PDT


Mahukah Malaysia dipimpin kaki botol?

BANGI, 11 Oktober – Sikap berlagak dan provokatif pemimpin DAP dan PKR yang ditunjukkan melalui status laman media sosial Facebook serta sokongan dan keterlibatan mereka dalam pesta arak Oktoberfest meyakinkan umat Islam di negara ini bahawa kedua-dua parti itu bukan pilihan untuk memerintah negara ini.

Menurut Naib Presiden 2 Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Encik Abdul Rahman Mt Dali, rakyat Malaysia sudah faham implikasinya kepada negara ini serta masa depan umat Islam seandainya DAP dan PKR yang memerintah.

"Kalau belum menang pun mereka dah tunjuk bongkak, bayangkan kalau mereka berkuasa. Tidak mustahil ia (pesta arak Oktoberfest) akan jadi pesta tahunan terbuka yang tidak boleh dihalang lagi," katanya.

"Apakah kita rela Malaysia dipimpin oleh kaki botol atau oleh mereka yang menyokong aktiviti maksiat seperti pesta arak?

"Yang pasti, rakyat Muslim di Malaysia tidak akan memilih parti sebegini sebagai pemimpin mereka," kata beliau kepada ISMAweb.

http://www.ismaweb.net/2014/10/mahukah-malaysia-dipimpin-kaki-botol/
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...