CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Blogger Raja Petra: Azmin DIPAKSA tandatangan surat peletakan jawatan MB Selangor

Posted: 17 Oct 2014 03:25 AM PDT


Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menafikan wujudnya perjanjian antara dirinya dengan PKR Pusat berhubung pelantikannya sebagai menteri besar Selangor.
Azmin ketika ditemui pemberita semasa program turun padang di Pelabuhan Klang menafikan kewujudan perjanjian tersebut dan menegaskan pelantikannya adalah keputusan parti.
"Tak adalah. Itu keputusan parti," katanya selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang.
Penulis blog, Raja Petra Kamaruddin dalam tulisannya "Rafizi's real job as Sec-Gen" mendedahkan satu surat yang ditulis Setiausaha Agung PKR Mohamed Rafizi Ramli kepada Azmin.
Surat tidak bertarikh itu mensyaratkan PKR berhak memecat Azmin sebagai menteri besar Selangor jika didapati tidak mengikut arahan parti.
Surat itu ditujukan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda Nik Nazmi Nik Ahmad.
Namun, Raja Petra mendakwa Azmin sehingga sekarang tidak menandatangani surat perjanjian itu. – 17 Oktober, 2014.

Punca Dr. Harlina Siraj Pertikai "BUMI INI BUMI MELAYU ISLAM" DIDEDAHKAN

Posted: 16 Oct 2014 06:26 PM PDT







PENGISYTIHARAN DR HARLINA HALIZAH HJ SIRAJ BAHAWA BELIAU ADALAH KETURUNAN KAUM PENDATANG


Saya Dr Harlina Halizah Hj Siraj, adalah keturunan kaum pendatang dari Pulau Jawa. Mbah lanang sebelah Bapak, Almarhum Hj Abd Rahman bin Ehsan berasal dari Desa Sambilawang, Ponorogo Jawa Timur & Mbah lanang sebelah Mbok
saya, Almarhum Kiyai Hj Anuar bin Ramli berasal dari Desa Jambul, Purworejo, Jawa Tengah.

Akhir Feb lalu, saya dan keluarga berziarah ke desa kelahiran Mbah Kiyai Anuar di Purworejo Jawa Tengah - sebagai seorang pelancong yang mahu menjalin ukhuwwah. Tidak mungkin saya akan kembali untuk menetap di sana.

Malaysia adalah tanah tumpah darah saya. Datuk nenek saya berhijrah ratusan batu, merentas lautan hampir seratus tahun yang lalu, untuk berkongsi kehidupan dengan insan lain di atas bumi milik Allah SWT ini.

Setiap kali ada suara sumbang menuntut `kaum pendatang' untuk sedar diri & mendesak agar mereka yang tak berpuashati dengan keadaan di negara ini untuk kembali ke tempat asal nenek moyang mereka - hati saya terhiris luka. jiwa saya merintih sesal dan akal saya tertanya-tanya : Indoktrinasi apakah ini yang menghasilkan manusia sombong & bongkak?

Jikalah tidak kerana migrasi pedagang Arab ke nusantara, Islam yang dibanggakan ini tentunya bukan anutan kita! Sampai bila mahu menyalahkan orang lain, sedangkan kelemahan itu memang berpunca dari diri sendiri yang tak pernah mahu belajar memuhasabah diri?

SIAPA DR HALINA HALIZAH HJ SIRAJ INI????


Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj atau lebih mesra sebagai Dr Har dilahirkan di Sungai Besar, Selangor. Beliau bertugas sebagai pakar perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Beliau juga menjawat jawatan Ketua Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM) (fahaman puak JIM ni semua orang tahu, mereka sekarang dalam IKRAM, yang pemimpin mereka tu tubuh "Negara Ku"). JIM telah dibubarkan dan diserap ke dalam IKRAM (baca sini)

Dr Har merupakan isteri kepada Ustaz Zulkifli Ahmad serta ibu kepada empat orang cahaya mata, seorang telah meninggal dunia.

Dr Har gemar melakukan khidmat masyarakat dan kerja-kerja sukarelawan selain menumpahkan khidmat sebagai pakar di hospital.

Selain itu, Dr Har pernah muncul di beberapa media. Antaranya sebagai tetamu jemputan di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini (WHI), Al-Kuliyyah dan Al-Hidayah di TV3, Keluarga di 9, Nasi Lemak Kopi O dan Halaqah di TV9, Selamat Pagi Malaysia (SPM) dan Fast Forward di RTM, Bersama Linda Onn di Astro. Dr Har juga merupakan panel berkala Wanita Hari Ini di radio IKIM, motivator di radio KL.fm dan kolumnis di majalah ANIQAH, Majalah 'i' dan media lain yang diterbitkan oleh Karangkraf.

- sumber: omakkau.blogspot.com


Dr Harlina, this land is indeed ours


Assalamualaikum,
Dear Dr. Har,
You have always won my respect as a person whose life is fruitful. You thrived in your career; you are committed to your da'awah and tarbiyah as well as social and charitable activities; you have shown good example in observing proper upbringing of your family.
With the spirit of sisterhood in Islam, I would like to repudiate one of your Facebook's Status Update as follows:

You posted your argument, "Bumi ini MILIK Allah SWT!", disagreeing with the poster held by the sisters saying, " Bumi ini bumi Melayu Islam".
If you assume that the poster meant: The world (literally referring to "Bumi ini") is purely for Muslim Malays and no other race deserve to live and have no basic rights here; you are right and I have to totally agree with you. This is a totally outrageous concept that must be scrapped by all Muslims.
However, if we studied the background of the picture, i.e. where it was taken and why such wordings are posted, and sparing some husnu dzon to your sisters portrayed in the picture, there is really no contradiction with the statement "Bumi ini (Malaysia) bumi Melayu Islam" and Islamic teachings.
BERIKUT ADALAH KOMEN DARIPADA PEMBACA FACEBOOK

Muhammad Azim Fauzi Mungkin dia tersalah anggap yg poster tu sebenarnya kata begini "Tanah yang kita lahir dan hidup ini milik Melayu Islam bukan milik chauvenist Cina"

Wak Salam Wsej Kau pergi China dan beritahu kat kerajaan china yg bumi mereka milik Allah dan makhluknya. jadi tak perlulah nak apply visa nak masuk sana

Yudi Kurniawan Budi China milik Cina, India milik India. Malaysia milik Melayu. Islam milik semua orang beriman. Deal with it.

Fauzi Shaffie Kalau kita pergi ke tanah milik beliau dan pakat duduk di situ dan kata "bumi ini milik Allah", ok ke?

Buraidah Al Aslami Teruskan ISMA, masih ramai golongan muda yang dah tak faham nak bezakan antara teori kalam umum dengan perlaksanaannya secara praktikal. 

Ramai masih suka terawang-awang dengan teori-teori hebat tapi blur bila nak realisasikan, akhirnya secara tak sedar apa yang dah dicapai nak dileburkan. Yang patut dipertahan dibiar tak tahu..


Anda(ISMA) ada projek jangka masa panjang yang detail anda gerak je terus.


Eddy Zulkifli Bin Dollah Ada sahabat saya mencuri buah-buahan di kebun orang.Bila saya tanya kenapa dia mencuri.Mudah dia menjawab "Buah itu milik Allah".Boleh tak kita terima perkataan dia.Dan kita juga tidak menafikan diri kita pun milik Allah.

Amran Salam Jom kita duk rumah dia, Sbb tanh dia buat rumah tu bkn milik dia, tu milik Allah.

Eddy Zulkifli Bin Dollah Megapa palestine bersusah payah mempertahankan tanah airnya sedangkan Palestine Milik Allah.

Kanda Sri Selamat Setiawan Bumi ini setiap inci semua milik allah tetapi allah telah amanahkan semuanya di bumi berkhalifah menjaga amanah allah ini...
Kalau di Negara Cina dah pastilah 
Bangsa cina menjaganya

Kalau di India maka Bangsa India ketuanya.sama juga di negara2 lain.
Yg pasti di Malaysia ini siapa ketuanya Bangsa apa ....?
Apa bangsa yg menjadi pendokong agama islam di malaysia ini dari bangsa apa...?


ﮐﯿﺭﻮﻝ أنوأر الشريف dia tidak faham situasi musuh islam sekarang menyerang hak-hak orang islam, serious lack of knowledge

Amy Renask  Maksud tersirat sepanduk tu ialah, hormati agama islam sebagai agama rasmi dan hak org melayu yg termaktub. Susah sgt ke nak faham. Jgn smpai si kafir mempermain2kan islam si kafir cuba menghapuskan hak melayu. So kalau mana2 melayu yg jijik dgr perkataan melayu disini aku merayu tukar keturunan korg dan anak cucu kepada keturunan paria atau cina so korg boleh berbangga dgn bangsa korg yg baru.

(MACAM DEMO PEMBANGKANG) Penyokong JDT BIKIN KECOH bertembung Dengan Polis

Posted: 16 Oct 2014 08:17 AM PDT


JOHOR BAHRU: Suasana sebelum aksi timbal balik suku akhir kedua Piala Malaysia 2014 antara skuad Harimau Selatan dan Terengganu di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, di sini sedikit kecoh, sebentar tadi.
Situasi tegang berlaku ketika perarakan penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT), menuju ke stadium membabitkan beberapa ahli kumpulan berkenaan dengan pasukan keselamatan.
Ia berpunca daripada tindakan ahli kumpulan berkenaan menyalakan suar ketika berarak menuju ke stadium kira-kira jam 6.30 petang.
PENYOKONG JDT berarak sebelum memasuki stadium pada perlawanan Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu di Stadium Larkin. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Suasana kembali tenang dengan ratusan ahli kelab penyokong itu meneruskan perarakan menuju ke pekarangan stadium tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Sikap buruk seperti Perarakan kumpulan penyokong telah menjadi perkara biasa dilakukan pada setiap perlawanan membabitkan JDT di pekarangan stadium.

HOSPITAL KPJ TAJA CHE TA BERSALIN, rakyat berbaris panjang menunggu rawatan sakit kritikal

Posted: 16 Oct 2014 07:26 AM PDT


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor meminta Hospital Ampang Puteri milik Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) supaya menimbang semula tajaan bersalin kepada pelakon jelita Rozita Che Wan.

Penyelaras SAMM Johor Hadzril Rizal berkata ia memandangkan artis yang mesra dengan panggilan Che Ta itu berkemampuan membiayai sendiri urusan bersalin.

"...sedangkan ramai lagi rakyat negeri Johor yang langsung tidak dapat menikmati apa-apa keistimewaan di pusat-pusat perubatan milik KPJ.

"Ramai rakyat Johor terpaksa berbaris panjang di klinik kesihatan awam, malah senarai menunggu untuk rawatan penyakit kritikal seperti pembedahan pintasan jantung di hospital pakar kerajaan juga begitu panjang," kata Hadzril.

Sehubungan itu, Hadzril menyebut kes adik Mohd Aqil Rida dari Parit Sulong, Johor yang memerlukan sumber kewangan bagi pembedahan jantungnya di Institut Jantung Negara (IJN).

Rozita, 41, yang bakal bersalin pada bila-bila masa, mengandung anak pertama hasil perkahwinannya dengan pelakon Zain Saidin. Mereka diijabkabul pada 11 Disember 2013.

Sebelum ini mereka dilapor mendapat tajaan perkahwinan pelbagai pihak yang mencecah kos keseluruhan berjumlah RM13 juta termasuk kelengkapan barang kemas Habib Jewel bernilai RM10 juta.

Rozita mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16 tahun. Rozita dijangka bersalin pada bila-bila masa dalam tempoh dua minggu ini.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...