CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Rafizi dilantik Setiausaha Agung PKR ganti Saifuddin Nasution

Posted: 13 Oct 2014 01:46 AM PDT


SHAH ALAM - Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR bagi penggal 2014-2017 menggantikan penyandangnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Petukaran jawatan itu diumumkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pelantikan kepimpinan PKR itu dibuat bersesuaian dengan peruntukan dan perlembagaan parti.

"Rafizi diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung yang baru selain daripada tugas beliau sekarang sebagai Naib Presiden.

"Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden) dan Datuk Saifuddin dilantik sebagai Pengarah  Pilihan raya mengambil kira keperluan memperkukuhkan gerak kerja dan strategi pilihan raya," katanya dalam kenyataan tersebut.

Berikut senarai penuh pimpinan PKR 2014-2017:

Naib Presiden: Xavier Jeyakumar dan Darell Leiking
Bendahari Agung: Datin Paduka Tan Yew Kew
Timbalan Bendahari Agung: Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman
Pengarah Strategi: Sim Tze Tzin
Ketua Setiausaha Pengelola: Fariz Musa
Pengarah Komunikasi: Fahmi Fadzil
Pengarah Guaman: Sivarasa Rasiah
Pengarah Latihan: Fuziah Salleh


Ahli MPP (dilantik):

Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Rodziah Ismail
Amirudin Shari
Mohdak Ismail
N. Surendran
Mustapha Sakmud


Pengerusi-pengerusi biro:

Pengerusi Biro Pemantapan Politik: Chua Tian Chang
Pengerusi Biro Keanggotaan: Dr Tan Kee Kwong
Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama: Dr Md Nur ManutyPengerusi Biro Kemasyarakatan & Aduan Rakyat: S Manickavasagam
Pengerusi Biro Pelaburan & Perdagangan: Wong Chen
Pengerusi Biro Integrasi Nasional: Dr Edmund Santhara
Pengerusi Biro Sains & Kesihatan: Dr Azman Ismail
Pengerusi Biro Pendidikan: Abas Awang
Pengerusi Biro Antarabangsa: Gooi Hsiao Leung
Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen & Dun: Datuk Johari Abdul
Pengerusi Biro Masyarakat Felda & Perladangan: Shamsul Iskandar Mohd Akin
Pengerusi Biro Masyarakat Orang Asal: Bob Manolan
Pengerusi Biro Pekerja: Abdullah Sani
Pengerusi Biro Kepenggunaan: G Manivanan
Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan: William Leong
Pengerusi Biro Srikandi: Siti Aishah


Ahli biro politik dilantik:

Dr Syed Husin Ali
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Johari Abdul
Datuk Dr Mansor Othman
N Surendran
William Leong

(GHAH CELAKA & BIADAP) JEMPUT Orang Asing sebagai SPEAKER Mansuh Akta Hasutan CETUS KETEGANGAN di Pulau Pinang

Posted: 12 Oct 2014 11:21 PM PDT


GEORGETOWN - Kehadiran warga asing sebagai speaker untuk menggesa pemansuhan Akta Hasutan mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan Kumpulan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang hingga mencetuskan suasana tegang di Padang Kota Lama di sini, semalam.

Pada kejadian kira-kira jam 6.05 petang itu, suasana kecoh mula tercetus apabila warga asing yang mewakili sekumpulan 20 individu daripada Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) berucap memberikan sokongan dalam gerakan pemansuhan Akta Hasutan dan mengkritik kerajaan.

Saksi berkata, ucapan itu menaikkan kemarahan ahli kumpulan gabungan NGO Islam dan orang awam yang turut berada di lokasi sama.

"Apa kena mengena warga asing itu dengan Akta Hasutan di negara ini?. Mereka biadab kerana tidak menghormati kedaulatan negara. Saya sokong tindakan kumpulan itu kerana warga asing tidak sepatutnya mencampuri urusan dalaman negara ini ," katanya.

Difahamkan, kekecohan itu bermula dengan perang mulut hingga berlaku insiden tolak menolak antara kedua-dua kumpulan terbabit.

Bagaimanapun insiden itu terlerai selepas kehadiran anggota polis yang bertugas di kawasan terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima laporan dari mana-mana pihak berhubung kekecohan itu.

"Kami juga tidak menerima sebarang permohonan permit berkaitan perhimpunan terbabit," katanya ketika dihubungi

(Amaran Untuk MB Melaka) Kami Orang MELAKA MENOLAK Octoberfest di Jonker Walk

Posted: 12 Oct 2014 08:28 PM PDT


Hormati Melaka sebagai negeri bermula kerajaan Kesultanan Melayu Melaka

Kami menentang sebarang penganjuran pesta arak di kawasan awam

jonkers walk adalah kawasan awam terbuka

kami mohon dibuat secara tertutup
atau batalkan sahaja

Pelancong luar bukan datang melaka untuk pesta arak kerana ramai pelancong tidak minum arak

Ahmad Shuaib Ismail
PROFE


(CABAR MENCABAR) Syura PAS tiada hak larang ahli sertai kami, kata presiden PasMa

Posted: 12 Oct 2014 07:59 PM PDT


Presiden Anwarinas Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mempertikaikan larangan ke atas ahli PAS menyertai kegiatan kumpulan itu, sambil berkata Setiausaha Majlis Syura Ulama Nik Zawawi Salleh tidak berhak membuat keputusan sedemikian.
Presiden Anwarinas PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata hanya Jawatankuasa PAS Pusat berhak membuat keputusan membabitkan parti Islam itu.  
"Beliau tidak ada hak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang melibatkan kuasa eksekutif," kata Anwarinas Phahrolrazi dalam satu kenyataannya hari ini, merujuk kepada Nik Zawawi.
Jawatankuasa PAS Pusat adalah merupakan badan eksekutif yang diamanahkan oleh parti," kata Anwarinas Phahrolrazi yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu.
Semalam, Nik Zawawi mewakili Majlis Syura Ulama mengeluarkan kenyataan yang dikira paling keras dari PAS terhadap badan bukan kerajaan (NGO) pro-Pakatan Rakyat (PR) itu,  apabila meminta semua ahli PAS jangan melibatkan diri dengan sebarang kegiatan PasMa.
Nik Zawawi berkata, langkah itu selaras dengan peringatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 baru-baru ini, supaya tidak berlaku kewujudan jamaah dalam jamaah, dan parti dalam parti.
"Kawasan dan Badan Perhubungan Negeri juga dinasihatkan membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura sekiranya tindak-tanduk seumpama itu berlaku di peringkat masing-masing untuk diambil tindakan lanjut," kata Nik Zawawi.
Sebelum ini, PAS Terengganu adalah satu-satunya pihak melarang ahli parti melibatkan diri dalam sebarang kegiatan PasMa.
Bagi Phahrolrazi, PasMa adalah sebuah NGO dan bukan parti politik dan tidak terikat dengan dengan mana-mana  parti politik.
Katanya, tidak menjadi kesalahan kepada mana-mana ahli PAS menyertainya dan mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan.
Beliau berkata, PasMa menyediakan program pendidikan ke arah melahirkan masyarakat berfikiran terbuka, bersedia menerima pendapat dan pandangan berbeza.
"Ianya bersesuaian dengan ajaran Islam sendiri yang mengajar penganutnya untuk memberikan pandangan terbuka, menerima teguran, mengemukakan hujah.
"Islam mengajar umatnya untuk memberikan peringatan dan nasihat menasihati antara satu sama lain," kata Pharolrazi dalam kenyataannya.
Bekas ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Kedah itu berkata PasMa berusaha memperkukuhkan PR ke arah menjadi harapan rakyat Malaysia.
"Tindakan beberapa pemimpin yang menyerang parti-parti dalam Pakatan akan menyebabkan penyokong Pakatan hilang keyakinan dan kepercayaan," katanya.
Tambahnya, PasMa mengadakan dialog agar tokoh politik dan akademik serta penyokong diberi peluang memberi pandangan secara bebas.
"Kebebasan itu seolah-olah cuba dinafikan oleh segelintir pemimpin yang merasakan mereka tidak boleh ditegur dan pengikut wajib patuh sepenuhnya," kata Phahrolrazi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Pengkalan Kundor, Kedah. – 13 Oktober, 2014.

(ANTARA RASIS, HERO dan ZERO) Jika musuh suka hero, itu bukan hero namanya, itu zero

Posted: 12 Oct 2014 07:17 PM PDT


LAMAN web ultra kiasu membuat ulasan besar-besaran, kenapa saya tidak mendapat sokongan ketika disiasat mengikut Akta Hasutan. Sokongan banyak, cuma saya nak uji. Saya nak tengok siapa lebih berstrategi.

Inilah pemikiran ultra kiasu sebenar, tanpa usul-periksa mereka terus menghentam. Saya tidak pernah takut kepada akta hasutan selagi saya fikir tidak bersalah. Berkata benar walaupun pahit. Saya bukan belot, broker, barua, atau apa-apa lagi konotasi B seperti yang berlaku kepada Adun tertentu, yang begitu megah dan berlagak ketika diraikan oleh ultra kiasu dengan panggilan hero.

Siapakah hero dalam erti kata sebenar? Hero adalah apabila kita tidak disukai oleh musuh. Jika musuh suka hero, itu bukan hero namanya, itu zero.

Ultra kiasu tidak akan sokong mereka yang suka kepada Islam atau penegak Islam. Ultra kiasu mahukan mereka yang sekular, liberal dan pro-sosialis. Sebab itu, mereka akan panggil orang seperti ini hero. Jika hero-hero ini mengkritik mereka suatu hari ini, pasti akan jadi zero.

Saya amat pelik bagaimana, orang yang memperjuangkan Islam, begitu percaya kepada sistem demokrasi. Saya selaku pengkaji politik dan sistem politik termasuk demokrasi, masih menjaga adab apabila bercakap soal demokrasi.

Sistem demokrasi tidak boleh disokong sepenuhnya kerana terlalu menekankan hak asasi manusia sehingga melanggar hak Tuhan. Inilah yang sedang dituntut oleh ultra kiasu, sama rata dan rasa. Mereka mahu berebut ALLAH, tetapi tidak pernah percaya kepada ALLAH.

Mereka tidak mahu langsung melihat ada kelebihan kepada Islam dan Melayu sertai yang berkaitan dengannya seperti dalam Perlembagaan. Perjuangan mereka Malaysia Malaysian.
Apabila tiba kepada kelebihan mereka, ultra kiasu diamkan. Misalnya isu penternakan babi. Saya mahu lihat apakah MB Selangor baharu akan meluluskan projek penternakan babi sebanyak RM100 juta seperti yang ditangguhkan oleh Khalid.   

Terus-terang, saya tidak menghina babi kerana babi tetap makhluk ALLAH. Tetapi saya tidak boleh menerima jika dalam sebuah negara Islam, bilangan babi lebih banyak daripada lembu, kambing, ayam dan itik.

Negara kita kekurangan binatang ternakan ini sehingga terpaksa diimport. Tetapi babi kita berlebihan, sehingga banyak yang dieksport. Apa erti semuanya ini?

Sedarlah wahai umat! Bila saya menulis, nilaian adalah apa benar, apa salah, ia sentiasa datang daripada hati saya. Saya lebih tahu siapa ultra kiasu. Sebab itu, saya labelkan mereka dengan ultra kiasu, walaupun tidak semua.

Jika mereka baik, patuh kepada Perlembagaan dan mengiktiraf hak Islam, bangsa dan bahasa Melayu, Bumiputera dan raja Melayu, saya akan diam. Namun, selagi mana mereka menentang, sekali itulah saya tidak akan diam, kerana mereka ini musuh. Mereka ingin membina negara dalam negara.

Sebenarnya, pembinaan ini sedang berlaku. Mereka sedang menikmatinya. Mana ada dalam dunia ini, ada percubaan sebegini, kecuali di Malaysia? Ultra kiasu mahu pastikan adat budaya dan identiti mereka lebih superior daripada yang lain.

Ketika berada di New Zealand baru-baru ini, saya lihat pendatang (orang putih) yang memerintah sangat menghormati kaum Maori, selaku Peribumi New Zealand. Walaupun Maori tidak memerintah, di sana sini, adat budaya, identiti dan bahasa Maori dijaga dengan baik, termasuk di muzium.

Pendatang ini seolah-olah tahu dan perlu tahu bahawa jika Maori tidak dijaga, pasti akan timbul masalah. Sebab itu, Maori tidak banyak menimbulkan masalah, walaupun mereka diperintah orang luar.

Keadaan kita berlaku sebaliknya. Ultra kiasu tidak faham budaya politik ini. Ultra kiasu mahukan sama rata dan sama rasa. Tidak timbul soal mahu menjaga sensitiviti kaum Peribumi. Sesiapa yang mempertahankan hak ini dituduh rasis. Mangsanya adalah Perkasa dan Isma.

Bila NGO ini buka mulut sahaja, semuanya rasis dan ditentang habis-habisan. Namun, apabila ultra kiasu mempertahankan bermati-matian adat budaya, bahasa dan identiti mereka, itu adalah hak asasi manusia. Termasuk LGBT.

Malangnya, kita terus buta. Malah, terikut-ikut pula, sehingga ada Adun Pas yang bernada seloroh berkata, jika Pas pecat mereka yang dilabelkan sebagai banyak B itu, maka mereka boleh bertanding atas tiket ultra kiasu.

Malang sungguh Pas mendapat orang-orang seperti ini. Jika Pas tidak mahu bekerjasama dengan Umno, janganlah pula ada pemimpinnya yang mahu menghalalkan matlamat ultra kiasu.

RIDHUAN TEE ABDULLAH
October 13, 2014

TERKINI (6 GAMBAR) Pokok Tumbang Hempap Pondok Polis, Dua Anggota Meninggal Dunia

Posted: 12 Oct 2014 08:33 AM PDT


KUALA LUMPUR: Dua anggota polis terkorban apabila angin kuat mengakibatkan pokok tumbang dan menghempap pondok kontena polis tempat mereka bertugas di Jalan Bellfield, Kampung Attap, petang Ahad.




Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 7.09 malam.

"Kami menghantar 28 pegawai ke tempat kejadian dan mendapati memang terdapat pokok tumbang di pondok polis di sana. Seorang anggota telah dibawa keluar pada pukul 7.45 malam dan seorang lagi dibawa keluar pada pukul 8 malam," katanya. 


Kedua-dua mereka telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur di mana mereka telah disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah mengesahkan kematian.

Ribut petir pada petang Ahad menyebabkan banyak pokok tumbang di seluruh pusat bandar.

Tinjauan The Star mendapati bahawa pokok-pokok besar telah tumbang di Jalan Syed Putra dan Jalan Damansara.

Akses ke Jalan Hose, Jalan Bellfield dan Jalan Kg Attap telah tersekat kerana pokok-pokok yang tumbang.

(10 GAMBAR) DEMAM TYPO, Gambar - Gambar KESILAPAN EJAAN Jadi Viral di Media Sosial

Posted: 12 Oct 2014 07:57 AM PDT

Terima JENAZAH sepatutnya IJAZAH

Hari ini, gambar - gambar yang mengandungi kesilapan ejaan telah menjadi viral di media sosial. 

Kadang-kadang kesilapan ejaan itu memberi maksud yang terpesong jauh daripada gambar yang ditunjukkan. 

Umpamanya, kes terbaru mengenai Bajet 2015 yang ditulis sebagai Bajet Sembang yang sepatutnya ditulis Bajet Seimbang. 

Bajet SEMBANG, sepatutnya Bajet SEIMBANG

PERDANA MENTERI

KAPAL SERAM, sepatutnya KAPAL SELAM

Datuk Seri Mohd Najib, namun gambar berlainan

KAFIR MISKIN, sepatutnya FAKIR MISKIN




(PENGHASUT MAHU MANSUH AKTA HASUTAN) Himpunan Anti Akta Hasutan BERTEMBUNG dengan Kumpulan PENYOKONG Akta Hasutan

Posted: 12 Oct 2014 08:18 AM PDT


Perhimpunan anti-Akta Hasutan 1948 anjuran Suaram hari ini bertembung dengan sekumpulan lelaki yang menyokong undang-undang itu.

Kumpulan penyokong Akta Hasutan tidak berganjak, malah meminta mereka yang degil mahu Akta Hasutan agar bersurai dan meninggalkan tempat itu.Turut kelihatan dalam kumpulan itu seorang anggota Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, yang memakai kemeja-t bertulis "Pertahankan Akta Hasutan".

Kumpulan anti Akta Hasutan turut disertai aktivis Suaram Ong Jing Cheng dan Prema Devaraj serta Toh Kin Woon daripada BERSIH.

Sebelum ini, jurucakap Persatuan Mukabuku Pulau Pinang menggunakan pembesar suara dan berkata "selagi kumpulan itu ada, Akta Hasutan akan tetap diteruskan".




Keamanan dan kestabilan dalam negara boleh tergugat jika Akta Hasutan 1948 dimansuhkan kerana beberapa hak serta keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan boleh dicabar.


Sebelum ini Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata akta berkenaan ketika ini berperanan melindungi beberapa perkara melibatkan institusi diraja, hak dan keistimewaan Bumiputera serta kebebasan bersuara.
"Saya merasakan kalau Akta Hasutan dimansuhkan, orang boleh mencabar apa-apa keistimewaan yang termaktub untuk Bumiputera di dalam perlembagaan.
Kalau semua ini dicabar saya rasa negara kita tidak akan aman dan boleh mendatangkan keadaan di mana keselamatannya tergugat, (sedangkan) perkara inilah yang akta ini (Akta Hasutan) tadi nak lindungi," katanya 




Menurut Presiden Kelab Warisan Malaysia (Keris) Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang juga seorang pengamal undang-undang ada satu sebab utama mengapa Majlis Peguam dan Presiden Badan Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan beriya-iya benar ingin memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Mohd Khairul di status Facebooknya menyatakan sejak kebelakangan ini, Majlis Peguam beriya-iya mengepalai gerakan mendesak kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948 namun  sebab sebenar ini tidak pernah di bincangkan secara terbuka oleh Bar Council dan Ambiga dalam mana-mana majlis atau penulisan mereka.

Apakah sebab utama mereka nak mansuh Akta Hasutan 1948?

Sebab menurut Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan, Ahli- ahli Parlimen adalah kebal dari sebarang pendakwaan mahkamah jika mereka mengucapkan atau mengundi sesuatu di dalam perbahasan majlis Parlimen KECUALI hal-hal yang merupakan satu kesalahan di bawah  AKTA HASUTAN 1948.

Lihat bagaimana hebat dan pentingnya Akta Hasutan ini berbanding dengan akta-akta yang lain. Ahli Parlimen Kebal dari pendakwaan KECUALI di bawah AKTA HASUTAN.

Mohd Khairul menjelaskan, jumlah Ahli Parlimen pembangkang semakin ramai di Parlimen dan satu hari nanti mereka mungkin menjadi kerajaan namun selagi AKTA HASUTAN tidak dimansuhkan, mereka tidak akan mampu menghapuskan Raja-raja Melayu, Hak Istimewa Melayu dan Bahasa Melayu melalui Parlimen kerana tindakan itu akan merisikokan mereka dikenakan tindakan AKTA HASUTAN.

Beliau juga menyatakan, buat masa ini, sebagai diversion, mereka hanya menggunakan  alasan AKTA HASUTAN menyekat kebebasan, menganiaya Adam Adli,  Ali dan beberapa individu namun itu bukan sebab sebenar.

Sebab itulah kita semua, biarpun berlainan fahaman politik mesti mempertahankan AKTA HASUTAN 1948 dengan apa cara pun.

(BERANINYA NAJIB, YE KE?) Kalau tak sokong BN, usah buat tuntutan, Najib beritahu masyarakat Cina

Posted: 12 Oct 2014 05:39 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata masyarakat Cina tidak boleh terus membuat tuntutan terhadap Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka masih menyokong Pakatan Rakyat (PR).
Berucap di Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-61 hari ini, Najib berkata mereka harus berlaku adil dengan menyokong parti pemerintah dan bukannya PR.
"Saya hendak lakukan lebih lagi, mungkin satu hari nanti saya mampu buat lebih lagi. Tetapi saya juga perlukan masyarakat Cina untuk menyokong BN. Adillah. Kamu kena mainkan peranan kamu juga.
Kamu tak bolehlah buat tuntutan (dari BN) tapi kemudiannya sokong DAP. Buat tuntutan, kemudian sokong PR. Kamu minta (dari BN), kamu sokonglah BN, kita akan berlaku adil kepada masyarakat Cina," kata Najib.
MCA mengalami kekalahan paling teruk dalam pilihan raya lepas, dengan memenangi hanya 7 daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandinginya.
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 itu disifatkan Najib sebagai kesan "tsunami Cina", manakala akhbar Utusan Malaysia menyiarkan berita bertajuk "Apa lagi Cina mahu?" di muka depan bagi menggambarkan kejahatan Cina yang sepakat mengundi DAP walaupun mereka ahli MCA dab Gerakan.
Kaum Cina sememangnya terkenal bersatu secara senyap dalam memperjuangkan bangsa mereka. Malah penubuhan parti-parti Cina DAP, MCA dan Gerakan hanya bagi mengaburi mata orang Melayu yang dilihat bodoh dalam berpolitik. Melayu juga lebih suka berlawan dan bermusuh sesama sendiri dan lebih selesa tidur sebantal dengan kafir kononnya atas dasar thahluf siasi.
Najib mengakui beliau masih "cuba" berlaku adil kepada masyarakat Cina walaupun terdapat hanya dua menteri MCA dalam kabinet.
"Walaupun hanya terdapat dua menteri MCA dalam Kabinet, mereka memainkan peranan membantu masyarakat Cina.
"Sebab itu apabila (Presiden MCA Datuk Seri) Liow Tiong Lai dan (timbalannya Datuk) Wee Ka Siong membuat sebarang permintaan, saya mempertimbangkannya, sebagai pengerusi BN. Saya cuba berlaku adil."
Najib berkata perbalahan dalaman yang berpanjangan dalam MCA menjejaskan proses pemilihan calon semasa pilihan raya umum.
"MCA, hentikanlah berbalah sesama sendiri. Cukuplah. (Saya) sudah bosan. Jangan bergaduh lagi. Ia menyusahkan saya," kata Najib.
"Susah untuk memilih calon. Mereka kata, orang ini yang terbaik, wanita itu yang terbaik, tetapi rupa-rupanya, calon itu dikatakan terbaik kerana dia di sebelah kamu. Orang yang lebih baik tidak berada di pihak (kamu), jadi kamu jangan cadangkan nama mereka."
Kata Najib, beliau tidak kenal semua ahli MCA dan hanya bergantung kepada presiden untuk memilih nama calon terbaik dan yang mempunyai peluang cerah menang.
"Tetapi, ada Team A, Team B dan Team C. Saya jadi keliru. Susah bagi saya, susah juga bagi setiausaha agung. BN juga jadi susah, begitu juga timbalan pengerusi. Kita semua susah," kata Najib.
"Jadi, saya katakan di sini, masa depan MCA bergantung kepada perpaduan. Jika kamu terus bergaduh, rakyat akan jadi bosan. Bosan dengan pergaduhan ini, sama seperti PR yang bergaduh di Selangor.
"Jadi, rapatkan barisan, bersatulah agar kita teguh. Itulah tema kamu."
Beliau memberitahu parti itu yang masyarakat Cina mengadu kepadanya bahawa MCA hilang arah.
Najib berkata beliau menaruh harapan terhadap kepimpinan baru di bawah Liow.
"Sekarang di bawah kepimpinan Liow, dan dengan kepimpinan MCA yang baru, saya yakin MCA sudah ada arah dan tujuan. Itulah sebabnya saya ingin katakan yang saya akan terus menyokong MCA yang sedia ada, atas kapasiti saya sebagai pengerusi BN." – 12 Oktober, 2014.

TERKINI (6 GAMBAR) Bumbung jejantas di Lebuhraya Pasir Gudang runtuh HEMPAP Kenderaan kerana dipukul ribut

Posted: 12 Oct 2014 04:30 AM PDT


JOHOR BAHRU: Struktur bumbung jejantas yang merentangi Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena runtuh ketika hujan ribut petang tadi lalu menghempap dua kereta dan sebuah lori.

Lima dilaporkan cedera dalam kejadian runtuhan bumbung jejantas pejalan kaki di Lebuhraya Perling-Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena di sini, 4.30 petang, tadi.

Mangsa yang cedera merupakan seorang pemandu lori, seorang penunggang motosikal serta tiga wanita yang menaiki sebuah kereta selepas kenderaan masing-masing dihempap runtuhan bumbung jejantas berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Insiden itu menyebabkan lalu lintas di laluan berkenaan terhalang.
Siasatan dan kerja mengalih struktur berkenaan sedang dilakukan.






-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...