CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


(CETUS PERBALAHAN KAUM)Melayu juga pendatang, bukan Cina dan India sahaja, kata perwakilan Gerakan Celaka

Posted: 19 Oct 2014 02:39 AM PDT

Perwakilan Gerakan Johor Tan Lai Soon berkata bangsa Melayu, Cina dan India adalah semua pendatang dan sejarah membuktikan bahawa orang Melayu berasal dari Indonesia dan bukannya penduduk asal.

Seorang perwakilan Gerakan hari ini berkata kecuali Orang Asli dan anak negeri Sabah dan Sarawak, orang lain di Malaysia semuanya merupakan pendatang (imigran).
Perwakilan dari Johor, Tan Lai Soon berkata bukan hanya orang Cina dan India sahaja pendatang, tetapi orang Melayu juga bukan bumiputera kerana mereka berhijrah dari Indonesia.
"Kecuali penduduk asal Sabah dan Sarawak dan Orang Asli, orang lain di Malaysia adalah pendatang," kata Tan semasa Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-43.
Persidangan itu diadakan di Pusat Konvensyen Setia City di Setia Alam dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini. – 19 Oktober, 2014. TMI.

Kajian arkeologi : Melayu bukan pendatang tetapi penduduk asal di bumi Malaysia

Data arkeologi yang diperolehi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak menunjukkan rumpun Melayu  adalah  penduduk asal bumi Malaysia sejak lebih daripada 40,000 tahun lalu dan bukan berhijrah ke mari dari tanah besar di utara. 

Artifek-arifek seperti seramik yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi  (excavation sites) yang dijalankan oleh ahli-ahli arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunjukkan bahawa artifek itu  adalah berbentuk tempatan dan bukan dibawa masuk dari luar.

Antara tempat ekskavasi tersebut ialah Pulau Kalumpang dan Beruas di  Perak; Kota Johor lama, Kota Seluyut, Kota Sayong Pinang dan Muar di Johor; Kota Melaka in Melaka; Kota Lukut di Negeri Sembilan dan beberapa tapak di Tasik Kenyir di Terengganu.

Selain itu, penemuan  tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak oleh Kurator Museum Sarawak, Tom Harrison dan isterinya Barbara  dalam tahun 1958  menunjukkan rumpun Melayu sudah wujud di Malaysia seawal 40,000 tahun yang lalu.

Secara langsung, penemuan di Gua Niah  dan kajian-kajian yang dijalankan oleh ahli arkelogi UKM menolak teori dipercayai ramai bahawa Melayu di Semenanjung adalah pendatang dari tanah besar di utara. Teori migrasi ini dikemukakan Heine-Geldern dan penyelidik dari Pemikiran Vienna ( Vienna School of Thought ) yang dikemukakan dalam tahun 1930an.

Teori itu timbul berikutan dengan penemuan kapak batu di Malaysia yang dikatakan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kapak batu yang digunakan di sebelah utara tanah besar Asia bagi membuktikan bahawa orang Melayu telah berpindah dari kawasan utara tanah besar Cina itu kemari.

Prof Nik Hassan Shuhaimi  bertanya:  "Adakah hanya kerana kapak batu ditemui di Malaysia orang Melayu telah berpindah dari utara ke selatan di Malaysia. Tidak terfikirkah mereka bahawa orang Melayu waktu itu juga boleh membuat kapak batu?"

Beliau berkata demikian dalam kertas kerjanya bertajuk 'Tiga Puluh Lapan Tahun Arkeologi di Universiti Kebangsaan Malaysia' di Seminar Penanda Arasan Penyelidikan Arkelogi di UKM pada 12-13 Julai, 2010, di Bangi.
Beliau berkata penyelidikan arkelogi di UKM  sejak tahun 1980an telah menemui data baru tentang asal usul kerajaan Melayu tertua di Malaysia iaitu Kataha atau Kedah Tua. Data baru ini diperolehi daripada tapak arkelogi Sungai Mas, Kedah.

Beliau juga menyatakan isu penting dalam zaman kerajaan awal/zaman klasik ialah proses Indianisasi. Berdasarkan kajian yang dibuat di UKM proses Indianisasi itu boleh ditukar kepada proses   pembumiputraan kebudayaan India, kata Prof Nik Hassan.

Kebudayaan India yang ada di Alam Melayu bukan dibawa melalui proses penaklukan tetapi dijemput oleh masyarakat tempatan dan disesuaikan dengan kebudayaan tempatan.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin ketika merasmikan seminar itu pada 12 Julai, berkata UKM telah melahirkan lebih 1,000 orang graduan dalam bidang arkelogi yang kebanyakanya kini terlibat dalam bidang ini di seluruh Malaysia.

Beliau berkata dalam usia 40 tahun UKM, para pakar arkeloginya yang diketuai oleh Prof Nik Hassan Shuhaimi  telah membuahkan hasil yang bermakna kepada sejarah negara dan memartabatkan warisan Kerajaan Melayu di Alam Melayu.



Orang Melayu memang merupakan penduduk asal Malaysia (sebelumnya Tanah Melayu) dan kajian arkeologi dan mtDNA mengesahkan kewujudannya di Benua Sunda sejak lebih 60 ribu tahun yang lalu lagi. Tidak timbul soal orang asli merupakan penduduk asal di negara ini kerana pemetaan genetik dan artifak arkeologi juga telah mendapati bahawa masyarakat Orang Asli Semang dan Senoi yang mendiami Benua Sunda adalah merupakan nenek moyang kepada populasi Melayu Proto dan ras Melayu hari ini. 

Kajian itu telah dibuat oleh penyelidik Universiti Sains Malaysia yang diketuai oleh Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin. Kajian mtDNA oleh pakar genetik Universiti Oxford, Dr Stephen Oppenheimer juga mengesahkan tentang perkara ini. 

Orang Melayu Kelantan memang telah dibuktikan secara kajian saintifik dan sejarah sudah wujud dan menetap di Semenanjung Tanah Melayu lebih 60 ribu tahun dahulu lagi! Mereka bukan pun berasal dari kepulauan Melayu yang kini merupakan wilayah Indonesia.

Memang sebahagian orang Melayu di Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu berasal dari kepulauan-kepulauan yang kini dalam wilayah Indonesia. Tapi waktu itu, tiada pemisahan sempadan. Orang Melayu boleh berpindah-randah ke mana-mana wilayah mereka kerana dari sudut sejarah sebelum penjajahan, pulau-pulau tersebut seperti Sumatera merupakan wilayah keturunan Melayu juga. Penjajah yang memisahkan wilayah-wilayah Melayu melalui Perjanjian Inggeris-Belanda dan Perjanjian Inggeris-Siam.

Sebahagian besar Sumatera, Singapura, Pattani dan sebagainya sebelum wujud perjanjian penjajah tersebut adalah merupakan wilayah orang keturunan Melayu. Tiada sempadan untuk mereka bergerak sama seperti orang Kelantan atau Kedah berhijrah ke Selangor hari ini!

2 Penunggang Motor Besar MAUT, 1 Parah di Lebuhraya KARAK

Posted: 19 Oct 2014 02:23 AM PDT


Gombak: Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 25 Lebuhraya Karak kira-kira jam 11.15 pagi ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selayang, kemalangan itu turut membabitkan sebuah kereta yang mana mengakibatkan seorang penunggang motor rentung manakala rakannya maut dirempuh dalam kemalangan itu.

Jurucakap itu berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.22 pagi sebelum tiba lima belas minit kemudian bagi memadamkan kebakaran motosikal.
"Seorang mangsa yang parah sudah dikejarkan ke hospital manakala dua yang lain maut ditempat kejadian," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Punca sebenar kemalangan masih lagi disiasat dan tidak menolak kemungkinan ia mungkin berlaku ketika motosikal dan kereta itu menuruni selekoh curam di lebuhraya berkenaan, kata jurucakap itu.



(DYANA SOFEA DAP BERCIUM MULUT?) Gambar Skandal Dyana & Zairil Tersebar Di Laman Sosial

Posted: 19 Oct 2014 01:16 AM PDT


Pada Ahad, 19 Oktober 2014, beberapa keping gambar panas pasangan pemimpin muda DAP iaitu Dyana Sofea bersama Zairil Khir Johari telah tersebar secara viral di laman sosial Facebook.
Dalam gambar tersebut, Dyana dan Zairil dilihat bercumbu mesra di satu lokasi yang tidak diketahui. Salah satu gambar itu menunjukkan mereka berdua bercium mulut di dalam sebuah kereta.



Sehingga kini kedua-duanya belum membuat sebarang kenyataan berhubung penyebaran gambar skandal tersebut.
SUMBER melalui Ratan Kekunci

KEMASKINI

Gambar intim: Dyana marah jadi mangsa diskriminasi
SHAH ALAM - "Saya berasa marah tetapi saya tidak akan layan politik jahat macam ini," demikian kata bekas calon PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud kepada Sinar Online, hari ini.

Dyana Sofya menegaskan serangan peribadi ke atasnya kali ini adalah kerana beliau seorang wanita yang mudah dibuli seperti mana tuduhan ke atas beliau berpakaian bikini untuk ke parti ketika kempen pilihan raya lalu.

"Hal ini menjijikkan bagaimana mereka tetap menggunakan politik longkang terhadap pembangkang.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Gambar intim: Zairil pertimbang ambil tindakan]


"Sebagai seorang wanita, saya sasaran yang mudah. Sebab saya wanita, saya dilihat sebagai mudah dibuli. Saya marah, tetapi saya tak nak layan politik jahat macam ini," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas penyebaran gambar miripnya dan juga Ahli Parlimen Bukit Bendara, Zairil Khir Johari menjadi viral tersebar melalui media sosial WhatsApp dan blog tempatan sejak pagi tadi.

Gambar intim sebanyak sembilan keping itu dalam posisi berpelukan dengan berpakaian secara formal dan santai di beberapa lokasi termasuk kereta dan kawasan umum.

Awang Selamat gesa ‘bersihkan’ JPJ, kutipan 400juta Jual Nombor Awang TIDAK BANGGA

Posted: 18 Oct 2014 08:09 PM PDT

 

Kolumnis akhbar Mingguan Malaysia, Awang Selamat menggesa agar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan nama pemenang bidaan nombor plat kenderaan atas faktor ketelusan.
Awang dalam ruangan rencana hari ini dipetik akhbar mingguan Utusan Malaysia itu berkata, aspek bidaan nombor plat itu juga harus diaudit bagi mengelakkan pihak yang mengambil kesempatan.
"Namun JPJ perlu mendedahkan nama pemenang, elok rakyat tahu siapa mereka. Juga, siapa lebih ramai – pembesar istana, menteri, exco, tauke besar atau pegawai kanan awam?
Di samping itu, aspek pembidaan perlu diaudit sepenuhnya bagi mengelak pihak mengambil kesempatan dan untung atas angin," kata Awang dipetik akhbar berkenaan.
JPJ dilaporkan memperoleh pendapatan sehingga RM400 juta setahun hasil daripada jualan nombor pendaftaran kenderaan di seluruh negara.
Kutipan itu dibuat menerusi bidaan bagi mendapatkan nombor plat yang unik dan dianggap boleh membawa tuah sebagaimana menjadi kegilaan sebahagian orang kaya.
"Awang tidaklah teruja hal-hal nombor. Biarlah sesiapa yang mampu dan berkeinginan besar membida nombor yang mereka suka, asalkan ia dibuat secara telus dan bersih," kata Awang.
Sebelum ini, nombor plat "BMW" mencetuskan kontroversi apabila pemimpin badan bukan kerajaan pemerhati jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan membeli dua nombor plat BMW8 dan BMW11 masing-masing dengan harga RM174,776 dan RM165,000.
Selain beliau, turut tersenarai adalah beberapa individu "Anggota Pentadbiran Kerajaan" yang tidak didedahkan butirannya mendapatkan nombor pendaftaran BMW1, BMW2, BMW7, BMW9 dan BMW10.
Antara pemilik plat BMW yang berjaya termasuklah jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei  yang membayar RM97,777 untuk BMW6, Tengku Ahmad Shah (BMW3, RM132,000) dan Tengku Sulaiman Shah (BMW5, RM188,100).
"Kepada JPJ, usahlah berbangga dengan kutipan yang lumayan daripada bidaan nombor pendaftaran.
"KPI sebenar jabatan tersebut adalah menangani banyak permasalahan, terutama rungutan orang ramai," kata Awang.
Kolumnis itu berkata, sehingga ke hari ini, JPJ adalah antara agensi paling menjadi perhatian, terutamanya soal integriti dan kegagalan menyelesaikan isu.
"Sampai sekarang isu cermin gelap dan nombor plat rojak masih belum diatasi," katanya.
JPJ bakal melancarkan operasi khas bermula 1 November ini bagi mengesan kesalahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan,  pemasangan aksesori lampu tambahan (lampu strob) dan lampu xenon di seluruh negara.
"Awang bukanlah skeptikal, sudah banyak operasi bermusim seumpama itu dijalankan tetapi hasil balik ke asal – tiada kesan.
"Kedai menjual aksesori makin banyak dan bebas mengeluarkan produk yang melanggar peraturan JPJ," katanya.
Malah, Awang turut berkata, pegawai agensi berkenaan seharusnya mematuhi dahulu undang-undang dan peraturan terhadap kenderaan peribadi mereka dan menjadi teladan kepada masyarakat umum.
"Elok dipastikan terlebih dahulu semua pegawai, anggota dan staf JPJ benar-benar mematuhi peraturan pada kenderaan peribadi mereka, terutamanya cermin gelap supaya menjadi teladan.
"Janganlah hanya tunjuk taring kepada orang ramai sambil pejam mata kepada salah laku anggota sendiri," kata Awang.
"Kepada Ketua Pengarahnya, Ismail Ahmad, tolong bersihkan JPJ terlebih dahulu." – 19 Oktober, 2014

(HANYA HELAH) Pelajar Politeknik Buat Laporan Polis PALSU Dakwa DICULIK

Posted: 18 Oct 2014 06:35 PM PDT

Pelajar semester lima jurusan fesyen Politeknik Johor ini mendakwa dirinya diculik ketika keluar rumah di Taman Scientex Casia, Pasir Gudang Johor. Dia dibawa ke IPD Dungun untuk diambil keterangan bagi tujuan siasatan lanjut.

DUNGUN - Teka-teki mengenai kes culik membabitkan seorang pelajar Politeknik dari Johor seperti dilaporkan oleh pelajar berkenaan semalam dipercayai hanya satu laporan palsu.

Hasil siasatan awal polis mendapati, ia satu helah dibuat pelajar itu untuk mengelakkan dia dikenakan tindakan susulan kegagalannya menghantar satu tugasan.

Difahamkan, pelajar berkenaan menaiki bas dari Johor dan tiba di Dungun kira-kira jam 4.30 pagi sebelum cuba menghubungi seorang rakannya melalui aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, ketika masih dalam bas dalam perjalanan dari Johor ke Dungun, dia dipercayai memaklumkan kepada rakannya itu bahawa dia diculik.

Sebaik tiba di Dungun, pelajar jurusan fesyen semester lima itu dikatakan  menghubungi ibunya melalui telefon bimbit, namun gagal, sebelum ibunya menghubunginya semula dan pelajar terbabit mendakwa dirinya diculik.

Ekoran itu, ibunya yang bimbang dengan keselamatan anak perempuannya itu, dikatakan telah menyuruh pelajar itu pergi membuat laporan polis berkaitan kejadian itu.

Berdasarkan cerita palsu dilaporkan pelajar terbabit, ketika ingin membuka pintu pagar rumah untuk ke Politeknik Sultan Ibrahim Johor, dia dikatakan tidak sedarkan diri.

Dia kemudian sedar semula dalam sebuah lori kotak yang berhenti untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Dungun.

Pelajar ini turut mendakwa diculik tiga lelaki kononnya orang Kelantan berdasarkan dialek percakapan dan salah seorang daripadanya memakai baju T berwarna merah.

Tambah pelajar itu lagi, dalam lori berkenaan turut terdapat tujuh lagi mangsa lain termasuk kanak-kanak lelaki dan perempuan dipercayai akan dibawa ke Kelantan.

Sebaik membuat laporan polis di Balai Polis Dungun kira-kira jam 9.45 pagi semalam, gadis berasal dari Bukit Ampang Permai, Ampang Selangor itu kemudiannya disiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan daripada pelajar berkenaan.

Bagaimanapun selepas siasatan dilakukan, dia dilaporkan hanya membuat cerita rekaan berkaitan kesnya diculik.

(CAMPUR TANGAN AS DI ZAMAN NAJIB) Amerika mahu Malaysia hapus Akta Hasutan

Posted: 18 Oct 2014 05:36 PM PDT


KUALA LUMPUR, 18 Oktober – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) mengingatkan Malaysia agar memansuhkan Akta Hasutan 1948 seperti yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2012, lapor portal Sinar Harian Online.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, kedutaan itu berkata, pemansuhan Akta Hasutan dilihat selari dengan kedaulatan undang-undang dan hak asasi di negara ini.
"AS prihatin dengan penggunaan Akta Hasutan oleh kerajaan Malaysia. Kami juga mengalu-alukan pengumuman Najib pada 2012 berhubung niatnya untuk memansuhkan Akta Hasutan dan berharap kerajaan dapat meneruskan komitmen tersebut.
"Kami menggesa kerajaan Malaysia untuk menggunakan undang-undang secara adil, telus, dan neutral untuk menggalakkan keyakinan dalam demokrasi, badan kehakiman, dan ekonomi di Malaysia. Pegawai kami telah menyatakan keprihatinan mengenai kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia dengan kerajaan Malaysia, dan akan terus berbuat demikian,'' menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, Kedutaan AS dan diplomat lain turut memerhati secara dekat perarakan bantahan Akta Hasutan yang dianjurkan Majlis Peguam, kelmarin.
"Kami menyedari protes aman ini mencerminkan usaha Majlis Peguam dan pihak berkuasa," katanya.
Kelmarin, Majlis Peguam menganjurkan bantahan melalui menyertai 'Perarakan untuk Keamanan dan Kebebasan 2014' bagi menggesa agar Akta Hasutan dimansuhkan.
Memorandum bantahan diserahkan Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong  kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong di bangunan Parlimen.

MB N9, Mohamad Hasan: Malaysia perlukan Akta Hasutan

Posted: 18 Oct 2014 08:57 AM PDT


SEREMBAN – Malaysia memerlukan Akta Hasutan 1948 bagi menjaga sensitiviti masyarakat pelbagai kaum di negara ini, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Memang benar, akta ini diperkenalkan oleh British semasa zaman penjajahan namun, secara amnya mereka mempunyai fikiran serta pandangan yang jauh.

"Ini kerana rakyat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang perlu dijaga tahap sensitiviti agama, bahasa dan kebudayaan masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan perasmian persidangan perwakilan ke-61 Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PV-ATM) cawangan Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Menurutnya pihak asing tidak harus campur tangan dan bersikap mendesak dalam perkara itu kerana ia menggugat kesejahteraan dan keharmonian rakyat.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan PV-ATM cawangan Negeri Sembilan membuat resolusi menggesa kerajaan supaya tidak tunduk kepada desakan pihak-pihak yang meminta akta itu dimansuhkan.

Mohamad juga meminta bekas tentera di seluruh negara supaya mendaftar seabagi anggota PV-ATM bagi membolehkan mendapat bantuan buat diri mereka dan keluarga.

Selain itu, beliau berharap Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dapat memberikan latihan sewajarnya kepada tentera dalam penyediaan ke dunia persaraan.

Pada majlis itu, Mohamad menyampaikan PJM kepada 70 veteran PV-ATM  Negeri Sembilan. - Bernama

Ahli arkeologi jumpa kubur puntianak

Posted: 18 Oct 2014 08:43 AM PDT

Terdapat kayu pancang ditusuk pada bahagian dada rangka tersebut.

BURGARIA - EROPAH. Seorang ahli arkeologi mendakwa telah menjumpai satu kubur puntianak ketika melakukan aktiviti cari gali di sebuah kota lama di selatan Bulgaria.

Menurut laporan The Telegraph, dakwaan tersebut dibuktikan melalui unsur-unsur upacara menghalau puntianak telah dijalankan ke atas mayat tersebut suatu ketika dahulu.

Menurut laporan itu, penemuan tersebut dilakukan oleh Profesor Nikolai Ovcharov di sebuah kota kuno, Thracian.

Menurut Profesor Ovcharov, kubur tersebut dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Burgaria Indiana Jones'.

Rangka tersebut dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki yang berusia 40-50 tahun.

Bahagian bawah kaki kirinya dipisahkan dan diletakkan di samping rangkanya.

Terdapat kayu pancang ditusuk pada bahagian dada rangka tersebut.

"Tidak ragu-ragu lagi, kita menyaksikan ritual anti-puntianak dijalankan ke atas mayat ini sebelum menanamnya," katanya.

Profesor Ovcharov dikatakan seorang ahli arkeologi yang mengabadikan hidupnya demi menyingkap misteri peradaban kuno.

Fokus beliau ialah mencari gali dan menyiasat semua penemuan misteri yang terkubur sejak sebelum Perang Salib.

"Mereka (penduduk kota suatu ketika dahulu) menggunakan kaedah tersebut ke atas orang-orang yang meninggal dunia dalam keadaan dahsyat, seperti membunuh diri.

"Dan kaedah tersebut digunakan bagi menghalang mayat tersebut bangkit dari kematian dan melakukan keganasan ke atas yang hidup," jelasnya.

Kota kuno Thracian ialah sebuah kota lama yang dihuni sejak tahun 5,000 SM namun kota itu hanya ditemui 20 tahun lalu.

Di antara penemuan di tapak kota lama ini termasuklah benteng atau kubu pertahanan di benteng puncak bukit, kuil, kubu pertahanan dan kubur yang didakwa menjadi tempat persemadian puntianak.

(SMS DARI KUBUR) Gempar Terima SMS daripada No. h/p Nenek yang dikebumikan Bersama

Posted: 18 Oct 2014 03:04 AM PDT


South Tyneside: Sudah menjadi kebiasaan apabila seseorang yang dikasihi meninggal dunia, timbul persoalan mengenai apa yang hendak dibuat dengan nombor telefon bimbitnya.
Ada yang enggan memadamkan nombor telefon itu sementara ada yang berasa selesa menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada orang yang pernah mereka sayang.
Bayangkan apa yang berlaku jika SMS yang dihantar itu dijawab.
Sheri Emerson menghantar mesej pesanan ringkas kepada mendiang neneknya, Lesley, yang dikebumikan bersama-sama telefon bimbitnya.
Tetapi sehari kemudian, dia menerima jawapan: "Saya memerhatikan anda. Jangan risau. Anda akan berjaya mengatasinya. Anda akan selamat."
Sheri yang terkejut menerima mesej itu, menelefon nombor berkenaan dan orang yang menjawabnya mengaku menghantar mesej berkenaan.
Sebenarnya, syarikat telekomunikasi 02 menjual nombor yang pernah digunakan nenek Sheri kepada pelanggan lain selepas ia tidak digunakan selama tiga tahun.
"Saya terkejut menerima jawapan itu. Saya menghantar mesej Rabu lalu, menceritakan mengenai keluarga kami dan keesokannya, saya mendapat jawapan. Saya tahu nenek tidak akan menjawab. Tetapi, tiba-tiba saya menerima jawapan daripada nombornya.
"Anda sendiri boleh bayangkan keadaan saya ketika itu," katanya.
Sementara itu, 02 mengesahkan ia menjual nombor Lesley kepada seorang pelanggan barunya.-AFP

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...