CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


TMJ SEPAK TIANG, Artikel Dr. Asri "Nyahkan Bangsawan Samseng" di FB Jadi Medan Mencerca, Apa Niat Dr. Asri 'HIDUPKAN' Kembali Artikel ini

Posted: 17 Oct 2014 10:12 PM PDT


Artikel ini merupakan artikel lama (Feb 2014) di fb Dr.MAZA.com yang telah diaktifkan semula ketika isu TJM sepak tiang bendera meraikan kemenangan pasukan JDT sedang hangat menjadi viral di media sosial. (Baca sini)

Kita tidak tahu apakah niat Dr. Asri yang sebenarnya. Adakah untuk membangkitkan kebencian rakyat kepada Tengku Mahkota Johor dan Raja-Raja Melayu? Hanya Allah yang mengetahui. 

Adakah ini fitnah akhir zaman? Menggunakan Islam untuk menggalakkan caci maki.

Kalau Allah menyatakan yang paling mulia adalah orang yang bertakwa, bukannya keturunan, KENAPA DR. ASRI MASIH NAK BANGKITKKAN MEREKA DARI KETURUNAN LANUN PEROMPAK DAN PEMBUNUH?

firman Allah Ta'ala,

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (QS. Al Hujurat: 13)



Berikut adalah artikel Dr. Asri (Dr. Maza) di fb beliau (klik)

NYAHKAN BANGSAWAN SAMSENG

Bangsawan ialah golongan yang berkedudukan mulia ataupun 'kononnya mulia' dari segi keturunan. Ini seperti mereka yang dari keturunan raja, sultan, khalifah, presiden, menteri dan seumpamanya. Perkataan mulia itu juga kadang-kala lebih bersifat persepsi. Betapa ramai dalam sejarah pelbagai bangsa, golongan yang dianggap mulia hanya disebabkan keluarga mereka menjadi maharaja ataupun raja ataupun sultan, ataupun mana-mana pembesar padahal asal usul keturunan mereka sebelum itu mungkin perompak, lanun di laut ataupun penipu besar ataupun pembunuh yang kejam yang kemudian telah berjaya merebut kuasa dan diwarisi. Bahkan semasa berada di atas kuasa pun sebahagian golongan yang dianggap bangsawan itu meneruskan agenda merampok orang lain tetapi mungkin dengan berselindung di sebalik kuasa, ataupun menjadi 'perompak berlesen'.

Ramai juga mereka yang bergelar diri bangsawan, ataupun merasa diri telah menjadi bangsawan itu menjadi sombong dan bongkak sehingga merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja. Mereka memukul, memaki, mencedera, mengambil harta orang lain dan awam serta pelbagai cara hidup samseng diamalkan dalam gaya hidup mereka. Mereka sering merasakan mereka mesti menang dalam setiap persaingan. Mereka fikir mereka tidak boleh dipertikai dan dilihat kalah. Kehendak mereka 'by hook or by crook' mesti tercapai. Apabila mereka merasa kecewa ataupun marah mereka mula bertindak zalim ke atas pihak yang lemah. Bangsawan seperti ini kita panggil bangsawan samseng.

Mengajar Bangsawan Samseng

Dalam Kanz al-'Umal dan disebut juga dalam Futuh Misr wa Akhbaruha oleh Ibn 'Abd al-Hakam al-Misri yang menceritakan sejarah pembukaan Mesir, diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa seorang lelaki dari Mesir telah datang kepada Khalifah 'Umar bin al-Khattab di Madinah. Lelaki itu berkata: "Wahai Amirul Mukminin! Aku meminta perlindunganmu dari kezaliman". Kata 'Umar: Ya!. Kata lelaki itu: "Aku berlumba dengan anak gabenor Mesir (Muhammad bin 'Amr bin al-'As), lalu aku menang. Maka dia (anak gabenor) memukulku dengan cemeti sambil berkata: "Aku anak golongan yang mulia".

Khalifah Umar bin al-Khattab menulis surat perintah kepada gabenor Mesir 'Amr bin al-'As meminta dia dan anaknya Muhammad itu hadir ke Madinah. Apabila mereka hadir, Umar memanggil lelaki dari Mesir tersebut. Lelaki itu datang, lalu Umar memberikan kepadanya cemeti dan berkata: "Pukul dia". Dia pun memukul sambil Umar berkata: "Pukullah anak golongan yang mulia". 

Kata Anas bin Malik yang menyaksikan kejadian itu: "Dia memukul dan kami suka dengan pukulannya. Dia tidak berhenti sehingga kami harap dia berhenti". Kemudian Umar berkata kepadanya: "Letakkan cemeti itu atas kepala botak bapanya (kepala 'Amr bin al-'As)". Lelaki itu berkata: "Wahai Amirul Mukminin! Hanya anaknya yang memukulku, aku telah pun membalasnya dan memadai". 
Kemudian Umar berkata kepada 'Amr bin al-'As: "Sejak bilakah engkau memperhambakan manusia sedangkan ibu-ibu mereka melahirkan mereka dalam keadaan merdeka?!" Jawab 'Amr bin al-'As: "Sesungguh aku tidak tahu kes ini".

Sama Di Sisi Tuhan

Demikian Khalifah 'Umar mengajar kesombongan golongan bangsawan ini. Padahal 'Amr bin al-'As seorang sahabat Nabi s.a.w. Namun keadilan itu tidak mengenal keturunan dan latar harta. Semua manusia sama di sisi Allah. Kita semua dari keturunan Adam. Hanya yang lebih kerana nilaian kebaikan jiwa dan ketinggian budi. Nabi s.a.w menyebut: "Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan" (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, hadis berstatus hasan).

Jika hendak dikira manusia yang mulia, maka khalifah empat bagi umat ini Abu Bakr, Umar, Uthman dan 'Ali merupakan insan-insan mulia yang dipilih memegang jawatan khalifah atas kemuliaan diri mereka. Bukan kerana keturunan mereka mendapatkan kuasa ataupun kerana pengaruh harta mereka yang banyak. Sebaliknya kerana kualiti diri mereka dan kemuliaan mereka yang nyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Pun begitu mereka tidak pernah menyatakan 'kami ini mulia, sahabat sahabat utama Nabi Muhammad maka jangan pertikai perbuatan dan tindakan kami. Siapa pertikai dianggap derhaka pada negara dan bangsa!'. Sama sekali mereka tidak pernah berkata demikian. 

Sebaliknya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq pada hari dia memegang jawatan khilafah berucap: "Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. " (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Hanya mereka yang perasan sahaja merasakan diri mereka bangsawan yang tidak boleh dipertikaikan. Hanya bangsa ataupun individu yang bodoh, dungu dan feudal ataupun pengampu terlampau sahaja yang menganggap mengkritik golongan bangsawan istana itu satu kesalahan dan menggesa agar pengkritik diambil tindakan. Mereka yang seperti itu mempunyai masalah mental dan akidah sehingga seakan menganggap golongan bangsawan itu bagaikan maksum melebihi para nabi yang diutuskan oleh Tuhan. 

Pupus

Perlu diingat, kesamsengan golongan bangsawan telah menyebabkan kebanyakan mereka pupus dari tampok kuasa. Walaupun Parsi, Rome, China, beberapa Negara Eropah, dan India pernah memiliki empayar dan kekuasaan yang luas, namun ke mana perginya maharaja-maharaja mereka?! Kesemuanya pupus dibuang oleh kehendak rakyat apabila mereka dilihat sudah tidak relevan lagi. Mereka lebih banyak merosakkan dari memberikan manfaat kepada rakyat. Nepal juga telah membuang institusi raja mereka. 

Jika kita lihat istana-istana raja-raja Eropah serta pencapaian mereka, mereka bagaikan tidak akan tumbang. Maharaja-maharaja China dan Parsi pasti lebih gah dan hebat dengan tentera dan kemewahan harta dan wanita mereka. Tapi kesemuanya lenyap. Kesemua ini menjadi pengajaran kepada golongan bangsawan yang masih berkuasa dalam pelbagai bangsa agar menjaga adab dan ketertiban mereka, jangan samseng sehingga akhir mereka dicampak oleh rakyat sendiri dan bangsa sendiri.

Salah satu sebab kejayaan bangsa Eropah adalah kerana mereka tidak membiarkan kezaliman raja-raja berterusan. Pembuangan sistem istana dan agama yang diperalatkan oleh istana telah membawa bangsa Eropah maju dan bebas dari cengkaman kezaliman. Inilah yang disebut oleh 'Amr bin al-'As ketika mengulas hadis Nabi s.a.w mengenai kiamat berlaku dalam keadaan Rome paling banyak rakyatnya. Kata 'Amr: "Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja".

Golongan bangsawan sepatutnya menjadi manusia paling hormati dalam sesebuah masyarakat. Mereka paling mematuhi peraturan, paling santun kepada rakyat bawahan dan menjadi teladan kesopanan dan kehalusan budi, bahasa dan akhlak. Ucapan mereka menjadi ikutan, falsafah mereka menjadi pegangan, bahasa mereka menjadi ukuran. 

Jika bangsawan itu sekadar menunjukkan kesamsengan kepada rakyat, mendapat pelbagai harta dan tempat atas cengkaman kedudukan padahal ramai lain yang lebih layak, membazir harta awam, memukul sesuka hati orang biasa, mengambil apa saja yang mereka suka, mengungut sesiapa yang mereka mahu, memaki sesiapa yang mereka hendak, maka golongan bangsawan seperti itu sepatutnya dinyahkan dari sesuatu bangsa. Sesuatu bangsa akan terus dalam belenggu kebodohan jika golongan bangsawan seperti itu masih dibiarkan. Golongan samseng yang menyakiti rakyat bukan sahaja patut dibuang, bahkan tidak layak pun untuk ditempat dimuzium sejarah mana-mana bangsa pun melainkan dengan catatan hitam 'samseng'.

Berikut adalah komen pembaca di fb Dr. Asri:

Zukhairi Ahmad
Saya lebih suka negara republik berbanding negara monarki.

Izzuddin Abdul Hamed
Bangsawan tiang

Mohd Rafie Sanusi
Malaysia ada 9 sultan yg kononnya berdaulat...


Mohd Najib Zakaria
Jgn hina raja/sultan.. Darah mereka warna emas la.. Nnt kne tulah bru taw.. 

Pak Zat
Utk Taik.M.J

Ibn MohdYusuf
Bangsawan kaki tendang

Hidayat Ramli
Sokong..... hapuskn sistem monarki samsing, nagara ini milik rakyat....

Pemerintah Rajawali
akta hasutan yg slalu melindungi golongan bangsatwan samseng.

Apiz Kadir
Samseng dgn tiang bndera boleh la..

AhmAd AdEf
Nyahkan bangsawan bodoh dan bangang pun bagus jugak. Bangsawan tak semestinya raja/sultan. ‪#‎ikatperut‬

Hapiz Kodiang
Benar sheikh Dr Maza.....entah mari dari kebangsatan mana tiba tiba menjadi penguasa...lalu menjadi mulia.

Nashaff Shaffie
Anak Sultan Johor yg nk mampus tu ker ? Aku tak ikuti perkembangan.. 

Hamid Ismail
arwah pak cita raja tu asal lanun..pastu dorang ugut org ramai untuk wang perlindungn iaitu cukai,jadi jangn hormat kat mereka,nant semua org akan tertipu,.tp arwah pak x bg hebah kan sangt...bahaya kata nya

Abu Isjiyad Alfateh
silap daaa.... anak bgsawan samseng bodoh yg satu ni, bila menang bola sepak, pi meluru masuk padang, takdir Allah dia terjatuh...maka malu2 kucing dia bangun, dan tetiba jadi malu2 firefox pi sepak tiang bendera kat sudut tepi padang, dgn bongkaknya bjln smbil mndabik dada... esok mati jadi makanan ulat dan langau

Norlela Rusni Ramli
Keturunan raja2 melayu?...tk kan buat lupa kot...asal dari lanun

Killer Bee
Bangsawan tendang bendera

David Farhan
Kenapa ramai penjilat TMJ butthurt? Hahahahahahaha


(Plat BMW1) KELIRU antara ANGGOTA PENTADBIRAN KERAJAAN dan PENJAWAT AWAM (KEDUA-DUANYA JAUH BERBEZA)

Posted: 17 Oct 2014 09:14 AM PDT




Gambar di atas adalah petikan daripada sebuah blog www.funnymalaysia.net yang jelas keliru dengan maksud 'ANGGOTA PENTADBIRAN KERAJAAN' dan 'PENJAWAT AWAM' (GOVERNMENT CIVIL SERVANT).

Kesilapan itu telah menyebabkan blog tersebut membuat tuduhan dan fitnah terhadap Perkhidmatan-perkhidmatan Awam, penjawat awam atau kakitangan Kerajaan.

Berikut adalah petikan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan maksud Anggota Pentadbiran Kerajaan dan Perkara 132 yang menjelaskan maksud Perkhidmatan-perkhidmatan Awam:


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
BAHAGIAN XII - AM DAN PELBAGAI



Perkara 160. Tafsiran.
(1) Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948 [M.U. 7 tahun 1948], sebagaimana yang berkuat kuasa sebaik sebelum Hari Merdeka, setakat yang dinyatakan dalam Jadual Kesebelas, hendaklah terpakai bagi pentafsiran Perlembagaan ini sebagaimana Ordinan itu terpakai bagi mentafsirkan mana-mana undang-undang bertulis mengikut pengertian Ordinan itu, tetapi dengan menggantikan sebutan mengenai Pesuruhjaya Tinggi dengan sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong.

(2) Dalam Perlembagaan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ungkapan-ungkapan yang berikut mempunyai erti sebagaimana yang diberikan dengan ini kepadanya masing-masing, iaitu-

"Akta Parlimen" ertinya undang-undang yang dibuat oleh Parlimen;

"Anggota pentadbiran", berhubung dengan Persekutuan, ertinya seseorang yang memegang jawatan sebagai Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen atau Setiausaha Politik dan, berhubung dengan sesuatu Negeri, ertinya seseorang yang memegang sesuatu jawatan yang bersamaan di dalam Negeri itu atau yang memegang jawatan sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (selain anggota kerana jawatan);


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
BAHAGIAN X - PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN AWAM



Perkara 132. Perkhidmatan-perkhidmatan awam.
(1) Bagi maksud Perlembagaan ini, perkhidmatan-perkhidmatan awam ialah—
(a) angkatan tentera;
(b) perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
(c) perkhidmatan awam am Persekutuan;
(d) pasukan polis;
(e) (Dimansuhkan);
(f) perkhidmatan awam bersama yang disebut dalam Perkara 133;
(g) perkhidmatan awam setiap Negeri; dan
(h) perkhidmatan pendidikan.
(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukan dengan nyata selainnya oleh Perlembagaan ini, kelayakan bagi pelantikan dan syarat perkhidmatan orang dalam perkhidmatan-perkhidmatan awam, selain orang dalam perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (g) Fasal (1), boleh dikawal selia melalui undang-undang persekutuan dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedemikian, oleh Yang di-Pertuan Agong; dan kelayakan bagi pelantikan dan syarat perkhidmatan orang dalam perkhidmatan awam mana-mana Negeri boleh dikawal selia melalui undang-undang Negeri dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedemikian, oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu.
(2A) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, tiap-tiap orang yang menjadi anggota mana-mana perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c), (d), (f) dan (h) Fasal (1) memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata oleh Perlembagaan Negeri itu, tiap-tiap orang yang menjadi anggota perkhidmatan awam sesuatu Negeri memegang jawatan selama diperkenankan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri.
(3) Perkhidmatan awam tidaklah dikira sebagai termasuk—
(a) jawatan mana-mana anggota pentadbiran di dalam Persekutuan atau sesuatu Negeri; atau
(b) jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri atau ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau ahli Dewan Undangan sesuatu Negeri; atau
(c) jawatan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi; atau
(d) jawatan anggota mana-mana Suruhanjaya atau Majlis yang ditubuhkan oleh Perlembagaan ini atau mana-mana Suruhanjaya atau Majlis yang bersamaan yang ditubuhkan oleh Perlembagaan sesuatu Negeri; atau
(e) apa-apa jawatan diplomatik yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah, iaitu jawatan yang, jika tidak kerana perintah itu, akan menjadi jawatan dalam perkhidmatan awam am Persekutuan.

(CARA TENGKU MAHKOTA JOHOR) TENDANG TIANG Cara TMJ Raikan Kemenangan

Posted: 17 Oct 2014 06:44 AM PDT


JOHOR BAHARU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menjelaskan tindakan baginda menendang tiang bendera penjuru selepas tamat perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di sini pada Khamis, sebagai cara meraikan kemenangan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Baginda, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), bertitah tindakan itu adalah sesuatu yang normal bagi seorang manusia dan ahli sukan dalam meluahkan rasa kegembiraan.

"Ini cara saya untuk menunjukkan rasa puas hati dengan keputusan itu lebih-lebih lagi selepas JDT berdepan dengan pelbagai spekulasi dalam tempoh lebih seminggu ini," titah baginda kepada pemberita di sini, Jumaat.

Tunku Ismail mengulas sikap segelintir pihak yang mengkritik tindakan itu yang menjadi viral di laman media sosial.


Pada perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, JDT mengalahkan Terengganu dengan agregat 3-1 dan layak ke separuh akhir menentang Felda United.

Tunku Ismail bertitah tindakan itu sebenarnya sudah dibayangkan baginda lebih awal iaitu ketika seorang adindanya bertanyakan mengenai apa tindakan yang dilakukan sekiranya JDT memenangi perlawanan terbabit.

"Saya jawab saya minat Ibrahimovic (Zlatan Ibrahimovic). Jadi saya ingat hendak raikan macam dia," titah baginda sambil menegaskan baginda turut tampil tunduk hormat kepada penyokong Terengganu sebagai tanda penghargaan mereka berkunjung menyaksikan perlawanan terbabit.


Dalam perkembangan berkaitan, baginda turut mempersoalkan tindakan sebuah stesen televisyen swasta yang hanya menyiarkan tindakan menendang tiang terbabit sehingga menimbulkan salah faham kepada penonton dan peminat bola sepak tanah air.

Menurut baginda, media seharusnya bertanggungjawab menyiarkan perkara yang tepat bagi mengelakkan sebarang implikasi.

Sementara itu, Tunku Ismail turut memaklumkan PBNJ telah memeterai perjanjian kerjasama dengan pasukan dari Bundesliga, Borussia Dortmund, bagi tujuan pembangunan bola sepak di negeri ini.

Perjanjian itu merangkumi kerjasama pembangunan sebuah akademi bola sepak di Kulaijaya, peminjaman tenaga pengajar dan penghantaran pemain muda untuk menimba pengalaman bersama kelab itu.

Baginda menegaskan persetujuan kerjasama terbabit menunjukkan pasukan kelab Bundesliga itu percaya dengan keupayaan yang dimiliki PBNJ.

"Bersaralah Anwar, Rakyat Sudah Letih" - LENSA

Posted: 17 Oct 2014 04:10 AM PDT


KUALA LUMPUR: Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) meminta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghentikan gesaan kepada rakyat untuk berpanas di atas nama solidariti.

Koordinator pusatnya, Ekhsan Bukharee berkata, Anwar kini mempunyai hanya dua kemungkinan selepas keputusan Kes Liwat II yang akan dibicarakan pada 28 dan 29 Oktober ini.

Berikut ialah surat terbuka daripada Koordinator Pusat LENSA, Ekhsan Bukharee:


SURAT UNTUK ANWAR IBRAHIM "BERSARALAH ANWAR IBRAHIM, RAKYAT NAMPAKNYA SUDAH LETIH"

28 dan 29 Oktober ini merupakan tarikh yang amat penting untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu tarikh perbicaraan dan keputusan rayuan Kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Hanya ada dua kemungkinan untuk Datuk Seri. Sama ada Datuk Seri dibebaskan sama seperti 901, atau didapati bersalah dan dihumban sekali lagi ke dalam penjara yang boleh mencecah 20 tahun.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) di bawah pimpinan YB Nik Nazmi pada 14 Oktober lalu telah melancarkan kempen Rakyat Hakim Negara dengan tujuan ingin memobilisasi rakyat untuk bersolidariti di Mahkamah pada 28 dan 29 Oktober ini.

Jelas sekali modus operandinya sama dan berulang seperti tahun tahun terdahulu. Setiap kali Datuk Seri akan disumbat ke dalam penjara, maka setiap kali itulah rakyat akan diheret ke jalan raya.

Datuk Seri, sampai bila rakyat akan terus terheret dalam semua ini? Berhimpun, berkumpul, bersorak melaung-laungkan nama Datuk Seri.

Sampai bila Datuk Seri ingin melihat rakyat berpanas, berkeringat di bawah panas matahari, hanya kerana bersolidariti bersama Datuk Seri.

Kerana Datuk Seri masih di sini, musuh-musuh Datuk Seri terus merancang strategi untuk menghambat Datuk Seri.

Kerana Datuk Seri masih di sini, segala kekuatan rejim diperalatkan untuk membunuh perjuangan politik Datuk Seri.

Andai kata Liwat II ini berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Datuk Seri, maka mungkin akan hadir pula Liwat III, LIwat IV, Liwat V yang akhirnya akan menyebabkan rakyat menjadi mangsa, terus terheret dalam kancah politik kotor.

Kenapa Datuk Seri tidak terima sahaja pelawaan pihak dari 'sebelah sana' yang menawarkan Datuk Seri jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah nama Konsensus Nasional? 

Kenapa Datuk Seri menolak pelawaan tersebut? Sedangkan jika Datuk Seri menerima idea itu, sudah pasti segalanya akan berakhir, dan Datuk Seri tidak perlu lagi mengheret rakyat dalam isu ini.

Kenapa Datuk Seri tidak menerima sahaja pelawaan dari Turki, yang menawarkan posisi tertentu untuk Datuk Seri menetap di sana? Bukankah lebih baik Datuk Seri berhijrah ke Turki daripada terus berhadapan dengan kerakusan rejim yang tidak akan berpuas hati sehinggalah Datuk Seri tunduk pada mereka.

Andai kata Datuk Seri dipenjara lagi, apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan bersolidariti di hadapan penjara? Apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan memenuhi jalan raya dengan laungan reformasi? Apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan bangkit merempuh rejim?

Tidak Datuk Seri. Ini bukan lagi tahun 1998 atau 1999. Kami memiliki jalan perjuangan tersendiri.

Datuk Seri pada era 60an memilih untuk memimpin Gerakan Mahasiswa sehingga disumbat ke dalam ISA.

Datuk Seri pada 1998 memilih untuk bertembung dengan Mahathir Muhammad sehingga sekali ditangkap bawah ISA dan terhumban ke penjara.

Hari ini, Datuk Seri pada usia 60an sekali lagi memilih untuk ke penjara. Kami anggap itu pilihan Datuk Seri yang sengaja memilih jalan sengsara sedangkan ada jalan-jalan lain yang lebih mudah untuk Datuk Seri.

Apa yang amat kami harapkan ialah, demi rakyat, Datuk Seri bersaralah, berhijrahlah.

Nyata semakin ramai yang tidak menggemari Datuk Seri. Bahkan dalam lingkungan rakan sendiri pun semakin ramai yang percaya pada istilah 'Semua Salah Anwar' sehingga ada yang tidak mahu lagi bersolidariti bersama Datuk Seri di Mahkamah pada 28 dan 29 Oktober ini.

Seolah-olah mereka tidak lagi peduli pada kezaliman rejim yang ditimpakan ke atas Datuk Seri.

Maka apa lagi yang ingin Datuk Seri harapkan. Reformasi 98/99 tidak mungkin berulang.

Mungkin sudah tiba masanya, Datuk Seri ambil masa untuk kehidupan peribadi Datuk Seri, setelah dari muda sehingga tua, Datuk Seri sia-siakan dengan perjuangan yang akhirnya membawa Datuk Seri ke penjara.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*Ekhsan Bukharee adalah Koordinator Pusat LENSA


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...