CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Hasan Malek gesa contohi pengusaha cendol, turun harga selepas minyak naik

Posted: 14 Oct 2014 01:25 AM PDT



Datuk Seri Hasan Malek meminta peniaga agar mencontohi pengusaha cendol di Kuala Selangor yang menurunkan harga sebanyak 20 sen selepas kerajaan mengurangkan subsidi bahan api baru-baru ini. 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berkata, perkara ini dikesan semasa pihaknya mengadakan 75,851 pemeriksaan di seluruh negara untuk memantau harga barangan bermula 2 hingga 12 Oktober lalu.
"Pengusaha ini menurunkan harga cendolnya 20 sen. Tindakan itu sepatutnya dicontohi pengusaha atau peniaga lain dan bukan mengambil kesempatan di atas pengumuman pengurangan subsidi berkenaan," katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.
Tindakan Putrajaya mengurangkan subsidi bahan api berkuatkuasa 2 Oktober lepas menyebabkan harga RON 95 meningkat daripada RM 2.10 kepada RM2.30 seliter manakala harga diesel pula meningkat daripada RM2.00 kepada RM2.20 seliter.
Pemotongan subsidi RON 95 dan diesel itu merupakan sebahagian daripada program rasionalisasi subsidi Putrajaya – mengundang kemarahan ramai pihak yang bimbang ianya akan menyebabkan peningkatan harga pelbagai barangan dan keperluan. – 14 Oktober, 2014.

5,000 pengikut ajaran Millah Abraham dikesan, Sanggup Membunuh untuk Memerintah Negara

Posted: 13 Oct 2014 09:45 PM PDT


MUADZAM SHAH – Satu ajaran sesat dikenali Millah Abraham dipercayai pecahan daripada Gerakan Pemuda Kahfi Indonesia yang difatwakan haram oleh Jabatan Mufti Pahang sekitar tahun 2009 dikesan di Felda Keratong, di sini, melibatkan 13 individu.

Jurucakap Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), berkata, pengikut ajaran sesat ini pada mulanya dikesan di Jerantut selepas ibu bapa kepada seorang pemuda di sana membuat aduan kerana berasa hairan dengan pendapat dan pandangan anaknya itu mengenai Islam.

"Ibu bapa pemuda berkenaan yang belajar di salah sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Selangor telah membuat aduan kerana mendapati pendapat dan pandangan anak lelakinya itu agak bertentangan dengan ajaran Islam.

"Pihak penguat kuasa Jaip menemui pemuda itu dan menjalankan soal siasat seterusnya membongkar 13 lagi pengikut Millah Abraham berada di Felda Keratong, Muadzam Shah, Rompin," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Jurucakap Jaip menjelaskan, enam keluarga pengikut ajaran sesat Millah Abraham di Felda Keratong berjaya dikesan dan satu sesi taklimat mengenai ajaran sesat berkenaan diberikan di samping menjalankan soal siasat di Balai Polis Muadzam Shah, baru-baru ini.

Menurutnya, ajaran sesat yang didapati menyeleweng daripada akidah Islam itu dipercayai mempunyai ramai pengikut di Selangor dan kira-kira 5,000 pengikut seluruh Malaysia.

Katanya, pengamal ajaran sesat itu juga menyasarkan golongan muda yang kurang ajaran Islam menjadi medan dakwah mereka.

"Mereka (pengikut ajaran sesat Millah Abraham) mengaku bukan beragama Islam kerana mendakwa Islam bukan agama yang asli tetapi menganggap Millah Abraham adalah agama sebenar yang kononnya ajaran Nabi Ibrahim selain tidak makan daging sembelihan orang Islam.

"Terdapat enam fasa dalam ajaran sesat ini iaitu pertama, dakwah secara sembunyi dan ini sudah dilepasi, kedua adalah dakwah secara terang-terangan yang merupakan fasa terkini, ketiga fasa hijrah serta fasa keempat adalah jihad kital iaitu bunuh orang yang tidak
mengikut ajaran mereka, fasa kelima mewujudkan sistem pemerintahan sendiri dan keenam menubuhkan negara," katanya.

Jurucakap itu berkata, fasa keempat dakwah ajaran sesat berkenaan mempunyai unsur militan dan pihak Jaip kini dengan kerjasama polis sedang melakukan pemantauan.

Selain itu, cara pengikut ajaran sesat ini bersembahyang adalah hanya dengan menyampaikan makna-makna yang terdapat dalam al-Quran melalui penggunaan Bahasa Melayu.

"Mereka mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah tetapi hanya pada waktu itu kerana mereka percaya ada nabi lain hingga kini selain mereka juga tidak berpegang pada hadis," katanya.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah meninggal dunia

Posted: 13 Oct 2014 06:30 PM PDT


ALOR SETAR:Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah, Ustaz Ahmad 'Izzat Mohamad Shauki, 34, kembali ke rahmatullah jam 11.10 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah dimasukkan ke hospital tersebut 19 September lalu selepas terjatuh ketika mendirikan solat dan tidak sedarkan diri.

Pada 21 September lalu, Ahmad 'Izzat selamat menjalani pembedahan di bahagian kepalanya kerana terdapat darah beku akibat pendarahan di bahagian otaknya.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang  ke rumah ibunya di Batu 2 Lebuhraya Sultan Abdul Halim dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Derga pada jam 10.00 pagi.

Solat jenazah kedua akan diadakan pada jam 11.00 pagi di Masjid Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena sebelum dikebumikan di tanah perkuburan di situ bersebelahan Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, Ustaz Azizan Abdul Razak dan ayahanda beliau, Ustaz Mohamad Shauki Ibrahim.

Ahmad 'Izzat juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada dari tahun 2008 hingga 2013. -HARAKAHDAILY 14/10/2014

(KJ JADI TPM) Kenapa Malaysian Insider, Malaysiakini & Harakah BERSUNGGUH-SUNGGUH Lapor Ulasan KJ jadi TPM

Posted: 13 Oct 2014 05:09 PM PDT




Mengambil petikan kata-kata Dr. Ridhuan Tee "Hero adalah apabila kita tidak disukai oleh musuh. Jika musuh suka hero, itu bukan hero namanya, itu zero."

Ultra kiasu tidak akan sokong mereka yang suka kepada Islam atau penegak Islam. Ultra kiasu mahukan mereka yang sekular, liberal dan pro-sosialis. Sebab itu, mereka akan panggil orang seperti ini hero, tambah beliau. 

Untuk makluman, Harakah juga terdiri daripada ramai puak Anwarinas, malah pada suatu masa mereka cenderung berpihak kepada Anwar berbanding pemimpin PAS sendiri. 


Pada Oktober 2013, Khairy Jamaluddin yang berjaya mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Umno secara terbuka berkata, agenda progresif dan liberal yang dibawakan oleh beliau disokong di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, jika di peringkat akar umbi tidak menerima agenda yang dibawakannya, ia sudah tentu bertentangan dengan keputusan, dan menunjukkan bahawa pihak lawannya menggunakan agenda yang regresif.


Kj juga sebelum ini pernah berkata beliau tiada masalah untuk mengambil penyokong Pakatan Rakyat berkerja dengannya sekiranya terbukti individu itu berkebolehan tinggi. Tindakan ini kononnya untuk menunjukkan beliau berfahaman liberal.

Katanya individu tersebut juga seharusnya bersikap profesional, boleh menyimpan maklumat-maklumat sulit serta patuh kepada kerajaan yang memerintah.


Kenyataan KJ ini telah mendapat kritikan daripada pemimpin UMNO dan BN kerana tidak logik untuk menempatkan musuh di dalam kubu sendiri.  Idea itu sangat cetek dan tidak layak keluar daripada seorang pemimpin yang kononnya "cerdik".

KJ pernah menyatakan "I am trying to change the DNA of Umno Youth from being mostly right-wing and Malay-centric to a more centrist wing that focuses on issues and their solutions," Khairy said in an interview.

Sikap ini dilihat sebagai usaha untuk menonjolkan ideologi liberal yang tidak mementingkan perjuangan UMNO iaitu Melayu dan Islam. 

KJ sememangnya menepati ciri-ciri pemimpin yang diinginkan oleh Barat dan sekutu mereka di Malaysia iaitu DAP dan PKR.

Pada masa ini, Golongan liberal ini seolah-olah telah ditempatkan secara terancang oleh Barat dalam politik Malaysia. Mereka telah wujud secara halus dalam Pas, UMNO dan PKR. Mereka telah diperkukuhkan gerakannya dalam DAP, MCA, Gerakan dan parti politik yang di kuasai Kristian di Sarawak dan Sabah.

Di dalam UMNO terdapat Khairy Jamaluddin, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Nur Jaslan dan Datuk Seri Najib.

*nama Nazri Aziz tidak dimasukkan kerana beliau sudah lama tidak layak dikenali sebagai pemimpin UMNO

Di dalam PAS terdapat Mat Sabu, Husam Musa, Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad, Hanipa Maidin dan ramai lagi.

Di dalam PKR sudah tentu Anwar dan semua kuncu-kuncunya.


Annuar Musa ajak PAS sertai BN kerana dibuli

Posted: 13 Oct 2014 05:17 AM PDT


Datuk Seri Annuar Musa (BN-Ketereh) hari ini mengusik PAS dengan mengajak parti itu menyertai BN selepas kerap 'dibuli' sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

"Saya nak tahu kenapa dalam Pakatan Rakyat, PAS dibuli sedangkan Umno pun tak buli PAS.

"Kita dengan PAS mungkin berbeza pendapat, (tetapi) bercerai tidak.

"Malah saya mendoakan kalau PAS banyak-banyak kena buli, marilah duduk bersama BN," kata Annuar sewaktu perbahasan Belanjawan 2015 di Parlimen hari ini.

Annuar sebelum itu menyebut tentang rungutan MP Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) menerusi Facebook yang menuduh PKR dan DAP membuli PAS.

Memetik kontroversi sekitar penggantungan anggota majlis PAS di Pulau Pinang, Annuar berkata BN sendiri tidak pernah membuli PAS sedemikian rupa.

Beliau kemudian memuji PAS dan pada masa yang sama, beberapa MP BN menepuk-nepuk meja sebagai tanda sokongan.

"Kekuatan PKR dan DAP bukan datang daripada DAP dan PKR.

"Kekuatan DAP dan PKR datang daripada PAS.

"PAS tidak akan hancur kerana mereka 'istiqamah' dalam perjuangan mereka.

"Yang akan hancur orang lain," katanya merujuk kepada tema muktamar PAS baru-baru ini.

Khalid Samad (PAS-Shah Alam) yang kelihatan terhibur dengan puji-pujian dari seteru politik dari BN itu berterima kasih di atas kata-kata manisnya buat PAS.

"Saya mendapati ucapan dari wakil Ketereh (Annuar Musa) ini amat melucukan.

"Nak cuba beri umpan sedangkan pada masa yang sama dia mengakui kita ini orang yang dah berpengalaman lama...parti lama.

"Kami tak termakan umpan Ketereh.

"Kita telah mendapat 53 peratus undi rakyat ini dan kenyataan yang Ketereh tak boleh nafikan," kata Khalid.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...