CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Program sentuh anjing cubaan hina ulama, kata bekas mufti Johor

Posted: 19 Oct 2014 09:18 PM PDT



Bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut berkata penganjuran program "I want to touch a dog" anjuran umat Islam Liberal di Selangor semalam sebagai satu percubaan untuk menghina ulama dan pihak berkuasa agama.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij) itu berkata, perbuatan menyentuh anjing secara sengaja adalah haram kerana ia merupakan najis berat iaitu najis mughallazah yang dipandang secara serius dalam mazhab Shafie dan Hanbali.
"Jangan cuba mencipta budaya yang bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
Perkara ini dilarang kerana tiga perkara iaitu agama, kesihatan dan budaya yang bercanggah dengan Islam. Perlu diingat di Malaysia kita berpegang teguh kepada mazhab Shafie," katanya.



Menurut Berita Harian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewartakan pada Oktober tahun lalu haram bagi umat Islam menyentuh anjing yang kering tanpa darurat.
Sementara itu, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman berkata pihak berkuasa agama perlu memberi perhatian dan menyiasat tujuan penganjuran program itu yang jelas bertentangan dengan pegangan umat Islam negara ini.
Berita Harian melaporkan beliau berkata, umat Islam tidak seharusnya mengambil mudah mengenai perkara ini dan perlu merujuk pihak berkuasa agama terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu yang bercanggah dengan mazhab Shafie.
Semalam seorang Islam cetek ilmu agama, Siti Sakinah bersama 4 anaknya hadir ke Central Park, Bandar Utama, Selangor, untuk mengambil bahagian dalam acara "I Want to Touch a Dog", satu acara untuk mengatasi ketakutannya terhadap anjing kononnya.
"Ia juga untuk menunjukkan menyentuh anjing tidak haram. Ramai yang bimbang menyentuh anjing lebih kerana ia satu dosa, bukannya takut kepada dosa yang lebih besar," kata Siti Sakinah, kononnya merupakan seorang bekas guru agama yang kini bekerja dengan sebuah NGO.
Beliau berkata, suaminya, seorang ustaz, memberi izin untuk menghadiri majlis hari ini.
"Saya mahu melompat gembira apabila dia berkata ya dan saya beritahu anak-anak, mereka harus pergi. Dan mereka semua datang hari ini dengan saya untuk mengatasi ketakutan mereka dan apabila mengetahui anjing juga makhluk yang dicipta Allah yang memerlukan cinta dan kasih sayang," kata Siti Sakinah, yang sejak pagi menyentuh dan mengelus anjing saja.
"Saya masih takut pada anjing besar jadi saya menyentuh yang kecil terlebih dahulu," katanya dengan gembira.
Siti Sakinah dan anak-anaknya antara keluarga yang hadir pada majlis itu yang dihadiri lebih 1,000 orang.
Penganjur acara itu, Syed Azmi Alhabshi, berkata dia berpuas hati dengan hasilnya.
"Kami hanya jangka 60, tetapi ini sudah lebih daripada 60. Ini amat menggalakkan dan saya harap saya menyediakan air yang cukup untuk anjing dan meminta maaf ke atas sebarang kekurangan," katanya. – 20 Oktober, 2014.

MELAYU DIPERBODOHKAN LAGI, Perlukah KEMPEN pegang NAJIS? Puak LIBERAL semakin Hebat Mengelirukan Orang Islam

Posted: 19 Oct 2014 08:44 PM PDT



KEJAHILAN PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG'

I want to touch a dog. Sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul 'uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.

Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.

Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh itu telah melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:

Hukum menyentuh anjing

1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

"Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah."
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.

**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika pegang pada "alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)", ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.

Hukum membela anjing

2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:

i. Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga

"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath." [Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya."
[Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak."
[riwayat Muslim no. 1571]

"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari"
[Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: "Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: "Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji". Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: "Bila masuknya anjing ini?" Siti Aisyah menjawab: "Saya tidak tahu". Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: "Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang". Jawab Jibril: "anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Syaratnya:
1) HARAM bela anjing di dalam rumah
2) WAJIB beri makan minumnya
3) HARAM mendera atau mencederakannya
4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja

**Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.

3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.

Rujukan:
Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)
Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad 'Ata)

(MEMANG ANJING) Melayu Islam DIPERBODOHKAN, Perlukah BerKempen Pegang NAJIS

Posted: 19 Oct 2014 12:09 PM PDT


KUALA LUMPUR, 19 Oktober: Memegang anjing walau dalam keadaan apa sekalipun adalah haram di sisi Islam.
daud che ngah
Demikian tegas pendakwah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah, ketika dihubungi The Rakyat Post, pada Ahad.
Beliau yang kini berada di tanah suci Mekah memberitahu, tidak wajar seorang umat Islam memberi alasan mahu orang berani berdepan haiwan itu dan menjadikannya haiwan dikasihi.
Katanya, perkara itu terang-terangan bercanggah ajaran Islam dan jika dibiarkan, boleh merosakkan akidah.
Tetapi, menurutnya lagi, Islam turut melarang umatnya bersikap kejam atau menganiaya makhluk ciptaan Allah, termasuk anjing dan babi.
"Tidak ada satu hadis atau ayat al-Quran yang mengatakan umat Islam boleh memegang atau memelihara anjing (tanpa sebab kukuh tertentu).
"Hadis Bukhari terang-terangan menunjukkan bahawa memegang atau menyentuh anjing, hukumnya adalah najis mughallazah dan wajib dicuci (sertu) menggunakan air sebanyak tujuh kali dan satu dicampur dengan tanah.
"Jangan ikut telunjuk orang kafir yang sememangnya mahu menjahanamkan orang Islam, dengan cuba menghalalkan apa yang haram," tegasnya.

Beliau berkata, hadis juga menjelaskan, malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah seseorang yang memelihara anjing.
Katanya, perkara itu sangat jelas tentang hukum terhadap haiwan itu yang tergolong dalam kategori najis berat, jika tersentuh.
"Kalau dah sentuh pun tidak dibenarkan dan kena cuci dengan air sebanyak tujuh kali, apatah lagi jika memeluknya atau membiarkan ia menjilat mana-mana bahagian tubuh kita," katanya lagi.
Bagaimanapun, beliau berkata, umat Islam hanya dibolehkan menggunakan anjing dalam dua keadaan, sebagaimana dipetik daripada kitab Baharul Wahfi, iaitu jika rumah seseorang itu jauh di pedalaman dan memerlukan anjing untuk menjaga keselamatan keluarganya.
Satu keadaan lagi, jelasnya, ialah apabila seseorang itu hendak pergi berburu di hutan dan memerlukan anjing bagi membantu pemburuannya.

Beliau turut menyelar pihak yang memandai-mandai memutarbelitkan hadis dan al-Quran, semata-mata untuk tujuan tertentu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas program 'I want to touch a dog' di Dataran Bandar Utama, pagi tadi, yang turut dihadiri umat Islam.
Menurut penganjurnya, program itu diadakan bagi menghilangkan rasa takut orang ramai terhadap haiwan berkenaan, serta memberi kesedaran tentang pentingnya memupuk sifat kasih sayang sesama makhluk.
Mengulas mengenai perkara itu, Md Daud berkata, beliau tidak bermaksud umat Islam harus membenci haiwan yang diharamkan agama, seperti anjing dan babi.
Sebaliknya, beliau berkata, cukup sekadar tidak menyeksa atau menganiaya haiwan itu, sepertimana kita menyayangi binatang peliharaan lain.
Sumber Rakyat Post

(ANJING BETUL LAH) Kempen Melayu Islam SENTUH Anjing, Nurul Izzah ucap TAHNIAH kepada Penganjur

Posted: 19 Oct 2014 07:19 AM PDT



SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengucapkan tahniah kepada penganjur dan orang ramai yang hadir pada satu acara yang membolehkan pengunjung, termasuk umat Islam, menyentuh anjing hari ini.

Dalam kemas kini status Twitternya, beliau menyindir Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya yang sebelum ini pernah menyebut bahawa 'kempen sentuh anjing' itu sangat janggal.

"Islam juga mengenai belas kasihan. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yang datang," tulis Nurul Izzah, hari ini.

Namun, Fathul Bari membalas status itu dengan mengatakan: "YB Nurul Izzah, umat Islam sokong kempen 'ihsan' ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen 'touch (a) dog' (sentuh anjing) sangat janggal," katanya.

Melalui interaksi terkini, Ahli Parlimen Pantai Dalam itu menyindir Fathul Bari dengan berkongsi paparan skrin gambar surat, dipercayai daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

"Untuk 'haters' (mereka yang tidak suka) di luar sana, termasuk Ustaz Fathul Bari, acara termasuk tazkirah ringkas oleh ustaz (Mais)," katanya.

Kemudian Fathul Bari membalas: "YB Nurul Izzah, jangan emosi. Saya hanya sebut 'sangat janggal'. Jangan bimbang OK. Saya tidak setuju konsep tersebut dan itu adalah hak saya memberikan pendapat."

Hari ini berlangsung acara 'I Want To Touch a Dog' (Saya ingin sentuh anjing) di Central Park, Bandar Utama, yang bertujuan membantu orang ramai, terutamanya umat Islam, untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing dan dilaporkan mendapat sambutan.

Memetik laporan sebuah portal, sebelum acara bermula, sebuah forum memberi peluang kepada orang ramai membangkitkan kemusykilan kepada seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan.

Orang ramai turut diberi taklimat dan diberi tunjuk ajar cara melakukan samak yang betul sekiranya ada yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...