CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


GAMBAR BERCUMBU: Friends FB Zairil kata Gambar Asli cuma mungkin Zairil Tersilap Post di FB

Posted: 22 Oct 2014 02:18 AM PDT




Gambar Dyana-Zairil ORI kata Fairuz Azhan, Yammy nak cakap apa?http://tunfaisal.blogspot.com/2014/10/gambar-dyana-zairil-ori-kata-fairuz.html

Salah seorang kenalan Facebook kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari mengakui bahawa beberapa keping gambar kontroversi yang tersebar di laman sosial baru-baru ini sebagai asli dan tulen.

Akaun Facebook bernama Fairuz Azhan itu turut meminta orang ramai supaya memikirkan kejadian tersebut dengan pemikiran yang waras.

"Memang akaun Zairil yang ori (asal) sebab gambar-gambar keluar 'timeline' frensnya (kawan FB) termasuk saya. Jelas gambarnya bukan 'photoshop', gambarnya merupakan video gambar-gambar percintaan mereka dengan kata-kata cintan cantun (romantik). 

"Kena 'hack' (ceroboh)? Pertama kali kena 'hack' dan selama 5 minit? Sila guna akal / fakta, bukan sentimen," tegas beliau.

-Tun Faisal

MALAYSIAN INSIDER FITNAH & BERNIAT JAHAT, Siar Artikel "Sentuh Anjing Haram, Sebar Gambar Lucah Tidak Haram"

Posted: 21 Oct 2014 09:31 PM PDT


Kecelakaan dan fitnah apakah sedang berlaku di Malaysia. 

Kenapa dengan bebas dan beraninya mereka memfitnah dan mempermainkan hukum hakam Islam secara terbuka.

Tidak ada seorang ustaz pun yang menyatakan mengedarkan gambar bogel itu tidak haram.

Adakah dengan meletakkan 'disclaimer' seperti "* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider." akan memberi lesen besar kepada Malaysian Insider untuk memfitnah. Md Izwan pula adalah salah seorang wartawan The Malaysian Insider.



Fitnah sedemikian terhadap Islam semakin parah apabila disambut dan dibincangkan oleh mereka yang jahil agama.


IMAM al-Bukhari menyebut, kewajipan seorang Muslim sebelum beramal adalah berilmu. Jangan sesekali menghina dan memandang rendah akan kemampuan mereka yang memiliki ilmu. Islam melihat ilmu dan amal sebagai penyumbang kepada kehidupan bahagia di dunia dan akhirat. 

Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran." (Surah Az-Zumar, ayat 9) 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Barang siapa menginginkan soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barang siapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Ilmu adalah elemen pembangunan yang penting dalam menjamin kelangsungan hidupnya hati kita. Kata Saidina Ali Bin Abi Talib: "Hidupnya hati adalah berkat bertambahnya ilmu sedangkan matinya hati akibat ketiadaan ilmu. Sihatnya hati berkat keyakinan sedangkan sakitnya hati akibat keraguan."

Bagaimanapun akhir-akhir ini golongan yang tidak berilmu cenderung berlagak seperti mereka berilmu tinggi. Natijahnya membawa kepada porak peranda kehidupan manusia dan kemusnahan binaan ilmu yang sebenar.

Secara bandingannya, seseorang doktor tidak dibenarkan memeriksa dan memberi ubat kepada pesakit melainkan setelah dia lulus dalam bidang perubatan dengan baik. Jika ahli akademik berlagak doktor dengan memberi ubat kepada pesakitnya tentulah memudaratkan pesakitnya.
Seseorang itu tidak diluluskan kemampuannya membina bangunan tinggi melainkan setelah dia memiliki kelulusan dalam bidang binaan melalui ilmu seni bina yang dikuasainya. Jika dilakukan juga tanpa memiliki ilmu, pasti boleh menyebabkan berlaku keruntuhan bangunan walaupun dia mungkin mempunyai bakat dan gaya menjadi jurubina.

Elemen kemusnahan dan kerosakan terjadi apabila yang tidak berilmu dalam aspek pengurusan bercakap soal urusan umat, jahil berlagak seperti orang alim, menghafal sepatah dua ayat berlagak hafiz, bukan ulama mengaku dirinya ulama kononnya untuk dihormati dan dikagumi.

Maka ketika itu bersedialah kita menerima akibatnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya." (Hadis riwayat Al-Bukhari) 

Apa yang mendukacitakan, akhir-akhir ini lahir golongan disebut Rasulullah SAW sebagai Ruwaibidhah, golongan sebenarnya tidak berilmu tetapi dilihat berilmu, tidak berkelayakan tetapi cuba menonjolkan diri.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Akan datang kepada kalian masa yang penuh dengan tipu daya; ketika itu orang akan mempercayai kebohongan dan mendustakan kebenaran. Mereka mempercayai pengkhianat dan tidak mempercayai pembawa kebenaran. Pada masa itu, ruwaibidhah akan berbicara. Rasulullah SAW ditanya: Apakah itu ruwaibidhah? Lalu Rasulullah menyebut: Ruwaibidhah adalah orang bodoh (yang berbicara) urusan umat." (Hadis riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah) 

Sebenarnya tidak menjadi salah kepada golongan ini memberi pandangan dan pendapat tetapi masalahnya ilmu tidak cukup untuk bercakap atau memberi pandangan kepada sesuatu yang bukan bidang mereka.

Al-Imam al-Sayuti menjelaskan, Al-Ruwaibidhah adalah orang lemah yang cuba mencampuri perkara besar dan berusaha untuk memperolehnya.

Ingatlah bahawa bercakap tanpa berfikir adalah petanda betapa rendahnya ilmu dan rosaknya akhlak. Ilmu yang lahir dari tapisan mulut golongan berilmu menyumbang banyak faedah kepada ummah.

Kata hikmat orang Arab, orang yang tidak memiliki sesuatu tidak dapat memberikan sesuatu. Di sesetengah tempat kita dapat melihat seorang yang cekap berkomunikasi dan pandai berceramah terus diberi peluang berucap serta membuat pelbagai kupasan berkaitan isu agama.

Keupayaannya berbicara seolah-olah dia menguasai kesemua disiplin ilmu dalam Islam. Apatah lagi ceramah boleh mendatang pendapatan lumayan maka ramai berusaha menjadi penceramah dengan menghafal ayat atau hadis lalu mentafsirkannya menurut digemarinya, bersesuaian keinginan semasa.

Golongan berilmu sebenarnya memperoleh kedudukan dan martabat tinggi dalam kalangan penghuni langit dan bumi.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Orang yang berilmu akan diminta keampunan oleh penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada dalam air. Keutamaan orang berilmu dibandingkan dengan ahli ibadah bagaikan bulan
purnama atas seluruh bintang." (Hadis riwayat Abu Dawud, Ar-Tirmidzi dan Ibnu Majah)



(LEE CHONG WEI GAGAL UJIAN DOPING?) Kenyataan Media Menteri Belia & Sukan, KJ tidak Nafikan Laporan TV3 yang Atlit itu Lee Chong Wei

Posted: 21 Oct 2014 09:30 AM PDT


Kenyataan Media Menteri Belia & Sukan

Saya boleh sahkan laporan dalam berita bahawa seorang atlet kebangsaan telah gagal ujian doping di satu kejohanan antarabangsa. 

Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) telah dimaklumkan tentang perkara ini dalam surat daripada persekutuan antarabangsa sukan berkenaan bertarikh 1 Oktober. Persatuan kebangsaan sukan berkenaan dan juga atlet terbabit juga dimaklumkan melalui surat pada hari yang sama. 

Mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA), atlet yang gagal ujian doping diberi peluang untuk sampel kedua dikenali sebagai B sampel diuji. Dalam kes ini atlet terbabit telah diberi hingga 17 Oktober untuk memohon ujian B sampel. Beliau telah melakukan permohonan tersebut dan sedang menunggu maklum balas daripada persekutuan sukan antarabangsa berkenaan tentang tarikh ujian B sampel. 

Sejak saya diberi tahu tentang keputusan ujian tersebut, saya telah minta Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Dato' Dr Ramlan Abd Aziz, dibantu oleh Ketua Unit ADAMAS, Nishel Kumar, untuk melaksanakan siasatan rapi berkenaan dengan segala rawatan dan perubatan yang diberi kepada atlet terbabit. Ini dilakukan untuk membantu kita mendapat penjelesan lebih lanjut tentang keputusan ujian tersebut. 

Buat masa ini kita masih menunggu tarikh untuk ujian B sampel. Sebarang tindakan dan kenyataan selanjutnya akan dibuat berpandukan keputusan ujian B sampel. 

21 Oktober, 2014

Berikut adalah sumber daripada Berita TV3 (baca sini)


Seorang atlet ternama negara didakwa didapati positif ujian dadah.
Menurut sumber, atlet terbabit dipercayai jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang juga gah selaku pemain nombor satu dunia.
Sidang media khas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai hal ini yang sepatutnya diadakan di Putrajaya jam 4 petang ini, walau bagaimana pun, dibatalkan.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...